Pengikut

Isnin, 4 November 2013

Wajah Paling Sedih Dalam PRK Sungai Limau Tersebar

Lihatlah betapa murung, muram dan moyotnya air muka Mukriz Mahathir apabila dia mendapat berita calon UMNO/BN kecundang di tangan calon PAS YB Ustaz Azam Samad dengan majoriti melebehi 1,000.

Slogan Berani Berhijrah tidak laku dan termakan oleh penduduk dan pengundi DUN Sg Limau.

Bantuan khas dari ayahandanya Tun Dr Mahathir langsung tidak memberi kesan dan impak.

Menyamar dengan pakai kopiah dan sebagai nelayan tidak juga jalan.

Taburan hamper, beras, gula, anak benih pokok, duit saku, lawatan squad sayang Wanita UMNO, Pemuda UMNO dengan aktivti rempit dan memancing, Puteri UMNO dengan aktiviti kejar itik dalam bendang, puluhan artis diangkut untuk hiburkan dan melalaikan siap dengan cabutan bertuah motosikal, IPhone dan TV LED tidak berjaya juga nak pujuk rakyat DUN Sg Limau agar berhijrah ke BN.

Nampaknya nasib Mukhriz cukup malang ... kalah pertandinagn Naib Presiden kini sebagai MB Kedah pula gagal untuk rampas DUN Sg Limau dari PAS.

Ternyata aura dan pengaruh bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad di Kedah sudah luntur dan pudar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan