Pengikut

Jumaat, 17 Februari 2012

Rosmah Baru Dapat Phd, Tapi Gelaran Kena Tarik - Universiti Curtin mohon maaf.

Tamparan buat Rosmah: Curtin menarik penggunakan istilah FLOM pada Rosmah.


Tamparan buat Rosmah: Curtin menarik diri dari menggunakan istilah FLOM
Dalam satu langkah yang bakal menjatuhkan krebaliti isteri seorang Perdana Menteri Najib Razak, Universiti Curtin di Australia telah memohon maaf kerana merujuk kepadanya sebagai “First Lady of Malaysia” (FLOM), yang menurut perlembagaan negara ini adalah satu gelaran yang dikhaskan untuk Permaisuri.
Curtin telah membuat kesilapan itu apabila ia mengeluarkan kedoktoran kehormat kepada Rosmah Mansor yang tidak popular itu. Walaupun ia tidak berkata demikian, universiti tersebut tentu mendapat lebih daripada daripada apa yang ia minta apabila ia baru-baru ini menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada beliau. Banyak aduan yang membanjiri halaman Facebook universiti itu dan walaupun ia dituduh cuba untuk mendapatkan ganjaran atau telah menerima beberapa bentuk rasuah ataupun apa-apa yang lain untuk memberikan Rosmah PhD, dan menganggap beliau sebagai “First Lady of Malaysia”.
"Kami juga menerima bahawa penggunaan istilah “First Lady” telah menyinggung sesetengah pihak, dan memohon maaf di atas perkara ini. Kami tidak lagi akan menggunakan istilah itu, dan telah menerbitkan semula kenyataan media kami dengan membuat perubahan tentang perkara ini, "Jeanette Hacket, Naib Canselor Curtin,berkata dalam satu kenyataan.
Ia mesti diberi perhatian bahawa hujah berhubung siapa yang patut menjadi FLOM telah meletus beberapa tahun dahulu, dan perbahasan itu telah sampai hingga ke Parlimen. Tetapi Permaisuri yang baik budinya dan coretan agresif Rosmah sendiri membantunya untuk berpegang kepada gelaran yang diberi kepada dirinya sendiri – Rosmah merupakan orang pertama di kalangan isteri-isteri perdana menteri Malaysia yang pernah berbuat demikian.
Tidak akan menarik balik PhD
Penarikan balik penggunaan istilah FLOM merupakan sejenis kompromi dari Curtin kepada alumni dan badan pelajarnya, yang telah menjadi riuh rendah berikutan mereka mengkritik alma mater mereka kerana tidakmemeriksa latar belakang Rosmah sebelum menganugerahkan PhD tersebut. Malah, Rosmah telah terlibat dalam banyak skandal termasuk pembunuhan Altantuya Shaariibuu, dimana dia telah menafikan sebarang penglibatan. Namun dua bekas pengawal peribadi beliau sedang terseksa kerana pembunuhan tersebut, dengan salah satu daripada mereka secara terbuka mengatakan bahawa dia cumalah catur yang digunakan dalam permainan yang dimainkan oleh ahli politik berkuasa. Rosmah juga telah dituduh bersikap tamak dan terlibat dengan rasuah.
Walau bagaimanapun, Hacket mempertahankan keputusan universiti untuk memberikan PhD kepada Rosmah, yang katanya adalah untuk "perkhidmatan unggul" kepada university tersebut, kepada masyarakat atau orang-orang yang telah membuat sumbangan yang cemerlang kepada bidang dan usaha akademik.
"Kami mengakui bahawa terdapat pelbagai pandangan mengenai penganugerahan ini, tetapi Universiti tetap dengan keputusannya untuk memberikan Ijazah Kehormat Kedoktoran," kata Hacket.
"Datin Sri Rosmah telah diiktiraf sebagai pengasas dan penggerak di sebalik pusat pembelajaran kanak-kanak Permata yang membolehkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun untuk mengalami pembelajaran awal yang berkualiti. Inisiatif ini menyedari kepentingan pendidikan awal untuk kanak-kanak dan akhirnya untuk komuniti mereka. Kini terdapat lebih daripada 600 pusat Permata yang mencecah puluhan ribu kanak-kanak. "
Dicaci
Pada umur 60, Rosmah sering mendakwa kritikan yang memburuk-burukkannya adalah disebabkan taktik memburuk-burukkan orang dari pihak pembangkang.
Walaupun kerana PhD itu, beliau menyelar pengkritik "cemburu" kerana mengadu kepada Curtin. Namun, beliau adalah Flom yang paling selalu dicaci. Beliau dikenali kerana membeli-belah secara mewah dan pembelian beliau didakwa termasuk cincin berlian AS $ 24juta dan juga beg tangan Birkin.
Digelar Imelda-Rosmah, beliau juga merupakan ahli perniagaan yang licik dan ketua-ketua korporat sering mengadu bahawa cadangan mereka harus melepasi beliau sebelum mereka dapat berjumpa dengan PM.
Malaysia Chronicle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan