Pengikut

Jumaat, 16 November 2012

Calon "Potong Line" dikesali Pemuda PAS

KOTA BHARU :  Tindakan Pas membawa masuk individu yang terkenal dan mengangkatnya sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tanpa ditarbiah mendapat teguran daripada perwakilan.

Perwakilan Perak, Khairil Jamaluddin berkata, beliau bimbang senario membawa masuk calon segera ini akan menyebabkan individu sepatutnya mendapat tempat dipinggirkan.

“Sejak kebelakangan ini ramai individu termasuk mereka yang berjawatan besar dalam kerajaan dan juga artis masuk Pas, kita terima, tetapi saya hairan kenapa baru sebulan dua masuk Pas mereka sudah diangkat ke tempat yang tinggi sehingga dicalonkan,” katanya semasa membahaskan ucaptama di Muktamar Dewan Ulama Pas semalam.

Sebelum ini beberapa artis seperti Hairie Othman, Abby Abadi, Bob Lokman sering kali diberi peluang berada di pentas ceramah Pas.

Manakala bekas pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar Baba turut menyertai Pas dan dikatakan akan diangkat sebagai calon dalam PRU13.- SinarHarian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan