Pengikut

Sabtu, 17 November 2012

Muktamar PAS 2012: Unit Amal perlu lebih senyuman dalam tugas

Unit Amal Malaysia adalah sebuah organisasi yang tidak asing lagi didalam PAS,malah Unit Amal amat popular dikalangan Pakatan Rakyat sehinggakan organisasi ini amat dikenali ramai didalam negara ini.

Penugasan Unit Amal sering kita lihat didalam program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Tugas anggota ini memanglah mencabar dan sering berhadapan dengan risiko yang berat mengikut situasi keadaan.

Menjaga lalulintas,parking,misi bantuan,keselamatan pimpinan dan sebagainya sehingga yang terbaru anggota Unit Amal Perak bersama dalam misi mencari mangsa kemalangan payung terjun di Perak.

Kejayaan anggota Unit Amal memang wajar kita semua membuka mata untuk menghargainya. Tanpa mereka kemungkinan sesuatu program akan tempang atau mungkin juga gagal.

Menurut sumber yang diterima mengatakan Unit Amal dari negeri Perak seramai 20 anggota sanggup menumpang lori untuk ke kelantan bagi menjalankan tugas di Muktamar.

Mereka sanggup menginap disebuah lokasi yang kurang selesa,berhimpit-himpit dan sebagainya. Namun dilaporkan Unit Amal Perak tetap tersenyum menyantuni tugas semasa Muktamar berlangsung.

Tetapi mendukacitakan ada dikalangan tetamu muktamar yang merunggut kesal kerana ada sesetengah anggota Unit Amal di Muktamar bersikap tidak mesra,bersikap acu tak acu dan sebagainya. " Muka tak senyum langsung....masam saja" kata seorang pengadu kat aku.

Aku bukan nak mempertikaikan mana-mana pihak, Unit Amal atau apa sekalipun...sebab yang hadir muktamar tu semuanya ahli PAS. Mereka datang dari seluruh pelosok tanahair,macam-macam latarbelakang ada.

Bagi menghadapi semua ini wajarlah Unit Amal ini dimantapkan lagi dengan cara penugasan yang lebih baik,bukannya maksud aku sekarang ni tak baik sangat....cuma mahukan Unit Amal lebih profesional dalam menghadapi situasi sebegini.

Walaupun letih...memberi senyuman bukanlah sesuatu yang berat sangat, ingat.... Unit Amal adalah nama organisasi  besar dalam PAS. Betul sikap Unit Amal maka betulah semuanya. Macam badan berunifom yang lain juga.

Negara kita walaupun politiknya nampak bergolak...tapi tahap keselamatanya masih terjamin,jadi tak perlulah petugas Unit Amal beraksi macam ada ancaman besar,banyak rungutan mengenai anggota Unit Amal yang mengiringi pimpinan PAS berwajah bengis,bersikap kasar dan sebagainya.

Macam aku cakapkan tadi...negara kita tiada lagi ancaman,tugas mengawal keselamatan pimpinan PAS bukan beraksi seperti menjaga Obama atau Najib....hahaha....

Ingat...beribu mata memandang tugas anggota Unit Amal...sedikit kalian tersasar dari etika,berjuta sangkaan akan muncul.

Berharap pihak yang menjaga dan mentadbir Unit Amal dapat mengambil perhatian untuk kebaikan Parti Islam Se-malaysia... Jagalah moral dan sikap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan