Pengikut

Khamis, 15 November 2012

Penat punca UMNO tenat

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff melepaskan kesemua jawatan parti yang disandangnya. 

Beliau ketika dihubungi mengesahkan perkara ini dan memaklumkan akan menyerahkan surat peletakkan jawatannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.  

Bagaimanapun, beliau tetap kekal sebagai ahli Umno demi perjuangan yang dibawanya selama ini.Peletakan jawatannya dimuat naik di laman Facebook peribadinya semalam. 

 "Saya sudah penat dengan jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis. Dah cukup tiga tahun saya memegangnya, dah penat...," kata tulisan beliau pada Facebook. 

 Orgni: Belum habis pening kepala Najib dengan karenah isu Rosmah berjoget....tiba-tiba KP UMNO Perlis pula buat hal bikin Najib bertambah tenat...

Aku seru kepada kesemua ahli UMNO yang berjawatan sekarang ini dan jika terasa penat.....silalah letak jawatan...hahaha.... 

Rasanya ramai yang dah penat....terutamanya Najib,penat dengan perangai Rosmah....hahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan