Pengikut

Isnin, 12 November 2012

Terkini..!!! Kereta Bob Lokman di rempuh gajah

Menurut sumber yang baru diterima, kereta jenis Proton Waja yang dipandu Bob Lokman atau nama sebenar  Mohd Hakim Lokman, 48. Dikatakan keretanya  telah dirembuh se-ekor gajah liar.

Bob Lokman dikatakan dalam perjalanan ke negeri kelahiranya Kelantan mengunakan jalan Gerik - Jeli bagi menghadiri muktamar PAS yang bakal berlansung pada 16 - 18 Nov ini.

Semasa kejadian berlaku dalam jam 10 malam tadi, kereta yang dipandu Bob Lokman telah terserempak dengan se-ekor gajah liar yang berada diatas jalanraya. Keretanya berhenti dijarak lebih kurang 30 meter dari gajah tersebut.

Tiba-tiba gajah tersebut meluru kearah kereta Waja-nya dan merempuh dengan mengunakan gading yang menyebabkan suasana panik.

Alhamdullilah.... setelah Bob Lokman memadankan lampu kereta-nya,gajah tersebut beredar dari situ.

Keadaan Bob Lokman dilaporkan tidak mengalami sebarang kecedaraan namun kereta Waja-nya mengalami kerosakan dibahagian hadapan,syukur kerosakan tersebut tidak serius.

Aku amat berasa syukur kepada Allah kerana Abg Bob Lokman tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan ini dan berasa bangga dengan semangat perjuangan Islam dinegara ini  khususnya didalam PAS.
Berlubang. Kesan tusukan gading gajah liar.





Tiada ulasan:

Catat Komen