Pengikut

Sabtu, 3 November 2012

Ketua UMNO Bahagian Taiping di ketawakan Ketua Bahagian seluruh Perak


Al-kisah  2 hari lepas satu mesyuarat bulanan Perhubungan UMNO negeri Perak dah berlansung di bangunan UMNO  Ipoh Perak…biasa la UMNO mesyuarat memang berkali-kali,sebab ada metting ada masyuk untuk poket sendiri…tapi apa yang di mesyuaratkan perlaksanaanya habuk pun tarak.

Dalam mesyuarat ini dikatakan para ketua-ketua bahagian UMNO membawa dokumen berkaitan laporan aktiviti dibahagian masing-masing untuk dipersembahkan kepada pengerusi mesyuarat memanda Menteri Besar Perak yang tidak halal.

Sebanyak 24 laporan aktiviti  Zamry terima…Sorang demi sorang Ketua UMNO Bahagian memberi laporan tersebut dengan pelbagai gaya persembahan,ada yang gaya bodek,ada yang gaya tiada syahwat dan sebagainya.

Menurut sumber  diantara bahagian UMNO yang dikatakan paling banyak aktiviti ialah dari YB Rosli dari DUN Terong,sampai naik boring para ketua-ketua Bahagian lain dengar YB Rosli terong  merepet-repet baca laporan,maklumlah YB Rosli sekarang terumbang-ambing  di Terong dalam isu calon PRU, bikin laporan hebat-hebat la….tapi auta saja semua tu..…hehehe…

Tapi malang  bagi Ketua UMNO Bahagian Taiping Datuk Hj Shalimin yang dikatakan membawa laporan aktiviti yang paling terendah jumlah aktiviti dalam bahagian,khabarnya hanya 2 ke 3 program saja yang dilaporan Shalimin dalam laporan tersebut.

Menurut sumber lagi berikutan  kelemahan dan kekurangan dari  laporan jumlah aktiviti  Shalimin ini,telah dijadikan bahan ketawa,sindir menyindir antara ketua bahagian selepas selesai mesyuarat .

Persoalanya sekarang kenapa keadaan ini berlaku..?? Adakah sabotaj terhadap Ketua UMNO Bahagian Taiping masih berlarutan berikutan permainan politik nak jatuhkannya oleh orang-orang UMNO diTaiping..?

Benarkah Shalimin tiada aktif dalam membuat  program  di Taiping??

Tapi aku tengok ada aktiviti Shalimin di Taiping,tak percaya tengok sini .

Adakah orang-orang disekeliling Shalimin sendiri yang berkomplot nak humban-nya keluar dari UMNO Taiping…?

Usaha jatuh menjatuhkan dikalangan pemimpin UMNO sendiri memang biasa sesangat…jadi wajarlah UMNO di singkirkan dari peta politik tanahair ini.

Kelihatan ketua-ketua UMNO bahagian dok bergelak ketawakan Shalimin diluar bangunan UMNO Perak...
korang nak tumpang gelak pun boleh.....hahahaha...



Tiada ulasan:

Catat Komen