Pengikut

Isnin, 11 Februari 2013

Kes Berat : Zambry Kadir Naik Angin PBT Tak Mahu Ikut Arahan-nya

PBT sudah tak mahu ikut cakap Zambry
IPOH 6 Feb. - Menteri Besar Perak yang tidak halal , Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini memberi kata dua kepada semua Yang Dipertua dan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya turun padang bagi menyelesaikan lima perkara utama yang sering diadu oleh rakyat. 

Nampak sesangat pihak PBT udah tak sio berkerjasama dengan Zamry...tepuk dada...tunggu PRU le nasib kamu Zambry...
.............................................
Zambry menegaskan, lima perkara itu ialah memastikan sampah dikutip mengikut jadual, memotong rumput, membersihkan longkang, membaiki lampu jalan yang rosak dan menampal serta menurap kembali jalan raya yang rosak. "Saya tidak mahu ahli-ahli majlis yang hanya memegang jawatan. 

Kalau mereka tidak sanggup buat kerja ini turun ke bawah, mereka hendaklah melepaskan jawatan mereka. "Saya tidak akan bertolak ansur lagi dan mereka hendaklah turun padang. Saya tahu sebahagian besar turun padang buat kerja manakala sebahagian yang lain perlu memperbaiki perkhidmatan mereka," katanya. 

Tolak unsur apa lagi...?? udah tak lama dah kamu Zambry akan ditolak keluar dari jawatan MB..
.................................................
Sementara itu, kakitangan Pejabat Menteri Besar Perak hari ini membuat Zambry terkejut  macam gagak jumpa bangkai  apabila menghadiahkan kek kepada Zambry sempena ulang tahun keempat beliau menjadi Menteri Besar Perak yang tidak halal dan inilah kek terakhirnya sebagai MB. 

Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang tidak halal pada 6 Februari 2009 selepas kerajaan Pakatan Rakyat  tumbang ekoran tindakan tiga ekor katak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas. Dipercayai dibeli oleh UMNO BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan