Pengikut

Selasa, 12 Februari 2013

POLIS TAHAN LELAKI KERANA TUNJUK ISYARAT LUCAH KEPADA RAJA PERMAISURI AGONG

George Town, 12 Feb : Polis menahan seorang lelaki dipercayai menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata dalam kejadian 12.30 tengah hari semalam, suspek yang berusia 29 tahun dipercayai menunjukkan isyarat lucah ketika kenderaan yang dinaiki Tuanku Hajah Haminah melalui lapangan terbang berkenaan.

"Ketika itu bapanya sedang menghantar suspek ke lapangan terbang. Difahamkan berlaku sedikit perselisihan faham antara suspek dengan bapanya. Mungkin suspek bengang dengan bapanya dan dia menunjukkan isyarat lucah itu. "Kebetulan pada masa itu, rombongan kenderaan Raja Permaisuri Agong sedang melalui lapangan terbang dan pengawal pengiring baginda nampak tindakan suspek. Dia terus menahan suspek," katanya ketika dihubungi hari ini.

Supt Hatta Md Zin berkata suspek ditahan reman sehingga 14 Feb ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan. - FB PDRM

Tiada ulasan:

Catat Komen