Pengikut

Rabu, 1 Mei 2013

Gempar..!!! Zed Zaidi Dedahkan Najib Pakar Tilik Mimpi Artis

Selamat pagi. Semalam aku mimpi! 5 Mei 2013 Ahad ni BARISAN NASIONAL MENANG BESAR! Betul ke? tanya DS @NajibRazak @tunfaisal @jamawijaafar -- zedzaidi (@rozaidijamil) - Tweet Zadzaidi

Hahahaha....
Rupanya Najib adalah pakar tilik mimpi untuk artis negara. 
Tapi aku yakin Najib tak akan layan kisah mimpi yang di-tweet oleh Zed Zaidi ni, sebab Najib tentu lebih utamakan menilik mimpi Psy Gangnam Style...
hahaha....
Psy: Artis pujaan UMNO BN...
Imbas kembali : 
BN Pulau Pinang bayar RM2 Juta untuk bawa 'PSY Gangnam Style'
- Menurut Andrew Rebel seorang pengarah di pusat pencarian bakat Impressive Talent Agency dilaman Facebook miliknya, beliau mendakwa bahawa kos untuk membawa penyanyi Psy ke program anjuran Barisan Nasional sempena tahun Baru Cina akan datang ini menjangkau sehingga RM2 juta.

Bayaran sebanyak USD 600,000 itu tidak termasuk perkhidmatan jet peribadi, Hotel Suite, body guard, kereta limo dan macam-macam lagi.

Maklumat itu diperolehinya daripada YG Entertainment, sebuah syarikat pengurusan artis Kpop di Korea Selatan.- Anak Sungai Derhaka

Zed Zaidi Marah Kerajaan kerana bayar PSY RM2juta


- Tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang memanggil artis Korea, Psy, untuk mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun baru Cina di Pulau Pinang, Presiden Seniman, Zed Zaidi, terus mempersoalkan perkara itu.

Katanya, bayaran RM2 Juta untuk penyanyi itu langsung tidak masuk akal dan 'buang duit' semata-mata.


"Dengan nilai sebanyak itu, kita mampu memanggil lebih daripada 10 artis tempatan. Bagaimana artis nak sokong kerajaan sedangkan mereka tidak memberikan keistimewaan itu?

"Artis luar senang mendapat imbuhan di negara kita sedangkan artis kita sukar mendapatkan keistimewaan itu di luar negara. Malah, ada di antaranya hanya ditabur janji manis, namun hanya indah khabar dari rupa.

"Saya pernah menyuarakan Skim Insurans Seniman, namun sehingga kini masih belum dilaksanakan. Begitu juga dengan Bajet 2013 yang diumumkan baru-baru ini. Mana bajet RM6 Juta yang dijanjikan?," soal Zed.

Tambah Zed lagi, Seniman turut menghadapi kesukaran mendapatkan dana daripada kementerian dalam usaha membantu golongan artis yang memerlukan.
...................................

Kepada Zed Zaidi..tak perlu bermimpi la...
UMNO BN bukan pandang pada korang,
khidmat artis tanahair yang sokong BN hanya untuk kepentingan kroni-kroni Najib saja....hahaha..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan