Pengikut

Jumaat, 3 Mei 2013

Tamparan Akhir Buat Calon BN Selama, Seorang Lagi Abang-nya Sokong Calon PAS

Sokongan padu buat calon PAS DUN N05 Selama Perak Ust Mohd Akmal b. Kamarudin daripada Sdr Mohd Hanipah b. Mohd Yusoff 60 ,yang juga Abang Kandung calon BN di DUN Selama Perak Dato Daud bin MD Yusof.

Sebelum ini BN Selama menerima tamparan hebat apabila Sdr Noor Ghani b. Mohd Yusoff yang juga abang kandung calon BN Selama mengisytiharkan menyertai PAS selepas lawatan Najib ke Sungai Bayor baru-baru ini.

Mohd Hanipah b. Mohd Yusoff  yang kini menetap di Terengganu sanggup datang dari jauh  bersama keluarga ke DUN Selama untuk menyatakan sokongan pada demi perjuangan Islam kepada calon PAS Selama Ust Mohd Akmal.

"Amat malang Jika 1 undi dapat memenangkan adik saya itu adalah undi saya dan adalah lebih baik dan tepat  undi saya itu berikan kepada parti yang perjuangan islam,iaitu calon PAS" - ujar Sdr Hanipah.

Sokongan dari 2 abang kandung calon BN Selama kepada calon PAS Selama dilihat amat memberi tamparan hebat kepada calon BN Selama,tambahan pula disaat akhirnya sokongan rakyat sekitar DUN Selama yang semakin bersemangat menyokong calon PAS.

"Kehadiran Sdr Hanipah bersama berkempen dengan calon PAS Selama memberi semangat kepada kami di Selama"- Ujar seorang penyokong tegar PAS Selama.

Tajuk sebelum klik SINI
Kisahnya DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan