Pengikut

Jumaat, 3 Mei 2013

Panas..!!! T-Shirt Khas akan digunapakai penyokong BN ketika membuang undi sedang diedarkan..?




Peace, Stability, Progress,dan Najib  MY PM inilah ayat yang tertera pada T-Shirt yang dikatakan akan digunapakai oleh penyokong BN sehingga kedalam ruang pembuangan undi pada esok hari 5 April.

Baju-baju ini sebenarnya sudah lama di edarkan secara percuma dalam program-program konon-nya berselindung dengan nama 1Malaysia For Youth, hakikatnya sebenar ialah program UMNO BN.

Menurut sumber mengatakan T-Shirt sedemikian akan di-edarkan percuma kepada penyokong BN hari ini dan alasan T-Shirt ini boleh digunapakai hingga waktu membuat pangkah undi kerana konon-nya T-Shirt ini tiada logo atau simbol  parti.

Persoalanya ialah bolehkah baju atau T-Shirt sedemikian boleh diguna oleh pengundi BN hingga kedalam ruang membuang undi..?? Tidak-kah ianya melanggar Tataetika Pilihan Raya (SPR) pada para yang bertajuk 9. Hari Mengundi.
...........................
TATAETIKA PILIHAN RAYA




TATAETIKA PILIHAN RAYA
9. HARI MENGUNDI
9.1  Semua pihak dan penyokong calon hendaklah:
  (j)  Tidak boleh memakai, memegang atau membawa apa-     apa bentuk atau jenis pakaian, topi atau tudung, barang      hiasan, roset, botol air atau payung dan seumpamanya      yang padanya tercetak atau tertera nama calon, lambang      atau simbol mana-mana parti politik di dalam jarak      kawasan 50 meter atau di dalam jarak kawasan tertentu      dari sempadan mana-mana Pusat Mengundi yang      ditetapkan oleh SPR;
..................
BUKTI T-SHIRT INI ADA UNSUR POLITIK UMNO BN
FB  Najib Razak menyatakan:Ceria bersama menyokong laungan #BetterNation.
................
Peringatan buat penyokong Pakatan Rakyat: Janganlah dok pakai baju-baju yang ada logo atau simbol berkaitan kepartian pada masa nak mengundi esok...kalau semangat sangat nak pakai...lepas pangkah undi, pakai lah puas-puas untuk kita raikan kejayaan kita nanti....hahaha.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan