Pengikut

Rabu, 8 Februari 2012

3 Menteri Letak Sebab Tonton Filem Lucah.

3 menteri tonton filem lucah
BANGALORE - Tiga orang menteri di selatan India mengambil tindakan meletak jawatan, semalam, selepas didakwa menonton filem lucah semasa perhimpunan dewan rakyat.

Ketiga-tiga menteri daripada parti pemerintah Bharatiya Janata itu dirakam stesen televisyen tempatan sedang menonton filem lucah di telefon bimbit masing-masing, kelmarin, semasa menteri lain sedang membincangkan rang undang-undang.

Namun, dakwaan itu ditolak seorang daripada mereka yang mendakwa sedang menonton klip video di sebuah parti untuk tujuan perbincangan dan bukannya filem lucah.

“Kami meletak jawatan kerana tidak mahu memalukan parti dan tidak mahu memberi peluang kepada pembangkang untuk menganggu perjalanan perhimpunan dewan rakyat,” menurut Menteri Koperasi, Laxman Savadi kepada pemberita.

Rakaman televisyen menunjukkan ketiga-tiga menteri itu menonton video seorang wanita menari, membuka baju dan melakukan aksi seksual.- SH

BERLAINAN DI TANAH AIR INI.














Orang UMNO tayang vedio lucah di hotel...bebas
Orang UMNO edar vedio lucah kepada rakyat...bebas
Orang UMNO buat isyarat lucah...bebas
Orang UMNO buat fitnah lucah...bebas
Blogger Pro UMNO upload vedio lucah...bebas
Media Massa Pro UMNO siar vedio lucah...bebas


Jatuh moral serta hilang maruah pemimpin Tanahh Air kita jika dibandingkan dengan pemimpin di tanah air kelahiran Shahrukh Khan. Walaupun aksi filem Bollywood selalunya amat seksi tetapi pemimpin dan rakyat di Bollywood masih ada maruah harga diri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan