Pengikut

Rabu, 8 Februari 2012

Pegawai ATM sertai Unifil meninggal dunia

LUBNAN
SHAH ALAM – Pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia yang berkhidmat di bawah misi Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unifil) di Beirut Lubnan maut akibat serangan sakit jantung, kelmarin.

Allahyarham Leftenan Kolonel Habibullah Ismail meninggal dunia kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan (8.30 malam waktu Malaysia) selepas mengadu sesak nafas sebelum tidak sedarkan diri.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Menurut kenyataan Markas Malaysian Company 7 (Malcoy 7), jenazah Habibullah diberi penghormatan terakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri sebelum diterbangkan ke tanah air semalam.

Jenazah diterbangkan menggunakan pesawat komersial Qatar pada jam 8 malam ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini sebelum diterbangkan ke Alor Setar dengan pesawat C130, kata kenyataan itu.


Bagi menghargai jasa beliau semasa berkhidmat di bawah misi Unifil, beliau dianugerahkan dua pingat penghargaan dari Unifil dan Pingat Negara Lubnan yang disematkan pada bendera Unifil sebagai penutup keranda.

Turut hadir pada upacara itu ialah Duta Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppannan; Komander Unifil, Majer Jen Paolo Serra, wakil tentera Lubnan, Brig Jen Ghassan Oreijy dan Ketua Kontinjen Tentera Malaysia, Kol Badrul Hisham Muhammmad. - SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan