Pengikut

Selasa, 7 Februari 2012

Kes Bagus... 400,000 ahli UMNO belum daftar sebagai pengundi.


Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan hampir 400,000 ahli UMNO  belum mendaftar sebagai pengundi.


Bagi menyelesaikan masalah tersebut kata beliau, kini pihaknya menubuh gerakan khas di peringkat Ibu Pejabat UMNO untuk mengesan ahli-ahli yang belum mendaftar tersebut.


"Gerakan khas ini kita tubuh hendak kesan mereka, tapi bukan senang, ada di antaranya yang sudah berpindah dari alamat yang diberikan sebelum ini," kata beliau dalam sidang media sempena pelancaran konvoi Aman Kampus Kembara Mahasiswa di Putrajaya pagi Isnin.


Beliau sebelum itu menjawab soalan wartawan yang bertanyakan mengenai pengumuman SPR baru-baru ini bahawa ramai pengundi Melayu yang layak belum mendaftar sebagai pengundi.


Menurut Tengku Adnan, sebagai parti politik, UMNO dan Barisan Nasional sudah berusaha mendaftarkan sebanyak mungkin pengundi tetapi tidak mengetahui maklumat terkini mengenai kaum mana yang paling banyak belum daftar.


Sumber seterusnya: agendadaily 


Kalau betul kenyataan  Tengku Adnan ini,maka memang ada harap cerah untuk UMNO tumbang dan ditalkinkan pada PRU 13 nanti.. Rupanya yang ahli-ahli UMNO yang dok meludah,mencarut,mengacau ceramah PR selama ini tidak layak mengundi...mereka hanya melalak sebab hendak habuan semasa saja....hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan