Pengikut

Ahad, 5 Februari 2012

Shahrizat Takut: betul ke..???



INILAH CIRI2 ORANG BERTAKWA ALA UMNO...SONGLAP DUIT RAKYAT, KEBAS SANA KEBAS SINI JAMBUL TERSEMBUL.....LALU BERKATA...SAYA CUMA TAKUT KEPADA ALLAH....


Terdahulu, dalam ucapannya Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno dan Wanita BN berkata selama 30 tahun beliau berkecimpung dalam politik segalanya senang dan dipermudahkan oleh Allah, bagaimanapun pada akhir-akhir ini beliau menghadapi ujian yang berat.

"Saya tidak layak jadi ketua jika kena uji saya menyerah bulat-bulat. Jangan ingat saya takut sangat. Saya hanya takut kepada Allah,"katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah, semalam.

Shahrizat berkata Wanita BN perlu bersedia menghadapi pelbagai dugaan dalam politik dan beliau menasihatkan mereka supaya tidak mengambil kesempatan jika ada di kalangan mereka dilanda kesusahan.

Katanya ketika seseorang ditimpa kesusahan semua pihak perlu bersatu padu memberi sokongan kepada individu tersebut.

Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak mudah melatah dengan agenda pembangkang.

"Kalau orang nak tembak, dia akan cari kepala.. jangan nak melatah dan ikut agenda pembangkang," katanya.



* TAPI KALAU NAK TANGKAP LEMBU DIKANDANGNYA ...ORANG TAK TEMBAK...ORANG AKAN TAMBAT KAKI DAN LEHERNYA SAJA,TAPI KALAU LEMBU LIAR..TERPAKSALAH TEMBAK..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan