Pengikut

Khamis, 9 Februari 2012

Semua kena tahu ini...!!! Bawa Keluar Kertas Undi Boleh Dipenjara - SPR

KUANTAN: Sesiapa yang membawa keluar kertas undi dari pusat pengundian boleh dikenakan denda dan dipenjara.
Menurut Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Othman Noh, ramai yang tidak mengetahui akan kesalahan berkenaan yang termaktub di bawah Seksyen 3(1)(h) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Mengikut seksyen berkenaan, mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat persiapan pilihan raya kepada anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, Khamis.
Bagaimanapun, menurut Othman, setakat ini tiada sesiapa di Pahang yang ditahan atau didakwa mengikut seksyen itu.
Beliau berkata taklimat berkenaan bertujuan menekankan persiapan daripada segi aspek keselamatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata seramai 100 anggota polis termasuk ketua-ketua balai dan ketua cawangan polis daerah Kuantanmenghadiri sesi taklimat berkenaan.
Beliau juga berkata polis Kuantan telah mengadakan beberapa latihan seperti latihan kepada penyelia saluran, tempat mengundi, zon tertentu serta telah mengenal pasti anggota yang bakal ditempatkan mengawal kawasan-kawasan tertentu semasa pilihan raya nanti. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan