Pengikut

Jumaat, 7 Disember 2012

Al-Fathihah: Pak Lah OCPD kembali ke Rahmatullah

8 Dis 2012: Taiping.

Al-Fathihah ~ Dimaklumkan bahawa Tuan Haji Abdullah bin Haji Omar (66) yang dikenali ramai dengan panggilan Pak Lah OCPD telah kembali kerahmatullah dalam jam 6 pagi tadi dikediamanya di Kg Sungai Ranting Taiping Perak.

Allahyarham adalah mantan OCPD Slim River Perak dan menyertai PAS setelah pencen dari perkhidmatan sebagai anggota PDRM.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solehin dan syuhada.

* Ucapan beliau di muktamar PAS menjadi kenangan...

Dalam Muktamar PAS di Kelantan yang lepas beliau berucap monyokong usul PAS Pusat dalam isu pengkhianatan Umno kepada negara.

Pengalaman beliau dalam pasukan polis termasuk 35 tahun menjawat jawatan polis cawangan khas menginsafkan beliau dalam perjuangan PAS yang sebenar.

Beliau berkata sudah bertaubat dan telahpun meminta maaf pada seluruh ahli PAS di atas apa yang beliau lakukan selama ini.

PAS merasakan permergian beliau satu kehilangan besar buat PAS dan negara dan berdoa semoga Allah ampunkan dosa dan rahmatkan beliau dan di tempatkan rohnya bersama-sama para nabi dan syuhada di akhirat sana...

Alllahuakbar3 walillaillhamd

** PAS kehilangan seorang pejuang khususnya bagi PAS Perak. Allahyarham Pak Lah OCPD sangat aktif dipentas-pentas ceramah PAS...Orangni berasa amat terharu dengan kehilangan Pak Lah yang memang mesra sepanjang mengenali beliau.. Takziah buat keluarga Allahyarham dari Orangni sekeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Komen