Pengikut

Khamis, 6 Disember 2012

Hishammuddin Tun Hussein pengkhianat wajib letak jawatan

Musa Hassan: 'Saya bukan pengkhianat'

SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dirinya pengkhianat apabila mendedahkan campur tangan Menteri Dalam Negeri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, perkara tersebut baru didedahkan kerana sepanjang dalam perkhidmatan kata-katanya tidak didengar. "Ada orang berkata, jika kita berada dalam sesebuah kumpulan, kata-kata kita tidak ada yang mahu mendengar.

"Jadi apabila sudah tidak ada apa-apa ini (bersara), saya perlu mendedahkannya. Ini penting... untuk anggota polis sendiri, tidak ada niat lain," katanya.

Minggu lalu, Musa dalam satu sidang media mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai 'junior' dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Mengakui tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.

Tindakan itu dibuat demi melihat rakyat terus percaya kepada polis dan juga menjaga reputasi PDRM. - SinarHarian

Orangni: jika Musa Hassan bukan pengkhianat maka sah-lah Hishammuddin Tun Hussein seorang pengkhianat..!!! Kerana mencampuri urusan hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara.

Hishammuddin Tun Hussein pengkhianat wajib letak jawatan Menteri Dalam Negeri....!!!

** BERIKUT IKUTI WAWANCARA MANTAN KPN MENGENAI KEJADIAN DI GOMBAK **

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan serangan samseng Umno yang diketuai Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai suatu bentuk pencerobohan.

“Apabila ada satu pihak menceroboh masuk, tugas polis ialah jangan sampai ada pertumbahan darah. Kalau nampak dia (Pemuda Umno masuk, jangan benarkan,” katanya pada forum ‘Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita’ hari ini.

Beliau merujuk keganasan samseng Umno pada ceramah di Gombak Utara, 4 Disember lalu yang menyebabkan seorang lelaki cedera tikam manakala Ketua Pas Cawangan Gombak Utara, Haider Samsudin luka di kepala akibat dibaling pasu.

Musa berkata, mana-mana pihak termasuk parti pembangkang berhak mengadakan ceramah di tempat terbuka, apatah lagi dalam premis persendirian.“Hanya bagi notis. Kalau di tempat awam, ada permit.

Tempat sendiri tak perlu. (Kalau) saya, tak letak berdekatan.

Sebelum berlaku, cegah dulu,” katanya.“Polis kena adil jalankan tugas. Adakah timbulkan keadaan tak tenteram. Kita tak mahu orang berceramah bersebelahan.

“Tugas polis untuk tentukan keselamatan orang awam. Bukan bertembung dan bergaduh. Keselamatan penting. Malu bila tengok politik bertikam,” katanya.Pada sidang media pula, Musa sempat berpesan supaya polis tidak perlu menghantar pegawai Cawangan Khas (SB) bagi mengekori pergerakannya.

“Tak payahlah ikut-ikut saya. Banyak kerja lain yang boleh dibuat pihak berkuasa. Saya hanya minta betulkan,” katanya merujuk teguran dibuatnya kepada Menteri Dalam Negeri.

Minggu lalu, Musa mendedahkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga sepupu Perdana Menteri, campur tangan dalam institusi polis ketika pasukan itu diketuai beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan