![]() |
Wajah budak lelaki bersongkok (Bulatan Merah) dikatakan Leman Raja Lawak |
Agak kecoh juga ruang wall FB Leman Raja Lawak Original apabila dipostingkan sebuah gambar dari FB Geng Artis PAS yang dikatakan keluarga Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya ada gambar Leman Raja Lawak atau nama sebenar Sulaiman Bin Ibrahim.
- Cuma inginkan kepastian dari sahabat semua,betulkah khabar angin yg mengatakan Leman Raja Lawak Original atau nama sebenar ( SULAIMAN BIN IBRAHIM ) ini adalah anak kpd AL-SHAHID USTAZ IBRAHIM LIBYA..boleh tak tolong sapa2 jelaskan? please.ana dah tanya abg leman sendiri dia kata bukan,tapi pic ni ?????????- FB Geng Artis PAS.
Gambar hitam putih (gambar lama) tersebut terdapat empat individu dan salah seorang (Kanak-kanak pakai kopiah) dikatakan Leman Raja Lawak.
Leman ketika aku menghubungi beliau menafikan dakwaan tersebut. Bagaimana pun Leman terharu dengan perkara tersebut.
Nama dan wajah dalam gambar tersebut mungkin hanya kebetulan sahaja.memang nama saya Sulaiman Bin Ibrahim, tapi bukanlah Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya bapa saya. Bapa saya masih sihat tinggal dikampung kata Leman
Leman menyatakan lagi Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya adalah tokoh pejuang Islam yang ditersohor dan memang menjadi idola dalam perjuangan-nya.

** Al-Fathihah buat Allahyarham As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para syuhada yang terkorban dalam kejadian tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan