Pengikut

Selasa, 4 Disember 2012

Debat: Dewan Muslimat PAS cabar Shahrizat Jalil

Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Pusat

CADANGAN DEBAT TERBUKA WANITA MALAYSIA

AntaraKetua Muslimat PAS MalaysiaDenganKetua Wanita UMNO Malaysia

ATAS ISU TRAGEDI 13 MEI 1969 & PERPADUAN NASIONAL

Dewan Muslimat PAS Pusat mengambil serius berhubung satu kenyataan dan ucapan oleh Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia di Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2012 bertempat di PWTC pada 28 November 2012 yang lalu di hadapan khalayak awam dan disebarkan juga di media-media cetak dan elektronik dalam negara.

Dalam ucapan beliau pada hari tersebut, beliau antaranya menyatakan bahawa :-“..Terdapat pelbagai kemungkinan implikasi yang boleh difikirkan, tetapi sesuatu yang paling menakutkan ialah sekiranya parti kita menjadi parti yang tidak lagi relevan dan ditolak rakyat.

Kita mesti pertahankan ini dari berlaku dan sebab itulah kita perlu bangkit sekarang dengan penuh kesedaran bahawa kita memegang amanah untuk terus menjunjung bangsa dan mendaulatkan negara ini.

Keduanya, dijauhkan Allah, jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang.

Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. Saya bimbang dan kuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969.

Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita?

Kita pastinya tidak mahu…Untuk itulah, sebelum keadaan yang digambarkan di atas berlaku, kita perlu mengambil langkah dan mencari jalan untuk mengatasinya…”Kenyataan/ucapan tersebut boleh mendatangkan rasa takut, cemas, rasa tidak selamat, tidak tenteram, berunsur ugutan, menghasut dan seterusnya upaya dan cenderung mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara Malaysia ini.

Justeru, atas kesedaran serta kewajaran berpolitik secara matang, bertanggungjawab dan berdedikasih, Dewan Muslimat PAS Pusat dengan ini mencadangkan satu “Debat Terbuka Kepimpinan Politik Wanita Malaysia” diadakan segera di antara Ketua Muslimat PAS Malaysia dengan Ketua Wanita UMNO Malaysia bagi mengupas isu ini.

Surat pemakluman Cadangan Debat Terbuka Kepimpinan Politik Wanita Malaysia ini akan dihantar ke Pejabat Ketua Wanita UMNO Malaysia dengan kadar segera.

Harapan kami agar cadangan ini dapat disambut oleh pihak YBhg. Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Dewan Muslimat sengaja tidak mengambil tindakan Laporan Polis terhadap kenyataan berunsur ugutan tersebut agar ruang Debat atau pun Diskusi Terbuka ini dapat diberikan laluan dan mengambil tempat.

Objektif utama kita adalah untuk merealisasikan satu politik yang lebih matang, bertanggung jawab dan berakhlak selari dengan tuntutan Islam dan kesantunan bangsa Melayu.

Dewan Muslimat juga bersedia untuk menjawab segala tuduhan dan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia sepanjang menyampaikan Ucapan Dasar beliau di Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia pada 28 November 2012 yang lepas.

Kami yakin dan percaya, pendekatan ini ( yakni Debat/ Diskusi Terbuka serta Berdepan ) adalah lebih wajar daripada masing-masing hanya berhujjah di pentas yang berbeza dan rakyat terus keliru dan terkeliru dalam memahami fakta dan data.

Sekian.Dr SITI MARIAH MAHMU
DTimbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ketua Penerangan Muslimat PAS MalaysiaKuala Lumpur, 5 Disember 2012

- FB Zaleha Md Said 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan