Pengikut

Jumaat, 7 Disember 2012

AES lemas ditemui

AES Kelemasan....hahaha...
Gambar: kesian...Sensor kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) ditutup,dibungkus atau serkup dengan plastik....Kalau la manusia diserkup macam ni rupa...tentu lemas....hahaha....

Syabas kepada kerajaan negeri Selangor kerana berjaya bertindak mengarahkan menutup beberapa buah kamera AES yang didakwa beroperasi secara tidak sah.

Moral kejadian bantahan terhadap sistem AES ini sebenarnya bukanlah rakyat suka dengan kemalangan jalanraya,tapi rakyat rata-rata tak puas hati dengan sistem AES ini diswastakan kepada puak kroni UMNO BN.

Lebih banyak kamera AES ditutup maka lebih banyak kantong haram kroni UMNO dapat ditutup...hahaha....

Berikut petikan kenyataan mantan KPN mengenai isu tidak wajar  AES diswastakan:
Perkara-perkara yang membabitkan pelaksanaan undang-undang seperti kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak wajar diswastakan kerana boleh menimbulkan persoalan di kalangan rakyat sama ada ia bermotifkan keuntungan, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Justeru, kata beliau, dalam keadaan sekarang penerangan yang terperinci harus dilakukan supaya rakyat benar-benar faham berkenaan hal itu dan tidak menimbulkan persepsi yang bukan-bukan.

"Sepatutnya benda-benda seperti penguatkuasaan kita tidak boleh swasta tetapi oleh kerana sudah dibuat begitu, jadi saya harap ini harus dimulakan dengan memberi pendidikan kepada orang ramai terlebih dahulu kerana mereka takut sekiranya sistem ini hanya untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat. Itu kita kena beritahu. Itu penting," jelas beliau. - SH.

** Projek AES dianugerahkan kepada syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang dikatakan dimiliki kroni UMNO..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan