Pengikut

Jumaat, 8 Mac 2013

Anggota Keselamatan Yang Terkorban Di Lahad Datu Angkara Wasathiyyah Najib


KUALA LUMPUR, 9 Mac - Najib Tun Razak berkata konon-nya konsep wasatiyyah perlu dijadikan teras utama dan hala tuju negara kerana ia mampu menjanjikan keseimbangan dan kesejahteraan dalam kehidupan dunia malah di akhirat.

"Konsep wasatiyyah seharusnya dijadikan amalan kehidupan bagi semua golongan dan peringkat seperti yang ditekankan dalam Islam.

"Kesederhanaan itu merujuk kepada kebijaksanaan sikap dalam membentuk hubungan yang baik, harmoni, saling menghormati di antara umat Islam dan penganut agama lain di mana ia memerlukan keseimbangan di antara soal duniawi dan ukhrawi," katanya. ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Institut Wasatiyyah Malaysia di sini malam tadi.

Bini rambut terjojol pun di anggap wasathiyyah..?
Turut hadir ialah isteri-nya DS Rosmah Mansor, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin dan Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia Mohd Yusof Din.

"Malaysia sentiasa mengamalkan pendekatan dan konsep wasatiyyah walaupun negara sedang berdepan dengan masalah rumit.

"Oleh itu, falsafah wasatiyyah amat kena pada masanya untuk pemimpin negara menguruskan hala tuju negara," katanya.


Mengambil contoh insiden Lahad Datu dan Semporna, Najib menegaskan Kerajaan mengambil keputusan berpandukan konsep wasatiyyah sebelum melancarkan serangan terhadap penceroboh bersenjata di Sabah.
..........................................

Orangni: Najib ni cakap tak serupa bikin..!! Kalau dalam aspek nak jaga keluarga pun dia gagal,sehinggakan bini-nya Rosmah kehulu kehilir dengan mendedah rambut terjojol pun tidak berani dinasihatkan,adakah nak nasihat pun wasathiyyah..??

Ini dikaitkan pula kes kat Lahad Datu konon-nya kerajaan buat keputusan berkonsepkan wasathiyyah ala UMNO BN...hahaha... Nampak sesangat Najib banyak main politik dalam aspek keselamatan tanahair sehinggakan 8 nyawa anggota keselamatan terkorban kerana percaturan konon-nya wasathiyyah.

Ramai rakyat yakin sekira isu di Lahad Datu Sabah ini tidak dicampuri oleh kuasa politik Najib, nescaya pihak PDRM dan ATM mampu selesaikanya dengan lebih berkesan. Tambahan lagi didakwa ramai pihak mengatakan kejadian di Lahad Datu ini berpunca dari kerja kotor UMNO BN dalam isu pemberian I/C kepada pendatang asing demi politik jijik UMNO BN.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan