Pengikut

Rabu, 6 Mac 2013

Penceroboh Lahad Datu Guna "JIN" Untuk Bertempur..!!!

Tidak dapat pastikan kesahihan mengenai apakah benar sebuah artikal dilaman FB mengatakan terdapat suatu upacara seperti ritual pemujaan yang memaparkan foto Sultan Kiram bersama peralatan yang biasa digunakan dalam upacara pemujaan.

Konon-nya upacara ini dilakukan untuk pendinding atau kebal kepada bala tenteranya ke Sabah (Militan Penceroboh Lahad Datu).

Petikan dari sebuah laman FB: Selepas Rakyat Malaysia beramai-ramai Solat Hajat semalam dan hari ini ternyata Sultan Kiram dan tentera Suluk Kepanasan dan kini dilihat Sultan Kiram sedang membuat satu 'upacara' dinyakni sebagai 'peninding/kebal' menyeru Jin untuk meresap ke bala Tenteranya di Sabah.

Sekarang ATM & Police Malaysia bukan berperang dengan Manusia , kini mungkin berperang dengan 'JIN' atau Syaitan dikalangan Tentera Suluk Kiram . 

Semoga Rakyat Malaysia Penganut Ugama Kristian , Islam bersatu memberikan Doa kepada Tentera-Tentera Kita yang juga berbilang Agama untuk mengalahkan 'Jin Kiram' tersebut.


Gambar sumber FB
..........................................
Orangni: Mendampingi atau menggunakan jin ialah dengan cara tertentu, sama ada melalui menuntut, saka atau dengan seru atau pemujaan. Perbuatan ini dianggap salah jika dengan maksud melakukan perbuatan yang salah di segi syara’, kerana boleh membawa kepada pemujaan jin. 

Ada orang menggunakan jin atau disebut dengan berbagai-bagai nama seperti alam ghaib atau lain-lain, yang sebenar ia adalah dari jenis jin. 

Walaupun penggunaan makhluk jin ada menampakkan macam ada kebaikan yang kadang-kadang menonjol, tetapi ianya selalunya  boleh membawa kepada penyelewengan akidah, kerana amalan seperti itu bukan dari ajaran nabi.

Jauhi perkara khurafat dan anggota keselamatan negara jangan gentar berhadapan dengan para militan penceroboh tanahair. Anggota keselamatan yang berugama Islam hendaklah  jangan tinggalkan solat dan sentiasa mengingati Allah (Zikir). Teruskan perjuangan...Takbir...!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan