Pengikut

Rabu, 6 Mac 2013

Panas dan Pelik..!!! Video PDRM Tidak Mengari (handcuffs) Penceroboh Tersebar

Teramat pelik dan menghairankan apabila melihat sebuah klip video 1:06 yang dimuat naik dilaman Youtube oleh Harian Merto berkaitan Operasi polis di Kampung Airport Semporna Sabah.

Dalam klip video ini memaparkan beberapa anggota keselamatan dari PDRM yang dikatakan memberkas militan penceroboh yang menjadi isu hangat di Sabah sekarang ini.

Apa kejadahnya militan penceroboh itu hanya diiring oleh beberapa anggota PDRM bersenjata tapi tangan tidak di pasangkan gari (Handcuffs)..??? 

Apakah ini tindakan yang betul dan suatu tindakan terdesak kerana kekurangan gari dalam logistik PDRM..?? 

Apa yang mengecewakan apabila dilihat militan penceroboh seperti dipaksa berlakon seperti tangan digari disilangkan di belakang. Malangnya aksi ini kantoi dengan rakaman klip video tersebut.

Orangni bukan mempertikaikan atau memperlekehkan kebolehan dan pengorbanan yang diberi oleh anggota keselamatan yang bertugas di lokasi, cuma dalam aspek keselamatan istilah "Tiada Kompromi" harus di laksanakan secara total dalam keadaan seperti di sabah sekarang.

Tidak bolehkah digunakan sebarang tali atau tali sling senjata untuk mengantikan gari..??? Atau ada agenda lain yang tersembunyi.....

Kelihatan anggota Keselamatan dalam Ops Kg Airport
Diberkas: Lelaki berbaju putih tangan dibelakang di-iringi anggota Keselamatan
Tangan seperti di gari....
Sebenarnya.....sekadar lakonan, kenapa jadi begini...???
Saksikan militan penceroboh tidak di gari.....
......................................
Tangan Suspek "Pengganas" Tidak Bergari...!!!
Gari tiada..??? atau ada Skrip...???
Sandiwara atau Skripwara...????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan