Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Sabtu, 5 Mac 2011

Dialog “Ahli Nujum Pak Belalang” versi 1Malaysia



Sultan Amirulrashid: Ha..Baginda Masai,Beta suka mendengar soalan yang ke-tiga….Ahli Nujum..soalan yang ketiga..

Ahli Nujum Masai: Baik lah Tuanku..ada sebuah masaelah..SATU banyak…banyak,DUA sikit…sikit,TIGA jarang..jarang,AMPAT(Empat) Kadang…Kadang…Apa itu.????

Ahli Nujum Negara Pak Belalang: UMNO.!!

Ahli Nujum Masai: UMNO..?? Buktikan…

Ahli Nuju
m Negara Pak Belalang: SATU!!! baaanyak…ertinya..Kes rasuah,pecah amanah,curi duit rakyat,tipu rakyat..dilaku-kan oleh UMNO memang banyak dalam Negara ini…
DUA!!! Sedikit..sedikit..ertinya orang UMNO yang lakukan kesalahan ini hanya sedikit didakwa dimahkamah..
TIGA!!! Jarang-jarang ertinya..didapati bersalah kalau didakwa pun di Mahkamah..
EMPAT!! Kadang-kadang…semua kes tu buang masa saja..UMNO akan tetap betul walaupun terbukti salah…

Ahli Nujum Negara Pak Belalang: Begitulah jawapanya Tuanku…

Sultan Amirulrashid: Bagaimana Baginda Masai..?? betul atau tidak..???

(Jawapan tanya pada diri sendiri…)

Mustafa Kamal Atartuk idola Najib

Makcik gemok kat belakang tu buat menyemak je

Sekitar kubur syaitan manusia sekular Mustafa Kamal Atartuk

Najib berbesar hati dapat beri penghormatan Syaitan Sekular penghancur Khilafah Uthmaniyyah

Sama le mcm yg mantan PM Australia buat kat bawah tu, lepas ni jadi mantan jugak

Bingai pakai kopiah bunga tu diyakini Zulkifli Noordin, dapat le upah makan angin dgn Kak Mah

Banyak shopping kat Turki wahai Kak Mah, barang2 Turki mahal tapi takpe sebab duit rakyat

Pengampu2 tunggu ketibaan Najib & Kak Mah dari Mongolia, ops bukan tapi Turki

Kalau nak dapat habuan kena jadi pengampu

Tengok dagu Kak Mah, shopping sakan le kat Turki

Tak lupa baca doa walaupun aurat terdedah

Jumaat, 4 Mac 2011

Shahrizat Dedah


Jeng..!!! Jeng..!!!
Shahrizat Dedah
Taktik Kotor
Menyamar Sebagai Wanita UMNO...

kunun-nya ada pihak yang menyamar menjadi Wanita Umno yang hapak bau-nya,kemudian memburukan calon Umno BN yang memang buruk pun... Shahrizat merayu,melutut mungkin menyembah jangan percaya pihak ini kerana bau pihak yang menyamar ini berlainan bau hapaknya. Bau Hapak Wanita Umno tiada tolok tandingnya..jadi yang menyamar tersebut tidak dapat menyerupi bau hapak Wanita Umno..
Kepada spy-spy yang teringin-kan kotak yang mempunyai tulisan "Berakhir Zaman Miskin" boleh-lah cuba memberkas penyamar-penyamar Wanita Umno ini..mungkin akan menerima kotak tersebut sebagai ganjaran dari Shahrizat yang habak bau-nya.. -mS O

Khamis, 3 Mac 2011

ADUN Lenggeng Didapati Bersalah Terima Rasuah


SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mustafa Salim didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir dua tahun lalu.

Wakil rakyat berusia 51 tahun, kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun telah dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah dari M. Manimaran atas tujuan yang sama.

Mustafa didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 10 (a) (aa) atas tuduhan menerima suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun serta denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda daripada nilai suapan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan menangguhkan prosiding hingga ke pukul 2.45 petang untuk membuat keputusan.- mstar

Rabu, 2 Mac 2011

Taib Mahmud Menekan..????



Taib cuba beri tekanan kepada Najib?

Ketua Menteri Sarawak mahu PRU dan PRN diadakan serentak.

KUCHING: Kerana bimbang dan terdesak, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini dikatakan cuba memberikan tekanan secara halus terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mencadangkan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serentak.

Antara alasan Taib yang dianggap sebagai cubaan memberi tekanan kepada Najib agar tunduk dengan kemahuannya ialah mengadakan pilihan raya berasingan akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) Sarawak menerima asakan yang hebat daripada Pakatan Rakyat, sekaligus memberi kesan terhadap prestasi BN Sarawak.

Taib juga mengaitkan kemerosotan prestasi BN Sarawak dalam PRN nanti akan turut mempengaruhi kedudukan BN di Parlimen dalam PRU akan datang.

Demikian menurut satu sumber dalaman dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak di sini ketika menghubungi FMT hari ini.

Menurut sumber itu, reaksi yang diberikan Najib dalam isu ini tidak memuaskan hati Taib dalam perbincangan di antara kedua-dua pihak semasa pertemuan mereka selepas majlis resepsi perkahwinan Taib sebelum ini.

“Mereka ada berbincang selepas resepsi perkahwinan ketua menteri itu baru-baru ini tetapi PM tidak memberikan sebarang jaminan untuk menuruti cadangan Taib…… jadi Taib tak puas hati dan masih berusaha untuk melobi,” kata sumber itu lagi.

Katanya, tsunami politik yang berlaku ketika PRU-12 pada Mac tahun 2008 menular ke Sarawak dan PRN akan datang merupakan antara kebimbangan utama Taib ketika ini.

Maklumat risikan

“Taib menerima maklumat risikan dari pihak tertentu, tsunami politik dalam PRU-12 lalu sedikit sebanyak akan memberi impak dan menjejaskan kedudukkan BN di Sarawak.

“Walaupun Taib berpendapat, angin perubahan dari Semenanjung bergerak perlahan ke Sabah dan Sarawak tetapi perbezaan masa tiga tahun selepas PRU lalu tidak mustahil ‘mood’ yang sama telah menyusup di Sarawak,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, bagaimanapun pada masa ini Taib masih positif bahawa BN Sarawak yang diterajuinya masih dapat mengekalkan pemerintahan di negeri itu.

“Walaupun sumber maklumat itu memaklumkan kepada beliau, BN masih mampu mengekalkan kerajaan negerinya namun ia tidak cukup untuk melegakannya.

“Sebabnya Taib juga dimaklumkan selain BN akan mengalami penyusutan majoriti undi, pembangkang juga mungkin dapat menambah beberapa kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak,” katanya lagi.

Kebangkitan rakyat Arab bimbangkan Taib

Selain itu, sumber itu juga memberitahu, perkembangan mutakhir tentang kebangkitan rakyat di beberapa buah negara Afrika Utara dan Timur Tengah, khususnya di Mesir dan pendakwaan beberapa bekas menteri di negara ini atas tuduhan rasuah, juga agak merisaukan Taib.

“Semenjak isu kebangkitan rakyat Mesir meletus, beliau banyak bercakap tentang bekas Presiden Mesir dan Tunisia iaitu Hosni Mubarak dan Zine el-Abidine Ben Ali dan bunyi nadanya semacam risau.

“Saya taklah cakap dia ada salah guna kuasanya atau mengamalkan rasuah sepanjang dia memerintah, tapi mungkin disebabkan ada beberapa persamaan antara mereka seperti tempoh pemerintahan yang amat panjang agaknya.

“Ditambah pula persamaan lain dengan mempunyai ramai ahli keluarga, saudara terdekat dan teman rapat yang terlibat dalam perniagaan yang berskala besar hingga jadi jutawan pun ada,” tambahnya lagi.

“Selain itu pendakwaan terhadap dua bekas Menteri Pengangkutan dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di mahkamah juga membuatkan dia merasakan perlu untuknya terus berkuasa di negeri ini,” ujar sumber itu lagi.

Ketika ditanya pihak yang memberikan maklumat risikan itu, beliau yang mendakwa telah berkhidmat di Pejabat Ketua Menteri Sarawak lebih sepuluh tahun enggan mendedahkannya – samada daripada Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia mahupun risikan yang dibuat oleh jentera parti BN sendiri.- FMT


Berita ini tidak keluar TV 1,2 dan 3suku...


Pengasas Umno Jengka 25 masuk PAS

TEMERLOH, 2 Mac: Bekas Ketua Umno yang juga Pengasas Umno Jengka 25 telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam tadi.

Muzamil Mualip, yang juga Naib Pengerusi JKKR bersama 11 ahli Umno yang lain telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumah beliau sendiri.

Majlis itu yang turut dihadiri beberapa wartawan dan pemimpin tertinggi PAS itu dipercayai bakal mencetuskan satu fenomena baru perkembangan PAS di Jengka 25, yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno.

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya Kecil Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan perkembangan ini sebagai satu tekanan terhadap Umno.

Dalam ucapan ringkas bagi mengalu-alukan penyertaan beliau, Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS berharap penyertaan beliau bersama 11 ahli Umno yang lain akan memperkukuhkan perjuangan Islam di Jengka 25.

“Beliau yang sangat berpengaruh di Jengka 25 adalah pembantu khas kepada bekas Adun Kerdau Allahyarham Datuk Abdullah Kia,” tambah Tuan Ibrahim.- HarakahDaily

Selasa, 1 Mac 2011

Kaki - kaki Umno BN cukup busuk


Kaki rasuah,kaki bodek,kaki ampu,kaki enjoy....
cerita kaki terbaru ialah "Kaki tipu menipu kaki tidur".

Mantan menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.

Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari lalu selepas diminta oleh pihak berkuasa.

Beliau yang juga bekas timbalan presiden MCA dibawa ke perkarangan mahkamah pada jam 2 petang tadi dengan kawalan polis. Beliau diiringi oleh isteri dan anak perempuannya.

Dengan memaki seluar kelabu dan baju putih, beliau kelihatan tenang.

“Saya terkejut kerana didakwa tetapi saya yakin dengan sistem perundangan negara dan ini beri peluang bagi saya membersihkan nama,” kata Chan ketika ditemui wartawan selepas membayar wang ikat jaminnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Chan adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.
Pada 29 Julai tahun lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.

Empat yang lain, termasuk bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang, juga didakwa berhubung pelabagai kesalahan berhubung pembabitan mereka dalam projek berkenaan.

MB Haram guna Tektik Haram untuk kekal kuasa Haram..


FAKTA
Tu dia UNDI Pos Zambry meningkat sehingga 5669(2011) dari 386 (2010)
PKR Dedah Kemasukan Undi Pos Besar-Besaran Di DUN Perak.
PETALING JAYA 1 MAC : Parti Keadilan Rakyat mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN di Perak pada tahun 2010, kata Timbalan Pengarah Pilihanrayanya Chan Ming Kai di sidang medi
a mingguan parti itu hari ini di sini.
Menurut Chan Ming di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor.
"DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. Keadilan tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008," katanya.
Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sungai Rapat.
"Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos," katanya.
Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.
- HD

UMNO…memang susah tanpa dosa

KPI - Zaman akhir Umno sudah hampir… (Petunjuk Prestasi Utama)


Sasaran Mejoriti KPI dalam PRK menjadi sebutan mengerunkan kepada para pemimpin Umno,terutamanya TPM. Boleh diperhatikan dan dinilaikan sejak berlansungnya beberapa PRK sejak PRU12 yang sekarang berjumlah 14kali (Tidak termasuk PRK Merlimau dan Kerdau) kemerosotan jumlah mejoriti dalam pengundian walaupun Umno menang dalam PRK tersebut sasaran KPI-nya amat tersasar dari sasaran ataupun dengan perkataan yang lebih tepat ialah merosot.

Mencontohi kemorosotan KPI dalam PRK yang terdekat ialah PRK Tenang,yang mana sebelum berlaku-nya hari pengundi (Masa tempoh berkempen) TPM telah menyebut satu angka sebagai sasaran dalam PRK Tenang,dengan nada yang yakin TPM melaungkan sasaran KPI bagi PRK Tenang dan akhirnya laungan itu menjadi senyap walaupun Umno BN menang,mungkin TPM meraung dalam nada perlahan. PRK Tenang menyaksikan kehancuran harapan TPM dan Umno BN dalam sasaran KPI kerana DUN Tenang adalah dahulu sebuah kubu kuat bagi Umno BN.

Dengan kemenangan dalam kejatuhan KPI Umno BN seperti di PRK Tenang menunjuk-kan sasaran KPI bermejoriti tinggi dalam PRK bukan sekadar mimpi ngeri tapi ianya adalah hakikat sebenar penolakan pengundi terhadap kepimpinan Umno BN sekarang.

MENYINGKAP HARAPAN DAN SASARAN TPM SEMASA PRK DUN TENANG:

LABIS, 22 Jan – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sasaran untuk menang majoriti lebih 5000 undi pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini sebagai KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dan satu cabaran kepada jentera Barisan Nasional (BN).

“Saya yakin dengan calon kita. Latar belakang cukup baik, tidak ada apa-apa masalah perwatakan. Lagipun kawasan ini merupakan kawasan beliau sendiri. Kriteria ini dapat membantu pengundi-pengundi buat keputusan,” katanya.

“Kita mahu lihat pelan transformasi Perdana Menteri diterima baik di semua peringkat masyarakat,” katanya. –MediaUMNO

Keputusan rasmi PRK Tenang:

BN = 6,699

PAS = 2,992

Majoriti = 3,707

Tidak hairanlah Umno BN sekarang melipat kali ganda usaha pelbagai cara,dari projek-projek mee segera,hidangan hiburan tidak bermoral dan yang terbaru di Kerdau dilaporkan sebuah trak dengan muatan 100 kotak untuk diberi kepada warga miskin diKerdau,diluar kotak tersebut tertera ayat “Berakhirlah Zaman Miskin” .Memang nampak jelas apa sebenarnya yang berlaku mengenai sokongan rakyat terhadap Umno BN sekarang dan kempen Umno BN seperti mengajak rakyat menjadi kebudak-budakan dalam berpolitik…mana mungkin 100 orang sahaja yang miskin di Kerdau..!!! Terbelakah si-miskin nanti dengan menerima sekotak bantuan akan tidak miskin lagi..!!! (Mungkin ada Jongkong emas kot….) mungkin perkataan yang paling sesuai pada 100 kotak-kotak sogokan itu ialah “Berakhirnya Zaman Umno BN”….

KPI Umno BN dalam berkempen juga menujuk “Zaman akhir Umno sudah kian tiba…”

Isnin, 28 Februari 2011

Hero Ancak Tiang Seri Udah niru Kelantan pulak kome ni...???


Apapun bagiuh juge le kome ni Hero Ancak Tiang Seri(HATS) niru apa yang kerajaan Kelantan buat..sekurangnye kome HATS sedo le yang apa dibuat oleh kerajaan kelantan tu ada baiknye,ada baguihnye...dari kome HATS buat sejak merampas melanun negeri Yob ni...

Kamu HATS dengo apa kata Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kata...
DPPN Pk yakin pendekatan baru yang bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk memperkenalkan Dinar Emas dan Dirham Perak adalah pendekatan yang baik seperti mana yang telah dipelopori oleh Kerajaan Kelantan.

Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, apa yang dilakukan oleh Kelantan tahun lepas mendapat sambutan baik di kalangan rakyat dan berharap rakyat Perak mengambil peluang yang sama.

Katanya, saranan Kelantan yang disambut kerajaan negeri telah membuka lembaran baru sistem mata wang kerana pengukuhan Dinar Emas dan Dirham Perak telah membuktikan sistem kewangan Islam adalah yang terbaik sehingga saat ini.

“Justeru bagi DPPN Pk, usaha oleh Kerajaan Negeri Perak ini adalah tidak sia-sia dan amat memerlukan sokongan dan dokongan semua pihak,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

Baginya, sudah tentu perkara itu juga adalah menjadi perancangan PAS bagi membuka minda rakyat pelbagai kaum di negara ini akan kebaikan sistem kewangan Islam yang sepatutnya sudah lama diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

“DPPN Pk memuji langkah berani Kerajaan Negeri Perak atas perkara ini dan berharap dapat menjalankan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan bagi tujuan promosi dan perkara lain yang berkaitan,” ujarnya.

GEMPAR!!! 100 Kotak misteri di Kerdau....


100 kotak 'bantuan bermisteri' BN tiba ke Kerdau

SUNGGUH MISTERI......BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

SUNGGUH MISTERI......Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

SUNGGUH MISTERI.....Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

SUNGGUH MISTERI.....Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

SUNGGUH MISTERI.....Ia juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

SUNGGUH MISTERI.....rupa di DUN Kerdau hanya ada 100 orang miskin.

SUNGGUH MISTERI.....Sebelum ini tiada kotak-kotak ini di Kerdau.

PALING MISTERI.....SPR BERDIAM DAN SPRM JADI TULI...

**Sbr-MK.

Ahad, 27 Februari 2011

Transformasi Politik Wang Umno Jelas...


TEMERLOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini.

Projek berkenaan adalah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan menggantikan paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan balai bomba sukarela (RM150,000).

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, kesemua projek berkenaan bukan untuk memancing undi sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

"Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tidak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya hendak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan iaitu majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau di sini semalam.

Setiap kali berlaku PRK UMNO BN akan "menaburkan" segala mungkin kepada rakyat setempat.. Semua berjuta - juta lemon,berjuta-juta janji... Sikap dari pemimpin UMNO memang sudah dijangka-kan oleh seluruh warga dalam negara ini... Ada PRK adalah Projek untuk kawasan tersebut,jikalau YB kawasan tersebut sihat wal'afiat dan berumur panjang sehingga PRU menjelma maka kempunan-lah rakyat-rakyat dikawasan tersebut.. Budaya "I help You...you help me" menyerlahkan lagi ketidak adaan maruah UMNO BN dalam membela nasib rakyat.. Jika dinilaikan dengan 1sen pun...maruah UMNO BN lebih murah dari itu...Transformasi dalam masa PRK bagi UMNO BN ialah "Transformasi kearah Politik Wang".......
-( SPR menjawap dengan alasan 53tahun lepas...."Ini projek untuk rakyat yang dah terancang sebelum prk lagi....)


RON setakat ini boleh tahan - Ismail Sabri Yaakob


NADA-NADA MERDU YANG SELALU DIDENDANGKAN OLEH PEMIMPIN UMNO BN SEBELUM ATAU SEMASA BERLANSUNG-NYA PRK....SEJARAH TERDEKAT MENGENAI DENDANGAN MERDU MERDU INI IALAH APA YANG BERLAKU DI TENANG....
SEBAIK SAJA SPR UMUMKAN KEPUTUSAN..MEDIA MASSA ARUS PERDANA PUN MENGELUARKAN KENYATAAN TENTANG RON YANG SANGAT MERDU DIDENGAR OLEH SEMUA RAKYAT...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecil) semalam.Menurut beliau, berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan harga minyak dunia itu.

"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah. "Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikkan harga RON 95 dan diesel," katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.Beliau berkata, peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.- Km

.


Perhebat Guna Media Baru






(Graf skala dan index dari : http://ureka.asia/2010/07/media-anak-muda/)

AYER KEROH - Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas perlu memperhebatkan penggunaan media baru sebagai medium menangkis tohmahan dilemparkan Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Pas pusat, Idris Ahmad berkata, ini perlu dilakukan memandangkan media arus perdana, termasuk televisyen ketika ini dilihat sering memberikan laporan berat sebelah.

Menurutnya, Pas tidak mampu menandingi media arus perdana dan lantaran itu, perlu menggunakan media baru untuk meneutralkan segala dakyah yang disampaikan BN.

“Sebagai contoh isu fitnah. Sekiranya kita dapat memperbetulkan apa yang disebarkan, para pengundi pasti tidak akan kabur atau tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.

“Sebab itulah kita mengharapkan rakan-rakan media kita akan dapat membantu memperbetulkan situasi yang ada ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa pertemuan dengan bloggers di sebuah restoran terkemuka di sini semalam.

Hampir 20 orang blogger, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Perak, Khalil Idham Lim turut hadir pada pertemuan itu.

Menurut Idris, pertemuan bersama blogger ini merupakan satu usaha ke arah membantu PR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Pasa masa sama, katanya, ianya juga bertujuan memperkukuhkan media baru PR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Di Merlimau sebagai contoh, kesedaran penggunaan Facebook dan Twitter adalah tinggi kerana ianya boleh kita gunakan untuk membantu dalam PRK ini,” katanya.

Menurut Idris, pada masa, terdapat beberapa usaha pihak kerajaan untuk menyekat media baru, terutama blog.

“Kita sudah ada OSA (Akta Rahsia Rasmi), ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan macam-macam undang-undang lagi.

“Kalau betul sesuatu blog itu memfitnah, ambillah tindakan terhadap empunya blog berkenaan,” katanya.-detikdaily


- Orang ni berpendapat kepada pengamal media-media alternatif diperhebatkan lagi di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Langkah ini dianggap konklusif. Blogger timbul, laman web timbul dan semua memainkan peranan masing-masing. Cara inilah yang boleh menjayakan kejayaan.

(Graf skala dan index dari : http://ureka.asia/2010/07/media-anak-muda/)
****Walaupun kajian pada tahun 2010 oleh pihak Zentrum ia-nya masih releven untuk dirumuskan semula.




Kini aku menjadi ahli PAS: BOB LOKMAN





Assalamualaikum.

ALHAMDULILLAH. Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku peluang untuk kembali ke ruangan ini setelah 2 tahun aku tercari-cari jawapan untuk sebuah kebenaran. Hampir sekali aku membenarkan kebatilan menjadi sebuah haq dalam aliran pemikiran. Hanya ALLAH yang berkuasa memberikan petunjuk diatas jalannya yang lurus.

Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.


Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.


Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka. Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".


Kalau dahulu aku bersama-sama membenarkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH". Bersama dengan Ahlussunnahwaljamaah aku akan meneruskan sisa perjalanan mencari dan menyampaikan kebenaran kerana aku insaf ramai manusia tidak mahu menjadi jahat, tetapi kerana mahalnya harga nafsu yang perlu dibayar untuk dipuaskan, maka mereka terpaksa memilih jalan yang telah disediakan oleh yahudi dan nasara. Langkah demi langkah aku akan meninggalkan yang haram dan syubhat hingga aku dipertemukan dengan jalan yang benar sebagaimana permohonan aku ketika aku membacakan "IH DINAS SIRA TAL MUSTAQIM" didalam surah ALFATIHAH. Semoga langkah awal ini akan dipermudahkan oleh ALLAH untuk aku mencari teman yang sealiran dan mengajak seramai mungkin umat manusia kembali kepada ALLAH.


Kepada Ibu Bapa, Guru-Guru dan para sahabat, doakan semoga aku sentiasa beristiqamah diatas jalan yang benar dan sentiasa bermujahadah DEMI ALLAH. kepada Umat Malaysia, marilah kita sama-sama mencari perubahan kearah kebenaran dengan menyatakan "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" dengan menegah perkara yang boleh menjadikan kita SYIRIK kepada ALLAH.


71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak siap sedia untuk direbut..


BN Sarawak sudah sedia hadapi pilihan raya negeri: Taib

BELADIN (SARAWAK): Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya negeri dan senarai nama calon juga sudah diterima, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini. "Sudah..sudah, kita (BN) sudah bersedia, calon pun sudah ada, saya tidak boleh umumkan nama calon sekarang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Beladin Al-Amin di sini. Abdul Taib yang juga Pengerusi BN negeri berkata senarai itu meliputi semua calon yang akan mewakili BN untuk merebut 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Pilihan raya Sarawak dijangka berlangsung dalam masa terdekat memandangkan penggal DUNnya akan berakhir pada 24 Julai ini. Pada pilihan raya negeri lalu, BN menguasai 63 kerusi. Sementara itu, mengulas tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang mengkritik kerajaan Sarawak, Abdul Taib berkata perkara itu adalah perbuatan nakal namun tidak akan menghalang kerajaan BN untuk terus membangunkan Sarawak.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Taib berkata Sarawak telah berjaya keluar dari kelompok negeri miskin sejak 40 tahun lepas dan kini hampir 94 peratus rakyatnya telah bebas daripada belenggu kemiskinan. Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga berkata kejayaan dasar politik pembangunan yang diperkenal kerajaan negeri ternyata berjaya membawa perubahan besar kepada kemajuan Sarawak. "Sekarang kita bukan sahaja perlu kerja kuat, malah perlu meningkatkan lagi pengetahuan untuk lebih maju selain perlu merancang untuk melahirkan lebih ramai pemimpin yang bijak dan faham apa kemahuan rakyat di peringkat bawahan," katanya. Abdul Taib juga mengakui kejayaan Sarawak hari ini adalah hasil daripada keberanian pemimpin serta rakyat untuk melawan arus kemajuan tanpa perlu menoleh kebelakang. - BERNAMA

Hahaha...NAKAL... Tok Uban tak sedar atau sedang palau (mabuk)..?? Jika dikata pengkritik kerajaan Sarawak NAKAL, Orang ni kata Tok Uban bukan sekadar NAKAL tapi Lanun...habis semua khazanah bumi kenyalang disapu bersih oleh kroni anak menantu Tok Uban...

Untuk mengetahui LANUN dan GATAL Tok Uban boleh klik sini :http://www.sarawakreport.org/ms/news/