Pengikut

Khamis, 14 April 2011

SELAMATKAN SARAWAK BUMI KENYALANG



Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.
Sarawak adalah negeri kedua terkaya dalam hasil sumber ekonominya di Malaysia dengan hasil sumber gas asli, petroleum, balak dan kelapa sawit. Selain itu, terdapat juga sumber ekonomi yang baru seperti sektor perkilangan elektronik dan bioteknologi.

Dengan kawasan yang luas terbentang, Sarawak mempunyai banyak kawasan yang sesuai untuk perkembangan pertanian, Lebih kurang 32% atau kira-kira 40,000 km² luas kawasan telah dikenalpasti sesuai untuk pertanian. Walau bagaimanapun, tidak sampai 9% yang ditanam dengan tanaman kekal, manakala selebihnya masih dalam proses penanaman padi huma iaitu seluas 16,000 km² lebih. Selain kelapa sawit, tanaman komersil lain adalah sagu dan lada hitam.

Walaupun Sarawak mempunyai semua anugerah hasil bumi yang kaya dan melimpah ruah,keadaan rakyat Bumi Kenyalang ini kebanyakanya sebaliknya,mereka rakyat Sarawak telah berkerja keras untuk memajukan hidup dan negeri ini namun semua hasilnya telah disapu,dirompak,diselewengkan oleh pihak pemerintah yang rakus.
Lihat-lah dan bandingkanlah jalan-jalan raya yang dikatakan berstatus transborneo highway dengan negeri2 lain dalam Malaysia,sehinggakan para pemimpin BN sendiri pun tidak sanggup melaluinya walaupun perjalanan singkat dari Bandar Kuching ke Seri Aman.
http://www.facebook.com/album.php?id=100000658000784&aid=54261


Jangan diberi peluang lagi kepada BN yang hanya pandai datang dengan janji-janji pada pilihanraya sahaja. Selapas pilihanraya mereka akan sibuk membahagi-bahagikan kekayaan negeri Sarawak untuk diri mereka sendiri. Lihatlah apa yang PEK MO lakukan dalam masa 30 tahun menjadi ketua menteri,yang kaya anak,yang bergaya menantunya,yang hebat dirinya sahaja..rakyat masih terbelenggu dengan ekomoni yang kian menghimpit kehidupan..
Benar kata-kata YB Lim Guan Eng - “Sarawak ada balak, minyak, gas dan tanah. Malangnya, ia juga ada banyak 'buaya',”

Kepada semua rakyat Sarawak Bumi Kenyalang marilah bersama-sama menyelamatkan diri,keluarga,masyarakat,kampung dan negeri Sarawak ini dengan menolak BN yang nyata telah memperkudakan rakyat untuk kepentingan politik dan demi kepentingan untuk mengaut kekayaan Bumi Kenyalang untuk diri mereka dan keluarga2 mereka sahaja seperti "PEK MO". Ayuh kita tumbangkan BN.

UNDI PAKATAN RAKYAT...SARAWAK SELAMAT