Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Khamis, 23 Ogos 2012

Selesai PRU 13 Lesen memandu untuk seumur hidup

Pemuda PAS cadang lesen memandu seumur hidup

23 Ogs 2012KUALA LUMPUR: Terasa susah untuk memperbaharui lesen memandu saban tahun. Apa kata jika ada tawaran supaya lesen memandu hanya dibuat sekali sahaja tanpa perlu pembaharuan?

Begitulah lontaran idea yang dikemukakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan di Twitter pagi ini.“Hari ini ramai yang beratur dan merungut sebab kena perbaharui lesen (memandu) saban tahun.

Saya cadang selepas Pakatan Rakyat memerintah, beri lesen memandu seumur hidup tanpa perlu renew,” tulis beliau.Menurut Nasrudin, memperbaharui lesen memandu adalah antara perkara yang membebankan rakyat terbanyak.“Kenapa tidak lesen memandu dikeluarkan tanpa perlu renew?” tanya beliau.Ketika dihubungi Harakahdaily untuk mengulas lanjut mengenai mekanisme cadangan beliau, Nasrudin berkata hanya pemandu bermasalah, seperti yang sering melanggar undang-undang trafik sehingga lesen tergantung perlu memohon lesen memandu semula secara berkala.

“Bagi pesalahlaku trafik yang memohon lesen memandu semula, lesen memandu berwarna lain boleh dikeluarkan untuk membezakan mereka, yang memerlukan mereka untuk renew berkala jika berkelakuan baik untuk tempoh tertentu,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Namun, katanya mekanisme perlu diperhalusi tapi matlamat yang terpenting ialah mengurangkan beban rakyat dalam memperbaharui lesen memandu. “Dahlah setiap tahun kena renew cukai jalan dan insuran kereta. Kini, apabila banyak saman, cukai jalan disekat maka kereta tidak boleh digunakan.

"Sebenarnya tidak ada keperluan untuk rakyat untuk memperbaharui lesen memandu, sekali dapat dah cukup, asalkan jaga kelakuan di jalanraya lesen memandu ini hidup,” katanya.Cadangan itu setelah diperhalusi, kata Nasrudin akan dibawa beliau untuk dibincangkan bersama PAS Pusat dan seterusnya Pakatan Rakyat.

~ Harakahdaily


Rabu, 22 Ogos 2012

8 Syawal 1433: Pagi beraya dengan DS Nizar dan petang beraya bersama DS Anwar

26 Ogos 2012 bersamaan 8 Syawal 1433 (Ahad) ini di Bukit Gantang Perak akan diadakan majlis sambutan hari raya Aidilfitri bagi peringkat Parlimen di dua lokasi untuk dua penganjuran.

Kedua-dua majlis rumah terbuka Aidilfitri ini ialah anjuran PAS Kawasan dan PKR disini berlansung pada hari yang sama namun masanya berbeza.

Bagi majlis PAS Kawasan Bukit Gantang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 1 .OO petang. Rumah Terbuka Aidil Fitri  dijangka berlangsung di Batu 8,Jalan Changkat Jering- Trong bersama DS Nizar.

Manakala anjuran Parti KeAdilan Rakyat (PKR) bermula jam 4:00-6:00pm di Jalan Simpang Bukit Gantang (Berhadapan McDonald Simpang)Tetamu istimewa Dato Seri Anwar Ibrahim.

Semua masyarakat dijemput hadir ke dua-dua majlis ini.



Mercun Ibrahim Ali PERKASA masih ada dipasaran rupanya

Aku secara tak sengaja terjumpa seorang nyonya menjual mercun yang sangat klasik buat masa ini di Malaysia... Nama mercun klasik ini sekarang ini mungkin ada bersangkut paut dengan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

Dahulu mercun ini dipanggil mercun katak,sebab sifatnya akan melompat-lompat jika dibakar untuk dimainkan,harganya tak jauhlah beza dari dahulu sekitar tahun 80an,jika dulu se-ekor dalam 30sen, sekarang 60sen se-ekor je..hehehe...

*** Aku bukanlah peminat main mercun katak atau apa-apa jenis mercun sebenarnya...tetapi sebab mercun ini ada nostalgia dan klasik, maka aku paparkan disini buat rakan sahabat.....ingat main mercun itu merbahaya dan melompat macam Pak Brohim Ali itu dibenci masyarakat...hahaha...


Gempar..!!! UMNO sedia guna senjata ganas

Lokasi senjata ganas ini masih misteri....namun dipercayai senjata ganas ini berada diatas bumi negara ini milik UMNO..hahaha...


Selasa, 21 Ogos 2012

Perpaduan Bersama Umno Hanya Membuang Masa


Setiap kali menjelang pilihanraya maka suara perpaduan Melayu akan berkumandang di udara. Kayu ukur perpaduan, mesti bersama Umno. Jika luar daripada Umno, perpaduan tidak akan tercapai.

Seolah-olah bersatu dengan Umno adalah rukun perpaduan Melayu, walaupun rekod menunjukkan Umno pun gagal menunjukkan perpaduan sesama sendiri.

Parti Negara, Parti Semangat 46 dan Parti Keadilan semuanya ditubuhkan oleh mereka yang pernah memimpin Umno. Malahan golongan agama di dalam Umno menubuhkan Pas kerana tidak puas hati dengan Umno di dalam isu judi, apabila suara ulamak diketepikan begitu sahaja. Tetapi Umno masih menganggap, ia adalah parti keramat yang menjadi rukun perpaduan Melayu, walaupun rekodnya dipenuhi dengan perpecahan.

Umno sering mendakwa penubuhan Pas menyebabkan orang Melayu berpecah. Pada hal sebelum Umno ditubuhkan 1946 sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 yang tidak bersedia menjadi tali barut penjajah seperti Umno.Umno hanya boleh disatukan dengan benda sahaja, bukannya atas kesedaran ideologi.

Mampukah Umno bertahan jika sudah kehilangan kuasa kerana tidak boleh memberi benda.Oleh itu seruan perpaduan bersama Umno hanya membuag masa. Perpaduan atas dasar bangsa tidak kekal lama, ia ibarat api dalam sekam.

Perpaduan yang tidak menepati dengan fitrah manusia berakhir dengan perpecahan. Perpaduan atas dasar Islam sahaja yang akan mengenepikan manusia yang rasuah, penzina, perampas harta rakyat dan pengkianat amanah rakyat walaupun sesama bangsa.

Atas asas ini, perpaduan akan dapat diwujudkan, jika tidak ia hanya perpaduan palsu yang hanya retak menunggu pecah sahaja.

Idris Hj Ahmad AJK PAS Pusat
21/8/12

Isnin, 20 Ogos 2012

Kempen untuk bulan syawal supaya lebih hensem dan anggun

Kereta kita nak cantik....
Bini nak anggun....
Rumah nak nampak menawan.....
Pakaian nak lawa.....
Gaji nak bonus.....

Puasa ramadhan ?
Mesti nak hebat juga kan....?
Puasa Ramadhan akan bertambah hensem dan anggun jika dihias dengan puasa 6 hari di bulan syawal........
kira bapak segala bonus lah ni ........ 

Rasulallah s.a.w. bersabda “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun" (Riwayat Imam Muslim, al-Tirmizi, al-Nasaie, Ibn. Majah).

Maknanya kita boleh puasa 6 hari waktu bila pun.... asalkan dalam bulan syawal samaada dilakukan secara berturut2 atau berselang seli....

Cumanya.......ada pendapat dalam mazhab Syafie mengatakan terlebih AFDHAL perlaksanaannya sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ada orang tanya,boleh tak jika dia niat qadha puasa dan dibuat 6 hari dalam Syawal,adakah akan dikira pahala puasa 6 Syawal?

Para ulama mazhab Syafie kata BOLEH,,kira terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal.

Al Imam Assya'rawi kata : pahala puasa sunat 6 Syawal tu kira kurang sikit lah maknanya...yang lebih afdhal diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal.....

Selamat beramal.....
"JOM KEMPEN PUASA 6 HARI DI BULAN SYAWAL"

Sumber FB Ust Akmal Kamarudin

Anda nilai gambar ini

Selalu kita ingat atau menceritakan hal berkaitan kematian tentunya perasaan pilu,sedih,duka atau lain maksud dengan-nya...
Tetapi dengan gambar ini mungkin ada yang tersenyum....Mmm....


Bomba Perak pening banyak kejadian kereta terbakar

Misteri: Dibakar atau terbakar..?

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri menerima 36 kes kebakaran membabitkan kenderaan yang berlaku secara ‘mengejut’ di sekitar negeri ini.

Kebakaran kereta yang berlaku secara ‘misteri’ itu dikatakan terjadi hampir setiap hari terutamanya sejak awal Ramadan lalu.Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Yahaya Madis berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat memastikan sama ada kebakaran itu berpunca dari perbuatan khianat, masalah teknikal atau faktor lain.

“Tahun ini banyak kes direkodkan membabitkan kebakaran kenderaan sepanjang Ramadan ini berbanding tahun sebelumnya dan antara kenderaan yang terbabit termasuklah motosikal, kereta dan lori.“Justeru, masih mengkaji kenapa banyak kejadian kebakaran kenderaan berlaku ketika bulan puasa.

“Orang awam boleh mendapatkan alat pemadam kebakaran bagi langkah persediaan malah, alat itu juga boleh membantu jika terserempak dengan kebakaran membabitkan pemandu lain di sepanjang perjalanan,” katanya.

Terdahulu, Yahaya menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Gred KB26 dan Penyerahan Kuih Raya di Balai Bomba dan Penyelamat Negeri di sini. - SH


Ahad, 19 Ogos 2012

Najib terharu di 1 Syawal terakhir

Najib terharu pada 1 Syawal tahun ini dengan kehadiran dan kemeriahan untuk kali terakhir beraya di Seri Perdana Putrajaya...
Tahun depan entah dimana Najib dan Rosmah beraya membuat open house...hehehe....