Pengikut

Jumaat, 6 Disember 2013

Azab "Botak Chop" di hukum penjara 196 tahun dan 104 sebatan rotan

Kuala Lumpur: “Tangan dan kaki saya diikat, manakala kepala ditundukkan. Tidak lama kemudian sebatan pertama singgah di punggung.
“Ketika itu saya rasa seperti langit terbuka. Azabnya tidak terperi, hanya Allah yang tahu. Saya meraung, menjerit dan baru ingat Tuhan.”
Itu kata seorang bekas banduan yang dikenali sebagai Botak Chop, 53, yang meringkuk dalam penjara selama lebih 26 tahun dan disebat dengan rotan sebanyak 104 kali secara berperingkat bermula 1992 hingga 1998.

Dia yang pernah berkongsi kamar penjara dengan penjenayah kejam Botak Chin tersenarai dalam rekod Jabatan Penjara Malaysia sebagai antara banduan yang paling banyak menerima hukuman sebat.
Akibat 39 kesalahan jenayah samun bersenjata api pada 1973 dan 1974, Botak Chop dijatuhi hukuman penjara keseluruhan selama 196 tahun dan tiga bulan bermula 1974 namun dibebaskan pada 2000 selepas mendapat pengampunan.


Khamis, 5 Disember 2013

Gambar 3 buah Lamborghini hangus di lebuh raya Utara-Selatan (Plus)

SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.
 
Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.
 
Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri. -SH

Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Kini Tenat Dibelasah Kerana Habuan Disekat..???

Inilah Ibdilillah Ishak Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia yang dibelasah teruk oleh blogger UMNO sendiri...Sebab apa Orangni tak tahu,tapi dipercayai kerana sebab tak puas hati,busuk hati dan segala yang busuk dari UMNO untuk UMNO...hahaha..
"Khas untuk blogger pemuda Umno, kursus media baru hari ini ialah lifestyle, esok health check." - Laman blog Cikgu Najmi merangkak Ketua UMNO Cawangan Kampung Expo Kemunting Taiping juga turut menghentam mamat Pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO.
Pulus tak masuk atau disekat dipercayai puak-puak Blogger UMNO Munafiq jadi gila vavi menghentam sesama sendiri.
Konon nak cari blogger yang sukarela berkhidmat pada parti...
Khait..Thuiii...Kalau dalam UMNO sampai mampos pun tak jumpa manusia yang akan berkerja dengan sukarela..hahaha..
Sukahati mengharap habuan ada ler.....hahaha....

Rabu, 4 Disember 2013

Terkini: Bob Lokman dimasukan ke hospital kerana masaalah jantung dan paru-paru

Menurut sumber terkini dikatakan Bob Lokman,49 diserang lemah jantung,paru-paru berair,sekarang berada Di Wad 4a bilik 10,Hospital sg buloh.
Sama-sama kita mendoakan semoga abg Bob Lokman dideraskan sembuh dari segala penyakit.


Bob Lokman atau 'Mohd Hakim Lokman' 
Pada 19 Februari 2011, Bob Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.Borang keahlian PAS diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah / Menteri Besar Kedah, Allahyarham Datuk Seri Azizan Razak pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang SemutAlor Setar.

Selasa, 3 Disember 2013

Infografik: 20,000 mangsa dipindahkan kerana banjir di Terengganu, Pahang dan Johor

KUALA LUMPUR: Sehingga malam ini, kira-kira 20,000 penduduk di Terengganu, Pahang dan Johor telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara manakala banyak jalan utama ditutup berikutan dinaiki air atau tanah runtuh.
Gambar Banjir Di Pahang, Johor & Terengganu Semakin Buruk





Komen kenaikan Tarif Elektik yang paling popular dan panas

Kenaikan Tarif Elektik, apa kata mereka??

Berikut adalah reaksi jawapan terpopular dari pemimpin-pemimpin parti keris karat telanjang kiranya ditanya tentang kenaikan tarif elektrik:

Najib - kenaikan itu tak dapat dielak kerana menurut bancian kementerian wanita kadar makcik felda kojol akibat terenjat elektrik kian meningkat

Hasan malek - mohon rakyat tak mengamok dan guno jaghi untuk korek lubang idung. ghamai yang tak tokosan tekau!! so keep calm (pala hotak au)

Patul Bari - Ini semua ketentuan Allah. mungkin ada hikmah disebalik kenaikan ini. org lelaki tak lagi layan game candy crush sampai lewat malam.

Noh omar - *Sambil gosok2 mata akibat terjaga dari tido dalamm dewan sambil berkata ''err bila naik??"

kozim - Ana kena solat istikharah dulu sebelum keluarkan apa2 stetmen. takut famili ana merajuk dan balik kampung..

Macai bawahan UMNO: kitaorang sondol saja.....hahaha.....

Isnin, 2 Disember 2013

Takrif Letrik Naik: Untunglah semua ahli UMNO...depa ada benda tu..

Untung la ahli UMNO....
Letrik nak naik takrif akan tidak menjadi masaalah..
Sebab depa boleh beli power bank edisi khas...hahaha...
Untunglah mereka yer...
Nampaknya...TNB untung dan ahli UMNO pun untung dengan kenaikan takrif letrik...hahaha...
Kenaikan letrik tidak jadi hal kepada ahli UMNO Munafiqkun sebab mereka dibekalkan power bank berlogo UMNO Munafiq...

Ahad, 1 Disember 2013

Kisah Allahyarham Datuk Fauzi Shaari dari orang kampungnya

Datuk Fauzi yang saya kenali.

Kebetulan Datuk Fauzi adalah jiran sekampung saya di Kampung Pantai Besar Batu Kurau Perak.

Beliau dilahirkan pada tahun 1950 & menyertai PDRM pada April 1975, dimana pada waktu itu beberapa tempat dikawasan utara tanah air telah berlaku peristiwa mogok kemiskinan terutama di Baling Kedah & tidak ketinggalan di Kampung Pantai Besar itu sendiri.

Setelah beliau menyertai PDRM, saya hanya berkesempatan bertemu beliau setahun 2,3 kali. Terutama di waktu umat Islam menyambut Syawal.

Apabila beliau telah dilantik memegang jawatan sbg Ketua Polis Daerah Dang Wangi, di mana pada waktu yang sama saya diamanahkan sebagai Ketua Penerangan Pas Kawasan Titiwangsa, WP.

Selaku Ketua Penerangan Pas sudah tentulah banyak program yang perlu diatur termasuk urusan untuk mendapatkan permit .

Pejabat beliaulah menjadi tempat yang selalu saya kunjungi, sehinggakan ada dikalangan anggota polis menyangka saya adalah salah seorang daripada mereka, begitu juga sahabat2 daripada PAS yg menyangka saya sebagai Special Branch(S.B).

Kerana begitu mudah untuk saya mendapatkan kerjasama dari pihak polis. Diwaktu beliau sebagai 0CPD Dang Wangi inilah, beliau pernah disindir oleh seorang Menteri Perlancongan (UMNO), kerana ketegasan beliau menggempur tempat2 maksiat dan persundalan terutama di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi.

Sindiran menteri ini lebih kurang berbunyi “kalau dok serbu saja ianya akan mengurangkan kedatangan pelancong luar ke Malaysia. Mungkin pada pandangan Menteri ini pelancung2 yg datang ke Malaysia ini hanya berminat ke tempat2 maksiat seperti itu. Selepas teguran dari Menteri ini, saya dapati seperti ada halangan bagi Datuk Fauzi membanteras tempat2 perjudian dan persundalan.

Datuk Fauzi adalah seorang yg sentiasa menjaga solatnya sejak dari remaja & inilah yang saya kira dapat membantu beliau melihat yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Saya sangat-sangat mengharapkan kita semua berdoa ke hadrat ALLAH S.W.T semoga keluarganya terus diberi kekuatan bersama2 kita mengharungi perjuangan ini.

AlFatihah...

Oleh Jamaluddin Rahman.

Al-Fathihah - Datuk Fauzi Shaari Bekas Calon PAS Larut Meninggal Dunia

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Fauzi Saari meninggal dunia pada jam 8.17 malam tadi di Hospital Selayang akibat daripada penyakit buah pinggang dan hati.

Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke rumah beliau di alamat No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor.

Pengkebumian dijangka akan disempurnakan pada 2 Disember 2013 pada waktu yang belum ditetapkan lagi. 

Datuk Haji Fauzi Shaari (lahir 25 September 1950) adalah bekas anggota polis dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau pernah menjadi Ketua Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Selangor.

Setelah bersara dari PDRM Dato Haji Fauzi Shaari telah menyertai PAS dan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, di satu majlis di Perak pada 20 Mei 2012.

Pada PRU13 yang lalu Dato Fauzi telah bertanding mewakili PAS di Parlimen Larut,bagaimanapun beliau tewas ditangan calon BN.


** Marilah kita semua mendoakan semoga Allyarham  Dato Fauzi ditempatkan dikalangan mereka yang soleh...Al-fathihah...