Pengikut

Sabtu, 15 Disember 2012

Memang sah dia ahli PERKASA

Apa nak dikatakan lagi...?

Nak menafikan bukan rasis,nak menafikan bukan ahli pertubuhan yang berjuang demi bangsa..??

Sudah dapat anugerah bintang Perkasa Negara dari PERKASA PERKATAK pun nak menafikan lagi...???

Mana mungkin Ibrahim Ali boleh bagi sebuah Pingat entah dari mana negara iktiraf pun aku tak tahu " Bintang PERKATAK Negara" pada Tok Mufti Perak ni...

Sekarang mungkin sesuai dipanggil Tok Mufti Perkatak Negara....hahaha....

Inilah Tok Mufti Perkasa Perkatak Negara...haha...
*** Ibrahim Ali patut kasi bintang ni kat Ust Kazim Al Kelentong lepas ni...hehehe....

Jumaat, 14 Disember 2012

Mengejutkan..!!!! Datin Rosmah rasmi kapal perang TLDM Tun Mahathir jadi tunggul buruk

Inilah kisah dan perangai isteri Perdana Menteri negara sekarang, Datin Seri Rosmah Mansor...

Baru-baru ini kecoh pasal kisah seorang artis lelaki yang dikatakan bersanding dimajlis perkahwinan dengan memperagakan unifom pasukan keselamatan. Artis tersebut (Faris Kamil kalau tak silap aku) ditegur pihak Mindef kerana berbuat demikian.

Nah..!!!  Kini Rosmah Mansor merasmikan sebuah kapal perang TLDM.... 

Apa kata pihak Mindef...???

Apakah keistimewaan seorang isteri Perdana Menteri hingga boleh mencampuri urusan rasmi negara.??

Tambahan pula dalam urusan pertahanan negara... Hari ini dilihat Tun Mahathir menjadi tunggul dalam Majlis Upacara Penamaan Dan Pelancaran Kapal Latihan TLDM Pertama di NGV Tech Sdn Bhd, Sijangkang di sini hari ini. 

Begitu juga dengan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi yang turut sama merestui Rosmah merasmikan kapal tersebut.

Sungguh memaluka negara apabila turut hadir dalam majlis tersebut  ialah Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, dimana letaknya maruah ATM. Sebelum ini tiada tercatit dalam sejarah ATM sebuah kapal TLDM dilancar rasmikan oleh seorang isteri Perdana Menteri.

Hari semakin hari sikap Rosmah semakin berani mencampuri urusan rasmi negara, apa kelayakan Rosmah mencampuri urusan perasmian berkaitan pertahanan negara. Najib pun tak boleh tegur...hahaha...

Adakah beliau (Rosmah) telah ditauliah sebagai seorang kolenal kehormat didalam tiga cabang pasukan Angkatan Tentera Malaysia,semua ini menjadi tanda tanya warga ATM yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.

Memalukan... Datin Rosmah merasmikan  Kapal Latihan TLDM 
Zahid tersenggeh memberi taklimat kepada Rosmah mengenai kapal latihan yang dilancarkan,manakala Tun Mahathir menjadi tunggul buruk dibelakang

Malang...Inilah kapal TLDM yang dilancarkan oleh seorang isteri Perdana Menteri Malaysia

Khamis, 13 Disember 2012

Peringatan: JUMPA SAMPAH BAGI TAU RAJA AHMAD

Dah tak ada kerja....macam tu lah Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Kerana selonggok sampah tepi jalan kat kampung Sungai Dendang di DUN Kubu Gajah pun Raja Ahmad kalut  panggil wartawan untuk dibuat cerita dan dimasukan dalam slot berita.

Ini semua sebab nak publisiti murah...sebab sampah dapat muka masuk surat khabar...hahaha...

Bukan salah menegur sikap penduduk kalau tabiat suka buang sampan merata-rata, tapi wajarkah Raja Ahmad panggil wartawan semata-mata cerita sampah yang dilihatnya.

Inilah yang dikatakan warga media arus perdana dijadikan balaci UMNO...nanti Raja Ahmad jumpa taik tepi jalan pun dipanggil wartawan...hahaha...

Sepatutnya panggil-lah orang kampung kat situ buat gotong-royong bersihkan tempat tu atau panggil semua JKKK kampung atau ahli UMNO kutip sampah tu...hahaha....sebab UMNO memang sampah pun...hahaha...

UMNO....UMNO.....semakin sewel semuanya...wakil rakyat yang dipilih rakyat jadi Pemerhati Sampah....

Peringatan untuk penduduk Kubu Gajah: "JUMPA SAMPAH BAGI TAU RAJA AHMAD"


Raja Ahmad cari publisiti sampah..hehehe..

Datuk K kemalangan patah bahu, tangan dan kaki

13 Disember 2012 SHAH ALAM - Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau dikenali sebagai "Datuk K" terlibat dalam satu kemalangan di Queensland, New Zealand, hari ini.

Datuk K dilaporkan mengalami kecederaan teruk dengan patah bahu, tangan dan kaki namun keadaannya stabil.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.45 tengahari waktu Malaysia (4.45 petang waktu tempatan) ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Laporan portal Media Hiburan menyebut, susulan kejadian itu, Siti akan berangkat ke New Zealand esok bagi melihat keadaan suaminya. Siti yang kini masih berada di Jakarta terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta.- SinarHarian

Rabu, 12 Disember 2012

Pelakon era 80an menderita dihospital Selama Perak minta topup

"Ust tolong topup handphone saya, saya takder duit" hibanya mendengar ayat yang terkeluar dari mulut seorang pelakon lama dan juga melihat penderitaan yang dialami pelakon era 80an ini,kata ust Akmal Kamarudin dalam posting di-FBnya

Sudah 3 bulan terlantar di hospital Selama perak, Persatuan Karyawan,Persatuan seniman, Persatuan2 yang berkaitan dengan  artis, artis2,para pelakon dan lain-lain kena ambil berat dengan keadaan beliau sekarang.

Beliau ialah Radi Isa (50 thn) pernah berlakon bersama pelakon dan pelawak terkenal AR Badul dalam 5 buah filem.

Antara filem lakonan beliau: Panglima badul,filem Hongkong Angel 2, Tuan Besar dan banyak lagi.

Radi juga banyak  buat persembahan di pentas Felda.

Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun maybank 158305335259 atas nama madrazhid bin isa.

- Sumber FB Akmal Kamarudin yang dikatakan bakal calon berjiwa besar bagi DUN Selama.
Ust Akmal melawat dan menyantuni pelakon lama

Selasa, 11 Disember 2012

Datuk Fauzi boleh akur, harap Dr. Dhari pun boleh akur

12 Disember 2012  TAIPING -  Calon Pas Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari sedia berdepan sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang sebelum ini disebut-sebut calon bertanding kerusi itu  juga melahirkan keyakinan mampu menang berdasarkan sokongan padu pengundi di kawasan tersebut.

Fauzi berkata, beliau akur dengan kehendak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Larut.

“Saya istiqamah dengan perjuangan dan tidak kisah siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding (di Parlimen Larut). "Rakyat kini sudah sedar dan yakin perjuangan PR ke Putrajaya untuk menubuhkan kerajaan yang adil bagi membela semua kaum dan golongan tanpa pilih kasih," katanya pada ceramah anjuran Pas Cawangan Batu Enam, di sini, kelmarin.

Menurutnya, beliau dan pucuk pimpinan kini juga yakin dengan sokongan padu rakyat juga pengundi Larut kepada Pas serta PR.

“Kita memberi jaminan jika PR memerintah negara, bahasa Melayu akan kekal menjadi bahasa rasmi negara, di samping menghormati bahasa lain. “Manakala agama Islam akan kekal agama rasmi dengan pengisian lebih menyeluruh, selaras kehendak perundangan Islam,” katanya.

Bersemangat pada ceramah berkenaan, Fauzi juga menegaskan PR akan memastikan hak istimewa orang Melayu terjamin, malah akan dimartabatkan dalam pelbagai bidang tanpa meminggirkan bangsa lain. - Sinar Harian.

Orangni: Akur dengan arahan pimpinan atasan membuktikan Datuk Fauzi seorang yang berjiwa besar. Semoga Dr. Dhari YDP Larut juga dapat  akur dengan semua ini. Jika PRU 12 telah diberi peluang...bersyukurlah dan berilah sokongan terhadap keputusan pimpinan atasan sekiranya sebarang kemungkinan terhadap diri. Jangan cetuskan suasana kurang enak dikalangan ahli. Aku percaya Dr. Dhari juga boleh lakukan yang terbaik demi perjuangan PAS.

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja meninggal dunia

12 Disember 2012

BESUT - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama

Isnin, 10 Disember 2012

Dr. Dhari YDP PAS Larut hilang.....??

Isu konon-nya PAS Larut bergolak semakin panas...satu demi satu akhbar Harian Sinar edisi utara rancak menyiarkan isu ini.

Kalau tak silap aku dah 3 artikal berkaitan PAS Larut dikeluarkan.

Keadaan ini dikatakan berpunca dari pihak yang tak puashati kerana nama YDP PAS Larut Dr. Dhari tidak tercalon dalam PRU akan datang.

Persoalanya sekarang dimana Dr. Dhari berada,dimanakah beliau..?

Menurut sumber YDP PAS Larut Dr. Dhari tidak kelihatan di kawasan Larut sejak isu ini dimainkan,sudah beberapa program,mesyuarat dan perjumpaan dibuat semasa isu berkaitan menjadi panas, namun kelibat Dr. Dhari tiada.

Malah banyak pihak ingin berjumpa dengan  beliau untuk mengulas apa yang berlaku di Parlimen Larut namun gagal  dihubungi.

Khabarnya Dr. Dhari berada di Bangi menyembunyikan diri atau mungkin juga diculik pihak UMNO...? Hahaha.....

TS Harussani dianugerah Bintang Perkasa Negara Katak..?

Menurut cerita Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria akan dianugerahkan Bintang Perkasa Negara iaitu anugerah tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Sabtu ini.

Presiden Perkasa Perkatak , Datuk Ibrahim Ali berkata, penganugerahan itu diberi berikutan sumbangan besar Harussani dalam menegakkan syiar Islam serta menjaga kepentingan agama dan orang Melayu selama ini.- Utusan Meloya

Aku tak heranlah kat siapa Ibrahim Ali nak bagi anugerah sekalipun,tambahan lagi kat  Tok Mufti Melayu Perak ni..lantak kome le...hehehe..

Tapi persoalanya anugerah tu dinamakan "Bintang Perkasa Negara"

Negara mana-kah yang dimaksudkan..??? 

Ibrahim Ali ni senang-senang saja buat negara sendiri...hahaha... Negara PerKatak kot..??

Kalau kata negara Malaysia...adakah Bintang ini diiktiraf negara kita..?
Bintang Perkasa Negara Katak