Pengikut

Ahad, 30 Disember 2012

YB Hamidah Zalimi 18 Penulis anak negeri Perak

30 Dis 2012: Pasaraya MYDIN Ipoh Perak berlangsung majlis pelancaran buku dan pesta buku Perak 2012 yang menghimpunkan seramai 18 penulis dari negeri Perak.

Majlis yang berlangsung diaras 3 pasaraya ini telah dirasmikan oleh YB Dato Hamidah binti Osman selaku Pengerusi Jawatan kuasa industri,pelaburan,pelancongan,kebajikan dan hal ehwal wanita negeri Perak.

Rata-rata Penulis anak negeri Perak ini datang dari jauh bergegas bersusah payah memberi masa untuk  datang majlis ini.

Sungguh celaka,zalim dan tak guna penganjur majlis ini...ada ka patut semua penulis anak-anak negeri Perak ini hanya diberi sebuah beg kertas yang berisi roti gardenia,sebatang pen,sebotol air mineral,surat khabar utusan Malaysia dan beberapa risalah pelancong negeri Perak.

Paling peliknya ialah ada penulis dijemput hanya melalui panggil telipon dan surat jemputan diberi hari ini. Sedangkan dalam surat jemputan tersebut tertera alamat semua 18 orang Penulis Anak Negeri Perak.

Adakah YB Hamidah tiada budjet untuk beli setem sehinggakan perkara ini berlaku, mengikut adat atau kebiasaanya disetiap majlis berstatus begini tentu ada peruntukan khas dikeluarkan.

Sungguh malang bagi semua Penulis anak-anak negeri Perak...datang dari jauh-jauh tapi tiada apa yang dapat hanya dapat tengok muka YB Hamidah saja,sedangkan yang pasti YB Hamidah pasti dapat claim dengan majlis ini...hahaha...

Adakah tokey Mamak Mydin dah sapu semua-nya atau YB Hamidah yang sapu......?

Semua di bayangkan dan difikiran oleh semua Penulis anak-anak Perak.

Gambar atas: Antara penulis anak negeri Perak yang hadir menanti YB Hamidah yang datang lewat....semua naik boring menunggu.

Gambat bawah: Surat jemputan yang baru diberi pada hari majlis berlangsung.....siol punya cara...hahaha....


Sabtu, 29 Disember 2012

Seorang lagi Raja sertai Pakatan Rakyat

Tentu ramai tertanya-tanya Raja mana,kalau Raja tentu dia anak Raja...ayahanda-nya Raja mana,Raja dari kerajaan negara mana yang akan serta Pakatan Rakyat Raja mana...???

Kau Raja manaaaa...?? Akulah Raja Kapooor........itu diolog dalam filem P.Ramlee..hahaha....

Raja yang akan sertai Pakatan Rakyat ini bukanlah Raja dari mana-mana kerajaan,ayahanda-nya pun bukan keturunan Raja,Ibu-nya pun bukan malah semua adik beradik saudara mara beliau pun bukan berketurunan Raja.

Beliau yang dimaksudkan ialah salah seorang Raja dalam Finalis rancangan Raja Lawak di siaran Asrto. Khabarnya Raja Lawak ini berasal dari utara tanahair...

Syabas..!! Nampak negeri diutara tanahair bakal menerima seorang lagi RajaLawak selepas Leman Raja Lawak.

Walaupun Raja ini tidak berdaulat...aku hormat kehendaknya supaya jangan dihebohkan nama nya buat masa terdekat ini.

Sama-samalah kita nantikan kejutan terbaru dalam dunia Artis dan Politik di-tanahair....

Pam...pam...ta..ra..ra... Tunggu saja la....Hahaha....

Khamis, 27 Disember 2012

Isu tanah Sg Rotan Perak: YB Rosli Hussin jadi tikus hitam angkara Rafidah Aziz

Kampung Sg Rotan,Trong  Perak: 160 individu peneroka tanah dari pelbagai bangsa di ditipu UMNO sejak sekian lama.


Kisah bermula dari 1986 di-zaman  Tan Sri Rafidah Aziz menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangar ( Sekarang Kg. Sg. Rotan  dalam Parlimen Bukit Gantang ). 


Penduduk kampung telah ditabur janji Pilihanraya oleh UMNO konon akan memberi hak milik kepada individu yang membuka tanah yang dikatakan Tanah Hak Kerajaan Negeri di kampung tersebut.

Maka seramai 160 individu peneroka awal telah membanting tulang,memugar ,membuka tanah yang dijanjikan dengan keluasan 1 lot (3 ekar) setiap seorang.

Menurut sumber 160 peneroka ini telah pun mengajukan borang permohonan bagi memiliki hak tanah ini kepada Pejabat Tanah. 

Setelah sekian lama tahun demi tahun, PRU demi PRU.  Ungkapan "Kami akan beri geran " diulang-ulang oleh UMNO hingga sekarang.

UMNO Perak khusus-nya UMNO Bukit Gantang (Parlimen Sekarang) mengunakan tektik tabur janji di capati ini sejak sekian lama untuk menjerat pengundi di musim pilihanraya. Kejadian di Sungai Rotan ini menjadi contohnya.

Tapi sekarang perkara ini telah meletup dan terbongkar kerana beberapa orang UMNO BN sendiri mendedahkan segalanya.

Isu ini menjadi panas apabila hari ini satu kejadian yang mengemparnya berlaku, sebuah lot tanah di kampung Sg. Rotan telah dicerobohi sebuah jentera berat berantai bagi menolak dan membersihkan pokok-pokok (Getah dan Sebagainya) untuk ditanah semula oleh seorang individu  bernama Mr Lee (Gambar dibawah: No-8) yang mendakwa lot tanah tersebut  dibeli dari sebuah keluarga mantan  Tok  Sidang Kampung Padang  Gajah dengan harga RM115 ribu. 

Sedangkan lot tersebut diusahakan sekian lama dan dimohon oleh seorang individu lain sebelum ini.

Nah...!!! Sekarang sudah terbongkar..!!! Rupanya-rupanya selama ini Lot-Lot tanah yang dijanjikan akan diberi geran hak milik sudah pun dimiliki oleh individu lain.

Seramai 25 nama individu disahkan telah mendapat geran hak milik tanah diatas lakasi lot-lot tanah yang diusahakan oleh 160 peneroka asal.
No.9- Encik Rosli Bin Isa dikatakan bakal calon UMNO Bukit Gantang juga miliki tanah ini



Celaka..!!! celaka..!!! celaka..!!! itulah ungkapan yang sesuai untuk UMNO dalam kes ini. Tanpa diberi tahu dan secara senyap-senyap lot-lot tanah ini diberi kepada beberapa individu yang dikatakan kroni UMNO disini. 


Kebanyakan individu yang berjaya memdapatkan geran hak milik tanah ini dikatakan orang luar dari Kampung Sungai Rotan. Haji Rosli Isa  bakal calon UMNO bagi Parlimen Bukit Gantang pun ada dalam senarai pemilik tanah tersebut. Sedangkan anak jati Kampung Sg Rotan yang usahakan tanah ini seorang pun tidak menerima geran hak milik tanah hanya berputih mata saja. 



Dimana YB Dato Rosli Hussin  ADUN  Terong merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.? Seorang AJK MIC Bukit Gantang sendiri mengesahkan beliau ada menghububgi YB Rosli dan cuba menemui YB Rosli,namun amat sukar menemui YB Rosli bagi menceritakan permasaalah Kampung Sg Rotan ini.



YB Rosli Hussin dilihat menjadi tikus hitam dalam isu tanah Kampung Sg Rotan ini. Beliau terpaksa melarikan diri dari isu ini kerana yang mendajalkanya ialah rakan se-UMNO-nya juga iaitu Rafidah Aziz. 





Sebahagian yang terlibat dalam isu ini mengadu kepada Pusat Khidmat Ahli Perlimen Bukit Gantang
Jentera ini yang mencetuskan pembongkaran segala isu tanah Sungai Rotan yang berkaitan dengan janji kosong UMNO. Jentera ini telah dibawa keluar dari lokasi atas bantahan individu yang membantah pencerobohan tanah yang telah mereka usahakan.

Wakil AJK MIC menunjuk-kan satu laporan Polis telah dibuat mengenai isu ini. Beliau banyak mendedahkan tektik kotor yang UMNO mainkan dalam isu tanah ini.

Selasa, 25 Disember 2012

Filem "Hantu Kak Rosmah Balik Rumah" ke Pawagam Dalam Tahun Depan

Gambar sekadar hiasan dan cadangan penulis sahaja...hahaha.
Pak Jabit
"Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sudah lama berada dipawagam dan watak Hantu Kak Limah khabarnya dah berminat lagi nak masuk berlakon...jadi apa kata kalau dalam tahun depan lepas PRU saya buat sebuah filem seram lain ganti filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan tajuk  Hantu Kak Rosmah Balik Rumah"- seloroh Pak Jabit disambut dengan gelak ketawa yang hadir....hahaha...

Tidak salah  kalau kita ubah nama Kak Limah kepada Kak Rosmah..tapi sekarang ni tak boleh la..tentu kena gam, kisah mereka (UMNO BN) semua-nya yang baik-baik saja,yang nyata keburukan mereka semua tak boleh diceritakan,jadi cerita-nya sekarang ialah semua yang berada disini perlu berubah untuk ganti kerajaan pusat yang ada kepada yang lain..kalau saya yang berumur 63 tahun boleh berjuang untuk menuju ke Putrajaya kenapa yang berumur 36 tahun tidak boleh..? - tambah Pak Jabit lagi ketika menyampaikan ceramah santai di Kampung  Sungai Seputeh Selama Perak disini malam tadi.

Program berbentuk santai ini dianjurkan oleh PAS Cawangan Sg Seputeh dengan usahakerja kuat dari Pemuda PAS Cawagan tersebut. Kehadiran ahli pada malam program tersebut amat-amat membanggakan sekali.

Bermula dengan solat Mahgrib berjemaah kemudian disusuli dengan majlis tazkirah yang disampaikan oleh YDP PAS Taiping Ust Mohd Fakharuddin. Selepas solat Isyak berjemaah para yang hadir menjamu selera. Disahkan oleh penganjur sebanyak 3 ekor kambing telah ditumbangkan untuk program ini...hebat..hebat...hebat...hahaha....

Pak Jabit yang sebenarnya terikat dengan program lain di Chemor Ipoh telah dijemput singgah ke program ini. Pak Jabit dikatakan terlibat dengan pengambaran sebuah filem baru arahan Mamat Khalid.

"Siapa kata artis yang sertai Pakatan Rakyat dah tak laku..?? Saya masih lagi di-panggil berlakon....janji watak saya dalam lakonan tersebut tidak menyalahi etika dan prinsip saya sebagai seorang islam.." - kata Pak Jabit .

Dari Pahang ke Parlimen Larut
Singgah berehat di lebuhraya
UMNO BN semakin kalut
Pakatan Rakyat ke Putrajaya
-- Pantun dari Pak Jabit

Solat berjemaah

Add caption

Majlis Tazkirah

Ceramah santai dari Pak Jabit banyak menceritakan isu termasuk kes Lynas di Gebeng Pahang

Bermaklumat dan tak kering gusi dengan ceramah Pak Jabit...kelihatan YDP PAS Taiping

Orang kuat dan harapan DUN Selama: Ust Akmal Kamarudin( Baju biru) turut hadir di program ini



Isu Panas calon UMNO N.15 Trong : YB Rosli dicantas Mantan Penghulu Tahir

Rosli Hussin

Habis la…YB Rosli Hussin Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang yang sekarang menjadi ADUN bagi N.15 Trong. 

Sudah-lah hasrat nak bertanding merebut kerusi Parlimen P.059 Bukit Gantang terbantut kerana di cantas bakal calon muka baru iaitu Haji Rosli Isa.

Hasil sumber yang digali dan dikorek menyatakan bahawa kerusi yang dimiliki YB Dato Rosli Hussin  N.15 Trong  kini heboh diperingkat UMNO negeri dan pusat menyatakan  ada 2 nama mengantikan tempat beliau yang akan bertanding mewakili UMNO di N.15 Trong.

Bermakna “alamat melepaslah….” YB Rosli kali ini..hahaha…

Nama pertama yang disenaraikan untuk bakal calon ialah mantan Penghulu Trong Tahir ND Dan.

Kedua ialah Shamshul Alias yang sekarang memengang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

Kedua-dua mereka yang disenarai calon ini dikatakan sedang diperhatikan dan di teropong  pihak UMNO pusat sebagai bakal calon yang layak bagi kerusi N.15 Trong untuk PRU akan datang.

Patutlah MB Zambry Kadir baru-baru ini ada  memberi kepada YB Rosli Anugerah Bahagian yang paling aktif di Perak, hakikatnya hanya anugerah tersebut sebagai ucapan “Anugerah Selamat jalan buat YB Rosli dalam bidang politik”.

Sebab aktiviti UMNO Bahagian Bukit Gantang indah khabar dari rupa..habuk pun tarak…hehehe….
Gambar dari Sumber gali dan korek: Bagi P.059 Bukit Gantang dan N.14 Changkat Jering sila tunggu masa dan ketika untuk di kongsikan..hahaha...




Isnin, 24 Disember 2012

15 pemandu peribadi untuk seorang YB UMNO Kubu Gajah..?

Ini kisah seorang YB UMNO di DUN Kubu Gajah didalam Parlimen Larut Perak,khabarnya dalam masa satu penggal menjadi YB di DUN Kubu Gajah sudah lebih sedozen pemandu peribadi berkhidmat dengan-nya.


Menurut sumber mengatakan 15 orang individu yang mencuba nasib untuk mendapat rezeki berkerja sebagai pemandu kepada YB ini. Namun tak sampai beberapa bulan dan ada yang tak sampai beberapa hari terpaksa me-reject-kan diri sendiri dari kerja pemandu..hehehe...

kesemua mereka yang malang ini berhenti dari jadi pemandu peribadi mempunyai nada yang sama mengenai sebabnya. Tak tahan dengan perangai YB tersebut yang suka maki hamun dan tak tahan dengan karenah YB tersebut yang menganggap pemandu ini seperti balaci hamba suruhan-nya.

Menurut satu cerita lagi pernah berlaku pada YB ini terpaksa drive sendiri kerana ada seorang pemandu-nya memberhentikan kereta ditepi jalan dan mencampakan kunci kereta yang dipandu-nya keluar kereta di lebuhraya berhampiran terowong menora kerana sudah tidak tahan lagi dihina oleh YB tersebut.



Ahad, 23 Disember 2012

Isu panas bakal calon UMNO Kemunting: Yb Zahir ditendang Jeffry dan Anas

Dari sumber dalaman UMNO Taiping yang dikorek-korek menyatakan YB Zahir ADUN Kemunting yang ada sekarang berkemungkinan besar tidak lagi bertanding dalam PRU akan datang. Ini semua  berikutan timbul 2 nama yang disenarai oleh pihak UMNO peringkat pusat untuk dicalonkan.

Bermakna YB Zahir yang tersohor dengan gelaran dari ahli UMNO Kemunting sendiri sebagai YB Banner bakal ditendang dari PRU akan datang.

2 nama yang berjaya di korek dari maklumat UMNO pusat ialah Jeffry Mohd Rejab jawatan sebelum ini ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Taiping dan Anas Md Yusof berjawatan AJK UMNO Bahagian Taiping. Mereka berdua sekarang diteropong oleh pihak UMNO pusat konon-nya bersih dari sebarang kes yang akan cemarkan nama UMNO jika dicalonkan.

Ini semua berikutan kehendak Najib Tun Razak mahukan semua calon ditapis oleh SPRM sebelum disenarai calonkan.

Menurut sumber korek UMNO lagi menyatakan Jeffry Mohd Rejab yang sekarang dikatakan bertugas disebuah bank disini sememangnya sedang berkerja kuat untuk persediaan menjadi calon di Dun Kemunting. Antara program yang dilaksanakan ialah membersihkan sebuah tanah perkuburan disini beberapa bulan lalu dan khabarnya program yang dianjurkan Jeffry diluar pengetahuan YB Zahir.

Manakala Anas Mohd Yusof pula masih belum nampak berminat sangat dengan nama-nya disenarai calonkan. Sebab tiada sebarang program dilakukan oleh beliau. Kemungkinan beliau (Anas) tidak tahu nama-nya di calonkan oleh UMNO pusat atau sudah disekat oleh YB Zahir.

Sumber korek maklumat UMNO juga menyatakan semua nama calon yang disenarai oleh UMNO pusat masih belum diwar-warkan kepada semua Bahagian-Bahagian UMNO kerana bimbang pergolakan besar dijangka berlaku dalam UMNO berikutan PM Najib baru-baru ini menyatakan semua calon UMNO yang akan datang perlu ditapis oleh SPRM.

Bermakna YB Zahir dan YB-YB UMNO yang dok ada hampir 90% ditendang sebab diketahui tidak menepati kehendak Najib Tun Razak yang konon-nya mahu calon bersih.

- Sumber korek-korek Orangni....hahaha.....

Gempar..!!! YB Rosli Hussin zalimi Rosli Isa bakal calon UMNO Bukit Gantang

YB Rosli yang zalim 

Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang YB Datuk Rosli Hussin yang juga ADUN Terong memang zalim,memang tak patut dan memang-memang menginaya rakan sepasukan dalam UMNO di Perak.


Sebab apa aku kata macam tu..? 
Sebabnya hari ini terbongkarlah segala pergolakan sebenar didalam UMNO di Parlimen Bukit Gantang. Nama YB Rosli Hussin sememangnya ramai ahli UMNO dah tahu yang dia (YB Rosli) disingkirkan dari bertanding dalam PRU akan datang. DUN atau Parlimen memang dah tiada tempat bagi YB Rosli Hussin lagi di Perak ini...kat negeri lain kot mau terima aku tak tau la...hahaha...

Keadaan menjadi kecoh dalam UMNO Bukit Gantang apabila dikatakan segelintir ahli UMNO masih mahukan YB Rosli bertanding,namun khabarnya UMNO diperingkat pusat ( Najib la tu...haha..) dah senaraikan  nama seorang anak tempatan dari Kg. Sungai Kerang  iaitu Haji Rosli bin Isa sebagai bakal calon Parlimen Bukit Gantang.

Rosli Isa ini memang anak tempatan tapi amat jarang balik kampung sebab berjawatan tinggi di Purtajaya dan memang orang di Parlimen Bukit Gantang tidak mengenali beliau...hatta orang UMNO sendiri pun tak kenalinya.

Nak jadi cerita hari ini aku ke sebuah majlis kenduri kahwin kat kawasan DUN Terong,di-dalam ramai-ramai tetamu yang hadir dimajlis tersebut rupanya terchonggok bakal calon tersebut...Haji Rosli Isa dengan seorang rakan (Gambar bawah: Berbaju merah) yang membawanya dari Putrajaya.

Kesian aku tengok...hahaha...Ada ke patut seorang bakal calon UMNO untuk parlimen Bukit Gantang dibiar berseorangan menjelajah untuk menyantuni rakyat disini tanpa di-iringi anak tempatan atau AJK UMNO Bahagian. 

Sudah-lah beliau tu muka baru dalam politik,masih mentah,orang pun tak kenal dia dan dia pun tak kenal orang...YB Rosli Hussin boleh relex je....biar Hj Rosli Isa sorang-sorang...hahaha...tak kezalim nama-nya tu..??

Patutlah dalam laporan Isu, Wishlist & Aktiviti UMNO Bukit Gantang P- 059 dikatakan AJK UMNO Bukit Gantang tidak komitmen dalam tugas.

Apa yang jelas disini ialah YB Datuk Rosli Hussin menzalimi bakal calon sendiri. Dek kerana tidak tersenarai bertanding YB Rosli sanggup menzalimi rakan sendiri. Inilah perjuangan UMNO hanya mementingkan diri sendiri dan kroni dikeliling pinggang saja.

Gambar Kiri: Haji  Rosli B. Isa, ini wajah bakal calon UMNO untuk Parlimen Bukit Gantang bagi PRU-13 .
Gambar kanan: Ustaz Idris Hj Ahmad AJK PAS Pusat bertanya khabar kepada Rosli Isa kebetulan hadir sama dimajlis tersebut.


Sabtu, 22 Disember 2012

Gempar..!!!! Keris telanjang sudah disarung oleh Muhyiddin


Muhyiddin sarung keris yang sekian lama telanjang..hahaha...


Selama ini UMNO dan keris telanjang ibarat lalat langgau  dan najis  tidak boleh dipisahkan,dimana ada UMNO disitulah ada keris telanjang tidak bersarung..hahaha…

Mamat Perkasa Perkatak tanggung keris
Hunus keris…cium keris..julang keris adalah salah satu amalan  ritual wajib dalam majlis-majlis UMNO…kali ini sarung keris pula…hahaha…

Hinggakan rakan pertubuhan seperjuanganya PERKASA PERKATAK pun usung keris kehulu kehilir dalam apa-apa program.

Kali ini Muhyiddin Yassin pula dah sarungkan keris telanjang UMNO di majlis perasmian Gelombang Kebangkitan DUN Manir sewaktu menghadiri jamuan rakyat di Pulau Bahagia Terengganu..saiz  keris tersebut  bukan main besar pulak tu.…dah macam pedang samurai....

Maklumlah...kalau keris tu pendek-pendek nanti susah mau tebas semua harta dalam negara ni...hahaha…

Inilah Parti UMNO...siang ketuanan melayu dan malam hari dijual habis tanah harta benda orang melayu...hahaha...


Jumaat, 21 Disember 2012

Part 2 Terbongkar Bukti UMNO BN Perak K.O : Isu, Wishlist & Aktiviti UMNO Bukit Gantang Janji Tidak Pernah Ditepati

Isu, Wishlist & Aktiviti UMNO Bukit Gantang P- 059
( Penilaian ini dibuat oleh UMNO BN)

Isu Dalaman:
  • 1. AJK UMNO BN Bukit Gantang  tidak komitmen
  • 2. Masaalah ADUN-ADUN UMNO BN yang tidak mengambil berat masaalah rakyat, (Contoh) ADUN lompat yang dipuja UMNO Dato Osman Jailu tak buat kerja.
  • 3. Janji-janji yang dijanji tidak ditepati.     
Isu Dalaman UMNO BN di-parlimen Bukit Gantang jelas menunjukan pergolakan memang berlaku dalam pimpinan UMNO BN Bukit Gantang. 

AJK UMNO BN Bukit Gantang dilihat lumpuh dan permasaalah rakyat dikawasan tidak di-ambil tahu serta ditambah lagi dengan YB Changkat Jering Osman Jailu yang langsung tak buat kerja... Nampaknya katak belaan UMNO Perak sibuk kira projek agaknya...hehehe....



Aktiviti Pembangkang ( Pakatan Rakyat la tu...hahaha...) dan aktiviti UMNO BN di Bukit Gantang yang disenaraikan jelas membuktikan UMNO BN jauh kebelakang dalam melaksanakan aktiviti di kawasan. 


Pakatan Rakyat Bukit Gantang disenaraikan 5 aktiviti yang dicatitkan oleh UMNO BN walaupun sebenarnya banyak lagi yang takut dipaparkan..hahaha. 

Aktiviti  BN Bukit Gantang tiada disenaraikan lansung aktivitinya dikawasan dicatitkan dan hanya di katakan  Ketua Bahagian YB Rosli Husin ( ADUN Terong) saja yang kerja kuat di kawasan.

Piiiiraah..!!!! ini satu lagi pembohongan dalam penilaian yang dibuat oleh UMNO BN khususnya UMNO BN Perak. 

Sebab baru-baru ini konon-nya YB Rosli dianugerahkan Kawasan yang paling aktif di Perak oleh Zambry Kadir adalah pembohongan besar,sebab aktivitinya yeeelek....kosong,...hahaha.... ( Sila Lihat Gambar dibawah )
Inilah culaan@penilaian yang dilakukan UMNO BN Perak. Janji-janji yang tidak PERNAH ditepati..hahaha..



Orangni:  Isu, Wishlist & Aktiviti UMNO BN untuk parlimen lain di Perak akan di update kemudian dalam Part 3 yang akan datang...hahaha....

Gempar VCD 'seks' libatkan Speaker Dun kesayangan Zambry Kadir..?


 R Ganesan
IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak khususnya wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) gempar menerima sampul surat mengandungi dan cakera padat video (VCD) didakwa memaparkan Speakar Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam aksi yang mengaibkan.

V. Sivakumar
Adun Tronoh, V. Sivakumar berkata, sampul berkenaan turut mengandungi helaian kertas bertarikh 27 Julai 2012 yang memaparkan laman portal berita berhubung isu skandal seks MIC melibatkan Ganesan.

Menurutnya, sampul surat berkenaan turut diterima Adun Buntong, A. Sivasubramaniam dan ia turut mengandungi VCD serta helaian laman portal yang memaparkan isu skandal seks yang sama.

“Kami agak terkejut setelah menerima sampul surat yang berisi kandungan sedemikian. Apatah lagi, ia diterima ketika sidang dewan sedang berjalan.

“Bagaimanapun, demi menjada nama baik Dewan yang mulia ini kami daripada pihak pembangkang mengambil keputusan untuk menyerahkan sampul berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media hari ini.

Sivakumar dan beberapa barisan pimpinan PR Negeri kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung perkara berkenaan selepas itu.- Sinar Harian

Khamis, 20 Disember 2012

Part 1 - Terbongkar...Bukti UMNO BN Perak K.O.....!!! Isu, Wishlist & Aktiviti UMNO BN Taiping Hancur..!!!

Kalau sembang bab politik di Parlimen Taiping (P-060) tentu tidak sedap atau tidak sah kalau sebut nama-nama seperti Datuk Shalimin, Dato Zahir, Dato Malek, Datin Yatimah dan sebagainya..itu baru puak ketuanan keris telanjang UMNO...belum lagi nama-nama kepala dalam  MCA, MIC, GERAKAN dan PPP.

Semua kepimpinan dalam BN Taiping ini ibarat anjing dan kucing....24jam tak setuju dan bercakaran. 

Kat depan MB Zambry Kadir yang tidak halal mungkin mereka berlakon macam serasi tapi hakikatnya UMNO BN Taiping memang bergolak dalam kepimpinan yang ada sekarang dan yang lama macam team Dato Malek.

Perkara ini bukan aku pandai-pandai buat cerita atau reka cerita...ini ada sumber yang agak menarik untuk kita semua tengok didalam paparan Isu, Wishlist & Aktiviti (dibawah) dan  nilai apa yang berlaku didalam UMNO BN Taiping.



Semua pimpinan yang ada didalam UMNO BN Taiping tidak sekepala...mereka hanya  gilakan kuasa saja..hahaha..
Orangni: Sedikit masa lagi Isu, Wishlist & Aktiviti bagi Parlimen lain di negeri Perak mungkin akan dikongsi bersama...In Sha Allah...

Selasa, 18 Disember 2012

Ketua Ibu Tunggal Selangor Bermisai Lebat

Anak panah: Ketua Ibu Tunggal UMNO Selangor bermisai...


Ibu tunggal kesal sikap putar belit kerajaan Selangor!

SHAH ALAM 18 Dis. - Persatuan Ibu Tunggal Selangor hari ini konon-nya melahirkan rasa kesal dengan sikap kerajaan negeri itu yang didakwa telah memutar belit isu berhubung elaun RM100 seperti yang dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

Maka diangkut dan diupah-lah konon-kononya ibu-ibu tunggal kat Selangor oleh Puak UMNO untuk buat demotrasi...dalam kumpulan ibu tunggal tersebut puak UMNO telah membawa seorang ibu tunggal yang special...ada misai...hahaha...

Mungkin ini lah ketua ibu tunggal belaan UMNO kat Selangor.

Pihak Malaysia book of record diminta mengesan ibu tunggal bermisai ini untuk diberi pengiktirafan kepadanya....hahaha.....


Ahad, 16 Disember 2012

Serang Bas Jelajah Merdeka Rakyat kali ini di Tapah Perak...Sungguh celaka Syaitan Yang Dikenali..!!!

Kemunkinan dah kehabisan cat merah menjadi punca puak parti Syaitan yang dikenali mengunakan objek keras dipercayai batu dilontar kearah bas tersebut yang menyebabkan cermin dibahagian belakang bas tersebut pecah.

Ini semua kerja yang dilakukan oleh puak tak lain dan tidak bukan semua rakyat sedia maklum angkara siapa..

Kali ini dilaporkan bas Jelajah Merdeka Rakyat diserang puak Syaitan yang dikenali berhampiran selepas RnR Tapah.

Munking inilah yang dimaksudkan oleh ketua wanita UMNO Shahrizat Jalil yang menyatakan tragedi 13mei bakal berulang dan  yang pastinya akan direstui oleh  UMNO untuk kejadian ini berulang lagi, kerana UMNO menjadi gila vavi dek kerana kehilangan kuasa kelak.

Zambry Abdul Kadir Menteri Besar tak halal Perak perlu bertanggungjawap sekiranya terbukti ini angkara anak buahnya sendiri.
Cermin bas pecah angkara Syaitan Yang Dikenali

UMNO dipenhujung usianya semakin gila vavi...cermin bas menjadi mangsa  mereka..
Gambar: Sumber FB

Sabtu, 15 Disember 2012

Memang sah dia ahli PERKASA

Apa nak dikatakan lagi...?

Nak menafikan bukan rasis,nak menafikan bukan ahli pertubuhan yang berjuang demi bangsa..??

Sudah dapat anugerah bintang Perkasa Negara dari PERKASA PERKATAK pun nak menafikan lagi...???

Mana mungkin Ibrahim Ali boleh bagi sebuah Pingat entah dari mana negara iktiraf pun aku tak tahu " Bintang PERKATAK Negara" pada Tok Mufti Perak ni...

Sekarang mungkin sesuai dipanggil Tok Mufti Perkatak Negara....hahaha....

Inilah Tok Mufti Perkasa Perkatak Negara...haha...
*** Ibrahim Ali patut kasi bintang ni kat Ust Kazim Al Kelentong lepas ni...hehehe....

Jumaat, 14 Disember 2012

Mengejutkan..!!!! Datin Rosmah rasmi kapal perang TLDM Tun Mahathir jadi tunggul buruk

Inilah kisah dan perangai isteri Perdana Menteri negara sekarang, Datin Seri Rosmah Mansor...

Baru-baru ini kecoh pasal kisah seorang artis lelaki yang dikatakan bersanding dimajlis perkahwinan dengan memperagakan unifom pasukan keselamatan. Artis tersebut (Faris Kamil kalau tak silap aku) ditegur pihak Mindef kerana berbuat demikian.

Nah..!!!  Kini Rosmah Mansor merasmikan sebuah kapal perang TLDM.... 

Apa kata pihak Mindef...???

Apakah keistimewaan seorang isteri Perdana Menteri hingga boleh mencampuri urusan rasmi negara.??

Tambahan pula dalam urusan pertahanan negara... Hari ini dilihat Tun Mahathir menjadi tunggul dalam Majlis Upacara Penamaan Dan Pelancaran Kapal Latihan TLDM Pertama di NGV Tech Sdn Bhd, Sijangkang di sini hari ini. 

Begitu juga dengan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi yang turut sama merestui Rosmah merasmikan kapal tersebut.

Sungguh memaluka negara apabila turut hadir dalam majlis tersebut  ialah Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, dimana letaknya maruah ATM. Sebelum ini tiada tercatit dalam sejarah ATM sebuah kapal TLDM dilancar rasmikan oleh seorang isteri Perdana Menteri.

Hari semakin hari sikap Rosmah semakin berani mencampuri urusan rasmi negara, apa kelayakan Rosmah mencampuri urusan perasmian berkaitan pertahanan negara. Najib pun tak boleh tegur...hahaha...

Adakah beliau (Rosmah) telah ditauliah sebagai seorang kolenal kehormat didalam tiga cabang pasukan Angkatan Tentera Malaysia,semua ini menjadi tanda tanya warga ATM yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.

Memalukan... Datin Rosmah merasmikan  Kapal Latihan TLDM 
Zahid tersenggeh memberi taklimat kepada Rosmah mengenai kapal latihan yang dilancarkan,manakala Tun Mahathir menjadi tunggul buruk dibelakang

Malang...Inilah kapal TLDM yang dilancarkan oleh seorang isteri Perdana Menteri Malaysia

Khamis, 13 Disember 2012

Peringatan: JUMPA SAMPAH BAGI TAU RAJA AHMAD

Dah tak ada kerja....macam tu lah Adun Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Kerana selonggok sampah tepi jalan kat kampung Sungai Dendang di DUN Kubu Gajah pun Raja Ahmad kalut  panggil wartawan untuk dibuat cerita dan dimasukan dalam slot berita.

Ini semua sebab nak publisiti murah...sebab sampah dapat muka masuk surat khabar...hahaha...

Bukan salah menegur sikap penduduk kalau tabiat suka buang sampan merata-rata, tapi wajarkah Raja Ahmad panggil wartawan semata-mata cerita sampah yang dilihatnya.

Inilah yang dikatakan warga media arus perdana dijadikan balaci UMNO...nanti Raja Ahmad jumpa taik tepi jalan pun dipanggil wartawan...hahaha...

Sepatutnya panggil-lah orang kampung kat situ buat gotong-royong bersihkan tempat tu atau panggil semua JKKK kampung atau ahli UMNO kutip sampah tu...hahaha....sebab UMNO memang sampah pun...hahaha...

UMNO....UMNO.....semakin sewel semuanya...wakil rakyat yang dipilih rakyat jadi Pemerhati Sampah....

Peringatan untuk penduduk Kubu Gajah: "JUMPA SAMPAH BAGI TAU RAJA AHMAD"


Raja Ahmad cari publisiti sampah..hehehe..

Datuk K kemalangan patah bahu, tangan dan kaki

13 Disember 2012 SHAH ALAM - Suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau dikenali sebagai "Datuk K" terlibat dalam satu kemalangan di Queensland, New Zealand, hari ini.

Datuk K dilaporkan mengalami kecederaan teruk dengan patah bahu, tangan dan kaki namun keadaannya stabil.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.45 tengahari waktu Malaysia (4.45 petang waktu tempatan) ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Laporan portal Media Hiburan menyebut, susulan kejadian itu, Siti akan berangkat ke New Zealand esok bagi melihat keadaan suaminya. Siti yang kini masih berada di Jakarta terpaksa membatalkan dua persembahan besar iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang yang dijadualkan berlangsung di Banjarmasin dan Jakarta.- SinarHarian

Rabu, 12 Disember 2012

Pelakon era 80an menderita dihospital Selama Perak minta topup

"Ust tolong topup handphone saya, saya takder duit" hibanya mendengar ayat yang terkeluar dari mulut seorang pelakon lama dan juga melihat penderitaan yang dialami pelakon era 80an ini,kata ust Akmal Kamarudin dalam posting di-FBnya

Sudah 3 bulan terlantar di hospital Selama perak, Persatuan Karyawan,Persatuan seniman, Persatuan2 yang berkaitan dengan  artis, artis2,para pelakon dan lain-lain kena ambil berat dengan keadaan beliau sekarang.

Beliau ialah Radi Isa (50 thn) pernah berlakon bersama pelakon dan pelawak terkenal AR Badul dalam 5 buah filem.

Antara filem lakonan beliau: Panglima badul,filem Hongkong Angel 2, Tuan Besar dan banyak lagi.

Radi juga banyak  buat persembahan di pentas Felda.

Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun maybank 158305335259 atas nama madrazhid bin isa.

- Sumber FB Akmal Kamarudin yang dikatakan bakal calon berjiwa besar bagi DUN Selama.
Ust Akmal melawat dan menyantuni pelakon lama

Selasa, 11 Disember 2012

Datuk Fauzi boleh akur, harap Dr. Dhari pun boleh akur

12 Disember 2012  TAIPING -  Calon Pas Parlimen Larut, Datuk Fauzi Shaari sedia berdepan sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang sebelum ini disebut-sebut calon bertanding kerusi itu  juga melahirkan keyakinan mampu menang berdasarkan sokongan padu pengundi di kawasan tersebut.

Fauzi berkata, beliau akur dengan kehendak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Larut.

“Saya istiqamah dengan perjuangan dan tidak kisah siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding (di Parlimen Larut). "Rakyat kini sudah sedar dan yakin perjuangan PR ke Putrajaya untuk menubuhkan kerajaan yang adil bagi membela semua kaum dan golongan tanpa pilih kasih," katanya pada ceramah anjuran Pas Cawangan Batu Enam, di sini, kelmarin.

Menurutnya, beliau dan pucuk pimpinan kini juga yakin dengan sokongan padu rakyat juga pengundi Larut kepada Pas serta PR.

“Kita memberi jaminan jika PR memerintah negara, bahasa Melayu akan kekal menjadi bahasa rasmi negara, di samping menghormati bahasa lain. “Manakala agama Islam akan kekal agama rasmi dengan pengisian lebih menyeluruh, selaras kehendak perundangan Islam,” katanya.

Bersemangat pada ceramah berkenaan, Fauzi juga menegaskan PR akan memastikan hak istimewa orang Melayu terjamin, malah akan dimartabatkan dalam pelbagai bidang tanpa meminggirkan bangsa lain. - Sinar Harian.

Orangni: Akur dengan arahan pimpinan atasan membuktikan Datuk Fauzi seorang yang berjiwa besar. Semoga Dr. Dhari YDP Larut juga dapat  akur dengan semua ini. Jika PRU 12 telah diberi peluang...bersyukurlah dan berilah sokongan terhadap keputusan pimpinan atasan sekiranya sebarang kemungkinan terhadap diri. Jangan cetuskan suasana kurang enak dikalangan ahli. Aku percaya Dr. Dhari juga boleh lakukan yang terbaik demi perjuangan PAS.

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja meninggal dunia

12 Disember 2012

BESUT - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama

Isnin, 10 Disember 2012

Dr. Dhari YDP PAS Larut hilang.....??

Isu konon-nya PAS Larut bergolak semakin panas...satu demi satu akhbar Harian Sinar edisi utara rancak menyiarkan isu ini.

Kalau tak silap aku dah 3 artikal berkaitan PAS Larut dikeluarkan.

Keadaan ini dikatakan berpunca dari pihak yang tak puashati kerana nama YDP PAS Larut Dr. Dhari tidak tercalon dalam PRU akan datang.

Persoalanya sekarang dimana Dr. Dhari berada,dimanakah beliau..?

Menurut sumber YDP PAS Larut Dr. Dhari tidak kelihatan di kawasan Larut sejak isu ini dimainkan,sudah beberapa program,mesyuarat dan perjumpaan dibuat semasa isu berkaitan menjadi panas, namun kelibat Dr. Dhari tiada.

Malah banyak pihak ingin berjumpa dengan  beliau untuk mengulas apa yang berlaku di Parlimen Larut namun gagal  dihubungi.

Khabarnya Dr. Dhari berada di Bangi menyembunyikan diri atau mungkin juga diculik pihak UMNO...? Hahaha.....

TS Harussani dianugerah Bintang Perkasa Negara Katak..?

Menurut cerita Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria akan dianugerahkan Bintang Perkasa Negara iaitu anugerah tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Sabtu ini.

Presiden Perkasa Perkatak , Datuk Ibrahim Ali berkata, penganugerahan itu diberi berikutan sumbangan besar Harussani dalam menegakkan syiar Islam serta menjaga kepentingan agama dan orang Melayu selama ini.- Utusan Meloya

Aku tak heranlah kat siapa Ibrahim Ali nak bagi anugerah sekalipun,tambahan lagi kat  Tok Mufti Melayu Perak ni..lantak kome le...hehehe..

Tapi persoalanya anugerah tu dinamakan "Bintang Perkasa Negara"

Negara mana-kah yang dimaksudkan..??? 

Ibrahim Ali ni senang-senang saja buat negara sendiri...hahaha... Negara PerKatak kot..??

Kalau kata negara Malaysia...adakah Bintang ini diiktiraf negara kita..?
Bintang Perkasa Negara Katak




Sabtu, 8 Disember 2012

PAS Larut bergolak kerana ada daki-daki UMNO

Hari ini agak hebat juga tajuk didada akhbar Sinar Harian edisi Utara " PAS Larut Bergolak kerana calon".

Konon-nya 6 cawangan nak boikot PRU 13...Hahaha....

Alat pengesan aku mengatakan ini semua perangai UMNO...hehe..

Kenapa perangai UMNO ada dalam PAS...?

Ha....Kat sini aku nak cerita sikit apa yang berlaku dalam tajuk diatas.....

Setiap sesuatu yang berlaku mesti ada "kepala" yang aturkan..

Senang aku katakan memang tak ada akal punya pemimpin kalau merestukan percakaran dalam ahli-ahli hanya sebab tak puas hati  kerana dirinya terkeluar dari  senarai calon bertanding PRU.

Inilah spises-spises UMNO yang masih ujud dalam PAS. Walaupun dah jadi ahli PAS dan pernah jadi calon PAS sekalipun daki-daki perangai UMNO tetap ada.

Daki-daki UMNO ni memang susah mau hilang, salah satu sebabnya ialah semasa dalam UMNO dulu dia kecewa,kecewa tak dapat projek,kecewa tak dapat jadi calon dan sebagainya jadi masuklah PAS. Buat muka insaf,buat muka baik macam muka ustaz....jadilah ketua dan akhirnya jadi pula calon pru 12.

Walaupun tewas sepatutnya bersyukurlah telah diberi peluang....ini tidak, mau lagi dan khabarnya pandai-pandai atur kedudukan di Parlimen Larut, aku dari parlimen pegi DUN kau pergi parlimen...bla...bla...bla....

Belum apa-apa dah jadi macam tu...bukankah perangai UMNO nama-nya..

Jadi tak hairanlah kekotoran daki itu kembali menebal dek kerana konon-nya kecewa lagi.

Maka dibentuklah gerombolan-gerombolan daki untuk melahirkan rasa tak puas hati konon-nya,dibuat mesyuarat tergempar,dibuat undi,dipanggil wartawan dan sebagainya tanpa mengira kiri-kanan.

Bagi spises daki UMNO ini yang penting ialah berjuang untuk diri sendiri, apa kata keputusan atasan tidak lagi dihiraukan. Dicari segala ruang untuk hentam rakan sendiri.

Kesian aku dengan dua nama yang dikatakan dipersetujui untuk dicalonkan. Rata-rata mereka berdua ni (Tak payah aku sebut nama...) berjiwa besar berbanding se-ekor spises daki UMNO ni yang hanya pandai mengendong kamera kehulu kehilir....hahaha....

Kepada ketua-ketua cawangan PAS kat Larut yang mungkin terhasut dengan daki UMNO ni...ingatlah pada perjungan parti,bukan pada individu. Sehebat mana gerakkerja seseorang dalam sesuatu tempat bukan tiket utama nak jadi calon.

Apapun aku berterima kasih kepada DS Najib Tun Razak yang melambat-lambatkan PRU-13 ini...ada hikmahnya disebalik melambatkan PRU ni. Muka-muka daki UMNO dalam jemaah PAS dapat dikenalpasti dari terus kembang menjadi terus tebal.

Mungkin ramai lagi spises-spises berdaki UMNO selepas ini akan menyerlah apabila diuji dan senanglah nak disental jadi bersih....hahaha.....

Ingat...!!! Perangai UMNO dibenci jemaah PAS...!!!

Jumaat, 7 Disember 2012

Al-Fathihah: Pak Lah OCPD kembali ke Rahmatullah

8 Dis 2012: Taiping.

Al-Fathihah ~ Dimaklumkan bahawa Tuan Haji Abdullah bin Haji Omar (66) yang dikenali ramai dengan panggilan Pak Lah OCPD telah kembali kerahmatullah dalam jam 6 pagi tadi dikediamanya di Kg Sungai Ranting Taiping Perak.

Allahyarham adalah mantan OCPD Slim River Perak dan menyertai PAS setelah pencen dari perkhidmatan sebagai anggota PDRM.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solehin dan syuhada.

* Ucapan beliau di muktamar PAS menjadi kenangan...

Dalam Muktamar PAS di Kelantan yang lepas beliau berucap monyokong usul PAS Pusat dalam isu pengkhianatan Umno kepada negara.

Pengalaman beliau dalam pasukan polis termasuk 35 tahun menjawat jawatan polis cawangan khas menginsafkan beliau dalam perjuangan PAS yang sebenar.

Beliau berkata sudah bertaubat dan telahpun meminta maaf pada seluruh ahli PAS di atas apa yang beliau lakukan selama ini.

PAS merasakan permergian beliau satu kehilangan besar buat PAS dan negara dan berdoa semoga Allah ampunkan dosa dan rahmatkan beliau dan di tempatkan rohnya bersama-sama para nabi dan syuhada di akhirat sana...

Alllahuakbar3 walillaillhamd

** PAS kehilangan seorang pejuang khususnya bagi PAS Perak. Allahyarham Pak Lah OCPD sangat aktif dipentas-pentas ceramah PAS...Orangni berasa amat terharu dengan kehilangan Pak Lah yang memang mesra sepanjang mengenali beliau.. Takziah buat keluarga Allahyarham dari Orangni sekeluarga.

AES lemas ditemui

AES Kelemasan....hahaha...
Gambar: kesian...Sensor kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) ditutup,dibungkus atau serkup dengan plastik....Kalau la manusia diserkup macam ni rupa...tentu lemas....hahaha....

Syabas kepada kerajaan negeri Selangor kerana berjaya bertindak mengarahkan menutup beberapa buah kamera AES yang didakwa beroperasi secara tidak sah.

Moral kejadian bantahan terhadap sistem AES ini sebenarnya bukanlah rakyat suka dengan kemalangan jalanraya,tapi rakyat rata-rata tak puas hati dengan sistem AES ini diswastakan kepada puak kroni UMNO BN.

Lebih banyak kamera AES ditutup maka lebih banyak kantong haram kroni UMNO dapat ditutup...hahaha....

Berikut petikan kenyataan mantan KPN mengenai isu tidak wajar  AES diswastakan:
Perkara-perkara yang membabitkan pelaksanaan undang-undang seperti kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak wajar diswastakan kerana boleh menimbulkan persoalan di kalangan rakyat sama ada ia bermotifkan keuntungan, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Justeru, kata beliau, dalam keadaan sekarang penerangan yang terperinci harus dilakukan supaya rakyat benar-benar faham berkenaan hal itu dan tidak menimbulkan persepsi yang bukan-bukan.

"Sepatutnya benda-benda seperti penguatkuasaan kita tidak boleh swasta tetapi oleh kerana sudah dibuat begitu, jadi saya harap ini harus dimulakan dengan memberi pendidikan kepada orang ramai terlebih dahulu kerana mereka takut sekiranya sistem ini hanya untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat. Itu kita kena beritahu. Itu penting," jelas beliau. - SH.

** Projek AES dianugerahkan kepada syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd yang dikatakan dimiliki kroni UMNO..