UAI

UAI

Pengikut

Sabtu, 10 Mac 2012

[ Gambar ] YB Nizar melawat kawasan dan mangsa banjir disekitar Kuala Sepetang

10 Mac 2012 – Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang bersama anggota Jabatan Unit Amal telah kelokasi  yang terjejas akibat dilanda banjir sejak semalam turut serta meredah banjir dimalam hari ialah YB Dato Seri Nizar. Kejadian banjir ini berlaku selepas hujan lebat turun melebihi 5 jam disini.

PAS Bukit Gantang telah menyumbangkan tenaga kerja kebajikan bagi meringankan beban mangsa banjir disini dengan kerjasama  Unit Amal PAS Bukit Gantang  yang  telah bertungkus lumus memberi bantuan tenaga,makanan,membersihkan rumah,menyelamat  dan sebagainya kepada mangsa sejak bermula kejadian banjir disini. Rata-rata penduduk  disini berasa bersyukur dan berterima kasih kepada Unit Amal  PAS Bukit Gantang dengan bantuan iklas dari mereka.

Dalam lawatan YB Nizar di lokasi banjir ini didapati masih ada mangsa banjir  yang  tidak mahu pindah ke pusat pemidahan mangsa banjir yang disediakan,bagaimana pun masih terdapat 2 pusat pemindahan banjir  yang masih beroperasi dan  dihuni mangsa banjir . YB Nizar telah meredah air banjir di malam hari untuk melihat sendiri kejadian dan menyelami hati penduduk serta bertanya khabar kepada mangsa dilokasi disini.

Kejadian  banjir kali ini dianggap paling buruk sejak  10 tahun menurut kata seorang penduduk disini. Mengikut maklumat dari penduduk lagi  keadaan ini berlaku kerana benteng ( Ban ) Sungai Matang pecah kerana tidak mampu menampung air hujan yang lebat dan menyebabkan airnya melimpah keluar dan diburuk lagi dengan kejadian air laut pasang di sekitar Matang.

Gambar-gambar sekitar lawatan ke lokasi banjir Kuala Sepetang. (Matang Road dan Simpang Halt)
Pekan Simpang pada petang 9 mac 2012

DSN diberi taklimat mengenai kejadian dan lokasi banjir oleh Anggota Unit Amal turut serta Tn Hj Zainuddin dari Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang

Mangsa banjir ini mengalami kerugian harta benda berikutan ternakan ayam-nya telah musnah dan kenderaan-nya turut tidak dapat diselamatkan. 

DSN sedang mendengar penerangan dari Pegawai Bomba dan Penyelamat mengenai operasi  mereka dilokasi 

DSN menyampaikan sumbangan makanan dan minuman dari Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang

Jalan utama Matang Road 

DSN bertanya khabar kepada penduduk yang terperangkap dalam banjir.

Anggota Jabatan Unit Amal yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir

Musollah An Najah juga turut digenangi air

DSN bertanya khabar mangsa banjir di penempatan mangsa banjir di SK Ngah Ibrahim Jalan Matang

Pemimpin berjiwa rakyat

Taman Berkat menyediakan pusat penempatan mangsa banjir bagi penduduk Simpang Halt. Skuad Prihatin PAS Kawasan Bukit Gantang menyumbangkan keperluan makanan kepada mangsa.

DSN diberi taklimat oleh Pegawai JKM mengenai jumlah dan perlaksanaan di penempatan banjir di Taman Berkat. Turut sama ialah Tok Ketua Kampung Dew dan ketua Cawangan PAS Taman Berkat

YB Nizar  prihatin dengan rakyat..


Khamis, 8 Mac 2012

Bukti Institusi kehakiman telah dicemari dengan campurtangan pentadbiran UMNO BN

Pemuda PAS simpati nasib Imam HoslanKUALA LUMPUR, 8 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati ke atas Tuan Haji Hoslan Hussin yang telah dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan beliau membaling kasut ke arah panel hakim bulan lepas.

Keberanian tindakan beliau sememangnya telah menggemparkan negara dan ia kejadian yang jarang berlaku di negara ini, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor.

Bagi DPPM, apa yang berlaku ke atas beliau adalah suatu manifestasi kemarahan rakyat bawahan yang cuba mempertahankan hak mereka untuk diadili secara adil.

Beliau berjaya mencuit perhatian ramai pihak termasuk masyarakat antarabangsa supaya mengambil berat terhadap kes beliau, kata Riduan.

DPPM, katanya, mengharapkan supaya beliau mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah terbuka di negara ini.

Kes yang menimpa beliau menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan memperkecilkan golongan rakyat bawahan, tegasnya.

"Akhirnya, DPPM mendoakan semoga Haji Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda beliau.

"DPPM juga berusaha membantu keluarga meringankan beban mereka beliau sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atas beliau," katanya.
 -HD


Institusi kehakiman telah dicemari dengan campurtangan pentadbiran BN. Adalah menjadi hasrat Pakatan Rakyat untuk melindungi dan mempertahankan integiriti dan kebebasan institusi kehakiman negara.- N Surendran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat


Nada Najib "mahu penjawat awam fahami cabaran ekonomi global..." TANDA-TANDA HARGA BARANG AKAN NAIK..!!!

 PM mahu penjawat awam fahami cabaran ekonomi global

PM mahu penjawat awam fahami cabaran ekonomi global
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mengharapkan kefahaman dan kerjasama penjawat awam untuk sama-sama mengharungi dan mendepani cabaran ekonomi global yang tidak menentu.
Tegas beliau, walaupun kerajaan berjaya mengeluarkan Malaysia daripada gelora ekonomi global, namun usaha perlu digandakan bagi memastikan tahun-tahun mendatang negara terus bebas daripada belenggu tersebut.
''Ingatlah bahawa apa yang kita lakukan hari ini sudah tentu akan mempunyai kesan jangka panjangnya. Kerajaan tidak rela Malaysia menjadi sebuah tragedi kewangan seperti negara Greece.
''Justeru kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan, perlu memikirkan langkah terbaik yang mana pada satu masa perlu mendahulukan kepentingan rakyat tetapi dalam masa sama faktor-faktor lain tidak boleh dikesampingkan terutamanya kelestarian ekonomi negara atau dalam erti kata lainnya, keupayaan kewangan kerajaan," katanya.
-Utusan
Penjawat awam dan semua rakyat sememangnya sudah faham akan nada dan cara apa yang berlaku sekarang..Najib bagi sana..bagi sini...hulur sana..hulur sini..lambak sana...lambak sini...konon-nya untuk rakyat...tapi semuanya itu ibarat menabur dedak kepada rakyat sebelum disembelihnya sekiranya setelah mendapat kuasa dan mandat dari rakyat selepas PRU 13 nanti...  
Sekarang ni memanglah mendahulukan kepentingan rakyat tetapi selepas itu..??? 

RAHSIA TERBUKA...!!!! Siapa Sirul dan Azila...

NOTA...
kenapa muka sirul dan azilah tidak kelihatan
ada macam macam teori
ada yang kata mereka duduk diluar
tapi nama saja dalam penjara

ada yang kata ada ramai 
yang jadi sirul dan azilah


ada teori yang kata yang akan
di gantung nanti ialah mat pet
dan sirul dan azilah akan bebas
itu pasal muka tak pernah dilihat

Tapi....
Percayakah semua..

zunar telah melihat muka mereka..
Ini yang lazimnya semua lihat...

Jeng..jeng..!!!


3

2

1

Lihat...lihat....lihatlah... semua...kah..kah..kah...
.....


Rabu, 7 Mac 2012

Kerana kantoi..!!! Blog UMNO Perak Today mohon maaf bagi pihak Zambry – Isu BR1M

Berkaitan isu mengenai konon-nya PAS Kemunting telah meminta dan memaksa ahlinya (PAS) memberi   sebanyak 15 peratus daripada penerimaan duit  Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M.Ternyata semua ini hanya fitnah jahat yang telah disangkal oleh YDP PAS Taiping semalam [ Klik Sini ].

Isu ini mula dimainkan oleh blogger Taiping Central yang kononya blog harapan Melayu,tapi hakikatnya Taiping Central hanya perosak minda melayu dengan sumber penyebar fitnah.
Isu ini kemudian dijawap dengan kenyataan didada akbar oleh Zambry Kadir yang tanpa usul periksa akan kesahihan bukti dan sumber [ Sini ]. Sehinggakan Zambry Kadir keluarkan kenyataan yang berunsur fitnah seolah-olah mengiyakan kenyataan Blogger Perosak Melayu Taiping Central yang ternyata ianya fitnah jahat,kotor dan jijik.

Kerana sudah terkantoi....Hari ini 8 Mac 2012 - Blog UMNO Perak “The Portal Perak Today” konon-nya mengambil jalan tengah dengan menyatakan sekiranya Dr Zambry tersalah cakap harap beliau dimaafkan. Perak Today juga menegur krebiliti blogger Taiping Central mengenai bahan sumber yang boleh dipertikaikan.

Senang cakap…kerja Penipu,Pembohong dan Pemfitnah ( 3P ) ni usah diamalkan…hahaha…Tengok sekarang dah kantoi...!

Keratan akbar Sinar  8 Mac 2012 mengenai YDP Taiping jawap isu BR1M


Saksikan penjelasan dan jawapan untuk fitnah UMNO

Hari ini Portal Perak Today dah mohon maaf bagi pihak Zambry Kadir.....kome Taiping Central camana..???

Apapun OrangNi nak bagi tahu…nasib baik la pihak yang di fitnah tak hantar surat cinta makhamah kepada Taiping Central.…hahaha…

OrangNi sebenarnya memang berharap sesangat pihak yang difitnah membuat laporan kepada pihak berkaitan dan mengambil tindakan menyaman terhadap pihak yang gemar dengan budaya fitnah ini.. Bior Thumpo Hauop kome…hehehe..


Udah le Zambry dipanggil MB Mahkamah..Bloggernya pun nanti dipanggil Blogger Mahkamah…!!! 


Isu ini di -ibaratkan seperti angkara Blogger UMNO yang membuat fitnah...Zambry pula terpaksa 
menjadi kambing hitam..


Gempar..!!! Jika Shahrizat dengan projek lembunya... Hamidah pula dengan projek ayam..!!

Hahaha....Banner Hamidah dah jadi pagar reban ayam....


Sumber : FB 

[ Vedio ] Fitnah Zambry Kadir di Jawap YDP Taiping - Isu BR1M


7 Mac 2012 - PAS Taiping Perak telah menjawap bagi menyangkal segala penipuan dan fitnah jahat tidak bermoral dari MB Perak Zambry Kadir yang sebelum ini memfitnah PAS Cawangan Kemunting semakin terdesak dengan mengarahkan setiap ahlinya menyerahkan sebanyak 15 peratus daripada penerimaan duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada parti berkenaan untuk menghadapi PRU akan datang.

Zambry Kadir juga membuat fitnah dengan menyatakan  PAS Kamunting meminta penduduk miskin yang dapat BR1M untuk menderma kepada PAS.- Sinar.

Sebenarnya PAS Taiping hanya meminta kepada mereka yang mendapat bonus sama ada kerajaan,swasta dan badan berkanun.Derma pula untuk jenterapilihanraya melawan UMNO/BN.

Hari YDP PAS Taiping Saudara Ust Mohamad Fakharuddin b. Aziz telah membuat sidang akbar dipejabatnya disini bagi menyangkal fitnah jahat Zambry Kadir



Orang ni: Amat  jelas UMNO Perak khususnya UMNO Kemunting terpaksa mengunakan senjata fitnah dalam meraih sokongan. Semua pengundi di sekitar Taiping sudah mengetahui  akan kemelut dalaman UMNO Kemunting semakin bergelojak hebat dengan isu perebutan calon kerusi untuk PRU yang entah bila tarikhnya. [Klik Sini ]

Zambry Kadir pula dilihat terlalu percayakan sumber-sumber yang di cedok dari blog-blog pro UMNO yang ketandusan isu di sini. Sehinggakan segala jawapan dan kenyataan dari mulut Zambry Kadir di-ibaratkan seperti Burung gagak yang ingin  berkokok seperti ayam jantan

Ahad, 4 Mac 2012

Dr Hasan Ali JATI berperasit dibawah khemah UMNO dengan isu basi di Batu Kurau

4 Mac 2012 – Ceramah Roadshow Dr Hasan Ali berlangsung di Batu Kurau yang membanggakan riak-kan diri DHA yang konon-nya sudah mencecah 34 lokasi semuanya dan Batu Kurau adalah lokasi yang ke 35. DHA juga berkata disetiap roadshow-nya semua perjalanan majlis berjalan dengan lancar tanpa halangan… 

“Woi..!!! DHA……!!!!! ”  kamu dah lupa ke bala bencana sehinggakan khemah dan pentas kamu terpelanting disapu hujan ribut dengan petir sambung menyambung di Seri Manjung Lumut..??? Sumber berkaitan Klik [ Sini ] dan [ Sini ].

Dalam ceramah DHA di Batu Kurau ini juga jelas menunjuk-kan yang beliau bertambah hebat dikalangan pemimpin UMNO  yang menganggapnya hero dalam UMNO sekarang terutamanya di negeri Perak . Kehadiran para pemimpin UMNO di lokasi jelas menunjuk-kan DHA adalah talian hayat terakhir UMNO dalam meraih sokongan rakyat. 

UMNO negeri Perak tidak boleh menyangkal lagi perkara ini,kerana disetiap ceramah DHA sekarang pasti akan ada para pemimpin UMNO akan turun serta   melutut,mencangkung memperhampakan diri  didepan pentas. Segala persiapan majlis kesemuanya jelas menunjuk-kan semuanya disediakan oleh pihak UMNO.
Kantoi…!!! Kelihatan khemah yang digunakan milik UMNO
( Sumbangan Adun Batu Kurau YB Kapt(B) Dato' Mohd Najmuddin B. Elias - UMNO BN   )

Dalam ceramah semalam yang pada perancangan awalnya  akan digandingkan DHA dengan Ust Kazim, tetapi DHA terpaksa terpekik terlolong sendirian selama 2jam lebih kerana Ust Kazim tidak hadir… (Penulis tidak tahu kenapa Kazim tidak hadir disaat-saat akhir diumumkan semalam…macam ada yang tak kena…haha…)
Antara pemimpin UMNO yang sudi datang mendengar dan menjilat kelentong DHA

Dari pemerhatian semalam,mejoriti  yang datang adalah dari kalangan penyokong UMNO sahaja walaupun DHA dengan “muka tak malu dan perasan “mengatakan yang hadir ramai terdiri dari penyokong PAS. Manakala isu-isu yang disampaikan oleh DHA hanyalah copy and paste dari ceramah-ceramahnya yang lepas..nampak sesangat dah basi  yang dijaja oleh DHA buat UMNO yang semakin basi dalam sokongan…hahaha…