Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Sabtu, 11 Ogos 2012

PAS Bukit Gantang bershopping raya sakan untuk 21 anak yatim

Yahya Sedik
12 Ogos 2012 ~ Bukit Gantang Perak: "Ini bukanlah kali pertama PAS Cawangan  kampung Pak Dollah didalam Parlimen Bukit Gantang mengajurkan program membeli pakaian kepada anak-anak yatim bagi menyambut hari raya yang bakal tiba" Ujar Yahya B. Sedik 44, Ketua Cawangan PAS Kg. Pak Dollah ketika ditemui dipasaraya Gaint Kemunting Taiping disini.

Setiap tahun didalam bulan ramadan PAS Cawangan Pak Dollah dengan kerjasama PAS Cawangan Kurnia Jaya akan mengadakan program sebegini bagi membantu anak-anak yatim yang kesemuanya dari penduduk sekitar cawangan dan kali anak-anak yatim dari  kampung Rahmat dan kampung kurnia Jaya bertuah kerana diberi sumbangan berupa duit untuk membeli pakaian untuk menyambut hari raya.

Seramai 21 orang anak-anak yatim diberi RM100 untuk dibelanjakan dalam program ini,bagi yang berbelanja kurang dari jumlah tersebut,bakinya akan diberikan juga sebagai duit raya.

Ust Nordin
Yang DiPertua PAS Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar yang mewakili Kawasan Parlimen Bukit Gantang mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan yang berjaya menganjurkan serta terima kasih kepada para penderma yang terdiri dikalangan ahli PAS sendiri bagi menjayakan program ini. " Program membantu anak yatim sebegini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka yang kurang bernasib baik bagi menyambut hari lebaran". - Ujar Ust Nordin.

Leman Raja Lawak
Program ini juga menerima kejutan buat anak-anak yatim apabila kemunculan selebriti Astro Leman Raja Lawak 5 di Pasaraya. Leman  yang kebetulan mempunyai program  berlainan di sekitar Taiping dan Bukit Gantang pada semalam telah ke program ini untuk bertemu dengan anak-anak yatim. 







Bergambar sebelum bershoping...
Leman Raja Lawak dan Sdr Sedik melayan salah seorang anak yatim membeli seluar raya 
Pilih..pilih...
YDP PAS Bukit Gantang pun bersama pilih baju raya untuk anak yatim


Pihak pasaraya Gaint juga menyampaikan sumbangan buat semua anak yatim

Wajah ceria terpancar dimuka akan yatim setelah selesai membeli pakaian raya..

Khamis, 9 Ogos 2012

Jom..jom...jom... Janji BERSIH...!!! malam 31 Ogos Dataran Merdeka....

KUALA LUMPUR - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 - susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.

"Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau pada sidang media yang diadakan di sini."Kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulenan Hari Kemerdekaan.

"Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55," kata beliau lagi.

Beliau berkata, sebelum ini pelbagai janji yang dibuat oleh pihak kerajaan, tapi ia nya sekadar janji kosong semata-mata.“Kami menjemput semua rakyat Malaysia, berkumpul di setiap pelosok negeri dengan memakai baju tema berwarna kuning tanda meraikan hari kemerdekaan nanti,” katanya.

Samad berkata, pihaknya tidak akan menghantar permohonan mendapatkan permit kebenaran perhimpunan.“Tujuan perhimpunan ini, bukan untuk mengadakan demonstrasi, sambutan kemerdekaan harus diraikan oleh semua rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, pada malam tersebut beliau akan mendeklamasikan sebuah puisi sempena Hari Kemerdekaan.


Sebangsa, Senegara, Sejiwa

Maksud Sebangsa, Senegara, Sejiwa.

SEBANGSA:Dalam setiap kelompok manusia memang sentiasa wujud kerinduan akan kesatuan, malah kesebatian, demi kekuatan, kedamaian dan kesejahteraan hidup mereka sebagai satu bangsa.Begitulah juga keadaan kita sejak mencapai kemerdekaan negara—mewakili 14 negeri yang disatukan—selama lebih lima dekad ini. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu kini masih terus merindukan persahabatan dan perpaduan sedemikian demi kedamaian dan kehidupan bersamanya.Maka itulah sangat wajar sekali rakyat Malaysia terus berupaya untuk bersatu demi mencapai cita-cita murninya bagi membentuk sebuah bangsa Malaysia baru yang tulen dan utuh.

SENEGARA:Selama lebih setengah abad ini tampaknya rakyat Malaysia masih juga lambat berupaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang padu dan syahdu. Pada ketika-ketika yang genting dan tak tersangkakan tampaknya sentiasa wujud segelintir pemimpin siasah yang masih juga sengaja tergamak membelah negaranya dengan coba menyalakan semula api perkauman yang berbahaya itu.Hingga ke akhir-akhir ini pun, tampaknya, masih terlihat juga wujudnya segelintir pemimpin sedemikian yang sengaja ghairah cuba menyalakan api perkauman yang mudah meretakkan negara.Maka itulah sudah sampailah waktunya semula bagi rakyat Malaysia untuk terus tulus berazam bantu membina sebuah negara Malaysia yang padu dan luhur.

SEJIWA:Bangsa dan negara baru biasanya sangat mudah rapuh untuk diretakkan apabila tiada suatu ikatan rohani dan benteng kemurnian jiwa di antara rakyatnya. Memang kitaselalunya amat mudah memperalat—juga diperalat—pelbagai istilah muluk yang merosak demi faedah peribadi dan kelompok ke atas sebuah negara, apalagi negarayang baru setengah abad tercipta.Terakhir ini memang terserlah benar kecenderungan yang negatif ini sehingga memerlukan kita agar lebih waspada dan waras bertindak bagi memelihara bangsa dan negara yang baru tercipta itu.Kita memerlukan keazaman dan kekuatan batin, keutuhan dan kemurnian jiwa, untuk memelihara kedamaian bangsa dan negara. Untuk tujuan murni itulah makanya kita amat perlu menjaga dan mengisi cita-cita bangsa yang murni. Untuknya, kita perlu cekal sejiwa.

Oleh : Pak Samad Said


Rabu, 8 Ogos 2012

Himpunan Janji BERSIH 30 Ogos ini

9 Ogos 2012 Datuk A. Samad Said
KUALA LUMPUR - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 - susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil."Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau pada sidang media yang diadakan di sini."

kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulenan Hari Kemerdekaan."Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55," kata beliau lagi.

Misteri..!! Penemuan kenderaan Puaka di luar negara

Kereta misteri...???

 MERCEDES BENZ bernombor pendaftaran ROO5 MAH

Sungguh misteri....!!!

Kerana dikatakan digunakan oleh puaka??

Kerana ada sumber mendakwa kereta ini dimilik seseorang yang berpuaka ditanahair ini...!!??

 Ramai yang mendakwa kereta ini milik ROSMAH MANSOR yang disimpan kat U.K untuk kegunaan beliau disana...

 Kini gambar kereta misteri puaka ini sudah tersebar luas di internet,semoga misteri kereta puaka ini dibongkar oleh krew misteri nusantara TV3suku dalam masa terdekat siapakah pemilik sebenar kereta ini...hahaha

Aku sokong undi DAP haram......

Haram...haram...haram.....haram....haram....
Kalau yang jadi presiden DAP ialah Apek Chua Soi Lek yang kuat se**  ni....hahahaha.....


Zambry Kadir hebat melaram beraya sakan dengan 3 buah kereta mewah mencecah RM 350,000?

Tiada Terpinggir Tiada Tertinggal....memang benar,betul dan tepat slogan yang dilaungkan Zambry MB Mahkamah di Perak. Semuanya membawa maksud UMNO BN sentiasa tidak terpinggir dalam mengejar glamour kebendaan dan tiada tertinggal sesen pun dalam menghabiskan harta dan duit rakyat selagi ada kuasa.

Apa tidaknya.....
Khabarnya kerajaan Perak dibawah Zambry Kadir telah membeli tiga buah kereta ‘Nissan Fuga Hybrid’ untuk kegunaan rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri baru-baru ini.

Aku rasa ini semua kes nak bergaya dimusim perayaan,ditaruh la nama itu ini yang guna kereta mewah ni...hakikatnya Zambry yang bergaya.....hahaha...

Apapun timbul persoalan juga mengenai adakah Kerajaan Perak dibawah  Zambry Kadir ‘patriotik’ atau tidak, Jika isu pembelian kereta rasmi kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu dikatakan tidak ‘patriotik’ kerana telah membeli 16 buah ‘Toyota Camry’ dengan kos sebanyak RM 167,000 sebuah ketika itu.

Dilaporkan model Nissan tersebut, iaitu Infiniti M25 – 2.5-litre V6 / 7-speed automatic yang mencecah RM 350,000 sebuah...adakah harga semahal ini menepati slogan Janji Ditepati? Sedangkan masih terlalu ramai rakyat di Perak yang hidup dhaif, pemimpin UMNO BN macam sentiasa dahagakan kemewahan hasil duit rakyat sendiri. Inilah janji dicapati UMNO BN...

Semata-mata nak glamour nak melaram beraya dengan kereta mewah,Zambry sangguh pinggirkan kesederhanaan, Wasathiyah la konon...hahaha...

Gambar dibawah: Inilah model kereta buat Zambry melaram beraya nanti...warna hitam matelik tiada kena mengena dengan beliau...hahaha...


Selasa, 7 Ogos 2012

Datuk Fauzi Shaari mantan pengarah JSJ sokong tindakan Polis...

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari berkata, anggota polis mengundi BN kerana bimbang dianggap "derhaka dan tidak bersyukur" sekiranya mengundi pembangkang.

Fauzi yang menyertai PAS Mei lalu berkata perkara itu timbul kerana "keterikatan" anggota polis kepada kerajaan yang membayar gaji dan elaun kepada anggota pasukan terbabit.

"(Ramai anggota polis) berpandangan gaji, elaun dibayar oleh kerajaan. (Mengikut) fahaman kita, kerajaan adalah tak boleh selain daripada BN."Lantaran itu, (mengikut) fahaman kita, dalam keadaan mengundi, siapa yang tidak mengundi BN itu... akan dianggap sebagai derhaka, atau tidak berterima kasih atau bersyukur kepada orang (kerajaan) yang beri elaun, gaji beri kita makan," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

Tegasnya, kerajaan dan parti adalah dua perkara yang perlu dibezakan dan anggota polis berhak membuat pilihan masing-masing bagi memilih parti tertentu untuk menerajui kerajaan dalam pilihan raya."Kita boleh pilih mana-mana (parti), yang lebih baik, telus, jujur, berpegang amanah, tidak menekan (dan) tidak rasuah."Jadi, jangan ada kekhuatiran, kita nak sokong parti lain, (menyebabkan) kita akan dilabel khianat, derhaka. Tidak timbul sama sekali.

Sepatutnya semangat sebegini ada," katanya. Ditanya sekiranya kerajaan memberi tekanan kepada anggota polis supaya menyokong BN dalam pilihan raya, bekas ketua polis Selangor itu berkata perkara itu tidak berlaku.Namun, selagi anggota polis atau penjawat awam lain bekerja dalam kerajaan, mereka perlu mematuhi peraturan, garispanduan operasi atau perintah yang telah ditetapkan, katanya.

Jika anggota polis menyatakan sokongan politik secara terbuka kepada parti tertentu pula, mereka juga dianggap "mengingkari peraturan umum", katanya."Kerajaan mengikat kamu, kamu kena patuh, kena berkhidmat.

Tetapi dalam berkhidmat, tidak ada unsur-unsur supaya memihak. Tidak (ada). (Polis berkhidmat) untuk semua rakyat, (dengan) adil. Jadi kita kena adil," katanya. Sepanjang 32 tahun perkhidmatannya dalam pasukan polis, Fauzi juga pernah menjadi ketua polis Sarawak.

Sumber Mk


Ibrahim Ali PERKASA dah mula nak rapat dengan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli UMNO mengundi MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, persoalan itu perlu dijawab oleh UMNO kerana jelas Pengerusi MCA, Chua Soi Lek dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Malah CHua Soi Lek mengatakan ini adalah idea gila apabila UMNO Johor mencadangkan hukum Hudud.Beliau berkata, begitu juga dengan hukum daripada sudut syarak mengenai arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO seperti Dato' Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Muhyiddin yang meminta ahli-ahli parti mengundi MCA dan MIC.

''Adakah ia dibolehkan atau tidak, memandangkan MCA terang-terang mengecam penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Ini bukan soal UMNO, tetapi kecaman yang dibuat oleh Soi Lek itu jelas melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam.


Agaknya kenapa si Pak Brohim Ali mula nampak macam menhentam UMNO...??? Adakah ini sandiwara Pak Brohim PERKASA yang sudah teras peluang dalam PRU semakin pudar... Pak Brohim sekarang terlompat-lompat mencari lopak-lopak air untuk meneruskan politik kataknya..hahaha....

Ayuh...!!! Hantar kad ucapan kepada tahanan ISA

KUALA LUMPUR: Bagi menjayakan kempen anti-ISA, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyeru rakyat yang prihatin untuk terus sama-sama menuntut pembebasan semua tahanan ISA.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata selain NGO-NGO yang bernaung di bawah badan itu, orang ramai yang prihatin boleh terlibat sama dengan menghantarkan kad ucapan kepada tahanan yang masih merengkok di Kamunting."Kita telah melancarkan kempen bagi menuntut pembebasan semua tahanan, antaranya menghantar kad ucapan kepada tahanan ISA. 

Kita sasarkan sebanyak 50 000 kad ucapan dapat dihantarkan kepada tahanan bagi menunjukkan solidariti kita," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.Bagaimanapun, kata beliau kad ucapan yang berada di tangan GMI setakat ini masih belum berada di tahap 'memuaskan' untuk dihantar ke Kem Tahanan Kamunting."Kempen ini agak perlahan, mungkin dipengaruhi bulan puasa.  Yang ada di tangan, belum sampai lagi 1,000. 

Tapi kita masih meneruskan kempen ini sehingga 3 September ini," kata beliau lagi.Syed Ibrahim berkata pihaknya percaya ramai rakyat di luar sana yang inginkan pembebasan semua tahanan ISA selaras dengan pemansuhan akta tersebut, namun tidak mempunyai capaian untuk mendapatkan kad tersebut.Justeru, beliau berkata kad ucapan untuk tahanan ISA boleh didapati daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sehingga 3 Sept ini.

Mana-mana yang berminat mendapatkan kad ucapan berkenaan boleh menghubungi Suaram di talian 03-77843525 atau melalui emel righttotrial@suaram.net.Dalam pada itu, GMI juga dalam fokus memberikan kebajikan kepada keluarga-keluarga tahanan ISA, khususnya yang dibebaskan baru-baru ini.

Sumber:HD


Mana Janji Manis Zambry Kadir kalau rakyat hidup begini..!!???

Tersentuh......hiba.....pilu.....inilah kesan janji dicapati...

 Rumah dhaif ini dihuni oleh puan Siti Manis bt Mat Lesa 48 thn. bersama 7 org anaknya. Beliau berkahwin dengan Bidi b. Mat Damar 50 thn yang berkerja kampung disini.

Rumah ini tidak bertandas dan tidak berbilik sumber air mereka sekeluarga mengunakan telaga yang sekarang hampir kering kerana hujan dah lama tak turun. 

Ramai antara rakyat Malaysia sedih dengan pasukn olimpik kita yang gagal meraih sebarang emas.....tapi ramai yang tidak peduli dengan keadaan yang menimpa keluarga sebegini.

KeraRajaan UMNO BN konon-nya melaungkan berbagai slogan yang indah didengari, Rakyat Didahulukan,Janji Ditepati dan di Perak pula slogan Zambry Tiada Terpinggir Tiada Tertinggal, semuanya omongan kosong belaka. Hakikatnya Rakyat di negeri Perak masih terlalu ramai yang hidup melarat di tanahair sendiri.
Macam tak percaya...rumah sebegini masih ujud dikala negara konon-nya dah merdeka 55 tahun dan sloganya Janji Ditepati....apa yang janji dan tepat..??
Ust Akmal menyantuni keluarga daif ini bersama ahli Khairat Assabab dalan misi NGO ini membasmi kemiskinan disekitar Larut.

Bantulah mereka....

Rumah ini bukan terletak di somalia atau di Monggolia, tapi terletak di perkampungan melayu kg Anak Sg rambutan, Selama Perak. Bagi rakan2 yang prihatin, boleh lah menyalurkn sumbangan melalui akaun maybank 558211313335 atas nama Khairat Assyabab atau maklumkan sumbangan anda kepada Ust Sharul Amin 0195256727 @ Ust Khalil 0193124773 @ Adi 0195684479

Isnin, 6 Ogos 2012

Wanita UMNO sudah busuk terpalit tahi - Sharizat

Sharizat tampi dimahkamah dengan tudung tapi tetap menyembolkan rambutnya..

Di ruang perbicaraan dalam mahkamah semalam penuh dengan gelak ketawa para hadirin yang geli hati dengan kenyataan-kenyataan dikeluarkan oleh Shahrizat. 

Antaranya, menyebut bahawa beliau merasa terlalu terhina apabila digelarkan sebagai Cow Minister of the Year.

Selain itu beliau juga berasa malu apabila sering kali dipanggil sebagai Ketua Wanita Lembu.

Salah satu kenyataan yang
membuatkan hadirin berderai dengan gelak ketawa yang tidak dapat dikawal apabila Sharizat menyebut "Wanita Umno terpalit dengan tahi lembu".

Sumber: Milosuam

UMNO BN pasti mampus tanpa duit rakyat


BN hari ini sudah hilang ideologi dan kesegaran di dalam perjuangan untuk menarik sokongan rakyat.
Mereka hanya mampu hidup kerana masih jadi parti pemerintah.

Dengan kapasiti sebagai parti yang memerintah maka mereka menggunakan segala kemudahan kerajaan dan dana setiap kementerian untuk menabur halwa telinga kepada rakyat. Datuk Seri Najib dilihat sebagai tokoh roforamsi yang tidak ada isi.

Mungkin pada permulaan orang agak teruja dengan laungan reformasi. Tetapi setelah sekian lama beliau bercakap, maka terserlah wajah sebenar Najib sebagai pemimpin yang hanya pandai melaungkan tranformasi sahaja.Najib telah membelanja hampir RM5.77 bilion untuk enam bulan pertama tahun 2012 untuk beli sokongan supaya rakyat memilih BN dengan berbagai-bagai janji.

Ini semua perbelanjaan luar jangka.Sebanyak RM2.2 bilion untuk bonus kakitangan kerajaan seramai 1.4 juta.Termasuklah juga berbagai pengumuman ‘Projek “one-off” yang memakan belanja hampir RM3.57 billion. Seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Kembali Ke Sekolah 1 Malaysia and Bantuan Buku 1 Malaysia.

Tahun ini sahaja sudah dua kali bajet tambahan yang diluluskan di Parlimen, iaitu pada bulan Mac 2012 RM10,290,243.800 (Lebih RM10.2 bilion) dan RM13.8 bilion pada 14 Jun 2012.

Ertinya sudah lebih RM23 bilion bajet tambahan pada tahun ini sahaja.Peruntukan segera sebanyak RM609j dilulus dalam 11 minggu (Januari-Mac 2012)ketika lawatan PM, TPM ke seluruh negara dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek.Apakah BN Umno boleh hidup, jika kuasa di peringkat pusat jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?.

**-- BN Hidup Kerana Ada Bajet Kerajaan Sahaja.
Idris Hj Ahmad
7/8/12

Ahad, 5 Ogos 2012

Zamrby Kadir berkempen dalam kem Tentera dibulan ramadan

Ibarat burung gagak dicelup tepung...tidak akan menjadi putih.
Begitulah perumpamaan buat Zambry Kadir Menteri Besar pilihan mahkamah yang cuba tunjuk baik,cuba tunjuk prihatin kepada warga tentera Laut (TLDM).

 Zambry konon-nya menyampaikan sumbangan kepada warga tentera di kem TLDM Lumut baru-baru ini,tapi apa yang jelasnya ialah Zambry telah berkempen dalam kem TLDM yang amat jelas melanggar prinsip berpolitik dinegara ini yang tidak membenarkan politik dimainkan dalam kem-kem tentera.
Inilah dasar kepimpinan MB Lanun Perak, Jelas tertera logo dacing biru senget (anak panah).