Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Sabtu, 25 Februari 2012

Dato Seri Nizar bergegas ke lokasi pembunuhan Adik Nurul Aien.

Mohon di hadiahkan pahala Al-Fathihah buat Allahyarham Adik Nurul Aien Bt Mohamad Saimon yang kembali kerahmatullah..

24 FEBRUARI-- Bukit Gantang Perak telah dikejutkan dengan suatu berita yang menyayat hati dengan kes seorang pelajar perempuan SMK Dato'Wan Rashdi ,Jalan Trong,Taiping(Parlimen Bukit Gantang) mangsa adik Nurul Aien  berumur 16 tahun disyaki dirogol sebelum dibunuh. Mengikut laporan polis pada hari berikutnya (25 Feb) 2 orang suspek telah diberkas untuk disiasat kes berkenaan.

25 Feb 2012 ~ Penulis bersama rombongan PAS Kawasan Bukit Gantang telah menziarah  jenazah Allahyarhamah dirumah Tok Wan mangsa sebelum dibawa ke Masjid di Kg Batu 9,Jln Trong untuk di solat jenazah. Suasana pilu menyelubungi dikediaman Tok Wan mangsa yang dikunjungi oleh  sanak saudara serta rakan sahabat yang mengenali Allahyarhamah. 

Disini seorang bekas guru yang baru bersara menemui penulis dan meluahkan rasa terkilan kerana tiada wakil dari Pegawai Pelajaran Daerah datang  menjenguk untuk menziarahi keluarga mangsa,sedangkan mangsa Allahyarham Adik Nurul Aien ini masih seorang pelajar di sebuah sekolah disini dan ibu mangsa seorang yang aktif dalam PIBG di sekolah tersebut. Manakala seperkara lagi ialah sikap YB Rosli Wakil Rakyat DUN Terong (UMNO) yang hanya hadir seketika saja pada malam kejadian dan tiada kelihatan hadir atau menghantar wakil semasa urusan solat jenazah dijalankan.

Berlainan dengan Dato' Seri Nizar yang berada di Pulau Pinang untuk suatu program disana telah bergegas  ke Bukit Gantang dengan tujuan menziarahi keluarga mangsa disini. Sikap keperihatinan beliau memang diketahui oleh ramai penduduk di Parlimen Bukit Gantang ini. Dato Seri Nizar melahirkan rasa dukacita dan sedih dengan kejadian ini. Beliau berharap keluarga mangsa bersabar dengan ujian dari Allah ini.

Lensa penulis sempat merakam suasana berkaitan untuk tatapan bersama
YDP PAS Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar yang sudah menziarahi keluarga mangsa semalam datang lagi hari ini.

Suasana pilu dengan permergian insan yang tersayang

Jenazah dibawa dari rumah Tok Wan mangsa ke masjid berhampiran

Redha dengan pemergian

Jenazah tiba di masjid
Solat jenazah diketuai oleh Tuan Iman Masjid ini. 
Dato Seri Nizar bergegas ke lokasi kejadian dari Pulau Pinang , ini menyanggah tomahan liar yang mengatakan beliau tidak ambil berat tentang penduduk di Perlimen Bukit Gantang. Kelihatan DSN bersama Bapa saudara mangsa dihadapan rumah lokasi kejadian
Dato Seri Nizar melihat kolah air yang dikatakan mangsa ditemui dipercayai dibunuh
Dato Seri mendengar  cerita kejadian dari Tok Wan mangsa

Dato Seri  Nizar memimpin  tahlil di rumah Tok Wan Allahyarham Adik Nurul Ain

Dato Seri Nizar juga menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa

Dato Seri  Nizar menyampaikan salam takziah kepada ibu Adik Allahyarhamah Adik Nurul Ain. Beliau mendoakan dosa Nurul Ain diampun Allah s.w.t dan rohnya ditempatkan bersama orang beriman.

Al- Fathihah..




Jumaat, 24 Februari 2012

Terbukti Zambry amat takut berdebat dengan DS Nizar

Pada 23 Feb 2012 Pemuda PAS Perak mempelawa Dr Zambry untuk menerima tawaran bersemuka berdebat dengan DS Nizar.  
Kemudianya pada hari ini 24 feb 2012 DS Nizar mengesahkan beliau bersetuju untuk bersua muka diatas satu pentas dengan Zambry untuk berdebat. 
“Saya menyahut seruan Pemuda PAS Perak untuk berdebat dengan Dr Zambry.”
Demikian tegas Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung dengan seruan Dewan Pemuda PAS Perak yang mahukan beliau duduk di satu pentas untuk berdebat Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Kadir.

Menurutnya, ini adalah saranan yang baik untuk mengemukakan inspirasi Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kepada umum khususnya rakyat Perak. “Saya sedia debat pada bila-bila masa sahaja dan saya harap dapat direalisasikan sebelum PRU13,” kata Nizar ketika dihubungi Harakahdaily.


Katanya, ini bukan kali pertama kesediannya untuk berdebat malah sudah menyatakan kesudiaannya untuk berdebat dengan Dr Zambry kira-kira dua tahun lalu.

"Saya berharap perdebatan ini diadakan di tempat terbuka supaya rakyat dapat menghadirinya seterusnya menilai aspirasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Rasanya lebih baik disiarkan secara langsung di TV,” ujarnya. Sumber : Blog Sisi Bukit

Tidak Sampai 24jam... 
24 Feb 2012  Ipoh -- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini dicabar supaya berdebat dahulu dengan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi yang sudah lama menyuarakan hasratnnya untuk bersemuka dalam satu pentas dengan wakil rakyat PAS itu. Sumber: Perak Today
Zambry dah mula gerun dan takut dengan pelawaan ini. Zambry berdolak dalih dengan mencabar pula DS Nizar berdebat dahulu dengan Wakil Rakyat Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi sebelum berdebat dengannya. (APA KE BANGGANG punya Zambry ni..?? )

Pihak Pakatan Rakyat khususnya PAS bertujuan ingin melihat inspirasi kedua-dua tokoh ini di atas satu pentas mambawa harapan rakyat negeri Perak bagi meneruskan pemerintahan menjelangnya PRU13 nanti. Apa kejadahnya pula Zambry tukar tajuk mencabar DS Nizar berdebat dengan seorang penghianat seperti Jamaluddin Mohd Radzi yang boleh dijual beli maruahnya..? 

Mungkin Zambry sudah bayangkan dirinya akan berkeadaan menggigil diatas pentas debat nanti sekiranya menerima pelawaan  debat antara beliau dengan DS Nizar.Amat jelas Zambry seorang penakut,ini kerana cuba mengelak dari menerima terus pelawaan debat ini. 

Teringat ON kata peribahasa Dato Karam Singh semalam di TV3suku : "Ibarat burung gagak dicelup tepung tidak akan menjadi putih.." begitulah keadaannya diri Zambry yang berpura-pura berdolak dalih menyembunyikan ketakutan berdebat dalam dirinya...apapun tetap terserlah jua. (Lain-lain maksud terpulang kepada pembaca tafsirkan...hehehe...)

Ayuh semua..!!!! Himpunan Hijau 2.0 sudah dapat Green light dari Polis...


KUANTAN: Polis pada Jumaat memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 pada Ahad ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Superitendan Mohd Jasmani Yusof berkata, pihak terbabit boleh mengadakan perhimpunan berkenaan tetapi bersyarat.
"Menerusi perjumpaan dengan penganjur pada 10 pagi tadi, kami telah menjelaskan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya perhimpunan itu hanya boleh bercakap mengenai perhimpunan hijau sahaja selain mereka yang hadir tidak boleh membawa senjata dan benda tajam," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Selain itu, beliau berkata tempoh untuk mengadakan perhimpunan itu hanya dibenarkan bermula pada 10 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.
Menerusi perjumpaan itu juga, katanya penganjur bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk di sekitar Kuantan selain mengelak berlaku kesesakan.
Mengenai perubahan tempat, Mohd Jasmani berkata, MPK tidak dapat memberi kebenaran untuk menggunakan padang MPK 1 berikutan pengubahsuaian padang berkenaan untuk persiapan temasya Sukan Malaysia.
"Polis telah mencadangkan tempat penganjuran diubah ke padang MPK 4,Kemunting dan telah dipersetujui oleh MPK serta penganjur," katanya.
Beliau turut menjelaskan kebenaran kepada penganjur itu bukan satu permit yang dikeluarkan polis tetapi kebenaran mengikut Akta Himpunan Aman.
Sementara itu, anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata beliau akan memastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar dan aman dengan mengikut lunasundang-undang.
"Kita percaya semua pihak mahu ia berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi," katanya.
Selasa lepas, 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Pahang membuat laporan polis membantah perhimpunan itu dengan alasan ia boleh menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam.
Himpunan Hijau 2.0 bertujuan membantah operasi syarikat Lynas Advanced Material Plants yang diberikan lesen beroperasi sementara. - BERNAMA

Khamis, 23 Februari 2012

130 kaki kek Naga dibuat oleh 3 Melayu untuk 1Tokey Judi 1Malaysia

Tan Sri Vincent  dilahir dalam tahun 1952 yang miliki Berjaya Group menjalankan perniagaan sejak 1984 seperti surat khabar The Sun serta menjalankan perniagaan judi berlesen sah melalui Berjaya Sport Toto Berhad, Pan Malaysian Pool Sdn Bhd dan Magnum Corporation Berhad akan menyambut hari lahir yang ke 60 tahun ini. (Tarikh tidak dapat dikesan)

Sebuah media cetak tanah air telah menyatakan sambutan tersebut dibuat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dengan kek berbentuk naga sepanjang 130 kaki. Perkara yang amat mengejutkan ialah chef yang bertungkus lumus membina kek ini ialah dari hasil kerja tangan 3 orang berbangsa Melayu dan sudah tentunya beragama Islam. 

Tiga Melayu…Mohd Ghouse Ishak, Nur Idayu Mohamad dan Nur Adibah Affendi sedang membuat  Kek berbentuk Naga sepanjang 130kaki sempena hari jadi ke-60 Tan Sri Vincent  di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.


Mohd Ghouse Ishak membuat  Kek  bentuk Naga  sepanjang 130 kaki  sempena hari jadi ke-60 Tan Sri Vincent  di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Mengikut hukum syara’ dalam Islam adalah ditegah untuk membina atau membuat patung-patung sama ada patung manusia atau binatang.- Sumber penuh klik [ Sini ]


Ulasan ON : Tajuk Kek berbentuk naga sepanjang 130 kaki ini mempunyai 2 pelanggaran dalam hukum syara' 

Pertama: Membina sebuah kek bentuk naga yang tentunya menyalahi hukum dan pembaziran dalam bentuk makanan yang melampau.

Kedua: Kek bentuk naga ini dibuat khas untuk seorang tokey judi yang termasyur di Malaysia yang semua umat Islam mengetahui judi itu haram di sisi agama. Perbuatan ini seperti mereka menyokong perjudian berlaku.(Sekiranya yang membuatnya non-muslim maka tiada masaalah )



Apapun pihak UMNO amat menyanjungi Tokey Judi ini..
Lihatlah siapa dalam keratan akhbar ini..



UMNO Taiping dan UMNO Bukit Gantang sudah mula bergaduh isu calon PRU-13

“PRU semakin hampir..” “PRU sudah dekat..!!” 
Inilah antara kata-kata yang dicanangkan oleh presiden UMNO Najib Tun Razak sejak perhimpunan agong UMNO pada 2011 yang lepas dan laungan basi ini akan di ulang-ulang disetiap lawatan Najib diserata pelusok tanah air sekarang ini.  Mungkin inilah sebab dan puncanya berlaku pergolakan memilih calon dikesan.
Dari sumber dalaman UMNO sendiri memberi tahu bahawa terdapat banyak kepimpinan UMNO di bahagian-bahagian mula bergolak ibarat kapal buruk ditengah laut dilambung ombak ribut taufan yang dashyat sekali.Mereka sudah mula lobi melobi,tarik menarik dan tolak menolak antara satu sama lain untuk dijadikan calon di PRU 13 yang tidak tahu entah bila tarikhnya.


KES 1
Dikhabar dari sumber dalaman UMNO Taiping,keadaan pergolakan disini memang  hebat bagi meletakan  calon bertanding dalam PRU 13.Keadaan sudah jelas berlaku sejak kebelakang ini. Berikutan sokongan golongan wanita di Kemunting ketara amat merosot terhadap UMNO sekarang maka di khabarkan bakal calon DUN Kemunting akan di ambil alih oleh seorang wanita .Desas desus kencang dalaman UMNO menyebut nama Ybhg Datin Yatimah Bt Khalid akan dicalonkan untuk kerusi DUN Kemunting. Beliau adalah seorang AJK wanita UMNO Perak dan Ketua Wanita UMNO Kemunting serta beliau juga adalah Isteri kepada seorang bekas ADUN Kemunting sendiri. (Adun Kemunting Sekarang Yb Dato Mohamad Zahir bin Abdul Khalid )


KES 2
Pertukaran calon di DUN Kemunting dari Yb Zahir kepada calon seorang wanita dikatakan salah satu percaturan yang konon-nya akan mengembalikan sokongan golongan wanita disini yang semakin ramai beralih menyokong Pakatan Rakyat. Faktor peralihan sokongan ini telah lama berlaku,berikutan ramai dikalangan guru-guru aliran agama terdiri dari kaum wanita disini dan dengan itu dilihat YB Zahir gagal menghampiri mereka,maka sebagai tektik akhir untuk menyelamatkan DUN Kemunting ini ialah meletak-kan calon wanita.Dengan harapan calon wanita tersebut bakal merubah sokongan di DUN Kemunting.


KES 3
Dari sumber dalaman UMNO juga mendedahkan bahawa Ketua Bahagian Umno Taiping Datuk Hj Ahmad Shalimin juga akan membangsatkan diri untuk dicalonkan diluar dari lokasinya sekarang iaitu akan bertanding bagi calon Parlimen Bukit Gantang. Ini berikutan UMNO  melihat Parlimen Bukit Gantang adalah kubu kuat PAS di bawah YB DS Nizar dan UMNO Perak tidak lagi mahu mengharapkan  kepada YB Rosli Adun Terong yang kini sudah nampak disisihkan dari UMNO itu sendiri,ini berkaitan juga dengan isu YB Rosli menganjurkan ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang [Klik Sini] dan kesilapan besar beliau ialah berada dibarisan kerusi hadapan semasa ceramah tersebut. Kejadian ini dilaporkan telah mendatangkan tidak senang hati dikalangan pemimpin UMNO di peringkat Negeri dan Pusat.


Ulasan ON: Begitu hebatnya pergolakan dan kepincangan dalaman UMNO berlaku sekarang, ibarat sebuah kapal buruk yang hampir karam dilanda ombak ribut ditengah lautan. Mereka semua saling tindas menindas antara satu sama lain,semata-mata untuk merebut kuasa ingin menjadi nakhoda sebuah kapal buruk yang sudah mahu tenggelam. MB Perak Zambry sekarang tidak mampu lagi memimpin dalam kepimpinan UMNO di negeri Perak.Ini kerana Zambry sendiri berada di posisi yang tidak selamat sekarang dalam percaturan politik Najib.

[Taiping] Nissan Navara 4x4 terjun dalam parit didepan-nya Jalan raya pula kritikal

Simpang Taiping Perak - Sebuah kenderaan pacuan 4x4 Nissan Navara telah terlibat dalam kemalangan setelah mengelak sebuah motosikal yang keluar dari persimpangan tiba-tiba disini. Bagaimana pun tiada kehilangan nyawa berlaku,penunggang motosikal dilaporkan cedera ringan,manakala pemandu kenderaan pacuan 4x4 selamat keluar bersama 2 penumpang yang lain dengan selamat tanpa sebarang kecederaan. Saksi kejadian menceritakan  bahawa ini kali kedua kejadian sedemikian berlaku disini.
Terbabas



Penulis Orang Ni ingin mengalih perhatian  mengenai  1 kilometer dari tempat kemalangan ini ialah keadaan jalan raya diantara Pekan Simpang Taiping ke Taman Berkat yang mengalami  kerosakan yang amat kritikal dan merbahaya kepada penguna,terutamanya penduduk setempat yang kerap mengunakan jalan raya ini untuk aktiviti harian mereka,keadaan kerosakan  jalan ini sudah berlarutan hampir 2 tahun tanpa di dibaiki atau diselenggara oleh pihak berwajib, dilihat ada kerja tampal menampal yang seperti melepas batuk ditangga saja.

Menghairankan penulis ialah baru-baru pihak Majlis Pembandaran Taiping (MPT) dan PBT disini sibuk sangat membaiki semua jalan raya yang bakal dilalui oleh Najib dan rombongan ke Taiping,sehinggakan jalan raya yang masih elok di Cangkat Jering pun diturap baru,malangnya jalan yang dimaksudkan penulis tidak dilalui Najib,walaupun jaraknya tidak sampai 2 kilometer dari lokasi persinggahan Najib kesini. Apa yang jelas disini ialah pihak berwajib seperti MPT akan kelam kabut buat kerja atas dasar bodek  terhadap pemimpin dalam tugas.

Gambar jalan raya yang diambil sehari sebelum lawatan Najib ke Taiping dan sehingga kini masih tidak dibaiki.
Sumber Berkaitan Klik [ Sini ]

Slogan  Zambry MB Mahkamah Perak  "Tiada yang Terpinggir dan Tiada yang Teringgal" boleh dianggap dusta dan omongan kosong saja..

Rabu, 22 Februari 2012

Dari lulus ujian U-Turn Mufti Melayu Perak terus lulus lagi ujian one way with Najib.

Sebelum ini Mufti Melayu Perak yang memang sensasi dengan kenyataan hukum hakam yang boleh ditukar ganti dalam beberapa ketika iaitu berkaitan dengan Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini tidak menyalahi hukum syarak, yang sebelum itu dikatan syirik dan haram oleh beliau, namun setelah Najib panggilnya…tiba-tiba macam magik hukumnya bertukar sebaliknya pula…hahaha..[ Klik sini tajuknya ]

"Sekiranya tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain tidak mengapa tetapi kalau sama-sama merayakan baru tidak boleh," katanya

Harussani menyatakan perdana menteri memaklumkan kepadanya bahawa beliau hanya berada di dewan untuk menerangkan polisi kerajaan dan tidak terbabit dengan perarakan keagamaan dan tidak masuk ke dalam kuil atau dalam gua Batu Caves. 
Walaupun jelas Najib berada dikuil dan memakai bunga malai yang besar yang tentunya satu pembaziran ditambah pula ada patung dewa wajah Najib terpacak disana..tapi entah apa magiknya..Harussani kata tidak menjadi apa-apa pun kesalahan bagi Najib.


MUFTI PERAK MINTA ANWAR DAN NIZAR BERTAUBAT SEGERA


Hari ini kecoh pula mengenai kenyataan dari mufti melayu Perak ini yang meminta DS Nizar dan DS Anwar bertaubat segera. Berikutan tersiarnya gambar-gambar bisu dari blog pro UMNO mengenai gambar DS Nizar sedang memukul gendang kaum india dan gambar DS Anwar di calit kum-kum didahinya dalam suatu majlis ponggal.

Beliau juga memberi contoh amalan sesetengah pengacara tv yang memakai pakaian seperti meraikan tahun baru Cina kerana hukumnya haram.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang pemimpin pembangkang yang menyertai perayaan Ponggal dengan memakai pakaian ala-ala hindu serta mencalit kum-kum di dahi.

“Dari segi syarak kita tidak boleh merayakan dengan mengenakan pakaian baru baru kerana menghormati hari itu sebab hukumnya haram.
“Kita pergi bersama kemudian dicolek pada dahi ..itu kepercayaan dia bahkan abu itu abu mayat kita tak tau”katanya.


Mufti Perak minta Anwar dan Nizar bertaubat segeraMengulas perbuatan mantan Menteri Besar Nizar Jamaluddin memalu gendang diupacara Ponggal tempoh hari, Haarrusani berkata “haram bagi kita memukul gendang ketika meraikan perayaan agama hindu ..itu lagi teruk sama teruknya jadi hindulah kerana memukul gendang adalah cara keagamaan mereka.”agendadaily


Baru-baru ini TS Mufti Melayu Perak telah lulus U-Turn dan kini lulus lagi dalam ujian One Way with Najib pula… hebat TS Mufti.. Ini kerana TS Mufti adakah pergi berjumpa atau bertanya sendiri dengan empunya diri yang di katakan berbuat perbuatan sehinggakan perlu bertaubat..?

Apa bezanya gendang india dan gendang kompang Melayu..Seperti mana TS Mufti disambut dalam majlis perasmian JATI tempohari,ditambah pula di-iringi wanita-wanita yang memakai tradisional melayu yang  menampak-kan aurat..?  TS Mufti tidak pula menegur Dr Hasan Ali disitu..? Sedangkan belaiu bersama TS Mufti ketika itu…[ Klik sini untuk tajuknya ]


Najib berpasangan menari dengan Yingluck Shinawatra (PM Thailand) dan Rosmah berpasangan dengan lelaki yang penulis tak kenal...  Selepas bebarapa hari TS mufti berkata Najib tiada salah dalam upacara thaipusam di Batu Cave...mereka menari mungkin sangat gumbira TS mufti menyebelahi mereka kot..???? [ Klik ]

Kapal ZIM Bukan Milik Israel... ???? UMNO...memang tiada otak..!!!!

“Jika kapal tersebut didaftarkan di Pelabuhan Klang, maka kapal itu akan mengibarkan bendera Malaysia dan kapal itu adalah kapal Malaysia.  Bendera negara berdaftar kebiasaannya akan dikibar di bahagian buritan kapal atau di wheel bridge".

"Jika seseorang itu seorang yang lemah pengetahuan amnya dan tidak mengenali bendera negara-negara asing, orang itu boleh pergi ke bahagian buritan kapal dan lihat nama tempat kapal itu didaftarkan. Dalam hal ini terang-terangan kelihatan pendekar-pendekar tempang PKR sangat lemah ilmu pengetahuan amnya sehingga nama tempat pun tak tahu”.
“Dalam maklumat berkenaan dinyatakan flag (bendera) kapal berkenaan adalah Liberia.  Ini bermakna kapal itu adalah kapal Liberia dan bukannya kapal Israel seperti yang dikelentong oleh pak pandir-pak pandir jingga 13 kepada sekumpulan pemberita hari  ini.  Jika kapal itu kapal israel maka benderanya akan dinyatakan bendera israel”
kenyataan puak-puak UmnoBn.

Yahudi laknat ni bukannya bodoh... Takkan mereka nak masuk ke negara yang dilarang perhubungan diplomatiknya, mengibarkan bendera di kapal milik mereka... 


UmnoBn masih berterusan membuat kenyataan yang memperbodohkan orang-orang Melayu sejak sekian lama… dengan mengatakan Kapal ZIM yang berlabuh di Pelabuhan Kelang itu bukannya kapal dagang Israel, tetapi sebenarnya Kapal dagang Liberia...?

Bendera (flag) Yang Dimaksudkan adalah “flag of convenience”
Bendera  “flag of convenience” adalah bendera yang menerangkan tentang negara mana kapal saudagar itu DIDAFTARKAN… dan bukannya bendera  bagi negara pemilik kapal.  Ia bertujuan untuk mengurangkan kos operasi atau mengelakkan peraturan-peraturan negara pemilik, seperti banyak negara yang tidak mengiktiraf Israel.  (baca rujukan wikipedia)… puak Umno yg tak reti bahasa inggeris DILARANG baca… takut tak faham, cakap lain pulak !

Pride MOL, dimiliki dan dikendalikan oleh negara Jepun,
tetapi mengibarkan bendera Liberia

Liberia adalah Pendaftar Kapal kedua terbesar di dunia, termasuk lebih 3,750 kapal-kapal dari seluruh dunia didaftarkan di Liberia.  Memang benar kapal ZIM itu didaftar di negara Liberia… sebab itu benderanya negara Liberia. 
Kerajaan UmnoBn Menyumbang Kezaliman Terhadap Palestin

Dalam hal ini, perkara pokoknya dan asasnya adalah kapal ZIM itu milik siapa…?  Sudah tentunya Israel… kerana Perbadanan Israel memegang 98% saham Zim.  Kumpulan Ofer adalah pemegang saham majoriti Perbadanan Israel (57%), dengan baki saham yang dipegang oleh Bank Leumi L'Israel (20%) dan orang awam. 

Laman Web Rasmi ZIM Israel

Oleh itu, sebarang perdagangan dengan Israel sudah pasti ada keuntungan hasil perdagangan… dan dari keuntungan itulah mereka gunakannya untuk melakukan kezaliman dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.
Malah, Malaysia bukan sahaja memberi keuntungan kepada Israel… tetapi juga membekal Minyak Sawit yang diperah dari hasil titik peluh rakyat negara ini termasuklah dari Peneroka-Peneroka FELDA …


Rakyat Bijak Menilai ..........

Astaghfirullahalazim...Ceramah Maulidurasul tajaan UMNO rupanya khas buat ahlinya saja

Astaghfirullahalazim...Astaghfirullahalazim...Astaghfirullahalazim......  
Rupa-rupanya sebarang Ceramah anjuran UMNO seperti ceramah majlis sambutan maulidurrasul rupanya khas buat ahlinya saja. Bagi yang bukan ahli UMNO jika dikesan menghadiri majlis mereka akan dicerca,dihina,dikutuk dan dipersendakan...

Kejadian ini berlaku di Ceramah Maulidurrasul anjurkan UMNO di Taman Maju Rapat dekat Medan Gopeng dalam kawasan Dun Sungai Rapat Perak baru - baru ini. Seseorang yang mereka katakan penyokong PAS (AlHusseyn) telah dengan rela hati tanpa dipaksa atau diupah untuk  hadir ke majlis yang berbentuk ilmu Islam tersebut telah dikatakan nyanyok dan tersilap lokasi ceramah. Saudara AlHusseyn dikutuk,dicerca di dalam blog Sungai Rapat Online yang dinaungi oleh YB Hamidah. 

Beginilah sikap blogger UMNO yang amat jelas kekurangan ilmu berpolitik dan kurang ilmu dalam Islam. Pada pendapat penulis Orang Ni,tidak menjadi satu kesalahan ataupun tidak mendatangkan apa-apa masaalah sekiranya ada pihak yang tidak sehaluan dengan dasar politik kita hadir didalam majlis anjuran mana-mana parti politik. Bahkan pihak PAS memang mengalu-alukan kehadiran dari penyokong UMNO BN untuk datang mendengar bersama didalam sesuatu majlis program ceramah umum atau ceramah apa-apa sekali pun. PAS akan meraikan kalian dari UMNO sekiranya sudi datang untuk apa tujuan sekalipun ke majlis anjuran Pakatan Rakyat (Janji tak buat kecoh...) 

Orang Ni bukan ingin menegur blogger Sungai Rapat Online (SRO) dalam isu ini...tapi Orang Ni berharap blogger SRO berfikir secara waras dengan tindakan mengutuk saudara AlHusseyn, sekiranya betul pada fikiran SRO maka teruskanlah dan buatlah lagi kerja penulisan sebegini...hahaha.... 
kerana mungkin inilah hasil didikan YB Hamidah dan lain - lain kepimpinan dalam UMNO yang semakin bercelaru mencari sokongan rakyat.

Berkata al-Imam 'Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه:
"Kami tiada mendapati segala kebaikan melainkan berada dalam ilmu, kalau bukan kerana ilmu maka seorang hamba tidak kenal akan Tuhannya, dan tidak tahu bagaimana menyembah kepadaNYA"





Orang ni sarankan UMNO buat Membership Cards... Bikin kuanter depan tapak majlis dan siapa nak masuk lokasi majlis UMNO kena tunjuk kad ahli dulu dan gantung kat leher 24jam...hehehe...

[ Isu bai'ah PAS ] Mukhriz Mahathir pernah derhaka kepada Tun Mahathir yang selalu lupa

Pemimpin PAS bukan Nabi atau Raja, nak bai'ah- kata Dr Mahathir
Pemimpin PAS hanya manusia biasa, bukan nabi atau raja,jadi tidak perlu untuk berbai'ah hanya untuk bertanding pilihanraya, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita bagi mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa semua ahli PAS akan diminta berbai'ah sebelum dipilih menjadi dalam pilihanraya akan datang.

Menurut Dr Mahathir, langkah PAS yang mahu mewajibkan calonnya,  mengambil sumpah bai'ah atas alasan ia seolah-olah menunjukkan ahli-ahlinya tunduk kepada pemimpin mereka.

Bai'ah bermakna kita 'swear loyalty' (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah...bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama," katanya.

Beliau berkata, manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia.Beliau yang juga bekas Presiden UMNO memberitahu bahawa pemimpin-pemimpin PAS juga merupakan manusia biasa, bukannya Nabi atau raja.

"Dia orang (pemimpin PAS) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini," katanya pada sidang media selepas memberi syarahan perdana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam  bertajuk "Transformasi Minda Penyelidik Muda" pada Selasa.- Mstar

Mahathir mudah lupa hinggakan Mukhriz derhaka

Tun Mahathir memang sudah lupa dan nyanyok dalam isu bai'ah ini,kerana anaknya sendiri Mukhriz pernah cadangkan dan mungkin sudah dijalankan dalam UMNO pengunaan bai'ah ini. Dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 yang lalu Mukhriz Mahathir ada mencadangkan semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama parti dalam sebarang keadaan.
Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata, cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2011 tersebut.Mukhriz mengakui parti tersebut perlu mengguna pakai satu ikatan ‘akujanji’ yang sama erti dan maksudnya dengan bai'ah bagi semua calon Umno dalam pilihan raya umum ke-13 bagi menghalang kemungkinan perbuatan mengkhianati parti sendiri.