Pengikut

Khamis, 1 Mac 2012

Program Pelancongan di Taiping Perak memboikot YB Hamidah

Dalam bulan Mac 2012 ini sebuah program bertemakan Taiping Fest 1Malaysia 1Pelancongan 1Kampung 1Budaya dibuat  di Taiping bagi memenuhi aktiviti kalendar pelancongan Tahun Melawat Perak 2012. Pelbagai aktiviti dan acara dianjurkan oleh pihak penganjur disini.Antaranya memancing di Lake Garden Taiping,pertandingan karoeke,persembahan artis terkenal tanah air dan sebagainya. (Kalau tiada hiburan melampau…maka bukan UMNOlah nama-nya..hehehe..)

Penulis dimaklumkan bahawa pihak penganjur disini telah memboikot YB Hamidah yang juga exco pelancongan negeri. Khabarnya semua ideal dan buah fikiran YB Hamidah telah ditolak mentah-mentah oleh penganjur disini. Sehinggakan nama dan wajah YB Hamidah tiada di paparkan di banner sebagai publisiti pelancongan disini. Sebaliknya muka yang dimuatkan ialah Najib,Ng Yen Yen dan Zambry sahaja . Sedangkan YB Hamidah exco pelancongan Perak disisihkan.

 Banner program pelancongan Perak yang tiada wajah exco pelancongan Perak

Yb Hamidah yang syok sendiri dalam memilih Ac Mizal sebagai Duta Pelancongan negeri Perak

Begitu juga dengan nasib Duta Pelancongan negeri Perak yang dipungut sebagai Bidan Terjun oleh YB Hamidah dikatakan tidak akan diundang dalam program disini. Untung Ac Mizal..dapat keistimewaan,dapat imbuhan,dapat gelaran Duta..tapi… ape idak buatnye…

Kisah mereka-mereka  yang  tidak suka dengan YB Hamidah ini adalah dikalangan orang UMNO juga. Kisah UMNO hentam UMNO,UMNO perjatuhkan UMNO,UMNO boikot UMNO,UMNO kelentong UMNO di-ibaratkan tong sampah yang padat dengan sampah yang membusuk.. sudah tidak boleh disembunyikan lagi dari dihidu ke pengetahuan umum. Semuanya kerana pemimpin UMNO semuanya gila pada kuasa,nama dan glamour.

MB Zambry pula tidak boleh berbuat apa-apa dalam isu ini…kerana beliau sendiri pun masih lagi di-ibaratkan  seperti bayi yang masih menyusu dari botol susu politik Najib.. kalau Najib tarik puting susu itu maka meraunglah Zambry…

Kalau tersedak susu..?? Buruk padahnya…hehehe…

Persoalan…!!! Apakah soalan Rosmah kepada Imam Muda..??

Pada 27 Feb 2012 PUTRAJAYA, di Dewan Bankuet Seri Perdana berlansungnya majlis ceramah khas dan tazkirah sempena Maulidur Rasul, nama majlisnya memang bagus dan tiada timbul apa-apa persoalan…

Tapi apa yang menjadi persoalan ialah apakah soalan Rosmah kepada Imam Muda saudara Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, serta satu lagi persoalan-nya ialah adakah Rosmah faham dengan soalan  yang diajukan kepada Imam Muda serta faham dengan jawapan  yang dilihat masih terjojol mendedahkan rambut didalam sebuah majlis bernama Maulidur Rasul.

 Kelihatan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sedang bertanyakan soalan kepada penceramah Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan ketika ceramah khas dan Tazkirah sempena Maulidur Rasul di Dewan Bankuet Seri Perdana. Apa la…agaknya soalannya ye…hehehe… ( Mungkin ini --> Jambul saya cantik tak..??? )

Rosmah Mansor menyampaikan cenderahati…mungkin dah berpuashati dengan jawapan agaknya...haha..

Tapi apakah soalan dari Rosmah Mansor tetap menjadi persoalan yang belum terjawap..hehehe…

Ugutan Seks- K. Murali Bekas Ketua Pemuda MIC Perak Direman


Sebelum ini pelbagai spekulasi yang mengaitkan bekas Ketua Pemuda MIC Perak, K. Murali wujud sehingga menyebabkan beliau melepaskan jawatan yang disandang sejak September 2009.
Namun hari ini, kontroversi berkaitan Murali timbul semula apabia beliau dikatakan telah ditahan di Balai Polis Puchong Jaya sebelum dibawa mahkamah untuk direman.
Murali dipercayai memiliki video lucah seorang wanita dan ia digunakan bagi tujuan membuat ugutan seks terhadap wanita terbabit bagi mendapat kepuasan nafsu selain wang habuan.
Perkara ini ternyata menimbulkan imej buruk terhadap pemimpin terutama dikalangan pemuda MIC.
Apa tidaknya, perletakkan jawatan yang disandangnya sebelum juga dikatakan kerana tidak mendapat sokongan dari majoriti Ketua Pemuda Bahagian di negeri berkenaan.
Mungkin ada diantara Pemuda MIC yang terlebih dahulu mengetahui mengenai kecenderungan Murali terhadap seks dan wang ringgit atau mungkin kerana kurangnya sokongan dari rakan-rakan dalam parti menyebabkan beliau menggunakan wanita terbabit sebagai hiburan.
Walau apa pun spekulasi yang dibuat, perkara ini masih dalam pemerhatian pihak polis.
Sama ada Murali benar-benar bersalah atau tidak, perlulah tunggu hasil siasatan nanti.
Pada 19 Mei 2011, 18 Ketua Pemuda Bahagian MIC menghantar memorandum kepada Pengerusi MIC Perak ketika itu, Datuk S. Veerasingam dan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, T. Mohan melaporkan sesuatu selain meminta Ketua Pemuda negeri ditukar.
Murali kemudiannya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan terbabit dan bersedia untuk memberi laluan kepada calon lain yang lebih berkelayakan bagi memimpin sayap parti komponen itu pada masa depan.

Benarlah MIC sudah lumpuh di negeri Perak.....

MIC merupakan antara parti politik yang paling lemah dalam komponen Barisan Nasional di negeri Perak.  Kelemahan MIC diakui oleh Barisan Nasional apabila Dato Seri Palanivel menggantikan Dato Veeerasingam sebagai Ketua MIC Negeri Perak .Perlantikan Dato Seri Palanivel untuk mengetuai MIC Perak adalah satu tindakan yang lambat, nasi sudah menjadi bubur. . [ Klik Sini ]

Apa sudah jadi..??? 
UMNO pun parah di Perak..
MIC pun lumpuh di Perak...
MCA pun lumat di Perak..
Gerakan dah tak bergerak langsung...


[ Vedio ] Fenomena Dr Hasan Ali di Seri Manjung - dilanda ribut,khemah berterbangan

Roadshow Hasan Ali JATI 666 (Evil) seluruh negara yang dikatakan memperuntukan kos yang tinggi yang dibiayai oleh pihak UMNO yang bertopengkan NGO telah beberapa kali diberi amaran dan peringatan dari Maha Kuasa. 

Apa tidaknya,sering kali ceramah Hasan Ali akan berlaku fenomena  buruk,pembazir an dan yang paling kerapkali dilakukan Hasan Ali ialah memfitnah keseluruh negara kepada pemimpin Pakatan Rakyat.  DHA akan menjaja fitnahnya dengan tiada fakta dan sumber,ucapan-ucapan ceramahnya ibarat orang mabuk todi. 

DHA menjadi bertambah galak dengan roadshownya kerana ditaja oleh pihak UMNO yang sekarang menganggapnya hero kepada UMNO. Saksikanlah fenomena Dr Hasan Ali sebelum bicara fitnah dan bohongnya di Seri Manjung baru-baru ini yang dilanda ribut dan angin kencang.  [Cerita berkaitan sila klik DISINI ]




Orang ni: Vedio dari Ehsan OM...TQ

Rabu, 29 Februari 2012

Rezeki..!!!! Mercedes Benz E200 CGI Dimenangi Orang Asli

SEREMBAN - "Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu" pepatah ini ditujukan khas kepada Sapiah Aping 45 orang Asli suku kaum Semaling dari Bera, Pahang, apabila memenangi sebuah keretaMercedes-Benz E200 CGI.

Dia yang bekerja sebagai penoreh getah menyimpan sejumlah wang di BSN,menurutnya dia tidak menyangka menjadi individu bertuah memenangi hadiah pertama bagi bulan Januari iaitu sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai.

“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.

“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya.Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta.

“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi milik saya,” katanya. - Klpost

Bank Simpan Nasional bukan Bank Barisan Nasional


Keratan akbar pengampu UMNO BN yang tersasul sasau..hehe..

Selasa, 28 Februari 2012

1 Mac Selamat Ulang Tahun ke 79 TDM

Saban tahun tanggal 1 Mac merupakan satu tarikh bersejarah kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia. Bermula dengan penubuhan 1 kompeni percubaan pada 1 Mac 1933 maka kini Tentera Darat berbangga dan terus yakin pada usia 79 tahun untuk terus berbakti kepada Negara tercinta tanpa mengira kepentingan diri.

Organisasi keseluruhan Tentera Darat adalah satu aset penting dalam pertahanan sesebuah negara. Demi menjaga keselamatan perbatasan sempadan darat negara dari diganggu gugat oleh anasir jahat dan pecerobohan sempadan. Tentera Darat mempunyai rentesan sejarah perjuangan yang panjang dalam negara ini dan segalanya tiada penghujung dalam mencurahkan bakti yang mulia terhadap agama dan negara ini.

Penulis mengucapkan selamat berjuang dengan semangat gagah setia kepada semua warga Angkatan Tentera Darat Malaysia ( TDM )  yang berada diseluruh tanah air dan diserata pelusok dunia demi menjalankan amanah dan tugas yang mulia. Pembabitan TDM  didalam masyarakat awam di negara ini sejak sekian lama telah menyerlahkan lagi kefahaman masyarakat terhadap tugas dan tanggungjawap seorang yang bergelar tentera darat ditanah air ini.

Jesteru itu segala sumbangan bakti yang dicurahkan perlu dihargai oleh setiap rakyat serta pihak kerajaan Pusat terhadap setiap lapisan anggota tentera khususnya TDM ini yang amat wajar di beri keutamaan, Jika seseorang itu dari anggota Lain-Lain Pangkat (LLP),anggota tersebut telah menghabiskan usia awal remajanya hingga ke umur diantara awal 40 tahun barulah bersara wajib dari perkhidmatan begitu juga dengan dendan anggota Pegawai tentera yang akan bersara hingga umur mencecah  55 tahun.

Apa yang menariknya Angkatan Tentera adalah satu-satunya organisasi dalam kerajaan  yang mewajibkan anggotanya sertai “krusus peralihan” sebelum menamat perkhidmatan (Organisasi kerajaan lain Tiada ).Ini kerana setelah menceburi dunia ketenteraan seseorang itu sudah beralih corak kehidupan 100% dari dunia awam yang ditinggalkan melebihi 20 tahun.

Penulis berpendapat sewajarnya segala janji-janji kerajaan ditunaikan untuk anggota tentera ini dengan jujur. Segala kelengkapan tentera dari segi persenjataan,kemudahan keluarga mereka,kebajikan dalam perkhidmatan dan setelah tamat perkhidmatan janganlah di bantu hanya sekadar melepaskan batuk ditangga atau bermotifkan kuasa politik sahaja.

Maka tidak menghairankan sejak kebelakang ini ramai dikalangan bekas anggota tentera tampil di pentas Pakatan Rakyat untuk mengadu nasib mereka setelah bersara kerana merasakan kerajaan Pusat sekarang ini hanya pandai bermain wayang dalam membela nasib bekas-bekas anggota tentera. Mereka kebanyakanya tidak berpuas hati dengan pentadbiran dalam ATM yang di monopoli oleh kuasa politik tanah air untuk kepentingan kroni-kroni mereka sahaja.

Perlu diingat….Seorang anggota tentera dilatih untuk berperang bagi mempertahankan negara dari petualang yang mencemarkan kedaulatan tanah air dengan prinsip Taat Setia,Gagah Setia,Pantang Undur,Rela Berkorban,Berani Mati dan sebagainya, inilah cogan-cogan kata yang disematkan didalam jiwa setiap orang tentera darat. Maka dalam menegak-kan keadilan tanah air juga amat perlu diseiringkan. Tentera Darat Berkhidmat untuk negara…bukan berkhidmat untuk kepentingan kuasa politik…

Semua lapisan anggota TDM harus bersekutu untuk buat perubahan mulai sekarang demi masadepan tanah air tercinta. – Orang ni 


Isnin, 27 Februari 2012

Dakwaan khalwat jadi mainan jijik dan kotor Umno - Badrul

NONEPengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom yang kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung dakwaan beliau terbabit dalam kes khalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan Sabtu lalu, khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.“(Ini) kerana pemandu/pembantu saya telah didatangi oleh enam orang yang tidak dikenali yang menawarkan ‘imbuhan lumayan’ sekiranya (dia) sanggup bekerjasama dengan mereka untuk ‘jadi saksi memburukkan saya,” katanya dalam satu kenyataan media.
Badrulamin (kanan) juga mendakwa beliau diberitahu oleh ayah kepada wanita yang dituduh berkhalwat dengannya itu bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ.

“Untuk apa? Tentunya untuk meneruskan agenda busuk mereka menyerang Pakatan Rakyat terutama PKR melalui kes saya,” katanya lagi.
Dalam kenyataan akhbarnya selepas siasatan JAIP selama lebih dua jam, petang semalam, Badrulamin yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata keterangan yang diberikan beliau dan wanita berkenaan semasa siasatan juga tidak bercanggah.
"Bahawa kami tidak ditangkap oleh Penguatkuasa JAIP dalam keadaan berdua-duaan.


“Ketika pegawai JAIP tiba, saya berada di dalam bilik bersama beberapa orang lain sedangkan wanita itu (nama tidak disiarkan) berada di tempat lain," katanya.

'Hanya bertuala'
Sehubungan itu, kata Badrulamin, laporan media yang memetik Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz sebagai berkata mereka kononnya ditangkap oleh pegawai penguatkuasa dalam keadaan berdua-duan adalah fitnah yang jahat.

“Malah ada yang melaporkan kononnya kami bertuala ketika ditangkap. (Ini) adalah fitnah jahat dan kotor. Peguam (saya) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang terlibat itu.

Badrulamin yang berjaket hitam dan berkopiah coklat ditemani isterinya Zumrah Husni serta tiga peguamnya iaitu Muhammad Sazali Abdul Aziz, Ahmad Nizam Hamid dan Mohd Irfan Abdullah, ketika memberi keterangan.

Sementara, wanita yang didakwa media arus perdana berkhalwat dengan Badrulamin tiba di pejabat JAIP  pada jam 3.05 petang dengan menaiki sebuah kereta dengan ditemani seorang lelaki dan seorang wanita.

Wanita 28 tahun itu memakai baju kurung dan bertudung kuning dilihat keluar meninggalkan pejabat JAIP pada jam 6.20 petang.

Mereka disiasat bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Sebelum ini, Badrulamin menjelaskan beliau berada di hotel berkenaan di Kuantan kerana menghadiri temurapat pemimpin PKR pada hujung minggu lalu.

Bagaimapun pada jam 2 pagi, beliau dihubungi wanita tersebut dengan nada cemas dan menyatakan beliau mempunyai masalah keluarga yang serius.

Katanya, beliau telah mengenali pasangan suami isteri itu sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah yang dikendalikannya dan pasangan itu juga sering berhubungan dengannya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi.
Sedia berundur

Beliau juga berkata, wanita berkenaan juga ada menyatakan hasratnya untuk meninggalkan suaminya tetapi beliau menasihatkannya supaya tidak berbuat demikian.
Dalam pada  itu, Bernama melaporkan bahawa Badrulamin berkata kejadian itu hanya melibatkan dirinya seorang dan tidak ada kena-mengena dengan parti dan oleh itu beliau bersedia menanggungnya sendiri.

"Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan PKR.

"Walaupun belum didapati bersalah atau tidak didapati bersalah pun, saya dah fikirkan tidak akan libatkan sesiapa pun dalam hal ini dan biar saya tanggung sendiri dan sedang menimbang untuk berehat dari jawatan baik dalam parti dan negeri," katanya.

Mengulas, arahan Pejabat Menteri Besar Selangor yang mengarahkan beliau supaya bercuti sebulan bagi menyelesaikan kes itu disambut baik olehnya kerana tidak mahu kerajaan negeri pimpinan Pakatan turut merasa tempias daripada kes itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai keterangan Badrulamin setakat ini kerana sedang bertugas di luar daerah.

[ TERBARU ] Ceramah Dr Hasan Ali JATI di Seri Manjung dilanda ribut,khemah berterbangan..

Ribut besar di seri manjung menggagalkan ceramah yb dato Dr HA, khemah trpelanting & trcampak, Xdapat orng manjung nak dengar dakyahnya! - Twetter dari YB Nizar sebentar tadi.


Mungkin inilah balasan Allah kepada Hasan Ali yang menyerang dengan fitnah dan mencerca  terhadap  DSN baru-baru ini dalam ceramah DHA di Parlimen Bukit Gantang. [ Klik Sini ] 


Menurut sumber dari lokasi,ceramah ini berlansung di stadium Majlis Perbandaran Manjung ( MPM ). Wah...hebat sungguh Dr Hasan Ali diraikan oleh mereka yang pastinya UMNO BN, Tetapi bagi mengaburi orang ramai mereka akan berselindung disebalik nama-nama NGO. Khabarnya ceramah di Seri Manjung di anjurkan oleh 4B,MAYC dan beberapa NGO yang semuanya topeng UMNO. 


Disini Dr Hasan Ali digandingkan dengan penceramah Ust Kazim Elias ( UMNO ). Tetapi Ust Kazim tidak hadir dan diganti dengan seorang Ust dari Pulau Pangkor. 
PULAU PANGKOR...???? Adakah ianya Dr Zambry Abdul Kadir...?? Ianya menjadi tanda tanya kepada penulis  sekarang...hehehe...


Twetter DSN




4 imej yang dirakam pada lokasi ceramah Hasan Ali. 
Sumber dari  Facebook OM


Gambar dilokasi yang sempat dirakam oleh Manjung Mari

Ambik ko UMNO Lumut, moga-moga kalian lepas ni ada rasa kesedaran apa yang kamu nak lakukan,, jangan nak permainkan agama Allah,, kalau dahulu hangpa dok kata PAS perguna agama Islam untuk kepentingan politik sempit,, tetapi sekarang siapa yang menggunakan agama Islam untuk politik,,, habaq mai..- Manjung Mari


UMNO BN amat ketara sekarang memperkudakan ahli-ahli politik seperti Dr Hasan Ali ini,terutamnya di negeri Perak...Zambry terpaksa membayar kos yang tinggi untuk menaja anjuran-anjuran ceramah ahli politik sebegini. Katak dan Perasit adalah talian hayat terakhir UMNO Perak [ Klik Sini ]

Tatu Allah Artis Hollywood - 'The Star' Mohon Maaf


altKUALA LUMPUR 27 Feb. - Akhbar Berbahasa Inggeri The Star hari ini membuat kenyataan rasmi permohonan maaf buat kesemua Umat Islam kerana telah menyiarkan gambar seorang Artis Hollywood dengan terpamer tatu berbentuk kalimah Allah pada badannya. ( Gambar kiri yang disiarkan The Star).

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman webnya itu turut disiarkan di beberapa laman portal lain.
"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada umat Islam atas kesilapan ini," permohonan maaf yang disiarkan dalam laman webnya hari ni dipetik.
 
Penghibur yang mendapat gelaran "Ratu Neo-Soul" disiarkan di akhbar tersebut sebagai promosi bersempena konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu depan. Selain dua tatu kalimah Allah, terdapat juga tatu yang berbentuk huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid pada tubuh Artis tersebut.

Sebelum ini, beberapa buah akhbar dan laman portal tempatan mempertikai tindakan Akhbar tersebut yang menyiarkan gambar Artis Hollywood tersebut yang dianggap menghina kesucian Agama Islam.
 

Ahad, 26 Februari 2012

Zahrain tetap berfikiran lucah dengan sindiran membodohkan diri dalam Twetternya



Will you buy a car from this dealer? 
Itu saja yang ditulis oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim pada twitternya petang Ahad.

Apa sebenar yang dimaksudkan ? .Kata-kata ringkas  itu tentu mengundang siapa saja untuk menjengok lebih lanjut pada link twitternya kerana nak tahu apa ceritanya.


Ini Twetternya.....Patutlah....

Rupanya YB katak ini cukup sensitif pada satu papan tanda di sebuah negara Arab ini.

Memang tidak ada salahnya pada nama awal Hamba Allah pengedar kereta terpakai yang tertera pada papan tanda itu.

Apa yang menyerlahkan pada diri  YB Zahrain katak ini ialah masih terpahat dan tertanam sifat suka sindiran lucah dalam kes fitnah DSAI yang tidak menyebelahi mereka-mereka yang memfitnah.

Cukuplah YB Zahrain... kes dah pun dikeluarkan keputusan (901)...DSAI didapati tidak bersalah,ternyata ianya fitnah puak UMNO BN dan orang seperti YB Zahrain...janganlah melucah lagi tanah air ini dengan sindiran-sindiran yang tiada makna...hehehe...

APA NAK JADI NI..????? Makin ramai guru dan pelajar di Malaysia sakit mental, strees...

Nampaknya tiada langkah konkrit yang diambil oleh Kementerian Pelajaran dalam menangani masalah sakit mental dan stres di kalangan para guru dan pelajar di Malaysia walaupun telah disahkan melalui statistik kadarnya meningkat saban tahun. Menteri Pelajarannya sibuk dengan agenda politik. Pengarah , Pejabat Pelajaran dan Guru Besar sibuk hendak mengejar kecemerlangan. Yang jadi mangsa ialah para guru dan para pelajar. Dilaporkan 12 peratus atau 3.3 juta rakyat kita mangalami masalah mental dan pelajar seawal umur 12 tahun telah mengalami stres dan sakit mental.

Kalau asyik nak buat survey, kajian demi kajian mengenai masalah beban tugas guru, masalah mental para pelajar, sampai bila nak selesai, sampai tahun 2020? Yang kaya ialah para konsultan.

Kalau dah Menteri, Pengarah dan Guru Besar para pelajar dan guru tidak dapat meluahkan perasaan, hanya pada Allah kita memohon pertolongan dan berserah.



Guru Dipaksa Derma Untuk Sekolah - NUTP
Jumaat Februari 24, 2012
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

Healthy mind screening for all schools
Saturday February 25, 2012
KUALA LUMPUR: Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai says the Healthy Mind Screening Programme will be extended to all schools this year. "We are concerned about this issue (mental health). A survey was conducted in all schools in collaboration with Ministry of Education to identify early problems and help those in need," he told reporters after opening Taman Medan Health Clinic here, Saturday.

Ujian kesihatan mental di sekolah
2011/02/03
PAKAR kesihatan dan pendidikan serta kesatuan guru menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan mengadakan ujian kesihatan mental terhadap pelajar sekolah menengah tahun ini sebagai kaedah menangani tekanan perasaan atau isu disiplin.

Kadar stres pelajar sekolah, tinggi
Posted on October 6, 2011
PUTRAJAYA: Satu projek mengesan kesihatan mental pelajar sekolah menunjuk-kan tahap keresahan, kemurungan dan stres mereka berada pada tahap yang disifatkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai ‘tinggi’. Daripada 6,540 murid yang telah disaring dalam projek perintis dikenali ‘Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah’ itu, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk dan 4.8 peratus mengalami stres teruk.


Himpunan Hijau 2.0 TV3 lapor 3ribu... AsiaOne dan CNN lapor lebih 5ribu..

Himpunan Hijau 2.0 berlansung hari ini di beberapa lokasi seluruh tanah air,tempat yang menjadi perhimpunan utamanya ialah di  padang MPK 4 Kuantan Pahang yang mana lokasi projek Lynas dari Australia di buat. 

Bilangan kehadiran penyokong bagi membantah projek Lynas ini menjadi tajuk panas dibeberapa media massa arus perdana  tanah air dan juga laman blog pro UMNO BN. Semua menganggap Himpunan Hijau 2.0 (Green Gathering 2.0 Stop Lynas, Save Malaysia) ini gagal dalam sambutan. TV3 dan RTM melaporkan hanya 3 ribu orang sahaja hadir dan disahkan oleh pihak PDRM.


Dikhabarkan, melalui satu laporan yang dipetik Bernama (baca : Tiewnama), hanya TIGA RIBU orang sahaja yang hadir dalam perhimpunan mega membantah pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Sedangkan menurut satu laporan yang disahkan oleh portal berita Malaysiakinilebih 10 RIBU yang hadir berdasarkan kepada kapsiti padang dan kiraan matematik yang dilakukan oleh seorang pembaca.

Kiraan matematiknya adalah seperti berikut:

1) 40 baris dari pentas, orang ramai duduk rapat dengan anggaran kira-kira 8 kaki persegi bagi setiap orang. 

2) Lebih jauh dari pentas utama, kiraannya adalah sedikit longgar, mungkin 12 kaki persegi bagi setiap orang. 

3) Peserta himpunan memenuhi kira-kira seperti 130% lebih besar daripada padang bola sepak. 

4) Saiz standard bagi sebuah padang bola sepak adalah kira-kira 90m kali 120m atau kira-kira 116,424 kaki persegi. 

5) Dengan menambah 30% lagi keluasan akan menjadi 151,351 kaki persegi. 

6) Mengambil orang ramai yang longgar pada kiraan 12 kaki persegi bagi setiap orang, kita akan mendapat 
12612 orang. 



Penulis mengajak semua melihat 2 laporan dari laman antarabangsa iaitu CNN dan AsiaOne yang mengeluarkan berita mengenai jumlah kehadiran melebihi 5 ribu orang.


But more than 5,000 people, many wearing green and holding banners reading "Stop pollution, stop corruption, stop Lynas," gathered in Kuantan to call for the plant to shut down, chanting "We want Lynas to close down".- AsiaOne.


Green Gathering 2.0 Stop Lynas, Save Malaysia. Citizens from various parts of Malaysia, of all ages and multi races attended at MPK4 Kuantan, Malaysia. Protest against Lynas an Australian company from building rare earth refinery at Gebeng, Pahang. Its radioactive waste is going to be kept there which is a great treat to the residents health and the environment for centuries.-CNN

Laporan mana yang betul...
Media Massa Arus Perdana..??
Perdana Menteri 1Monggol..??







Katak dan Perasit adalah talian hayat terakhir UMNO Perak

Katak + UMNO + Perasit + UMNO
[ Klik imej untuk lebih jelas ]

Penulis melintasi persimpangan berdekatan TOL Kemunting sebentar tadi mendapati 2 banner ceramah anjuran yang tidak perlu berselindung disebalik nama-nama NGO digantung disini. Penulis dan orang ramai pun sudah tahu ini adalah ceramah anjuran UMNO Parlimen Larut dan UMNO Parlimen Bukit Gantang. 

Dikhabarkan UMNO Larut mengunakan atas nama NGO ( MAAP )  untuk anjurkan ceramah Dr Hasan Ali JATI 666 (Perasit Devil) dan UMNO Bukit Gantang pula menjemput YB Go..Gobolehblahkrisnan (Katak). Mereka ini akan di gabung bersama dengan pasangan dari pemimpin UMNO iaitu Lokman Noor Adam Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ust Kazim Elias yang juga dari UMNO. 

Lokasi dan masa…malas penulis nak paparkan disini,sebab bukan kerja penulis membuat publisiti untuk ceramah bagi Parti yang menyokong perdagangan dengan Israel…hehehe…

Dilihat sejak akhir-akhir ini pihak UMNO khususnya di negeri Perak semakin tenat bagi mencari dan mengembalikan sokongan rakyat,semuanya kerana ingin mempertahankan pemerintahan UMNO yang dirampas secara haram dari Pakatan Rakyat. 

UMNO Larut dan UMNO Bukit Gantang amat jelas terpaksa membangsatkan maruah dengan menjemput wakil-wakil bebas yang mempunyi rekod buruk dalam arena politik naik keatas pentas ceramah berganding bersama dengan penal mereka (UMNO). MB Haram Zambry pula sudah tidak mampu berbuat apa-apa mengenai gerak kerja pemimpin dibawahnya kerana Zambry sendiri dalam keadaan posisi tidak selamat dalam percaturan politik Najib Apco. 

Ada sumber mengatakan setiap ceramah Dr Hasan Ali pihak UMNO sanggup membayar dengan kos yang amat tinggi...!!!!