Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Sabtu, 5 Januari 2013

Terkini: Parlimen bubar 22 Feb 2013

MAKLUMAN :

- PEMBUBARAN PARLIMEN 22 FEB 2013 ( JUMAAT )
- PENAMAAN CALON 16 MAC 2013 ( SABTU )
- PENGUNDIAN 30 MAC (SABTU )

- TAHUN BARU CINA 10 FEB 2013 ( AHAD ) & 11 FEB ( ISNIN )
- CHAP GOH MEI 19 FEB @ 20 FEB ( SELASA & RABU ) - KURANG LEBIH LA

- INFO SUMBER DALAMAN UMNO ( Kepercayaan pada maklumat ini ikut suka hati pembaca...hahaha...)

* Sebarang perubahan tertakluk kepada tahap ketakutan,kerisauan dan keluh kesah Presiden UMNO....hahaha.....

Khamis, 3 Januari 2013

Gempar..!!! JEPUN kalah pada UMNO sejak 1990an

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata, "Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an. "Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."  Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma  yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak. 

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu. Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.   

Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara  ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya. "Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui. 

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.

Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan,  "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruk paksa  ke Burma 1942 hingga 1946.

Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini. "Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa.

Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946".

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain. Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal. - Sumber Sisi Bukit.

Orangni: Sezalim-zalim Jepun zaman dulu dibayar juga pampasan RM207 bilion dan secelaka-celakanya UMNO dari dulu sampai sekarang disapunya RM207 bilion tersebut...UMNO sememang mengalahkan kezaliman Jepun sejak dahulu kini dan selama-nya...

Ahad, 30 Disember 2012

YB Hamidah Zalimi 18 Penulis anak negeri Perak

30 Dis 2012: Pasaraya MYDIN Ipoh Perak berlangsung majlis pelancaran buku dan pesta buku Perak 2012 yang menghimpunkan seramai 18 penulis dari negeri Perak.

Majlis yang berlangsung diaras 3 pasaraya ini telah dirasmikan oleh YB Dato Hamidah binti Osman selaku Pengerusi Jawatan kuasa industri,pelaburan,pelancongan,kebajikan dan hal ehwal wanita negeri Perak.

Rata-rata Penulis anak negeri Perak ini datang dari jauh bergegas bersusah payah memberi masa untuk  datang majlis ini.

Sungguh celaka,zalim dan tak guna penganjur majlis ini...ada ka patut semua penulis anak-anak negeri Perak ini hanya diberi sebuah beg kertas yang berisi roti gardenia,sebatang pen,sebotol air mineral,surat khabar utusan Malaysia dan beberapa risalah pelancong negeri Perak.

Paling peliknya ialah ada penulis dijemput hanya melalui panggil telipon dan surat jemputan diberi hari ini. Sedangkan dalam surat jemputan tersebut tertera alamat semua 18 orang Penulis Anak Negeri Perak.

Adakah YB Hamidah tiada budjet untuk beli setem sehinggakan perkara ini berlaku, mengikut adat atau kebiasaanya disetiap majlis berstatus begini tentu ada peruntukan khas dikeluarkan.

Sungguh malang bagi semua Penulis anak-anak negeri Perak...datang dari jauh-jauh tapi tiada apa yang dapat hanya dapat tengok muka YB Hamidah saja,sedangkan yang pasti YB Hamidah pasti dapat claim dengan majlis ini...hahaha...

Adakah tokey Mamak Mydin dah sapu semua-nya atau YB Hamidah yang sapu......?

Semua di bayangkan dan difikiran oleh semua Penulis anak-anak Perak.

Gambar atas: Antara penulis anak negeri Perak yang hadir menanti YB Hamidah yang datang lewat....semua naik boring menunggu.

Gambat bawah: Surat jemputan yang baru diberi pada hari majlis berlangsung.....siol punya cara...hahaha....