Pengikut

Jumaat, 28 Mac 2014

MH370: Pesawat yang terlibat mencari MH370 terhempas

-----------
NEW DELHI: Sebuah pesawat kargo C-130J Hercules yang membawa lima anak kapal terhempas pada Jumaat di tengah India, kata seorang jurucakap Tentera Udara.

Kapten kumpulan, Gerard Galway berkata, Tentera Udara sedang melakukan proses pencarian lokasi kemalangan yang berlaku di pinggir Gwalior di Madhya Pradesh.

“Operasi menyelamat sedang dijalankan. Kami cuba untuk mengetahui keadaan mangsa,” katanya kepada AFP.

Walau bagaimanapun, rangkaian berita NDTV India berkata, semua anak kapal yang berada di atas pesawat itu meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.

Pesawat itu dalam penerbangan rutin dan berlepas dari sebuah pangkalan udara di bandar pelancongan di Agra.

Pesawat operasi khas berkenaan dilaporkan pernah digunakan semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 baru-baru ini.

Ia juga digunakan dalam operasi bantuan banjir di Uttarakhand dan bagi tujuan pendaratan Daulat Beg Oldie berhampiran sempadan China, kata NDTV.-Ms.

Rabu, 26 Mac 2014

MH370: Najib dan Rosmah melaram di Laureus World Sports Awards dikala dunia meratap kehilangan MH370

-------------------
Lihatlah...

Perdana Menteri Malaysia.. Najib Razak dan isterinya DS Rosmah...

Dikala dunia dan khususnya keluarga waris mangsa pesawat MH370 yang sedang berduka,tapi Najib dan Rosmah bukan main melaram macam tiada apa yang berlaku di-majlis Anugerah Laureus Sukan Dunia (Laureus World Sports Awards) yang berlangsung di Istana Budaya Kuala Lumpur.

Bukan-nya nak pertikaikan tugas Najib seorang PM....tapi berpada-padalah dengan keadaan sekarang,tak boleh ke wakil kat menteri lain.
21 Mac 2014...Najib pakai jubah,pakai kopiah putih dan Rosmah bertelekung berselawat Perdana Konon-nya..
26 Mac 2014... Dah jadi lain pula Najib dan Rosmah...melaram di Laureus World Sports Awards.
Sebelum ni bukan main nampak ok Najib ketika majlis Selawat Perdana,dengan jubah putih dan berkopiah putih...sekarang dah berkepit dengan Rosmah dengan rambut terjojol...tak rasa munafik ke..????




MH370:Vedio Raja Bomoh UMNO seru mayat timbul di laut pulak dah.,..





MasyaAllah..Astaghfirullah..Astaghfirullah...Astaghfirullah...
Raja Bomoh UMNO seru mayat timbul kat Pulau Sembilan pulak dah.....
Apa pula bala lagi akan timbul ni..?????

Selasa, 25 Mac 2014

MH370 : Inilah wajah isteri Kapten Zaharie yang akan disoalsiasat oleh FBI

-----------------
Polis telah membuat soalsiasat terhadap lebih dari 100 individu dalam penyiasatan kes kehilangan pesawat MAS, MH370 sejak 8 Mac yang lalu.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menjelaskan soalsiasat itu turut melibatkan isteri dan keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Co-Pilot Fariq Abdul Hamid.
Faizah Khan sewaktu muda
Dilaporkan tiada kesangsian yang timbul mengenai pembantu juruterbang. Isteri Zaharie, Faizah Khan dijangka akan disoalsiasat oleh petugas Biro Persekutuan Amerika (FBI).

Kehidupan peribadi juruterbang dikatakan kompleks, termasuk status hubungan di kalangan ahli keluarga serta kepercayaan politiknya. -- MMH


Isnin, 24 Mac 2014

MH370: Najib sahkan berada di lautan Hindi


Berita sedih buat seluruh Rakyat Malaysia.

Pada malam ini, Dato Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan satu berita sedih terbaru kepada dunia, MH370 telahpun disahkan lokasi terakhirnya berada di Lautan Hindia. Apapun, kita harus menunggu jawapan lebih jelas pada esok petang sekitar jam 5.30 petang. Nantikan sidang media di kaca TV anda esok petang.

Berikut, point penting daripada ucapan yang telah disampaikan oleh Dato Seri Najib Tun Razak yang telah membuat satu sidang media tergempar baru sahaja sebentar tadi pada 9.50 malam, di PWTC.


Dato Seri Najib Tun Razak, LIVE dari PWTC.
Point Penting.
1. Lokasi terakhir MH370 berada disahkan adalah di Lautan Hindi.
2. Press conference lebih details pada esok hari, jam 5.30 petang.
3. MAS telah bercakap dengan seluruh keluarga mangsa mengenai kejadian ini.
4. Kepada pihak media haruslah memberi ruang kepada keluarga mangsa pada masa ini agar tidak mengganggu mereka.
--------------------
Sidang media tamat.
DSN tidak mampu memberi jawapan pada malam ini. Kita harus menanti esok petang....
InsyaALLAH, nantikan lebih banyak berita yang akan menggemparkan anda semua pada esok hari. Kami di Dramaraja akan sentiasa memberikan berita dan penjelasan kepada anda semua.

Bersiap sedialah ke atas sebarang kemungkinan.

Episod MH370 sudah hampir berakhir. Namun, siri seterusnya akan terus dimainkan.

Bersabarlah wahai jiwa-jiwa yang tenang.

Bacalah kembali kesemua ratusan point yang telah saya hidangkan kepada anda sebelum ini.

Bukan sekarang masa untuk kita mempertikaikan siapa salah siapa benar, tetapi sekaranglah masanya untuk kita muhasabah mengenai masa depan kita pada hari mendatang.

Ketahuilah, sesungguhnya perang dunia sudah semakin hampir di selekohnya.

Pihak kerajaan Isreal telahpun menarik kesemua kedutaan mereka di seluruh dunia untuk pulang. Mereka sudah punya satu rancangan baru yang lebih licik dan unik.
Nantikan sahaja, dan JANGAN sesekali putus berdoa agar kita dijauhkan daripada fitnah akhir zaman. 

-bradokapak
#MH370
Ya Allah .. Berilah kekuatan kepada kami dan juga terutamanya kepada ahli keluarga penumpang MH370 untuk menghadapi apa jua kemungkinan dan ketentuanMu Ya Rabb...