Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Jumaat, 11 Mei 2012

Gempar..!!! Pendekar akan mandikan Najib dengan minyak di Simpang Taiping


Himpunan Pendekar kira ok la tu… aku no komen kalau Pondanka pendekar mau berhimpun…sebab selepas Himpunan BERSIH 3.0 yang mencecah kehadiran 300ribu..puak UMNO BN pun galak nak buat juga….hehe..

Tapi kat kali ini ada kelainan sikit mengenai  himpuanan yang bakal berlangsung di Perak . Mandi Minyak itulah  yang agak pelik dan ada kelucuan melampau dizaman sekarang ini..hahaha….teringat kisah  orang dulu-dulu kecoh dan gerun dengan orang minyak mengamuk, lepas tu  ada juga  kita dikejutkan dengan kes gajah naik minyak…hahaha…,Dan lagi satu kes yang paling orang benci ialah kenaikan harga minyak..( Najib kata Pelarasan..hehe..)
Salah satu banner yang sekarang banyak di gantung sekitar Taiping. (Klik imej untuk lebih jelas)

Apa yang bestnya ada muka Najib kat banner  tu…selalu dan sewajarnya Najib akan datanglah kalau ada mukanya kat banner…bersesuaian dengan slogan  terbaru UMNO BN “Janji ditepati” . Ada muka  Najib kat banner program tu…maka Najib wajib datang la..hahaha…tak datang sahlah penganjur tu kelen… (Korang sambung sendiri…hahaha..) Aku tengok negeri Perak ni tak habis-habis kerja khurafat  di anjurkan sejak diperintah oleh UMNO BN…tak hairanlah Zambry Kadir pun minat dengan amalan ancak-ancak tiang seri..hahaha..

Aku nak sentuh tentang amalan Mandi Minyak

Agaknya minyak apa yang di gunakan..??? Ron 97 atau Ron 95..?? hahaha..

Apa relevenya amalan mandi minyak dalam silat..??

Apa tujuan mandi minyak..?? Banyak lagi sumber air kat negara ni untuk dibuat mandi..

Tak bertentangankah  dengan Islam Amalan Mandi Minyak tu..??? 

Mohon  Tok Mufti Harussani dan ustaz-ustaz  kalau boleh tolong respon…terutama ustaz yang sokong UMNO macam Ust Kazim,kalau himpunan BERSIH 3.0 majlis fatwa kebangsaan boleh kata haram..apa pula fatwa  kepada himpunanan Pendekar yang ada amalan Mandi Minyak ini..??? 

** Aku bukanlah anti silat atau anti seni mempertahankan diri..sebab semua tahu seni mempertahankan diri macam silat,tomoi,kung fu dan sebagainya adalah baik untuk diri sendiri disamping sebagai sunnah nabi yang juga belajar memanah dan menunggang kuda..tu semua termasuk juga dalam ilmu mempertahankan diri ( Nak hurai panjang bab Sunnah Nabi dalam ilmu mempertahankan diri ini aku tak pandai sangat..).   

Rabu, 9 Mei 2012

Lembaga Hasil Dalam Negeri hebat melanun di pasar malam


Sejak  bulan April 2012 yang lalu didapati pegawai-pegawai  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mula  masuki  pasar malam di sekitar Taiping seperti pasar malam baru 2 ½, pasar malam Kota Jaya Simpang,pasar malam Kemunting,pasar malam Changkat Jering dan pasar-pasar malam di taman-taman sekitar taiping . Para pegawai LHDN masuk pasar malam bukan-nya hendak beli  apam balik,nasik tomato,baju bundle atau sebagainya,mereka masuk pasar malam bukan juga nak buka meja meniaga chow kautieuw goreng…hahaha.. sebaliknya mereka masuk pasar malam secara beramai-ramai untuk menemuramah para peniaga kerana  nak selidik mengenai  hasil jualan para peniaga pasar malam. LHDN macam jadi pemburu juruadit bergerak pula…haha..jumpa setiap peniaga pasar malam di paksanya  istihar pendapat di tapak berniaga…hahaha..
Kad  Lawatan Banci Bisnes.???  Inilah kad yang diberi kepada setiap peniaga pasar malam di sekitar Taiping pengesahan income tax nak dikaut  dari peniaga pasar malam.

Seorang peniaga pasar malam disini memaklumkan bahawa pegawai LHDN  memberitahu beliau tujuan mereka masuki pasar malam ini diatas arahan orang atasan didalam LHDN bagi menyelidik laporan yang konon-nya ada  terdapat  peniaga pasar malam yang layak dikenakan cukai pendapatan (Income tax). Jesteru itu mereka (LHDN) datang kepasar-pasar malam untuk tanya selidik para peniaga bagi tujuan itu. LHDN ingat peniaga pasar malam dapat setahun  RM250juta macam keluarga Shahrizat ke..hehehehe…

“Apa yang jelas Government Service Tax (GST) semakin hampiri peniaga dan semua rakyat sekiranya UMNO BN berjaya  lanjutkan lagi  kuasa selapas PRU 13 ini,inilah langkah yang UMNO BN ambil sebagai jalan untuk laksanakan GST  yang dikatakan bakal dilaksanakan pada bulan Julai ini”- Ujar seorang peniaga nasi ayam di pasar malam kat aku. Mereka (LHDN) tak fikirkan tentang golongan peniaga pasar malam ini sebenarnya bukan didalam golongan orang senang,kami berniaga bukan untung besar..kadang-kadang rugi kerana tak boleh berniaga kerana  hari hujan”

** Tanda –tanda yang  negara semakin tiada duit kerana keborosan pemimpin tertinggi UMNO BN  sudah jelas dan semua rakyat tahu dan kini sanggup pula memburu   golongan peniaga pasar malam untuk diselidik untuk dikenakan cukai..Najib kehulu-kehilir  tabur duit sejak kebelakangan ini untuk dapat sokongan terhadap UMNO BN yang semakin merosot..duit negara dah kering,cara nak dapat balik ialah paksa LHDN melanun cari duit…dapat duit UMNO BN tabur sebagai rasuah politik..begitulah pusingan politik kotor UMNO BN yang  teramat  jelas sekarang. 

Ahad, 6 Mei 2012

BERSIH himpunan orang bodoh – kata Cikgu Najmi ..??


Kerana  nila setitik rosak susu sebelanga,  begitulah  ibaratnya nasib guru-guru di tanahair ini pada jumaat  4 Mei 2012. Ini kerana seorang guru  yang  bertugas sebagai guru kunseling di Sekolah Kebangsaan Taman Palma Taiping terlalu taksub dengan fahaman politik kepada UMNO BN hinggakan sanggup melanggar etika seorang  guru dengan mempolitikan isu BERSIH 3.0 kepada murid-murid  disekolah tersebut.

Aku dapat tahu cerita ini apabila seorang murid tahun 6 yang terlibat didalam program kepimpinan di sekolah yang melibatkan murid yang memengang jawatan Pegawas Sekolah dan Ketua Kelas menceritakan kepada ibubapanya(Bapa murid cerita kat aku) Murid tersebut mendakwa  bahawa  seorang guru telah berkata  “Orang yang ke Kuala Lumpur  berbaju kuning pada 28 adalah orang bodoh” dan cikgu tersebut berkata kita jangan menyokong mereka yang bodoh itu. “Siapa yang tak sokong baju kuning tu angkat tangan…” inilah antara kata-kata cikgu yang dikenali sebagai Cikgu Najmi. Cikgu Najmi juga  dipercayai admin kepada sebuah blog yang  pro UMNO…tak silap aku blog Taipingmali( Gambar kiri dikatakan Wajah Cikgu Najmi seorang blogger upahan UMNO BN) 

Bapa kepada murid tahun ini  melahirkan rasa kecewa dengan sikap guru tesebut. Katanya  seorang  guru tidak wajar  bersikap sedemikian   dengan memasukan agenda  kepolitian kepada murid-murid di sekolah kebangsaan . Kalau hendak mengampu membodek  kerajaan UMNO BN sekalipun janganlah tunjuk-kan kebodohan diri dihadapan murid tahun 6.  Tidak mustahil golongan seperti  cikgu Najmi inilah yang bakal merosakan anakbangsa…beliau mungkin sanggup menayangkan gambar dan vedio lucah demi kepentingan politiknya kepada murid-murid.

** Cikgu Najmi….kalaulah  terlalu taksub  dengan UMNO BN..janganlah rosakan nama baik  dan maruah semua guru di tanah air ini …Kerjaya dan perjuangan dalam politik jangan dicampur gaul…cukuplah fitnah dan  kelentong cikgu di blog Taipingmali…  Kalau nak berkempen politik bukan dengan murid-murid disekolah,tapi dengan ibubapa kepada murid-murid…murid tahun 6  baru je  12 tahun umurnya…hahaha…

Biarlah kaki cedera  jadi tempang
Jangan otak jadi banggang