UAI

UAI

Pengikut

Khamis, 4 Oktober 2012

Katak antara 160 spesies baru ditemui diSabah

KOTA KINABALU - Penyelidik Malaysia dan Belanda menemui kira-kira 160 spesies baru di kawasan pergunungan Borneo baru-baru ini – penemuan yang menakjubkan dunia sains.

Dalam penemuan itu, kulat dan labah-labah menguasai spesies baru di Gunung Kinabalu manakala kumbang dan siput juga termasuk dalam senarai haiwan serta paku-pakis pada senarai tumbuhan.

József Geml, salah seorang penyelidik berkata, katak juga mungkin boleh dibuktikan sebagai spesies baru."Walaupun kerja-kerja saintifik terperinci yang dilakukan mengambil masa bertahun-tahun, pasukan kami sudah tahu bahawa banyak spesies ini adalah baru kepada sains," katanya dalam satu kenyataan dipetik CNN.

Dalam pada itu, kajian tersebut telah dijalankan oleh Sabah Parks dan Pusat Biodiversiti Naturalis Belanda.

Para penyelidik telah mengutip sampel DNA dan memastikan sama ada spesies tersebut merupakan spesies baru ataupun sudah lama berada di puncak tertinggi di Malaysia itu.

Sementara itu, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, terdapat kira-kira 3,500 sampel DNA telah diambil daripada 1,400 spesies.Penyelidik turut merancang untuk menerbitkan evolusi bergerak di Borneo pada pertengahan tahun depan.

- Foto ihsan Naturalis Biodiversity Center
~SH~



Ali Rustam bakal kawin lagi untuk pecahkan rekod Sultan Mahmud

"ADA ORANG TAJA"jawab Ali Rustam bila ditanya berapa kos majlis perkhawinan anak beliau. Majlis perkhawianan tersebut dihadiri 130,000 (pecah rekod Malaysia). Kos makan saja dianggar tidak kurang dari RM3 juta. Bila ditanya dia kata bukan duit dia...

Hahaha...terkejut Nenek kebayan@Puteri Gunung Ledang dengan  kisah kos perkhawinan anak Ali Rustam ini...

Sebab didalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu lampau) ada mengisahkan Tun Mamat ditugaskan ke puncak gunung Ledang dan menemui nenek kebayan yang sebenarnya,samaran kepada Puteri Gunung Ledang.

Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud selepas mengenakan beberapa syarat yang tak mampu ditunaikan, antaranya ialah:

1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
7 dulang hati nyamuk.
7 dulang hati hama.
7 tempayan air mata anak dara.
7 tempayan air pinang muda.
1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.

Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya...

Tapi dalam Sulalatus Salatumno (Sejarah Melayu UMNO) sudah banyak tercatat kisah anak-anak pembesar negara dikalangan pimpinan UMNO sanggup membelanjakan wang ringgit semata-mata untuk majlis perkahwinan.

Apa saja syarat....semuanya beres,yang penting mereka puas,mereka rasa megah dan bangga dengan segala keseronokan dunia, penasihat ugama seperti ulama muda UMNO dan menteri yang pegang folio Islam akan diam seribu bahasa...tak berani komen...

Pemimpin UMNO sanggup mempergunakan wang rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

Pemimpin UMNO sanggup gunakan ejensi kerajaan sebagai jambatan untuk kesenangan diri.

Pemimpin UMNO sanggup memerah keringat dan air mata rakyat untuk keseronokan kroni-kroni mereka.

Hari ini Ali Rustam kata pihak pembangkang saja mainkan isu perkahwinan anaknya sebab Pakatan Rakyat dengki....kah...kah...kah...

Yang bestnya Ali Rustam berkata "Kalau saya yang kahwin...lebih ramai lagi yang akan hadir,".

Kalau Sultan Melaka dulu pun tak sanggup....tapi nampaknya Ali Rustam sanggup apa saja demi pembaziran yang melampau...hahaha...

Nampak gaya Rosmah dan Najib akan berazam akan pecahkan rekod kenduri kawin anak mereka jika berkawin lagi nanti....hahaha.....

Rabu, 3 Oktober 2012

Mati tercekik buah anggur

IPOH - Seorang kanak-kanak warga Bangladesh berusia dua tahun maut dipercayai tercekik buah anggur.

Kejadian berlaku ketika ibunya sedang sibuk mengupas kulit buah itu di rumah mereka di Kondominium Raya Ria, di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, kira-kiran jam 10 malam kelmarin.

Mangsa Taheem Shahriar, 2, dipercayai berada berhampiran ibunya ketika itu.Tanpa disedari ibunya, kanak-kanak terbabit mengambil sebiji anggur dan memasukkan ke dalam mulut sehingga menyebabkan dia tercekik.

Seorang saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, dia dimaklumkan selepas kanak-kanak tersebut meninggal dunia.Katanya, bapa kanak-kanak malang itu bekerja sebagai Pensyarah Perubatan di salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di sini manakala ibunya adalah surirumah.

“Saya difahamkan Taheem mempunyai masalah tonsil dan lehernya sedikit membengkak menyebabkan buah anggur sebesar guli itu tersekat di kerongkongnya,” katanya.

Dia ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.Menurutnya, ibu bapa kanak-kanak itu turut cuba menyelamatkan nyawa anak tunggal mereka namun usaha mereka gagal.

“Mereka terus membawa Taheem ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan."Kemudian disahkan meninggal dunia setibanya di hospital malam semalam (kelmarin),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias mengesahkan ada menerima laporan berhubung kematian kanak-kanak terbabit.Katanya, siasatan awal mendapati kejadian ini diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut kerana tiada unsur jenayah ditemui pada mangsa.

“Mangsa yang dibawa ke HRPB untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun disahkan meninggal pada jam 10.25 malam semalam (kelmarin) dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat,” katanya.

Jenazah mangsa dijangka dibawa pulang ke Bangladesh untuk dikebumikan.

~Sinar


Isnin, 1 Oktober 2012

Najib tak bubar-bubar Parlimen kerana 'T'

Dialog Nujum Pak Belalang versi 2.0 menceritakanya.......hahaha....

Sultan Amirulrashid: Ha..Baginda Masai....Beta suka mendengar soalan yang ke dua...

Ahli Nujum Masai: Baik lah Tuanku....soalanya....dimanakah terletaknya penyebab Perdana Menteri Malaysia Hang Najib tidak membubar Parlimen lagi hingga sekarang...berkali-kali terpekik terlolong Hang Najib kata PRU13 semakin hampir,semakin dekat,naik berbulu rakyat dengar,tapi tak bubar pun.....jadi apakah sebabnya Ahli Nujum Pak Belalang...??  Disebabkan jawatanya kah..sebab Rosmahkah atau sebab logo keris telanjang UMNO-kah...???

Ahli Nujum Negara Pak Belalang: Penyebab  Perdana Menteri Malaysia Hang Najib tak bubar-bubar Parlimen lagi hingga sekarang kerana terletak pada huruf...'T'.

Ahli Nujum Masai: Huruf 'T'...? Buktikan.....

Ahli Nujum Pak Belalang: Dari huruf 'T' itulah jadinya perkataan TAKUT.... T.A.K.U.T...Cuba huruf 'T' diubah kepada huruf 'B'...? apa tahu maksud BAKUT..?

Ahli Nujum Masai: BAKUT...? Tidak tahu maksudnya... TAKUT saya tahu la....

Ahli Nujum Pak Belalang: Hahaha.... Jadi jawapanya sebab Hang Najib tak mahu bubar Palimen ialah sebab huruf 'T'...T.A.K.U.T...

Sultan Amirulrashid: Apa betul jawapanya...????

Baginda Masai: Mmmmm....

*** Korang jawap...betul tak...?? hahaha....