Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Sabtu, 11 Februari 2012

Lebuhraya Banting - Pasar Minggu Bersejarah Changkat Jering di Perak Bakal Musnah

Projek LPB Akan Dilaksanakan Tidak Lama Lagi: MB Perak: 

Projek Lebuhraya Pantai Barat (LPB) sejauh 316 KM yang menghubungkan Banting di Selangor dan Changkat Jering, dekat Taiping bakal dilaksanakan tidak lama lagi. Anak syarikat Kumpulan Europlus Bhd (KEuro) – West Coast Expressway Sdn Bhd telah mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk membina lebuh raya baru sepanjang 316km yang menghubungkan Banting di Selangor dan Taiping dengan kos pembinaan bernilai RM7.07 bilion.
Adalah difahamkan, laluan sepanjang 224km akan dikenakan tol manakala baki 92km lagi akan dibuka secara percuma kepada awam. “Ia membabitkan daerah Hilir Perak, Manjung serta sebahagian Perak Tengah serta Larut Matang dan Selama,” kata  Zambry Abdul Kadir
- peraktoday Published On: Fri, Feb 10th, 2012

 Pasar Changkat Jering
Pasar Minggu Changkat Jering Taiping ini menjadi nolstagia kepada ramai orang terutamnya penduduk sekitar Bukit Gantang, Di Pasar Minggu Changkat Jering ini, kebanyakan penjajanya masih orang yang sama seperti 20 tahun dahulu ataupun kini diambil-aleh oleh anak atau saudara mereka jika penjaja asal telah meninggal dunia.

Di sekitar pasar ini juga terdapat  penjaja-penjaja yang menjual beberapa barangan keperluan harian,makan,hasil kampung dan sebagainya. Ramai penghujung luar termasuk pengguna lebuhraya yang sanggup keluar susur keluar Changkat Jering ini untuk menghujungi pasar ini. Pasar ini mula beroperasi seawal tengahari hari sabtu hingga ke malam dan berakhir tengahari ahad.



Semua permandangan ini bakal menjadi sejarah sekiranya projek lebuhraya Banting dilaksanakan. Bagaimanakah nasib para peniaga yang terdiri dari golongan berpendapatan rendah ini ?
Seorang peniaga Pasar Minggu Changkat Jering,menceritakan kepada Ustaz Idris Ahmad,pasar minggu bersejarah ini akan hilang jika lebuhraya pesisiran pantai siap.
Pasar Minggu Changkat Jering yang bersejarah didakwa akan hilang "pupus" jika lebuhraya Klang-Taiping yang berakhir di Pekan Changkat Jering siap.Satu mercu tanda akan hilang di Pekan Changkat Jering.
Jalan utama Changkat Jering- ke Lumut yang didakwa terlibat dalam pembinaan lebuhraya pesisiran pantai.


PM sertai Thaipusam: Mana suara Menteri Agama Jamil Khir ?

Abdul Aziz Mustafa,12 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku menteri agama agar segera menyatakan pendirian berhubung kehadiran Perdana Menteri ke perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Ini kerana, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menyifatkan Datuk Seri Najib Razak "menggadai akidah" kerana hadir dalam upacara keagamaan yang haram di sisi Islam.

"Apa guna Jamil Khir menjawat jawatan menteri mengenai urusan agama apabila beliau gagal menasihat dan menegah penyertaan Perdana Menteri dalam upacara Thaipusam sehingga mufti sendiri menyifatkan perbuatan Perdana Menteri itu menggadai agama," kata Mahfuz kepada Harakahdaily.
Beliau berkata, adalah pelik jika menteri yang sepatutnya menasihati Najib berdiam diri sehingga teguran dan tegahan terpaksa datang dari Mufti Perak pula.
Beliau juga mempersoal di mana peranan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu dalam menasihati Najib dalam urusan agama.


"Atau adakah Najib hanya mahu menerima nasihat dan petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide sahaja?
"Kalau begitu, lebih baik Jamil Khir meletak jawatan dengan segera," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.


Mahfuz juga hairan, adakah Jamil Khir tidak tahu bahawa selain dari menghadiri upacara Thaipusam, banyak lagi tindakan dan perkara yang haram dalam Islam dihalalkan oleh Umno.
"Tindakan tersebut termasuk rasuah, fitnah, mencuri duit rakyat dan diberikan kepada kroni seperti kes lembu fidlot, mengaibkan sesama manusia, menipu dalam pilihan raya, pengundi hantu, pemberian kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak menerimanya dan banyak perkara lain yang diharamkan oleh Islam.


"Tetapi dalam Umno semuanya halal asalkan dapat undi, dapat untung dan dapat wang. Itulah fahaman Umno dan itulah yang dilakukan oleh Umno. Adakah Jamil Khir tidak tahu atau beliau juga merestui perbuatan-perbuatan itu?" katanya.
Sebelum ini, dalam tegura terhadap perbuatan Najib menyertai perayaan Thaipusam yang disifatkannya “menggadai akidah” itu, Harussani juga berkata, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun Perdana Menteri seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.


“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.- harakahdaily

APA KOMEN JAMIL KHIR...??
Ramai umat Islam Tanah Air ini menanti...!!!

Kajian: PAS lebih dipercayai jaga agama Islam berbanding Umno

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/03/pas23.jpgSetiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar baru-baru ini ke Terengganu membentangk
an beberapa dapatan kajian berhubung persepsi pengundi terhadap parti itu, khususnya di negeri itu sendiri. Menurutnya, fakta dan angka diberikannya itu adalah sebagai rumusan kepada kajian lima pihak berasingan dalam tempoh berbeza.


Dua daripada lima pihak dimaksudkan itu ada hubungkait secara langsung dengan PAS. Salah satunya ialah Kelab Anak-Anak Terengganu Penyokong PAS di Perantauan (Perantau), yang mana beliau sendiri turut terlibat. Manakala satu pihak lagi ialah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), salah satu unit ditubuhkan PAS sendiri di setiap negeri.

Kajian telah dibuat di seluruh Terengganu selama tiga tahun, antara 2009 hingga 2011. Kedua-dua pihak ini mensasarkan khalayak pengundi yang telah dikenalpasti sebagai ‘atas pagar’, ‘condong kepada PAS’ dan ‘condong kepada Barisan Nasional (BN)’ sebagai responden. Dalam istilah yang biasa disebut para pendukung parti itu, mereka ini ialah golongan ‘A, C dan E’, yakni yang tidak ada pendirian pasti dalam politik.

Tiga badan lain yang turut dirujuk hasil kajian mereka ialah Merdeka Center, sebuah badan penyelidikan politik dan sosial yang terkemuka dalam negara ini. Badan ini sangat aktif dan senantiasa melakukan kajian demi kajian secara berterusan. Ada pun yang dirujuk untuk tujuan pembentangan ini ialah dalam julat Mac 2008 hingga Disember 2011 sahaja.

Turut dirujuk ialah hasil kajian oleh Muslim Youth Survey 2011. Manakala sebuah badan atau pihak lain sekadar disebutkan sebagai Agensi Bebas. Berbeza dengan dua pihak terdahulu, ketiga-tiga pihak ini memilih responden dari khalayak berbagai status pendirian politik, latar belakang sosial dan sebagainya.

Rumusan daripada hasil kajian kelima-lima pihak ini menampakkan betapa PAS Terengganu sebenarnya ada kekuatan dan peluang untuk dimanfaatkan demi mencipta kejayaan dalam Pilihan Raya Umum nanti. Wujud persepsi amat positif terhadap PAS dalam beberapa aspek tertentu, walau pun kelemahan dan ancaman juga turut ada.

Salah satu persoalan dilontarkan kepada responden umum ialah berhubung apakah yang paling dikehendaki oleh rakyat dari sebuah kerajaan. Urutan butiran yang mendapat undian tertinggi ialah menyediakan peluang pekerjaan, menurunkan harga barang keperluan, memberi wang ehsan, program kerohanian, pembangunan fizikal dan hiburan.

Dua butiran tertinggi itu sebenarnya ancaman buat BN, sekaligus peluang bagi PAS. Walau pun dalam dapatan berasingan turut dinyatakan betapa responden lebih percayakan BN untuk menyediakan peluang kerja berbanding PAS, namun apabila ia masih kekal sebagai harapan tertinggi rakyat terhadap kerajaan, bermakna masalah peluang kerja masih membelenggu mereka. Dalam ertikata lain, ia masih belum berjaya diselesaikan BN.

Begitu juga soal kenaikan harga baranag keperluan yang sejak sekian lama memang menjadi ratib pilu di kalangan masyarakat. Akronim BN sebagai ‘Barang Naik’ masih kekal meniti di bibir rakyat, menandakan betapa rakyat mensinonimkan parti itu dengan kenaikan harga barang keperluan mereka.

Menariknya, apabila soalan sama diajukan kepada responden khusus dari golongan muda, mereka meluahkan harapan berbeza terhadap sebuah kerajaan. Selama ini rupa-rupanya kita dipesongkan fakta, terutama oleh parti pemerintah, kononnya yang paling diperlukan anak-anak muda ialah sukan dan hiburan, selain peluang pekerjaan.

Percaya atau tidak, kajian tadi mendapati program kerohanian sebenarnya yang menjadi pilihan utama mereka, diikuti peluang pekerjaan. Manakala perkara paling tidak popular di kalangan mereka ialah rekreasi dan sukan serta hiburan.

Ertinya, yang paling dikehendaki anak-anak muda kini ialah program keagamaan, khususnya yang memaut mereka dan masyarakat kepada Islam. Jika benar sikap golongan muda ini bagai diperolehi kajian itu, bermakna ia suatu peluang yang mampu ditukar oleh PAS menjadi kekuatan.

Beberapa dapatan lain memberikan kelebihan kepada PAS, berbanding Umno dalam memenuhi kebutuhan rakyat ini, khususnya di kalangan golongan muda. Pertama, ceramah umum masih menjadi kaedah kempen paling popular di kalangan pengundi dengan 57% meminati pendekatan itu berbanding kempen rumah ke rumah atau pengedaran risalah.

Manakala majoriti responden yang memilih ceramah umum sebagai medan maklumat mengenali parti-parti ialah kalangan muda bawah 30 tahun. Hakikat ini sudah tentu lebih menguntungkan PAS, memandangkan yang lebih menguasai pentas ceramah umum ialah parti itu.

Responden turut ditanya mengenai gejala sosial dan kadar jenayah. Sekali lagi apabila diminta membandingkan antara pemerintahan PAS dengan BN, jawaban diberikan responden menunjukkan kekuatan buat PAS.

Majoriti responden mengakui wujud perbezaan ketara antara dua zaman itu. Zaman pemerintahan PAS dikaitkan dengan kemerosotan kadar jenayah dan kes-kes sosial. Sebaliknya, di zaman BN mengambil alih semula kini dikatakan menyaksikan peningkatan.

Persepsi ini sebenarnya peluang lagi bagi PAS. Lebih-lebih lagi apabila majoriti responden juga mengakui betapa jalan penyelesaian terbaik kepada permasalahan sosial dan jenayah yang semakin meningkat di Terengganu kini ialah dengan mengemukakan penyelesaian Islam.

Lebih memberikan kelebihan kepada PAS ialah apabila sudah ada persepsi di kalangan anggota masyarakat bahawa parti itu lebih Islam atau lebih memperjuangkan Islam berbanding BN, khususnya Umno. Justeru, dalam konteks menjaga kedaulatan dan ketinggian agama, mereka lebih mengharapkan PAS berbanding kerajaan yang ada.

Hasan Ali Sah Gila Nombor

Sejak Dr Hasan Ali dipecat dari PAS dan digugurkan jawatan dari barisan exco kerajaan Selangor,beliau semakin popular di usung kehulur kehilir oleh UMNO dalam ceramah roadshow-nya  Ini membuatkan Hasan Ali berasa dirinya sudah menjadi bertambah glamour sejak akhir-akhir ini. 

Aku ikut tweet Dr Hasan sejak beberapa minggu lalu dan mendapati Hasan Ali sekarang sudah berjangkit suatu virus atau perasit dari UMNO didalam kiriman Tweetnya. 
Setiap kali ada ceramah Dr Hasan Ali akan tweetkan  jumlah kehadiran dalam ceramahnya ..ada yang 1500 orang,5000 orang dan semalam paling hebat yang membuatkan Hasan Ali amat gembira kerana angka kehadiran yang di keluarkan oleh blogger UMNO Sungai Rapat Online iaitu seramai 15 ribu orang hadir dan Hasan Ali pun tweetkan [ Mlm semalam di Bt Gajah Perak.Kehadiran mencecah 15k. Satu rekord

Record apa kah ini..??? Mungkin record dalam maksud JATI = Jumlah Angka Tipu Islam.


[Klik imej untuk lebih jelas]
Dalam 4 ceramah saja Hasan Ali dan berjaya kumpul angka hampir 30ribu...hahaha..
Itu baru 4 ceramah...kalau 4 bulan. ceramah..??
Tak dapat bayangkan banyaknya jumlah angka yang dikumpul Hasan Ali....heheh..

JATI
Jumlah Angka Tipu Islam

Hasan Ali sejak tahun 1999 rupanya sudah gila nombor.Dia sanggup lobi jadi calon Parlimen Parit Buntar dan DUN Sungai Burong. Dua-dua dia menang. Kemudian jika buat ceramah,jika dia datang kena bagi persen.

Hasan Ali bukan sekadar gila talak,gila meroyan ,tapi mutakhir ini,gila nombor!









Jumaat, 10 Februari 2012

Naib Presiden MCA Berjoget tak ajak Rosmah..??

Habis semua pengamal Media Massa diajak berjoget...Inilah konsep 1Malaysia yang dibangga dan suruh diamalkan untuk semua rakyat Tanah Air ini,tanpa mengira Agama,Bangsa dan Jantina bebas bergaul dan lakukan apa saja...

Hebat sungguh Naib Presiden MCA ini menari diatas pentas setaraf kehebatan Presiden-nya Chua Soi Lek di dalam CD-nya namun kehebatan bakat menarinya tidak setanding dengan isteri Presiden UMNO Rosmah Mansor.

Rosmah dan Najib tetap hebat berjoget...

Kelunakan nyanyi Rosmah tiada tolok bandingnya
Menjadi idola setiap wanita dan puteri UMNO
Naib Presiden MCA Dr Ng Yen Yen perlu belajar lagi dengan Rosmah..hahaha..

Wah...!!! 15 Ribu..? : Membuatkan Hasan Ali Glamour Di Kalangan UMNO.

HASAN ALI TERUS GLAMOUR DENGAN HADIRIN MENCECAH 15,000 ORANG inilah tajuk di Blog UMNO Sungai Rapat Online yang amat rapat sekali kelentongnya mengenai ceramah Dr Hasan Ali yang berlangsung di Pengkalan Pegoh semalam. Admin blogger UMNO ini telah upload beberapa gambar sesama ceramah ini berlangsung yang konon-nya ingin memberi gambaran Hasan Ali terus glamour di sanjung oleh penyokong UMNO sekarang ini...namun gambar-gambar tersebut telah menyerlahkan bertapa rapatnya kelentong blogger UMNO dalam misi mengangkat pejuang idola dan bakal pemimpin tertinggi UMNO Dr Hasan Ali.



Gambar Glamour: Dr Hasan sedang  glamour beri ceramah kepada UMNO 

Gambar Glamour:15 ribu datang...tapi kerusi ada kosong tu...

Gambar Glamour: 15ribu hadiri turut glamour...
tapi ada beberapa kerusi kosong...

Orang ni- Awal bulan Febuari yang lalu Orang ni ada berpendapat bahawa Dr Hasan Ali sekarang sebagai pejuang harapan bagi orang UMNO [Klik Sini]  diseluruh negara dalam mengembalikan sokongan rakyat yang merudum terhadap UMNO. Maka tidak hairanlah blogger dan facebooker UMNO sanggup mengkelentong sampai rapat dalam memberi maklumat,seperti mana Sungai Rapat Online yang sanggup kehulu-kehilir mengejar roadshow Dr Hasan Ali demi pejuangan glamour berputar belit rapat menipu rakyat.

Orang ni- Cari juga muka YB Hamidah dalam ceramah Dr. Hasan Ali di Pengkalan Pegoh ni  tapi tiada....YB Hamidah tidak datang mungkin sebab  takut nasibnya seperti YB Rosli Terong yang dikutuk rapat oleh ahli UMNO Terong yang tidak suka ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang dianjurkan UMNO Bukit Gantang [klik sini] ....YB Hamidah hantar ahli-ahlinya saja ...hehehe...

Lepas Gadai Akidah Najib Jadi Imam Khalifah Agung...???




Maklumat lanjut tentang pertabalan Najib sebagai IMAM KHALIFAH AGUNG boleh anda baca dalam paparan skrin di atas. Orang ni tidak mahu komen apa-apa.

Jika Najib diangkat sebagai Imam Khalifah Agung oleh sebuah pertubuhan silat, apa pula peranan Najib di bawah ini?

Ini Iman Khalifah 'Nambikei'

Perdana Menteri Gadai Akidah :Mereka-Mereka Jadi Bisu..???


Di-mana Jamil Khir..??
Di-mana 40 Ulamak Muda UMNO..??
Di-mana pertubuhan NGO Himpun Sejuta Umat...??
Di-mana Dato' Dr Hasan Ali yang perjuangkan Akidah...??
Di-mana Media Massa Arus Perdana..????
Kenapa senyap saja..???

KEBETULAN: Ahmad Maslan Bela Sharizat tidak perlu letak jawatan sebab kebetulan

Shahrizat Abdul Jalil
JENGKA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak ada sebab untuk meletakkan jawatan ekoran isu kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC), kata Datuk Ahmad Maslan.

Ketua Penerangan Umno berkata, Shahrizat tidak seharusnya meletakkan jawatan kerana suaminya yang merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorporation tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.

“Shahrizat tidak seharusnya dibebani dengan masalah NFC ini kerana beliau tidak ada kena-mengena dengan syarikat tersebut walaupun suaminya mempunyai kaitan.

“Itu adalah satu kebetulan. Shahrizat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang suaminya untuk berniaga. Tambahan pula, jika suami atau isteri menteri tidak berniaga, apa lagi kerja yang mereka boleh lakukan,” katanya di sini, malam tadi.

Ahmad berkata demikian sebagai respons kepada desakan beberapa pihak supaya Ketua wanita Umno itu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti bagi melicinkan proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu NFC.

“Itu adalah satu kebetulan. Shahrizat tidak mempunyai kuasa untuk menghalang suaminya untuk berniaga. Tambahan pula, jika suami atau isteri menteri tidak berniaga, apa lagi kerja yang mereka boleh lakukan,” - Ahmad Maslan

Orang ni >>  Banyak la KEBETULAN..... 
Kondo dalam negara dan kat Singapura itu pun KEBETULAN... 
Beberapa hari lepas Shahrizat kata ke SPRM secara SUKARELA pun KEBETULAN...
Pegawai penyiasat SPRM menyangkal dakwaan Shahrizat ke Pejabat SPRM adalah sukarela-nya sendiri,hakikat sebenarnya Shahrizat di PANGGIL kata pegawai SPRM tersebut..adakah itu pun KEBETULAN...??? 


PERKASA akan temui kakitangan KFC i-City

NONEPertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan menemui kakitangan restoran Kentucky Friend Chicken i-City, Shah Alam untuk mendapatkan penjelasan berhubung insiden kekasaran yang berlaku di premis berkenaan Isnin lalu.

Setiausaha agung pertubuhan itu, Syed Hassan Syed Ali berkata, PERKASA akan berbuat demikian memandangkan pelanggan yang mendakwa diserang dalam insiden tersebut telah mendapat perhatian media.

"Nampaknya pihak yang didakwa diserang oleh pekerja KFC sahaja yang dapat perhatian media. PERKASA rasa mereka (staf KFC yang terlibat) perlu diberi peluang menjelaskan kepada orang ramai apa sebenarnya berlaku.

"PERKASA akan berjumpa dengan staf KFC terbabit dalam masa terdekat ini untuk mendapat penjelasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga memerhatikan bahawa komen yang timbul berhubung isu berkenaan "sangat tidak adil kepada staf KFC tersebut."

Katanya lagi, pelanggan yang tampil dalam sidang media semalam – Danny Ng – tidak sepatutnya bertindak memarahi kakitangan resoran berkenaan.

NONE"Pastinya ada cara nak luahkan kehampaan bila apa yang kita hendak sudah habis. Mengapa pula lebih suka menjerit-jerit marah dalam premis yang bukan dia punya? Dia hanya seorang pelanggan sahaja, apa hak dia nak marah-marah pekerja KFC," soalnya lagi.

Syed Hassan turut melahirkan keprihatinannya ke atas kakitangan terlibat yang menurutnya perlu "berdiri sepanjang hari dan bergerak ke sana sini dalam dapur" dan perlu melayani pelanggan yang ramai.

Malaysiakini juga telah mengunjungi premis berkenaan hari ini, namun pihak pengurusan restoran yang ditemui enggan mengulas mengenai insiden tersebut.

Tinjauan ke restoran dua tingkat itu mendapati premis tersebut beroperasi seperti biasa dan para pelanggan turut memenuhi ruang makan di tingkat bawahnya untuk makan tengahari.

Shahrizat: Sukarela datang atau Sukarela mendusta..???

Bukankah Ini Nyata Shahrizat Seorang Pendusta?




SPRM sahkan Shahrizat dipanggil, tapi Shahrizat dakwa dirinya datang secara sukarela


Meskipun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil mendakwa dirinya secara sukarela meminta untuk disoal-siasat, namun Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali mengesahkan kepada MerdekaReview, bahawa Shahrizat dipanggil SPRM untuk memberi kenyataan.


Shahrizat Jalil, juga Ketua Wanita UMNO kembali bertugas di Kementeriannya pada hari ini selepas bercuti tiga minggu, berada di ibu pejabat SPRM pada jam 4 petang tadi, dipercayai ada kaitannya dengan siasatan isu National Feedlot Corporation (NFC). Menurut laporan The Star Online, Shahrizat mendakwa dirinya secara sukarela memohon untuk disiasat SPRM, melalui satu pesanan ringkas (sms) kepada wartawan media itu.


"Excuse me !! I am here at SPRM willingly. Have requested to be questioned and investigated so that no stone is left unturned. Enuff of wild allegations!" (Saya berada di SPRM secara sukarela. Saya meminta untuk disoal-siasat agar siasatan itu dilakukan secara menyeluruh. Cukuplah tuduhan liar!)


Namun demikian, ketika dihubungi MerdekaReview pada jam 6 petang, Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali (gambar kiri) mengesahkan bahawa Shahrizat dipanggil untuk memberi kenyataan. Wartawan menyusul dengan memetik laporan The Star Online, bahawa Shahrizat mendakwa dirinya yang minta untuk disoal-siasat.


"Saya tak tahu apa dia cakap. Yang saya tahu dia dipanggil untuk beri kenyataan," kata Mustafar Ali. Bagaimanapun, apabila ditanya apakah soal-siasat ini berkaitan dengan isu NFC, beliau menamatkan perbualan sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan.


Shahrizat Abdul Jalil adalah isteri kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Mohamed Salleh Ismail, dan anak-anak mereka juga terlibat untuk menyandang jawatan dalam syarikat berkenaan. Sebelum ini, beberapa orang pemimpin Parti Keadilan Rakyat mendedahkan penyalahgunaan wang melalui NFC, dengan menyasarkan Shahrizat Abdul Jalil. Shahrizat yang enggan tunduk kepada tekanan pada awalnya, bagaimanapun mengambil cuti selama tiga minggu, mulai 12 Januari 2012 untuk memberi laluan kepada siasatan SPRM.


*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. 

Khamis, 9 Februari 2012

Umno sudah menyimpang jauh - Kadir

 (Kesian Umno sudah menyimpang jauh...kata Tan Sri Kadir dalam sidang medianya hari ini)

SERDANG, 10 Feb: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini membidas tindakan pemimpin Umno yang mahu merujuknya ke Jawatankuasa Disiplin parti itu ekoran beberapa kritikannya.

"Saya tak ada masalah apa, saya pun tak bergantung hidup pada parti, cuma saya kesianlah kerana Umno sudah menyimpang jauh," katanya.


Presiden Umno, Datuk Seri Najib 27 Januari lalu memaklumkan, Tan Sri Kadir akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Umno berikutan beberapa kenyataan yang dibuat oleh beliau.

Tindakan diambil Umno berikutan beberapa siri temubualnya dengan media alternatif khususnya dengan TVPAS (Harakahdaily), MobTV dan Malaysiakini.tv yang menyentuh isu pembelian undi pilihan raya yang sedang berjalan dan kegagalan BN melaksanakan agenda bumiputra yang ditafsir sebagai menghentam parti.

"Pandangan yang saya beri dalam rakaman ini tidak sampaipun 10 peratus dari apa yang kami Pemuda Umno dan yang lain-lain pada tahun 60an dan 70an dahulu pernah berhujah, mengkritik dan memberi pandangan termasuk yang pedih terhadap pimpinan parti.

"Kepada Jawatankuasa Disiplin pula tidaklah perlu bersusah payah untuk menyiasat saya kerana saya akan menghantar kepada mereka rakaman-rakaman ini yang penuh dan tidak diedit," katanya pada sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini.

Salinan rakaman temubual itu menurutnya akan dihantar kepada pejabat Umno selewat-lewatnya minggu depan.

Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pada pilihan raya.

Dalam isu agenda bumiputra pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputra di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.

Ianya termasuk kemudahan pinjaman 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera yang kini sudah dihentikan.

"Kalau benda macam ini pun saya tak boleh bagi pandangan, apa dah jadi dengan Umno. Saya ni orang lama, kaji la dulu apa yang orang kritik.

"Datuk (Sri) Najib pernah buat lawak kata wujud dilema dalam Umno 'jika beri salah, tak beri kalah', maknanya ini (politik wang) sudah jadi tabiat yang diterima dalam Umno," katanya yang juga bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi.

Menyifatkan rasuah politik oleh Umno itu sebagai perbuatan hodoh dan ketinggalan zaman, Abdul Kadir juga mendakwa wujud keadaan di mana mereka perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan untuk mendapat tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi.

Selain itu, beliau juga menasihatkan pemimpin Umno agar tidak menuding jari kepada pihak lain berhubung kegagalan perlaksanaan agenda bumiputera.

"Jangan persalahkan orang Cina atau parti-parti politik Cina di atas kegagalan pimpinan kita (Umno) sendiri untuk meletakkan kedudukan sosio-ekonomi bumiputera ditempat yang adil dan sepatutnya," katanya lagi.

Beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) juga mendakwa, tindakan Umno ke atasnya itu hanya mengesahkan pandangan rakyat selama ini bahawa Umno sekarang bukan sebuah parti demokratik.

Menurutnya, ia berbeza dengan Umno zaman penubuhannya oleh Datuk Onn Jaafar dahulu yang benar-benar demokratik dan mendengar pandangan semua pihak.

Ditanya jika Umno akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau berkata ianya bukan masalah baginya.





                  

ROSAKNYA AKIDAH SEORANG PM BERNAMA NAJIB

Najib ‘gadai akidah’ hadir upacara Thaipusam di Batu Caves, tegas Harussani




                     Ini merupakan kali ketiga Najib (tengah) menghadiri upacara perayaan Thaipusam 
                                    di Batu Caves sejak 2010.  Gambar- oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

SPR Akan Warta Dakwat Kekal: PERKASA Tidak Akan Keluar Mengundi

SPR warta dakwat kekal Rabu 2012/02/10

Pengundi OKU dibenar bawa wakil untuk bantu proses buang undi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewartakan dakwat kekal pada 15 Februari ini, bagi membolehkan penggunaannya dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti dicadangkan sebelum ini.

Bukan itu saja, SPR juga turut melakukan pindaan Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya 1981 dengan membenarkan pengundi dari golongan orang kelainan upaya (OKU) membawa wakilnya bersama pada hari mengundi untuk membantu proses pembuangan undi.- Bharian


APA CERITA PAK BROHIM..?????
Ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi- Ibrahim Ali

SEMUA TENTU INGAT TAJUK DIBAWAH INI

Perkasa: Melayu tidak akan keluar undi jika SPR guna dakwat kekal December 20, 2011


KUALA LUMPUR, 20 Dis – Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.
Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan.
Semalam SPR mengumumkan bahawa semua pengundi wajib dicalit dengan dakwat kekal dan sekiranya mereka enggan berbuat demikian, maka pengundi terbabit tidak akan diberikan kertas mengundi.
Langkah itu seiring dengan syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.
“Adalah memalukan negara yang jauh lebih maju dari negara-negara membangun lain mahu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum.
“Malaysia bukan negara seperti Somalia, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan, Kemboja dan lain-lain negara mundur yang rekod pengenalan diri masih tidak canggih, yang menggunakan kertas biasa dengan maklumat peribadi tulisan tangan. Memalukan,” katanya.
Syed Hassan juga mendakwa Perkasa percaya gesaan untuk penggunaan dakwat kekal adalah daripada pihak yang sebenarnya tidak mahukannya juga tapi oleh kerana ia cara untuk membuatkan orang Melayu dan Islam tidak mahu keluar mengundi.
“Siapa yang untung jika orang Melayu tidak keluar mengundi? Saya sendiri kemungkinan besar tidak akan keluar mengundi jika kekal dengan penggunaan dakwat kekal.
“Dan, kemungkinan ramai ahli Perkasa tidak keluar mengundi juga. Siapa yang akan terasa rugi jika ramai ahli Perkasa dan orang Melayu lain tidak keluar mengundi?” katanya.