Pengikut

Sabtu, 11 Mei 2013

Gempar...!!!! Beribu-ribu Dakwat Kekal SPR dah Hilang

Hari ini genap seminggu 505blackout:


Dakwat Kekal SPR 
dikatakan bertahan 7 hari...
hari ini genap seminggu...

"Haa....tengok....!!! Hari ni baru hilang dakwat kekal kat jari....!!!" 
- Ayat popular macai penyokong UMNO BN hari ini..hahaha.....

Bukti Kekalnya Dakwat SPR: 

Najib Tun Razak Dihina Oleh Akhbar Berpengaruh Luar Negara

AKHBAR LUAR NEGARA, NEW YORK TIMES, IBARATKAN KEMENANGAN UMNO/BN PADA PRU 13 YANG LALU PENUH DENGAN LUKA PARAH DIMUKA SEDANGKAN PR KALAH TAPI TIADA SEDIKIT CALAR DIMUKA!!!

Walau pun UMNO/BN dibawah Najib Razak di istiharkan menang oleh SPR dalam PRU 13 yang lalu namun kemenangan bukanlah menang mutlak dan bergaya... Kemenangan yang penuh dengan tanda tanya.

Ibarat lawan tinju....menang perlawanan tinju tapi muka penuh lebam-lebam, binjol sana sini, gigi bersepai dan tangan pun patah sedangkan PR yang diketuai DSAI walaupun kalah tapi muka sedikit pun tidak tercalar, luka jauh sekali.

Memberi erti kemenangan UMNO/BN bukanlah menang bergaya yang boleh dimegahkan..integriti dan nama baik parti hancur lebur sampai ada komponen parti yang terus berkubur seperti MCA/Gerakan dan PPP.

Kemenangan yang tidak boleh mendabik dada cakap besar berdegar-degar... kemenangan yang tidak langsung diberi pengiktirafan yang sepatutnya.

Kalau ditanya akal ikut hukum logik...peninju yang muka lebam sana sini dan binjol, gigi bersepai serta tangan patah bukanlah pemenang sebenarnya..Adakah para pengandil bias dan tidak adil dalam perlawanan tersebut?.. Suatu lakaran yang cukup tajam sinisnya.

MENANG DALAM KECEDERAAN PARAH.. KALAH DENGAN PENUH MEGAH.

~LOG

UMNO MENGHINA HUKUM ALLAH DAN MEMPERSENDA UST AZIZAN KERANA KAKI-NYA DIPOTONG

Admin Facebook Umno kg paya dengan tanpa rasa berdosa dan amat biadap membuat status menghina hukum hudud dengan mempermainkan serta mempersenda mantan MB Kedah Ust Azizan konon-nya baru 2 - 3 hari BN perintah Kedah,hudud dah dilaksanakan kerana kedua-dua kaki mantan MB tersebut telah dipotong.

Inikah cara UMNO menjaga Islam dan Melayu, mereka sanggup menghina hukum Allah serta mempersenda seorang mantan MB yanh ditimpa musibah penyakit.

Aku memohon kepada rakan sahabat supaya berdoa kepada Allah supaya Admin Facebook Umno kg paya diberi petunjuk dan sedar atas apa yang dilakukan tersebut.

Jumaat, 10 Mei 2013

Harga GAS Masak Kekal tapi Harga Naik Juga

" Kos penghantaran gas naik RM 2 jangan salahkan kerajaan. Kenaikan kos penghantaran tong gas memasak sebanyak RM2 menyebabkan , Anwar suruh rakyat lawan kerajaan Anwar Ibrahim dalam Twitter semalam telah berkata kenaikan harga gas memasak adalah "hadiah kemenangan BN kepada rakyat." Sebenarnya harga gas memasak tidak naik, yang naik hanya kos penghantaran & perkhidmatan yang naik sekitar RM2." - Inilah kenyataan dari seorang blogger upahan UMNO Munafik yang kerjaya-nya sebagai guru gred  0.034suku..hahaha (tak cerdik).

Dek kerana dah telinga tersumbat dengan habuan,mata dah buta dengan $$$ ,kaki dah....ops..!!! ( luar tajuk...haha..) apa saja kenaikan barang dalam negara ini, kerajaan BN tak salah bagi-nya.

Harga minyak petrol naik sebab kurangkan subsidi,gula naik sebab nak kurangkan penyakit darah tinggi dan sekarang harga gas naik sebab kos penghantaran naik RM2...semuanya ayat-ayat cuba membodohkan rakyat.

Jalan mudah puak UMNO jawap dalam isu gas "kalau nak murah ambil gas sendiri dikedai". Bodoh Al-Bahlol punya pendapat...hahaha... Untuk jimat RM2 boleh ke cikgu yang duduk di pendalaman beli sendiri,bawa sendiri atau angkut sendiri gas masak dari kedai yang jauhnya berbatu-batu dari tempat kediaman seperti di Sabah dan Sarawak.

Se-eloknya blogger macam cikgu Najmi@Taipingmali ni ditukarkan bertugas mengajar ke kawasan pendalaman saja oleh PPD, baru tahu langit tinggi atau rendah hidup dengan kezaliman UMNO BN..hahaha....

Tahukah Anda..!! :Ibrahim Ali Dah Letak Jawatan Presiden PERKASA 7 Mei lalu

Kekecewaan kerana kalah dalam PRU 13 rupanya amat perit bagi Ibrahim Ali mantan Presiden PERKASA...hehehe....

Ingatkan Tun M saja yang kecewa menonggeng dengan kekalahan Ibrahim Ali,kerana semua tahu, Tun M bersusah  payah melobi untuk dapatkan tempat untuk Ibrahim Ali bertanding dalam PRU13 dan akhirnya tersungkur kalah...malah kawan sekataknya Zul Nordin juga turut kalah di Parlimen Shah Alam.

Baguslah kalau Ibrahim Ali dah letak jawatan sebagai Presiden PERKASA,lagi molek...bubar saja pertubuhan yang amat perkauman tersebut. Lagi pun peranan PERKASA dalam politik UMNO tak ubah hanya sebagai kuda tunggangan untuk kepentingan UMNO saja.

Selamat bersara 101%  kepada Ibrahim Ali dari PERKASA dan segalanya....aman dunia...hahaha.....

Selamat Bersara Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar - 17 Mei ini



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bersara wajib pada 17 Mei ini dan bukan meletak jawatan kerana desakan parti politik seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof berkata penyebaran berita mengenai perletakan jawatan Ketua Polis Negara di media sosial dan blog adalah fitnah dan berniat jahat.
Majlis persaraan Ismail akan diadakan sehari sebelum tarikh persaraannya, kata Ramli dalam kenyataan pada Jumaat.
Ramli turut menegaskan bahawa keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah aman tanpa sebarang kekecohan atau huru-hara seperti yang didakwa di laman sosial.
Justeru orang ramai diingat agar tidak mempercayai fitnah yang disebarkan atau menjadi sebahagian daripada penyebar fitnah dengan memanjangkan dan berkongsi dakwaan yang tidak berasas itu di laman sosial.
"Adalah diingatkan individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Sekyen 4(1) Akta Hasutan," katanya.
Ismail memegang jawatan tertinggi dalam tampuk kepimpinan PDRM sejak 13 September 2010 apabila beliau menggantikan Tan Sri Musa Hassan.
Perkhidmatan Ismail disambung dua tahun secara kontrak setelah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - BERNAMA

Khamis, 9 Mei 2013

Pemuda India Didenda RM1,000 Kerana Rosakan Poster Kempen PRU13 Di Taiping

TAIPING - Gara-gara merosakkan poster pilihan raya, seorang pelajar sebuah kolej swasta terpaksa membayar RM1,000 denda setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Majistret Taiping, semalam.

Tertuduh, A Aravinderkrishnan, 19, yang berasal dari Taman Tasek Indah, di sini, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan merosakkan kain rentang dan pos- ter Barisan Nasional (BN) di Jalan Semarak, Pokok Assam, di sini, 5 Mei lalu.

Majistret Solehah Noratikah Ismail kemudian menjatuhi hukuman itu dan menawarkan satu tarikh baru untuk mendengar laporan akhlak remaja terbabit daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan menolak tawaran berkenaan dan bersetuju membayar denda terbabit.

Dia dituduh melakukan perbuatan khianat membabitkan bahan kempen dengan jumlah kerugian lebih RM25.

Pihak pendakwa diwakili Timbalan Pendakwaraya, Nurul Qistini Qamarul Abrar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, remaja terbabit dilihat bertindak membuang bendera milik BN itu berhampiran Jalan Semarak, kira-kira jam 1.30 pagi.

Tindakan tertuduh bagaimanapun disedari pengadu, Mohd Nizam Mohamed, 32, yang kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Taiping.- Sumber SH



...................................
Sekadar imbasan: Salah satu kejadian poster kempen yang dirosakan...harap-harap ada dakwaan dan tindakan..

Gempar..!!! Peminat Kpop Malaysia akan Merusuh..??? Betoi ka..?

Peminat kpop Malaysia nak buat rusuhan sebab konsert artis Korea batal? #fanatik -- Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya)

Orang PAS dan DAP Semua Wajip Tengok dan Baca Ini..!!! Pikir Sendiri..!!!!

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa Pas dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan Menteri Besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu.“Saya baca dalam surat khabar yang memaklumkan Pas dan DAP mahu Abdul Khalid sebagai MB. Kemudian Dr Rani pula jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan.

“Kerusi MB ini memang PKR punya. Jadi kenapa Pas dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini PKR punya, kami belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.- Ketua Wanita PKR
Isu MB: Pas, DAP usah sibuk
Inilah standard seorang wanita Ketua Wanita PKR setelah selesai PRU.

Patutnya kenyataan Zuraidah yang angkuh ni wajar dikeluarkan sebelum tempoh berkempen atau sebelum demam PRU13 menjadi panas.....nak tengok langit  politik ini tinggi atau rendah..hahaha..

Orangni bersyukur kerana PRU13 lalu setitik peluh pun tak dibazirkan untuk kerja politik kepada  wanita macam Zuraidah ni...jadi aku tak ralat sangat.

Cuma kepada pada mereka (PAS & DAP ) yang susah payah tu saja mungkin rasa ralat....jadi kena pikir sendiri lah apa nak buat selepas ni....hahaha...

Terkini! Gambar Kubur Kedua Belah Kaki Ustaz Azizan Dikebumikan

Liang lahad untuk KEDUA BELAH KAKI Ustaz Azizan yang sedang digali di tanah perkuburan di KIDU.

Bersebelahan dengan kubur Allahyarham ustaz Fadhil Nur.

Sama2 kita doakan semoga ustaz Azizan serta keluarganya tabah.

Doakan keselamatan dan kesihatan Dato' Seri Azizan bekas MB Kedah..aminnn...

# yang ditanam adalah HANYA kedua kaki Uztaz Azizan yang terpaksa dipotong atas nasihat doktor akibat jangkitan kuman

SHARE & KONGSI kepada semua...

sumber : Shahrul Azalan Mohamed Zamri LINK FB: http://www.facebook.com/shahrulazalan.mohamedzamri

PAS Akan Lalui Pembersihan Selepas Ini

PAS tidak tamakkan kemenangan dengan bandingan usaha yang telah dibuat.Usaha adalah tanggungjawab. 

Menang kalah adalah hadiah. Bila kita kalah bermakna kita tak cukup bijak menghadapi muslihat lawan.

Bila kita marah setelah kalah bermakna kita tak bijak menghadapi musibah yg menutup pintu muhasabah.

Tidakkah kita nampak dalam PAS hari ini terlalu banyak kehendak duniawi?

Sehingga persepsi kemenangan mengatasi rukun qadha' dan qadar ALLAH.

Maka usaha perlu dibuat untuk mematuhi kehendak asal dasar perjuangan parti.

Pernah disebut oleh TG Haji Hadi, macam-macam orang ada dalam PAS dan mereka diterima, dengan syarat mereka kena mengikut cara PAS.

Bila manusia lupa kena diingatkan, bila ada penentangan maka kita perlu berdepan sehingga yang salah kembali kepada kebenaran.

Dalam perjuangan PAS TG Presiden pernah melafazkan bahawa biarlah kita kalah dari kita menggadaikan Islam.

Maka fahamilah bahawa dalam perjuangan Islam tidak ada konsep individu melainkan UMMAH.

Kalau benar (melalui cerita yang didengar) selepas ini ada proses pembersihan, saya amat menyokong, kerana ada diantara ahli PAS yang telah mengibarkan panji-panji ditempat yang salah.

Sahabat seperjuangan, percayalah bahawa setiap perjuangan ada tuhannya, dan PAS berjuang kerana ALLAH. Dan untuk memahami kehendak ALLAH, ulamaklah pemimpin yg sesuai utk PAS. - FB Mohd Hakim bin Lokman.

Rabu, 8 Mei 2013

MCA Bakal Tinggal Kenangan Dalam UMNO

Akhbar The Star muka 4 -8hb mei 2013 memaparkan ramai kepimpinan MCA melepaskan jawatan dalam semua sektor yang melibatkan kerajaan, antaranya JKKP, Lembaga Hospital, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan sebagainya. Seolah-olah seluruh MCA bakal terjadi sesuatu yang amat luar biasa.

Kenapa..?? Semua jawatan semakin di lepaskan oleh mereka.

Apakah yang sebenarnya mahu disampaikan oleh mereka. Adakah ianya memberi kesan positif atau sebaliknya terhadap UMNO dan Najib.

Apa sebenarnya berlaku? Adakah MCA sedang melakukan transformasi atau sebenarnya membebaskan diri mereka untuk memulakan kritikan terhadap Barisan Nasional terutamanya UMNO yang sekarang para pemimpin dan media massa belaan UMNO yang semakin rakus memainkan isu menghentam cina..?

Adakah politik perkauman yang dimainkan UMNO akan makan tuan..?

Cina tetap cina, baik DAP atau MCA,  idealogi politik mereka mungkin berbeza,tapi dari rumpun bangsa yang sama. Kemungkinan MCA bertambah panas telinga dengan keculaparan menghina bangsa cina oleh UMNO.

Tidak mustahil...MCA akan menjadi sejarah bersama UMNO didalam BN, ucapan selamat tinggal BN dari MCA mungkin penamat cerita perkauman yang didendangkan UMNO sekarang....

UMNO BN Orang Pendek Akal - Ahli Parlimen Bukit Gantang (New)

Kenyataan DS Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa PRU 13 adalah tsunami Cina, merupakan kenyataan orang yang pendek akal. 

Sebenarnya inilah modal Umno BN yang menjadi senjata untuk mengekalkan kuasa di dalam PRU 13. Umno sudah tepu idea untuk membangunkan supaya rakyat sejahtera, akhirnya yang ada modal ugutan dan fitnah kepada pihak lawan.
 
BN melalui Biro Tatanegara telah menanamkan dokrin untuk menakutkan pegawai kerajaan dengan fitnah jahat kepada Pakatan Rakyat.


Berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh calon Pas, termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang yang disokong oleh orang Cina. Mereka hanya tolak Umno BN, bukan tolak Melayu.

Umno ketinggalan keretaapi
Isu Melayu terancam menjadi modal Umno kepada Melayu luar bandar yang miskin harta dan maklumat. Umno berjaya memutar belit isu ini kononnya Dap mengancam Islam dan menghina Islam. 


Media Umno berjaya memadamkan penghinaan pemimpin Mca terhadap Islam. 

Seperti kenyataan pemimpin Mca yang menghina Islam, kononnya Islam boleh membawa kemunduran ekonomi, mencerca Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki, mengatakan Datuk Ayub Rahmat (Adun Kemelah Johor) seorang yang gila kerana mencadangkan hudud di Dewan Undangan Negeri. 

Mana bukti..??
Mana pula bukti Dap yang dituduh rasis menghina agama sepanjang Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng perintah Pulau Pinang.

Umno cuba hendak menutup kelemahan mereka menjaga Melayu dengan menuding kepada orang lain. 


Sebab itu Melayu yang berfikir menolak Umno. Kerana pemimpin Umno tidak boleh jawab beberapa persoalan yang menimpa orang Melayu selama 57 tahun merdeka. 

Siapa yang menjadikan orang Melayu terpinggir?. 
Siapa yang menjadikan orang Melayu kurang kerusi di Parlimen?. 
Siapa yang menindas Kelantan ?. 
Siapa yang menjadikan Melayu miskin?. 
Siapa yang menjadi Melayu banyak terlibat dadah?. 
Siapa yang mematikan kuliah agama di masjid?. 
Siapa yang menjadikan Melayu buta jawi?. 

Jawapan ini hanya orang yang berfikir dan cerdik sahaja boleh memberi jawapanya.


Pengundi Cina Tolak BN, Bukan Tolak Melayu.
Idris Hj Ahmad
9/5/13 

YB Khalid Samad Mengaku Kalah Pada 805...??

Apa..??  YB Khalid Samad mengaku Kalah..?

Dah menang kerusi Parlimen Shah Alam dengan mejoriti 10,939 tewaskan calon Spesis Frog Zulkifli Nordin pun ngaku kalah..?? Jangan la camtu YB....hahaha...
."Saya tak tersampai ke Stadium Kelana Jaya. Jalan2 semua dah jam. Minta maaf banyak2. Saya terpaksa mengaku kalah. Tahniah rakyat Malaysia! " -- Khalid Samad (@KhalidSamad)

Oooo....rupanya ngaku kalah sebab tak berjaya ke Stadium Kelana Jaya untuk join sama dengan rakyat perhimpunan “Suara Rakyat Suara Keramat” sebab jam...hehehe...

Memang ramai yang tak berjaya sampai ke Stadium malam tadi, ramai yang terkandas di jalanraya. Terutamanya kat kuanter tol,kalaulah PR menang pada 505 lalu, tentu tak jam sampai camni sebab tol dah tiada...hahaha...




Agong Dan Raja Permaisuri Agong Lawat Datuk Seri Azizan Di Hospital Pulau Pinang


GEORGE TOWN: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun pada Selasa menziarahi bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP).
Baginda berdua diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah, anakanda baginda Tunku Puteri Intan Shafinaz.
Seri Paduka berdua tiba di HPP pada kira-kira 4.50 petang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Azizan dalam wad CCU itu.Azizan, 73, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, dimasukkan ke HPP selepas dikatakan mendapat jangitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas.
Antara pemimpin yang turut melawat Azizan ialah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohamad Salleh Man, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak.
Pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.
Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri Kedah apabila BN memenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.-BERNAMA
Kasihnya SPB Yang DiPertuan Agong kepada Ustaz Azizan yang pernah memimpin Kedah.
Baginda mencemar duli dari Istana Negara menziarahi Ustaz Azizan yang sedang dirawat di Unit Penjagaan Kardiovaskular, Hospital Besar Pulau Pinang sebentar tadi.
Menjunjung kasih Tuanku!

GEORGE TOWN, 8 Mei -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menziarahi bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas (dua, kanan).
Baginda tiba di HPP pada 4.50 petang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Azizan di wad itu. 
Keratan Akhbar  Online mengenai Ust Azizan hari ini


Selasa, 7 Mei 2013

Zambry Mengamuk MCA Tekad Tak Mahu Jawatan di Perak

Satu-satunya wakil MCA di Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Chenderiang pada pilihan raya umum ke-13, Ahad lalu menolak sebarang jawatan dalam kerajaan kerajaan negeri jika ditawarkan.
Calon MCA yang lain semuanya bungkus dalam pru kali ini.

Ini katanya, sebagai tanda menghormati keputusan pucuk pimpinan parti yang diputuskan dalam mesyuarat agung luar biasa parti sebelum ini.

Perwakilan khas MCA sebelum ini mengumumkan untuk tidak menerima sebarang jawatan sama ada di peringkat kampung hingga ke Persekutuan sekiranya parti itu mencatatkan keputusan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008.

“Sebagai orang parti (party man), saya menghormati dan menurut keputusan yang dibuat oleh parti. “Saya tidak akan terima sebarang jawatan dan agenda diri tidak penting, yang penting agenda untuk seluruh masyarakat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, pagi tadi.

Mah yang merupakan bekas Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam menegaskan, beliau akan menumpukan untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di Chenderiang. -Sumber.

** Orangni anggap Tongkat UMNO ialah MCA, MIC dan GERAKAN dah patah dan dah tak boleh pakai selepas PRU13. Sekarang mulalah Umno mengamuk macam orang gila tak cukup tidur. Sana tak betul,sini tak betul,sana salah,sini salah....dan UMNO akan tak mengaku salah,mereka semua betul...yang itu ini salah ialah selain dari UMNO...hahaha.....

Sekarang ini dengar kenyataan yang pelik-pelik dari UMNO,semalam Utusan Malaysia buat tajuk "Cina Mahu Apa Lagi", Tun M pula kata Tsunami Cina tak sokong BN penyebab kemerosotan pada BN, Ali Rustam pula kata macam seolah-olah cina tak kenang jasa sebab tu dia kalah dan Zambry Kadir hari ini menyatakan dia perlukan MCA dalam pentadbiran negeri Perak.

Macam mana ni..?? Dah macam kenyataan orang mabuk orang-orang Umno ni...hahaha...

Orang cina dinegara ini jadi serba salah kerana penyakit gila Umno sekarang . Sebelum ni Umno mahu Orang cina hanya boleh sokong Umno saja. Kalau tolak Umno pada mereka tak kenang jasa. Cina sokong PAS tak boleh. Seolah2 dosa besar?

Awat! umno jaga Melayu ka?. Awat umno jaga cina ka? Awat umno jaga india ka..? Yang dok nampak umno hanya jaga kroni umno saja....!!!

Rais Yatim Tidak Mengundi, BN tidak harus kecewa keputusan PRU13

KUALA LUMPUR - Penyokong Barisan Nasional (BN) tidak harus kecewa dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan.

Pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, BN tidak perlu gusar dengan sentimen yang diwujud pelbagai pihak selepas PRU13.

Beliau berkata, apa yang penting, BN harus menunaikan janji yang dibuat dalam manifestonya.

"Soal angka memang akan sentiasa dimainkan, iaitu 140 kerusi (Parlimen) pada 2008 dan 133 pada 2013" katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiar di saluran Bernama TV malam tadi.

KUALA LUMPUR, 7 Mei -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika menjadi tetamu dalam rancangan Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama 

"BN tidak harus kecewa keputusan PRU13" - Kata Rais Yatim yang tidak mengundi dalam PRU 13....
Sebabnya jarinya tiada kesan dakwat kekal SPR
Baru 3 hari...
SPR kata seminggu baru hilang....hahaha...


Pulak dah..!!! Pengundi Di Tuduh Pembunuh..???

Pengundi Pembunuh...??
Balik kampung untuk bunuh...??
Kes berat ni..!!!
Bunuh..bunuh ni bukan kes main-main....
Aku pun angkat tangan....tak berani,tak suka,tak minat tulis atau tuduh bunuh-bunuh ni...

Semata-mata nak jadikan tajuk hangat untuk tarik pembaca,dikaitkan dengan bunuh-bunuh ni dah kira kritikal la...

Inilah kerja media massa arus perdana yang membodek UMNO BN..sangat bahlol dalam kenyataan...hahaha....

Apa nak jadi..??

Kalau Utusan Malaysia hentam kaum cina dengan tajuk "Apa lagi cina mahu",rupanya Berita Harian pun sama juga....di-katanya"Pengundi balik kampung Bunuh BN".

Kalau dah kalah di Kelantan janganlah tuduh pengundi yang balik mengundi tu pembunuh....sopan la sikit...

Media belaan UMNO BN ternyata jadi sasau sekarang...haha....

Isnin, 6 Mei 2013

PANAS Jom Tengok..!!!! Dakwat Kekal Di Jari Telunjuk Kiri BN yang kontoikan SPR [ Gambar ]

Ini dakwatnya...
Orang kuat SPR kata "Dakwat Kekal"
5 April jari di calit dakwat kekal

PEKAN, 5 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan jari beliau yang telah dicalit dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, dekat sini, hari ini.

PEKAN, 5 Mei -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ceria ketika menunjukkan jari beliau yang telah dicalit dengan dakwat kekal ketika mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah dekat sini, hari ini.

PULAU PANGKOR, 5 Mei -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama isteri Datin Seri Saripah Zulkifli ceria menunjukkan kesan dakwat kekal selepas membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 di Pulau Pangkor di sini hari ini.
Jeng...jeng...jeng....
Lihat jari  telunjuk tangan kiri Rosmah,Najib dan Muhyiddin...
ada lagikah dakwat kekal..??
KUALA LUMPUR, 6 Mei 2013 -- Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat tangan semasa hadir bagi meraikan kemenangan BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini, malam ini. 

IPOH, 6 Mei -- Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melambai ke arah jurufoto ketika keluar dari istana selepas mengadap pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di sini, hari ini. Lihat tangan kiri yang dilambai Zambry,ada kesan dakwat kekal dijarinya...!!!

Adakah benar dakwat SPR itu kekal...????

Tahniah..!!! Calon di Tempat Pertama "PALING KECEWA"

Saya Tidak Akan Lupakan Mereka Yang Mengkhianati Saya 
- Mohd Ali
Juara kategori "PALING KECEWA"
MELAKA: Datuk Moh Ali Rustam yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melahirkan rasa kekecewaan berhubung kekalahannya berkata beliau tidak akan melupakan siapa yang 'menikamnya dari belakang'.
"Saya sangat kecewa apabila mereka yang saya bantu dengan memberikan peluang perniagaan serta menjaga kebajikan mereka mensabotaj saya," kata bekas Ketua Menteri Melaka ini.
Mohd Ali berkata beliau menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka namun dia tidak dapat terima apabila rakan yang telah lama bersahat dengannya memungkiri janji mereka.
Selama 12 tahun menjadi Ketua Menteri, Mohd Ali berkata beliau telah membantu pengundi terutamanya mereka yang memerlukan dana untuk program masing-masing.
"Berdasarkan keputusan pilihan raya, saya mendapati ada kawasan yang pernah saya bantu sebelum ini mengkhianati saya. Saya sangat sedih," katanya.- mStar
Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi.
...............................
Berikut ialah antara mereka yang menyebabkan Najib kecewa

    5 pegawai Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. 

     Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena. 

     Manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. 

     Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. 

     Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.


Zahir Tak Dapat Tolong Cina Taiping, Melayu Tolak Melayu,Cina Tolak BN

Zahir ditolak Melayu Kemunting
Dengan kemenangan mejoriti 887 saja dari calon PAS di Kemunting, Zahir kelihatan amat murung berikutan hanya beliau saja terkonteng-konteng keseorangan  di dalam BN Taiping. 

Tambah menyedihkan Zahir khabranya beliau tidak dapat menolong calon Nyonya cina GERAKAN Tan Lian Ho meraih undi untuk menang. 

Nyonya Tan Lian Hoe kalah teruk di Parlimen Taiping dengan mejoriti 11,745 undi ditangan calon DAP Nga Kor Ming.

Siapa kata orang cina tolak Melayu..?? 

Tan Lian Hoe ditolak Cina Taiping

Mengapa Tan Lian Hoe boleh kalah teruk...Nyonya Tan Lian Hoe ni cina atau jawa atau melayu..?? dan Zahir mengapa pula boleh menang tipis,sedangkan sekitar Taiping pengundi cina tak berapa  ramai berbanding melayu.  

Prestasi Zahir semakin menjuman berbanding calon BN dalam PRU 2004 yang dapat kemenangan mejoriti hingga 4,571 undi. Apa yang berlaku ialah orang melayu Kemunting dari team vateran UMNO tidak suka calon UMNO ini. Melayu tolak melayu...hahaha...

Dan sebenarnya kaum cina hanya menolak calon BN.

Di P60 Parlimen Taiping, N17 Pokok Assam dan N18 Aulong semua calon cina lawan cina,mengapa semua calon BN kalah teruk dan Zahir menang di N16 Kemunting memang kerana disebabkan  undi awal atau tentera di Kemunting.

Andaikata tanpa undi awal dari tentera, Orangni amat yakin Zahir pasti tertungging bersama Nyonya Tan Lian Hoe.

Sebenarnya tsunami konon-nya cina tolak calon melayu dalam PRU-13 tidak timbul,hakikatnya cina hanya menolak calon dari BN...itu saja....hahaha....

Lihat keputusan di Parlimen Taiping:

P60 Taiping : 
Tan Lian Hoe – BN (25,530)
Nga Kor Ming- DAP (37,275)
Menang- DAP dengan majoriti 11,745 undi

N16 Kamunting : 
Mohamad Zahir Abd Khalid- BN (11,784)
Mohamad Fakhrudin Abdul Aziz- PAS (10,897)
Menang- BN dengan majoriti 887 undi

N17 Pokok Assam : 
Ho Cheng Wang- BN (4,855)
Teh Kok Lim – DAP (12,780)
Mohd Yusoff Abdull Hamid – Bebas (192)
Menang- DAP dengan majoriti 7,925 undi

N18 Aulong : 
Soo Kay Ping- BN (7,513)
Leow Thye Yih – DAP (14,843)
Yew Tian Hoe – Bebas (225)
Menang- DAP dengan majoriti 7,330 undi
Mohon BN Taiping cepat-cepat turunkan poster macam skandal antara Zahir dan Nyonya  Gerakan ini dengan segera.
Sebab orang-orang kat Taiping jijik melihat wajah mereka...hahaha...

Mukhriz Suka Tapi Dr Mahathir Sedih


Walaupun  Mukhriz anak lelaki kepada  Dr Mahathir hari ini dah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit.

Namun Dr Mahathir tetap bersedih kerana dua wajah dibawah ini...hahaha.....

Calon PERKASA

Tajaan Dr Mahathir tewas

PRU 13 Sarkas Terbaik Ciptaan BN+SPR

Kalau difikirkan secara logik, BN memerintah berpuluh-puluh tahun. 

Biasanya negara dunia ketiga tidak mengamalkan sistem demokrasi tulen. Memang rakyat dibenarkan memilih kerajaan, tetapi keputusan pilihanraya itu diolok-olokkan.

Inilah cara autokrasi versi lembut. Sekiranya negara dunia ketiga mengamalkan demokrasi tulen, BN tak akan memerintah berpuluh-puluh tahun. 

Apa yang berlaku pada PRU13, ialah sarkas terbaik dari ladang. 

Mana-mana kawasan bertanding yang 100% dimenangi Pakatan Rakyat, keputusannya ditulis 'Pakatan Rakyat menang tipis'. 

Mana-mana kawasan bertanding yang 70% dimenangi Pakatan Rakyat, keputusannya ditulis 'Pakatan Rakyat seri' 

Mana-mana kawasan bertanding yang 50% dimenangi Pakatan Rakyat, keputusannya ditulis 'Pakatan Rakyat kalah teruk' 

Mana-mana kawasan bertanding yang calonnya popular dan mendapat sokongan hebat di media dan di jalanan serta calonnya punyai hubungan ekonomi yang kuat, maka keputusannya ditulis 'Pakatan Rakyat menang' 

Keputusan PRU13 boleh disusun supaya nampak seakan-akan benar + sedikit tak masuk akal. 

Berikut adalah antara sebab2 PR tidak berpuashati pada PRU 13:

a) Begitu banyak kes pengundi hantu yang berjaya dibongkar. 
b) Dakwat kekal yang dijanjikan langsung TIDAK KEKAL! Padahal berjuta2 habis untuk beli. 
c) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah Malaysia! 
d) Setelah DSAI umum PR menang banyak negeri, serta merta banyak pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
e) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen Putrajaya.
f) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam tidak cukup untuk proses kira undi di buat.
g) Negeri Perlis, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan semua BN menang majoriti mudah. Untuk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yang tiba2 mengalami blackout!!
h) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
i) Kertas undi yang dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yang besar !

Rakyat yang waras pasti akan menuntut keadilan !


BN+SPR= sarkas

PRU 13: Sekitar SUK Perak Macam Dijajah Zionis Semalam..??


Suasana cemas berlaku di Perak, lambat keluar keputusan dipusat penjumlahan undi. 

Di Taiping ,Bukit Gantang dan Selama pun lambat keluar,seolah-olah 

ada sesuatu yang agak pelik akan berlaku


UMNO Kemunting melompat gembira di luar dewan MPT apabila 
calon takut bini mereka Zahir  menang.

Walaupun UMNO BN Taiping gagal menewaskan calon Pakatan Rakyat
bagi Parlimen Taiping ,DUN Aulong dan Pokok Assam, UMNO
Kemunting tetap bergembira malam tadi tapi dilihat wajah Zahir
dan orang-orang kuat sekelilingnya macam susah nak senyum. 

Suasana tegang juga berlaku di Dewan Bunga Raya Changkat Jering, 
kerana ramai penyokong UMNO BN berhimpin sehingga 
mengganggu kenderaan atau konvoi yang membawa peti undi 
untuk dikumpulkan di sana. 

Suasan cemas juga berlaku di Kediaman Menteri Besar. Pihak 

media juga cemas terutama media dari akhbar melayu, media cina 
dilihat tidak sabar untuk menyambut berita kemenangan 
tipis senipis kulit bawang bagi BN Perak. 

Cuma dalam suasana tenang itu adalah dua tiga ekor yang 
akhirnya terjerit-jerit suka bila keputusan memihak kepada 
BN dengan keputusan tipis. 

Apakah mereka seronok kerana boleh berada di SUK lagi, 
apa mereka seronok kontrak mereka disambung lagi, apa 
merekaa seronok kerana kejayaan BN, apakah mereka 
berkata kejayaan BN adalah hasil usaha mereka? 

Jika itu jawapannya ternyata mereka silap kerana BN Perak 
gagal menang 2/3 dan mereka jangan bangga lah dengan 31 kerusi. 

Sebilangan ahli UMNO yang setia masih bersedih dengan 
keputusan malam tadi, bagaimana ada juga  ahli UMNO  
boleh selamba badak seronok bagai nak rak..? 

Orangni dan crew yang berada di berhampiran SUK 
pada awal pagi melihat bagaimana bangunan sekitar 
SUK dikawal dan dikepong dengan amat ketat dari dihampiri 
oleh mana-mana pihak. 

Seperti sekitar SUK Perak  semalam ibarat di-jajahan 
pihak zionis setelah dirasmikan SPR  BN Perak menang 
tipis.

Semua laluan masuk ke SUK ditutup oleh pihak Polis, 
hinggakan petugas bagi Pakatan Rakyat hendak memasuki 
bangunan sendiri pun tidak dibenarkan. 

Sedangkan bangunan PAS,DAP dan PKR adalah bangunan 
berasingan dengan SUK Perak. 

Mengapa mereka harus takut petugas PR masuki premis sendiri..??