Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Sabtu, 1 September 2012

18SX: Sambutan Merdeka 55 tahun Sarawak Hebat dan Besar...?

SIBU - Kehadiran pemenang pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik London, Pandelela Rinong Pamg pada sambutan hari kemerdekaan ke-55 peringkat negeri di sini tahun ini membawa keceriaan di kalangan 10,000 peserta di dataran bandar ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib adalah antara yang hadir....

Kehebatan sambutan peringkat negeri Sarawak kerana rakyat dapat bersama Pandelela dan Besar sambutan ini disebabkan Pehin Taib bawa bininya dari Lubnan yang hebat dan bertambah besar gila rhupanya.....hahaha..... ( jangan terlebih besar tafsiran....hahaha...)


Tokey Lembu Wanita UMNO mula me'ngemoooooh pasal calon PRU 13

Tokey Lembu Wanita UMNO tak lain dan tidak bukan di negara ini ialah mantan Menteri Pembangunan Wanita Sharizat Jalil mula me'ngemooooh bersuara pasal mahukan calon wanita tidak dipinggirkan dari diberi peluang bertanding dalam PRU 13 nanti.

Sharizat nampaknya merayu macam gaya lembu kesedihan tak makan rumput seminggu dengan air liur meleleh-leleh...hehehe... Sharizat masih berharap dia dicalonkan lagi bertanding...itu saja motif utamanya. Mungkin dok bayangkan projek-projek lembu yang akan dibuat jika dapat tempat lagi diberi kuasa...hahaha...

Sementara itu, Shahrizat berkata pihaknya telah mengemukakan senarai nama calon wanita di Melaka yang berpotensi untuk diketengahkan kepada Presiden Umno  Najib Tun Razak.  

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.   

"Calonnya adalah rahsia, tetapi kita telah serahkan senarai yang agak panjang kepada Presiden Umno supaya beliau ada pilihan," katanya.


Senarai hadiah umpan Najib dihimpunan 55 tahun Merdeka

Berikut adalah senarai hadiah umpan atau upah dari Najib untuk rakyat ke program 55 tahun Merdeka Janji DiCapati yang berlansung di Stadium Bukit Jalil.

Semua hadiah ini konon-nya disediakan oleh penyumbang, samada penyumbang itu benar atau tidak ataupun dipaksa sumbang,semua itu adalah umpan dan upah dari Najib untuk meramaikan majlis...kalau tiada semua ini,alamatnya tak penuh la stadium..hahaha....

1. Sebuah Proton Preve (sumbangan Yayasan Al-Bukhary)
2. Sebuah Chevrolet Cruze (sumbangan Naza Motor)
3. Dua tiket penerbangan MAS Kuala Lumpur-London/London-Kuala Lumpur (sumbangan sumbangan Khazanah Nasional)
4. Dua tiket penerbangan MAS Kuala Lumpur-Sydney/Sydney-Kuala Lumpur (sumbangan Khazanah Nasional)
5. Sebuah Motor Vespa Naza (sumbangan Naza Motor)
6. Sebuah Motosikal 125cc (sumbangan Naza Motor)
7. Empat buah Motosikal Modenas (sumbangan Yayasan Al-Bukhary)
8. Tiga buah telefon pintar Blackberry (sumbangan Celcom)
9. 10 unit Basikal Fixie (sumbangan Tenaga Nasional Berhad)
10. 50 unit Huawei Tablet (sumbangan Axiata)

- SH

Kereta,tiket kapal terbang,motorsikal,basikal,handphone....semua ada... Sejadah,kopiah,telekung dan tasbih je yang tak mungkin disenaraikan...

fuh..!!! Berapa ratus belas ribu ringgit le dihabiskan untuk dijadikan umpan dari Najib ni...hehehe... malas aku nak kira..kalau korang rajin kira la...hehe...

*** Sumbangan terbesar Najib ialah menyebabkan ramai yang hadir tak solat,bercampur gaul antara lelaki dan wanita,program penuh dengan tarian dan nyanyi serta memperlihatkan jambul Rosmah kepada ratusan ribu di stadium.

Kartunis UMNO seorang yang amat penakut

Terdesaknya Parti Setan...Komik "Janji Tepati Daripada PM Untuk Rakyat" pulak diedarkan....!!!!

Pengedaran komik misteri TANPA NAMA PELUKIS dan TANPA NANA PENERBIT pada himpunan Hari Merdeka semalam menimbulkan tanda tanya memandangkan sambutan itu sebelum ini diuar-uarkan sebagai program yang bukan bersifat politik.

Sudah beberapa versi komik kartun begini dikeluarkan disetiap program rasmi Najib yang memang sah dari kartunis yang membodek Najib,namun dalam semua keluaran komik-komik tersebut tiada sebarang nama pelukis dan penerbit, komik ini aku samakan dengan kertas tandas yang tiada nama...hahaha..

Komik setebal 20 halaman bertajuk "Janji Ditepati Daripada PM Untuk Rakyat" itu sarat dengan komik yang memuji inisiatif kerajaan dan juga kandungan yang menyindir pembangkang secara tidak langsung.

Ia dikesan diedarkan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum acara utama yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermula pada sebelah malam.

Apa punya penakut kartunis UMNO...nak taruh nama pun tak berani,macam tak ada te... ka..?? Hahaha....

Berlainan dengan kartunis Pakatan Rakyat,seperti Zunar... Tarak takut ma...hahaha...


Jumaat, 31 Ogos 2012

Seorang maut disondol Seladang Perak

IPOH - Hasrat tiga sekawan menghabiskan cuti Hari Kemerdekaan bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat 'disondol' seladang di Hulu Air Pasir, Banding, Gerik dekat sini, malam tadi.

Kejadian itu berlaku ketika Musa Ismail, 56, bersama rakannya, Isa Abdullah, 24, dan Mohd Sharifudin A Manas, 35, dipercayai masuk ke Taman Negeri Royal Belum, tanpa kebenaran, melalui 'lorong tikus' kira-kira jam 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Bahrum berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki berkenaan masuk ke hutan tersebut melalui jalan di Kilometer 68.4 Jalan Raya Timur Barat untuk melakukan aktiviti memancing dan memukat ikan.

Musa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di perut.

Isa pula patah kaki dan tangan kiri manakala Mohd Sharifudin tidak mengalami sebarang kecederaan.

- SH

*Gambar sekadar hiasan


Memang benar himpunan Janji Bersih GAGAL

6 Kegagalan Janji Bersih pada malam 31 ogos 2012 yang aku kesan.

1- Penganjur Janji Bersih gagal sediakan tambang buat yang hadir
2- Penganjur Janji Bersih gagal sediakan hadiah kereta macam Najib
3- Penganjur Janji Bersih gagal sediakan baju percuma buat peserta
4- Penganjur Janji Bersih gagal sediakan pengankutan percuma
5- Gagal sediakan Capati...
6- UMNO gagal arahkan Polis,DBKL dan PERKASA bikin provokasi...hahaha...

** Jika ada apa-apa tambahan kegagalan sila paparkan...aku tak kisah...hahaha....


SEJARAH 55 tahun 1 hari Merdeka Janji DiCapati: Bas Merdeka Rakyat diserang

Tak sampai 24 jam selepas bas khas yang dibiayai Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim memulakan siri menjelajah lima negeri, bas tersebut telah disimbah cat merah dan dibaling batu!Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam mesej di Twitter menyatakan:

Bas Jelajah Merdeka Rakyat DiserangPada awal pagi tadi sekitar jam 5 pagi, bas Jelajah Merdeka Rakyat yang kini dalam rangka perjalanan ke Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis telah diserang berdekatan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.Menurut kemaskini Twitter oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, cermin bas tersebut telah dipecahkan dan cat merah disimbah pada bas tersebut.

Insiden ini disyaki didalangi oleh samseng upahan.Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu sebentar tadi dan pihak polis telah memberi jaminan akan menjalankan siasatan segera berhubung insiden ini.Susulan dari itu, satu sidang media khas juga akan diadakan pada jam 11 pagi ini di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.PEJABAT DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM




7.9 magnitude quake strikes east Philippines, tsunami alert lifted (Update)

PETALING JAYA: A tsunami warning has been lifted for Japan, Taiwan and a number of Pacific island countries but remained in effect for the Philippines, Indonesia and Belau following a 7.9 magnitude earthquake on Friday off the Philippines.

The Pacific Tsunami Warning center issued the updated warning, which also kept a number of areas of the Pacific on watch for a potential tsunami following the quake.

The quake hit the sea area east of the Philippines triggering the tsunami warning for the archipelago, Indonesia, Taiwan and Japan.The US Geological Survey said the quake had a depth of 34 kilometres (21 miles) and hit at 8:47pm (1247 GMT) some 139 kilometres east of the city of Sulangan, eastern Samar.

- TheStar

Melayu UMNO membazir 800 biji telur serta 40 kilo tepung dan gula dibulan Syawal

KUANTAN –Konon-nya dalam usaha menyemarakkan lagi semangat cintakan negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, warga Imperia Academy of Tourism dekat sini, hakikatnya inilah pembaziran yang dilakukan dibulan Syawal yang mulia.

Mereka konon berjaya menghasilkan kek Jalur Gemilang dianggap terbesar di negeri ini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Imperia Academy of Tourism, Zahar Ali berkata, penyediaan kek kemerdekaan seberat 96 kilogram, 4.7 meter panjang dan 0.5 meter lebar ini sekali gus menampakkan Hari Kemerdekaan tidak diabaikan dan amat diraikan.

*Tapi tahukah mereka masih ramai rakyat dikawasan pendalaman yang hidup melarat dalam kehidupan..?? Inilah agaknya wasathiyyah Ala UMNO...

“Projek ini merupakan cadangan dan usaha pelajar sendiri yang ingin menyambutnya dalam semangat yang sedikit berbeza dan secara tidak langsung kami dapat menerapkan erti kemerdekaan.“Menariknya juga kami sudah memulakan pembuatan kek secara bergotong-royong bermula tiga hari lalu (Selasa).

**Bukankah bagus sekiranya mereka bergotong royong bantu rakyat yang memerlukan,dek kerana nak bodek mereka sanggup membazir.

“Sebanyak 40 kilogram tepung dan gula digunakan dan lebih 800 biji telur bagi menyiapkan kek Jalur Gemilang yang mengambil masa selama lebih 4 jam untuk menyempurnakan dekorasinya,” katanya kepada pemberita di Semporna Resort, semalam.

***Membazir adalah sahabat Syaitan...maka tidaklah hairan mantan PM Tun Mahatdir berkata lebih baik Syaitan yang anda kenal dari Malaikat yang anda tak kenal...


Orang UMNO belasah Orang Kuat UMNO Perak di rumah MB?

Dalam suasana syawal yang masih dirasai oleh semua umat Islam dinegara ini,semangat kunjung mengunjung antara satu sama lain mengeratkan lagi tali silaturrohim. Sambil bersua muka,bersalaman, bertanya khabar dan ditambah pula dengan sembang santai bercerita macam-macam cerita.

Dari cerita itu ini begitu begini,kisah politik tanahair juga menjadi topik hangat dikala bertemu rakan sahabat..hahaha...

Apa yang agak menarik dan mengejutkan kisah yang aku terima dari salah seorang rakan bernama Abu Fuad ( Bukan nama sebenar...hehehe..) Beliau mendakwa mendapat berita kisah seorang orang kuat Zambry dibelasah dirumah rasmi kediaman Menteri Besar, katanya orang kuat Zambry tersebut dilempang dan ditumbuk kerana satu perbalahan tidak puas hati oleh sebab kuasa orang kuat Zambry tersebut mengatur semua lawatan Najib dan Mahuyddin dinegeri Perak sejak kebelakangan ini semuanya di Ipoh dan dilokasi tempatnya saja.

Patutlah ramai rakyat Perak ada perasan termasuk aku, kerap sesangat PM dan TPM ke Ipoh dan ke kawasan lembab ni...hehehe... ( korang kena cari sendiri kawasan lembab diPerak...hahaha...).

Kejadian ini didakwa Abu Fuad berlaku didalam bulan ramadan baru-baru ini. Namun kes ini menjadi rahsia dikalangan orang UMNO sendiri,hanya segelintir yang tahu.

Aku dan beberapa rakan ada juga follow up cari info kesahihan cerita ini,ada juga yang mengesahkan ini adalah cerita benar dan kes belasah antara orang UMNO memang biasa terjadi,tambahan pula di Perak yang mana sokongan rakyat terhadap UMNO amat merosot sekali..hahaha...

Setiap kawasan di Perak ketua UMNO Kawasan  bertungkus lumus berlumba hendak Najib bertandang kekawasan mereka,kalau anda semua perasan sejak Zambry menjadi Menteri Besar Mahkamah diPerak ini, Najib tidak pernah datang ke Pulau Pangkor, DUN yang dimenangi Zambry dalam siri lawatan Najib ke Perak selama ini. Hanya di Ipoh dan kawasan lembab saja menjadi lokasi lawatan Najib,sebab diatur oleh orang kuat Zambry yang dah terima debik dari rakan se UMNOnya....hahaha....

Khamis, 30 Ogos 2012

Aku harap DS Nizar janganlah bikin Janji DiCapati

Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd membayar gantirugi kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan ke atas penerbit akhbar tersebut pada Julai lalu.

Alhamdulillah!!! Syukur kepada Allah SWT dengan Keizinannya memenangkan kes DS Nizar Jamaluddin.Syabas buat DS Nizar diatas kemenangan UJIAN yang beliau hadapi, dan akhirnya KEBENARAN dan KEMENANGAN berpihak kepada beliau.

Khabarnya DS Nizar dah janji dengan penduduk Bukit Gantang...?? DS Nizar janji beliau untuk menyembelih KERBAU khusus di-Parlimen Bukit Gantang untuk mengadakan KENDURI kesyukuran jika menang dalam kes saman fitnah ini.

Dalam pertemuan DS Nizar dengan penduduk  di parlimen Bukit Gantang, beliau DS Nizar  menyatakan akan saman fitnah syarikat Utusan dan TV3 ,setiap satu RM 50 juta dan DS Nizar juga berjanji akan buat kenduri sembelih kambing,di Taman Kuning Sari dan sembelih kerbau dalam Ceramah Merdeka 8 Ogos lalu.  

Jadi penduduk Bukit Gantang bolehlah menunggu jemputan daripada pihak DS Nizar ,atas kejayaan saman ke atas fitnah utusan  itu...harap-harap janji Nizar tidak  sekadar janji dicapati...hehehe...