Pengikut

Jumaat, 21 September 2012

PRU 13 Biar Najib Ikut Pakatan Pula

Umno telah menetapkakanPersidangan Agung Umno 27November hingga 1 Disember 2012, kemungkinan PRU mungkin tahun hadapan walau pun angin bertiup kencang tarikh PRU 13 dalam bulan November.

Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno terpaksa berbuat demikian apabila Selangor telah membuat keputusan tidak akan bersama dengan kerajaan Pusat.

Sekarang biar Najib pula ikut tarikh Pakatan Rakyat.
Tindakan yang diambil oleh kerajaan Selangor satu tindakan yang bijak, untuk mengajar pemimpin Umno seperti Najib yang cuba hendak bermain teka teki dengan rakyat mengenai tarikh pilihanraya. 

Semua rakyat tahu Najib bimbang hendak bubar Parlimen kerana tidak yakin boleh menang dan masalah dalaman Umno seperti berebut hendak jadi calon, sabotaj calon.

Ini menyebabkan tarikh pilihanraya masih tidak ditemui lagi.Najib juga sedar bahawa Selangor adalah idaman beliau, kebetulan beliau sendiri Pengerusi Perhubungan Umno. Apa cara sekali pun Selangor mesti ditawan oleh BN di dalam PRU akan datang.

Sebab itu BN tidak berapa ambil kisah negeri-negeri PR yang lain. Memerintah Selangor sama seperti memerintah Malaysia, kerana Selangor menyumbang hampir 21 peratus kepada kerajaan pusat. 

Apabila Selangor jatuh ke tangan PR, segala teori yang di uar-uarkan BN sahaja boleh mentadbir tertolak.

Selangor telah buktikan simpanan meningkat daripada RM400 juta (2008) kepada RM1900 juta walaupun banyak wang dihabiskan untuk program merakyatkan ekonomi. 

Idris Hj Ahmad
AJK PAS Pusat
21 Sep 2012

Khamis, 20 September 2012

Rosmah pecah tambung lagi sebab jam RM350,000

Kita bercerita lagi tentang kemewahan Rosmah Mansor, isteri PM terglamour seantero UMNO..hehehe....

Terkini koleksi yang jam tangan yang dipakai Rosmah dalam satu majlis yang dihadirinya di Vietnam berjaya dirakam lense kamera.

Dikatakan harga jam tangan yang dipakai oleh Rosmah Mansor dikatakan bernilai antara £70,000 - £100,000. Dan harga tersebut tidak termasuk duit import lagi.

Jam Rosmah Mansor (Gambar) Jam Tangan Rosmah Mansor LIMITED EDITION (Bernilai RM350,000 RM500,000)??

Jenama Franck Muller merupakan salah jenama yang telah menghasilkan antara jam tangan paling mahal di dunia yang bernilai USD2.4 juta.

Persoalannya bagaimana beliau boleh berbelanja mewah seperti ini?

Bagaimana Rosmah Mansor masih mampu meneruskan tabiatnya sehingga mampu memililki satu lagi barangan mewah (jam tangan berjenama Franck Muller) selepas berjaya melakukannya ketika memiliki cincin bernilai RM24 juta sebelum ini.

Banyak sangatkah pendapatan seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia sehingga berjaya menampung perbelanjaan mewah isterinya selama ini? Adakah ada lagi “Pendapatan Sampingan”?

Walaubagaimanapun, carian kami untuk rekabentuk seperti yang dipakai oleh Rosmah Mansor tiada dalam senaraian jenama Franck Muller, besar kemungkinan ia cukup ekslusif dan direka khas untuk Rosmah Mansor.

oleh:laniismaa

** Berapa banyak tabung yang dimiliki Rosmah..?? Mungkin Najib pun tidak tahu,sebab tak berani tanya kat Rosmah...hahaha....


Rabu, 19 September 2012

Bukti DAP dikalah teruk dan UMNO menang besar

Gambar carta dibawah ini membuktikan DAP kalah teruk dan UMNO menjadi juara....hahaha...

Sumber: FB


Pengawal keselamatan larikan RM1.2juta setelah tembak rakan sekerja

Taiping – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.

Gambar dibawah : ANGGOTA polis memeriksa sebuah van keselamatan yang terlibat dalam kejadian samun dan bunuh di Taiping semalam.

Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada.

Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang.

Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka.Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.

Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di talian 05-829 1222. -Kosmo 


Isnin, 17 September 2012

Ramai ibubapa menderita sebab Netbook 1Malaysia

Mohd Pauzi menunjukkan Netbook 1Malaysia milik anaknya yang terpaksa dibaiki.TEMERLOH – Entah di mana silapnya, berdozen Netbook 1Malaysia yang diedarkan kepada pelajar di daerah ini terpaksa dihantar ke kedai komputer untuk dibaiki atas pelbagai kerosakan.

Ada antara ibu bapa yang ditemui kecewa kerana hanya sempat menggunakan produk itu dalam tempoh seminggu, malah lebih teruk ada yang mendakwa langsung tidak boleh menggunakannya sejak diterima tiga bulan lalu.Mohd Pauzi Abdul Ghani, 32, dari Bandar Bera, berkata, dia sedikit terkilan apabila dimaklumkan anaknya, netbook berkenaan langsung tidak boleh digunakan.

Menurutnya, netbook yang diterima anaknya dalam satu majlis pengagihan Jun lalu itu cuba dihidupkan, namun langsung tidak boleh berfungsi.“Saya sedikit terkilan kerana sudah membeli modem untuk mengakses internet tetapi netbook pula rosak, saya hantar baiki pada 19 Jun lalu dan hari ini baru siap dibaiki,” katanya sewaktu mengambil semula netbooknya di salah sebuah kedai komputer, di sini.

Mohd Pauzi berkata, sebagai bapa penerima, dia tidak menafikan sumbangan kerajaan dalam membantu pelajaran anaknya, tetapi sedikit terkilan apabila produk yang dibekalkan tidak berkualiti.

“Saya takut benda-benda macam ini dimanipulasikan pihak tertentu, mungkin pembekal sendiri tidak mengetahui produk mereka tidak berkualiti, tambahan pula ia diedarkan dalam kuantiti yang banyak dari kilang," katanya.Mohd Pauzi berkata, dia dimaklumkan memang ramai ibu bapa yang mengeluh mengenai produk itu kerana ada yang baru pakai seminggu sudah rosak.

Sementara itu seorang lagi bapa, Wahid Ahmad Salleh berkata, anaknya juga langsung tidak sempat menggunakan netbook tersebut.“Anak saya punya pun sama, dapat dalam keadaan sudah rosak, terpaksa hantar ke kedai untuk dibaiki,” katanya.

Sinar Harian yang melakukan tinjauan selama setengah jam semalam turut mendapati dalam tempoh itu tiga pelanggan datang ke kedai semuanya berkaitan netbook yang rosak.

Sinar Harian dimaklumkan kebanyakan ibu bapa menghantar netbook yang rosak pada Jun lalu iaitu selepas menerima pengagihan secara berkelompok di salah sebuah sekolah, di sini.

Menurut pekedai, ada juga ibu bapa yang marahkan mereka sedangkan mereka langsung tidak mengetahui hujung pangkal produk itu.“Kami hanya bantu orang ramai, kebanyakan netbook yang dihantar mengalami masalah hardisk, motherboard dan screen rosak,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memastikan produk dibekalkan itu berkualiti supaya tidak menyusahkan orang ramai.“Kita akan usahakan penyelesaian isu ini kerana kita tidak mahu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi bebanan pula kepada ibu bapa apabila produk tidak berkualiti,” katanya.

- Sinar Harian


Ahad, 16 September 2012

UMNO Kalah, Biar PAS Jaga Melayu

PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU 13 inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib.

Beliau selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh jaga Melayu. Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat.

Bukti Pas boleh ganti Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada hutang BN tinggal sebanyak RM718 juta.

Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada nombor 6. 

Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini. Bukankah Umno yang menghilangkan 1,3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka.

Umno yang sekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK 6). Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?. Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.

Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya Dap yang akan dominan dalam PR. Manakala Sow Lek Presiden Mca bila bercakap dengan orang Cina, kata Pas yang akan menguasai PR.

Mana satu yang benar? Atau kedua-dua pembohong besar.Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu.

Dap diajadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam. Walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu, yang menangis ialah kontraktor Umno yang menjadi broker dan makan komisyen.

Faktanya kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri.

Ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012).

Hampir lima tahun Dap yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau. diroboh.

Sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi , Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup. Masjid Bujal Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang di runtuh.

Idris Hj Ahmad
16/9/12