UAI

UAI

Pengikut

Khamis, 10 Mac 2011

PKR Desak Gobala Disiasat, UMNO BN Bakal Tumbang Dengan Sendirinya


Kuala Lumpur: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat mengenai kemampuan kewangan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menjelaskan bayaran pajakan tanah di Kelantan bernilai RM1.4 juta.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa, pihaknya mempunyai bukti berupa dua salinan cek Hong Leong Bank masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Januari 2011 dan RM701,250 bertarikh 15 Mac 2011.

Menurut Saifuddin, kedua-dua cek berkenaan bagi menjelaskan bayaran pajakan tanah seluas 40.47 hektar di Lojing, Kelantan di antara syarikat milik Gobalakrishnan iaitu Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad.

"Adalah aneh secara tiba-tiba Ahli Parlimen Padang Serai dapat menjelaskan bayaran berkenaan sejurus selepas keluar parti dan berterusan menyerang PKR.

"Dari mana sumbernya, siapa yang bermurah hati menolong, urusniaga apa yang dilakukan beliau hingga memungkinkan wang sebanyak itu diperolehnya?

"Januari dan Mac adalah kemuncak tempoh serangan, kecaman dan fitnah Gobalakrishnan terhadap PKR dan ketika ini jugalah beliau secara tidak semena-mena mampu membayar RM1.4 juta untuk bayaran tanah ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Gobalakrishnan mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada 29 Januari lalu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu yang dianggap gagal menyelesaikan masalah kaum India.

Selain itu Saifuddin mendakwa, PKR mengesyaki pengkhianatan beberapa Ahli Parlimennya yang bertindak keluar parti adalah atas dorongan habuan lumayan.

Sementara itu, pada sidang media berasingan, Gobalakrishnan menafikan menerima wang berjumlah RM1.4 juta seperti yang didakwa Saifuddin.

Malah beliau turut bersedia disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan.

"Saya sedia untuk disiasat pada bila-bila masa. Saya tidak pernah menerima apa-apa bayaran berjumlah RM1.4 juta daripada mana-mana pihak seperti yang dikatakan mereka.

"Anda boleh periksa tandatangan saya, malah saya tak ada tunaikan apa-apa cek lagi pada tahun ini," katanya.

Menurutnya lagi, syarikat Embun Megah Sdn Bhd yang dimaksudkan Saifuddin bukan miliknya.

"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya," katanya. -mstar

Kita tidak tahu berapa juta yang sebenarnya telah digunakan oleh UMNO BN untuk membeli ahli-ahli parlimen dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat semenjak peristiwa "Rampasan Perak".

Maka tidak hairan laporan-laporan ada ADUN-ADUN melompa ini tiba-tiba menjadi "jutawan segera" yang mampu berbelanja mewah.

Itu baru YB-YB. Di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil pula jutaan ringgit lagi digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk pembelian undi dan sogokan tertentu bagi mendapatkan kemenangan.

Kesemuanya itu sebenarnya bakal menghancurkan UMNO BN sendiri kerana ia adalah kemenangan palsu yang bukan bertunjang kepada sokongan sebenar hati nurani rakyat.

UMNO BN bakal bangkrapkan dirinya dan negara dan UMNO BN bakal tumbang dengan sendirinya tanpa perlu dilawan oleh sesiapa. Demikian Hukum Alam. Hanya menunggu masa!

BN perkuda media untuk menang


PARIT BUNTAR, 10 Mac: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim (gambar) menyifatkan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai memalukan diri sendiri kerana menganggap kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak realistik.

Beliau mengulas kenyataan Rais yang mengatakan Nik Aziz tidak realistik dengan menyatakan media yang berat sebelah adalah punca kekalahan calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau pada Ahad lepas.

“Rais perlu bersikap lebih realistik dalam membuat sebarang penilaian, jika benar Malaysia adil dalam pengamalan kebebasan media, beri laluan kepada wakil parti Pakatan Rakyat membuat liputan media sepertimana BN diberi liputan meluas oleh media RTM dan lain-lain stesen tv," katanya.

Tambahnya, BN takut hilang kuasa serta jawatan, maka dengan alasan gila kuasa itu, rakyat yang menjadi mangsa.

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Rais sebetulnya yang memperkudakan RTM dan lain-lain serta media cetak untuk memastikan BN terus menang.

“Dakwaan Menteri Besar Kelantan benar dan berasas, kita ada bukti, jika tidak mengapa indeks kebebasan media negara kita sama dengan Zambia?” soalnya.

Katanya, jika rakyat membuat keputusan di kertas undi berdasar maklumat yang menyeluruh, BN pasti sudah lama tersungkur.

“Saya ulangi sekali lagi, indeks kebebasan media telah meletakkan Malaysia berada dalam tahap not free, lalu isu ini telah terjawab dengan sendirinya.

“Beri kebebasan media yang mutlak adalah punca kehancuran BN, dan sekat kekebasan adalah survival BN di Malaysia, maka dengan fakta ini rakyat diharap boleh berfikir secara bijak,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyatakan, Pakatan boleh membuktikan, di Lembah Klang, rakyat telah menolak BN kerana maklumat melalui media baru facebook, twitter dan blog membangun dengan pesat dan sampai kepada rakyat.

“Selangor BN tewas, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pun BN tewas teruk,” jelasnya lagi.

Di Selangor Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Negeri, begitu juga di Wilayah Persekutuan yang mana Pakatan Rakyat menguasai kerusi-kerusi parlimen, DAP 5 kerusi, PKR (4) dan PAS (1), BN hanya Zulhasnan Rafique yang mewakili Setiawangsa.

“Oleh sebab itu, BN akan cuba apa cara sekali pun untuk bertahan termasuklah menyebarkan fitnah, bohong rakyat, perudi rakyat serta perkuda jentera kerajaan untuk kepertingan survival parti BN.

“Jika dibiarkan BN berkuasa , lama-lama rakyat semakin susah, yang senang lenang siapa?

“Sudah pasti pemimpin BN dan kroninya,” katanya.

Rabu, 9 Mac 2011

Wujud Pejabat FLOM Untuk Bantu “Tugas” Rosmah?


Setelah didesak berkali-kali, barulah Datuk Seri Nazri Aziz mengakui kewujudanDivisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM).Namun, jawapannya agak “mengelirukan” kerana kenyataannya bahawa 6 orang pekerja di divisyen FLOM tersebut adalah dipinjamkan dari Jabatan Perdana Menteri untuk membantu “tugas” Datin Seri Rosmah Mansor. Maklumat lanjut ada di bawah.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui kewujudan Divisyen Wanita Pertama Malaysia (FLOM) tetapi berdolak-dalik dengan mengatakan pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) hanya dipinjamkan untuk membantu ‘tugas’ Datin Seri Rosmah Mansor.Beliau berkata, mereka yang ditugaskan itu bagi kerja-kerja sementara itu adalah kakitangan yang diambil bertugas di Pejabat Perdana Menteri.

“Tiada kontrak atau kakitangan tetap ditugaskan khusus kepada isteri perdana menteri, sebaliknya pegawai dari jabatan itu dari semasa ke semasa ditugaskan bagi membantu beliau,”

Nazri kemudian memberi alasan senarai enam pegawai FLOM pada direktori JPM dikeluarkan dari laman sesawangnya kerana ia sedang dikemas kini, kononnya bagi mengelakkan kekeliruan.Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan tambahan daripada Anthony Loke (DAP-Rasah) berhubung mengapa divisyen FLOM disenaraikan jika tiada divisyen seumpama itu ditubuhkan.

Sementara itu, HarakahDaily melaporkan, kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.Perkara itu diakui Nazri dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

Rombongan ke bandar Riyadh, Muscat dan Dhaka itu juga mendapat kelulusan Jemaah Menteri.Isu lawatan Rosmahsebelum ini menjadi pertikaian banyak pihak ekoran didakwa melangkaui bidang kuasa menteri berkaitan yang hanya menjadi peserta rombongan.Turut dipertikaikan, kos yang ditanggung kerajaan di saat rakyat berdepan pelbagai tekanan ekonomi.

Masalahnya sekarang ini, siapa yang melantik beliau dan memberikan “tugas”? Yang tugasnya itu kadang-kadang melampaui kuasa Menteri sendiri? Nampak sangat janggal di situ.Kami bukanlah nak anti sangat dengan “First Lady Of Malaysia” ni, tapi berbanding dengan isteri Mantan Perdana Menteri, yang lain semua “ikut belakang suami, tapi yang ini jalan dulu”.

Selasa, 8 Mac 2011

Harga RON95 perlu dikaji semula


KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

Terima Kasih Melayu, Sebab Kamu, Petrol Hendak Naik Lagi

Hah! Macam ada ura-ura sahaja petrol hendak naik. Dengan alasan periuk. Hendak naik sebab harga minyak sedunia naik. Naik hingga 100 US dollar setong. Lebih kurang RM300 setong. Hamba tidak sangka pula pakar ekonomi di Malaysia ini akal tidak cerdik belaka. Kita jual minyak, harga pula naik, maksudnya kita dapat untung lebihlah. Tetapi yang pelik ke tahap gabannya, harga minyak yang dijual kepada rakyatnya pun naik. Bertambah-tambah untunglah. Amboi-amboi, senangnya kerja mencuri duit rakyat untuk dapat untung berlipat ganda.

Terima kasih banyaklah kepada pengundi Melayu yang akal tak kecapaian kerana masih mengundi cap dacing. Kerana kamu semua kelabu mata dengan rasuah, kerana kamu jahil agama dengan berakidahkan hidup melayu, maka bertambah suka hatilah bn hendak menaikkan harga petrol sesuka hati mereka. Padan muka melayu.

Lain kali, jika hendak capai akal geliga, bacalah Harakah, bacalah Siasah, bacalah HarakahDaily, bacalah Tranungkite, bacalah blog-blog mesra Pakatan Rakyat, bacalah blog hamba, jangan dok asyik baca utusan meloya, berita hairan, blog umno apco yang cap ayam, yang suka sangat buat perkara haram jadah fitnah. Lebih-lebih lagi, jangan dengar kata Brahim Ali cap katak itu, dia itu memang katak serupa Zulkifli nordin yang penipu do'oh itu.

Cuba-cubalah jangan malu-malu dengan akhbar-akhbar picisan parti bukan bn. Beranikan diri untuk mendengar ceramah PR. Kita tiada maki hamun seperti yang selalu digembar-gemburkan oleh umno. Penceramah PR bukannya ummi hafilda siderhaka kepada ayah kandung.

Jika melayu masih tidak berubah juga, jangan salahkan PR jika Malaysia akan hancur lumat kerana rasuah yang berleluasa sehingga kerajaan menjadi papa kedana.....

Isnin, 7 Mac 2011

INDAH 1MELANA


ndah-nya konsep 1Melana..
IFF penuangnya Bik Mama Al-buaya..
Fesyen terdedah menjolok mata..
Inilah yang teramat Tok Najjib suka..

Indah-nya konsep 1Melana..
Melayu Umno Cina MCA sama serupa..
Tak kira jantina dibalun sama..
Nak peluk cium tanpa curiga..

Indah-nya konsep 1Melana..
Islam dijaja padanya nama..
Shahrizat dan Ah' Apek berpeluk suka..
Jamil terdiam..Mashitah mungkin terbuta..

Indah-nya konsep 1Melana..
Cikgu Mala di-cela Si Soi Lek celaka..
Kerna sarung tangan punya cerita..
Rupanya beginilah wajah-nya 1Melana..

-Madzam