Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Sabtu, 4 Ogos 2012

Janji DiTepati harga simen meningkat tinggi

Bagi menterjemahkan maksud slogan "Janji DiTepati" yang dipekik melolong UMNO BN sekarang ini,maka sekarang ini didapati harga sekampit simen dipasaran negara ini telah naik. ( kalau tak percaya...korang p la beli simen sekarang...hahaha...)

Dahulunya para pembekal simen dikedai-kedai hardware seluruh tanahair membelinya dari kilang sekampit RM17.00 dan sekarang dikatakan dinaikan RM17.75 sekampit.

Itu harga dikedai hardware RM17.75, maka harga yang bakal para pembeli terima seperti para kontrator
Kelas F yang selalu mendapatkan bahan simen pasti akan meningkat lagi harganya.

Sebab-sebab kenaikan harga bahan simen ini tidak pula diberitahu apa puncanya kenaikan ini berlaku.

Inilah penterjemahaan yang tepat bagi  slogan "Janji DiTepati" yang membebankan para pemengang lesen kontrator binaan kelas F yang mejoritinya dimiliki bumiputera.

Kesan kepada kenaikan harga simen juga pasti akan meningkatnya harga bahan-bahan lain yang mengunakan bahan simen seperti dulang longkang,bata binaa dan sebagainya, jesteru itu kos binaan juga pasti akan naik juga dinegara ini.

Inilah Janji Ditepati UMNO BN yang ditunaikan untuk membebankan seluruh rakyat Malaysia....

Khamis, 2 Ogos 2012

Memurni Janji

Kudus lahir insan nan aneka
menyantun diri sama sebati
berganding azam mengisi cita
membentuk bangsa kukuh dan murni.

Suburnya bumi indah abadi
khazanah alam rezeki bangsa
tangan dan peluh perkukuh diri
cipta negara waja merdeka.

Landas hidup rakyat nan bersatu
atas bumi nan subur rezeki
sesama diri cekal berpadu
meluhur jiwa memurni janji.

Bangsa yang kasih bumi warisnya
menyubur benih jiwa bermaruah.

 A. Samad Said
 2 Ogos 2012

Rabu, 1 Ogos 2012

Lawak-lawak Leman Raja Lawak lawan UMNO bikin UMNO gerun

Leman Raja Lawak 5 atau Leman RL5 yang aku sendiri tak tahu apa ke-nama sebenarnya..hahaha...

Ramai dah tahu beliau adalah salah seorang artis tanahair yang menghangatkan dunia seni negara kerana menyertai PAS.

Seluruh pelusuk tanahair semua kenal dengan Leman sekarang oleh kerana kekerapan Leman naik pentas ceramah PAS dalam time terdekat join PAS,ditambah pula isikandung ceramahnya yang sentiasa nampak santai,selamber dan selalu serius balun UMNO...hahaha...

Nama Leman juga sekarang popular diblog-blog UMNO yang menghentamnya,begitu juga difacebook dan twitternya,ada saja yang dok hentam Leman...biasa la..adat sepak terajang politik memang macam tu...hahaha..

Ramai Orang UMNO mungkin mengenali Leman dengan lawaknya saja...tapi lawaknya itu adalah keistimewaan yang tersendiri dalam perjuangan politik. Akan tetapi dalam keadaan para blogger dan facebooker UMNO dok kutuk menghentam Leman ini, aku tengok hakikat sebenarnya kehadiran Leman Raja Lawak dalam persada politik didalam PAS sebenarnya mengusarkan pihak UMNO sebenarnya.

 UMNO sebenarnya gerun dengan kehadiran serta cara Leman sekarang.Walaupun lawak, pendekatan Leman adalah satu kepelbagaian yang unik didalam PAS itu sendiri yang tiada dalam UMNO hingga kini.

--** Kepada Leman Raja Lawak Lawan UMNO: Teruskan berlawak,kerana UMNO masih belum temui senjata untuk melawan lawak yang digunakan Leman dalam politik tanahair ini....hahaha...

komen  orang UMNO membuktikan mereka gerun dengan Leman Raja Lawak

Ketua Pemuda UMNO Malaysia pening atau sasau ni..??

Malas aku nak komen panjang lebar....sesiapa yang follow twitter Khairy Jamaluddin si menantu Pak Lah tentu terkejut dengan postingnya di twitter....

"Syukur kepada Allah bukan pemimpin...."

Ada sesiapa faham dengan ayat dari posting twitter KJ ni....??
tweet dari Khairy Jamaluddin yang menimbulkan persoalan tentang maksudnya


Pemuda terselamat dari sengat kala jengking yang dipatuk ular

Pada suatu ketika dahulu Zun Nun Al-Mishri memerhatikan seekor kala jengking yang sedang merayap berjalan mendekati seorang pemuda yang sedang nyenyak tidur, ketika kala jengking tersebut bersiap sedia ingin menyengat pemuda tersebut.

Dengan izin Allah Yang Maha Menentukan segalanya ciptaanNya...

Tiba-tiba muncul seekor ular disitu juga,takala belum sempat kala jengking itu menyengat pemuda tersebut,ular tersebut pantas mematuk kala jengking.Dalam masa yang sama kala jengking itu pula bertindak balas menyengat ular tersebut,maka kedua-dua binatang ini mati.

Maka terselamatlah pemuda tersebut.

Didalam urutan kisah ringkas Kala jengking, Ular dan seorang Pemuda yang sedang tidur terselamat dari bahaya yang tidak disangka,tidak difikir atau tidak mampu diatur oleh manusia, maka Itulah RAHMAT ALLAH YANG TIDAK DISANGKA- SANGKA OLEH KITA.

**-- sebahagian dari:
Tazkirah RAMADHAN oleh UST AKMAL KAMARUDDIN : AWAL RAMADHAN ITU RAHMAT, PERTENGAHANNYA MAGHFIRAH, DAN AKHIRNYA PELEPASAN DARI API NERAKA.
Masjid Taman Mewah Taiping Perak. 2 ogos 2012


Selasa, 31 Julai 2012

Alhamdullillah: Bob Lokman selamat jalani rawatan Angiogram

Alhamdullillah...Segala Pujian Hanya Pada Allah.

Lewat petang tadi (31 Julai 2012) aku diberitahu oleh rakan mengenai perkembangan mengenai Mohd Hakimi Lokman yang mesra aku panggil Abg Bob (Bob Lokman).

Sejurus itu aku terus cuba menghubungi Abg Bob, bagi mendapat kepastian perkara ini.

Alhamdullillah..
Beliau memaklumkan  sudah berada dikediamanya setelah dibenarkan pulang dari hospital dimana beliau menerima rawatan angiogram dan kini dinasihatkan oleh doktor supaya berehat sebentar....lepas tu boleh buat kerja untuk misi menawan Putrajaya kembali tambah Abg Bob yang suka berjenaka walaupun baru saja selesai menjalani rawatan berkaitan jantung.

Abg Bob Lokman juga tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang dirinya.

Aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang  mendoakan untuk kesihatan dan keselamatan Abg Bob.
Semoga Abg Bob Lokman dideraskan kesembuhan dari segala penyakit, supaya dapat kembali bersama dalam wadah perjuangan Islam ditanahair ini.

Wallahualam...

-- Madzamtoklah Orangni

Keistimewaan khas anggota Polis Malaysia diketahui apabila didakwa mengamuk

Anggota Polis Didakwa Atas Enam Pertuduhan Di Tiga MahkamahSEREMBAN:

Seorang anggota polis pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di sini atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.

Gambar: Anggota polis Insp Mohd Azuan Yasin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di Seremban selepas mengaku tidak bersalah terhadap enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan, dua minggu lepas. -foto BERNAMA

Gambar tertuduh seorang anggota polis dengan tangan tidak digari keluar diiringi member se-polisnya mungkin memberi gambaran bahawa gari tidak akan digunakan,walaupun dituduh mengamuk..

Hebatkan Tanahairku.....

Kalau Perserta BERSIH ditembak gas, disepak,diterajang,dibelasah ramai-ramai,digari diheret macam penjenayah besar...

Tapi polis mengamuk,memuku,mengugut dan memecahkan cermin kereta...time kat mahkamah boleh tersenyum kat kamera media sambil  boleh lambai tangan sebab tidak digari.


Isnin, 30 Julai 2012

Sebab MPT akur menyebabkan projek Zambry,Shalimin dan Zahir tersungkur..?

Projek..projek...projek....
Kroni...kroni...kroni....
UMNO....UMNO...UMNO....

Itulah zikir agaknya puak pemimpin UMNO sekarang..selagi ada kuasa,selagi ada upaya,selagi bernama UMNO...itulah yang sentiasa berlegar di kepala para pemimpin UMNO...

Namun suasana sekarang dah berbeza...hahaha...

Banyak projek untuk kantung kroni UMNO dah terbarai dan terbantut...hahaha..

Terbarunya dilaporkan sebuah projek di Lake Garden Taiping yang didakwa ada share dengan beberapa kroni UMNO di Perak terpaksa dibatalkan kerana mendapat bantahan dari orang ramai yang cintakan kehijauan Lake Garden Taiping yang kaya dengan keindahan alam semulajadi.

Khabarnya jikalau projek ini diteruskan,pihak yang membantah akan buat demo besaran disini.

Atas sebab tertekan dengan desakan memprotes projek tersebut khabarnya Majlis Perbandaran Taiping (MPT) terpaksa akur dan membatalkan projek tersebut.

MB Zambry,Dato Shalimin dan YB Banner Kemunting Dato Zahir khabarnya amat kecewa dengan pembatalan projek tersebut. Konon-nya projek ini untuk kebaikan rakyat....hahahaha...

Ramai yang dok nampak dan fikir...bukan kebaikan orang ramai..
Tapi kebaikan kantung mereka bertiga je...hahaha...

Maklumlah...dihujung-hujung kuasa ni,mereka akan bedal apa saja untuk kembungkan kantung diri sendiri...itu je...hahaha...

Info berkaitan: http://cenangau.blogspot.com/2012/07/10000-petisyen-selamatkan-keunikan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FARTP+%28Cenangau%40blogspot.com%29

Panas..!!! Penganti Duta Tudung Al-Humaira' Contemporary sudah dikenal pasti orangnya..?

Percayakah anda..???

Rosmah Mansor dijangka akan menggantikan tempat Abby Abadi sebagai Duta Tudung Al-Humaira' Contemporary...

kah..kah...kah...kah...

Mungkin persetujuan Rosmah bergantung pada terma dan syarat ini:
1- Elaun pakai tudung sekurangnya RM24juta semusim
2- Keistimewaan tidur dihotel Darling ikut suka hati
3- Najib,Jamil Khair dan ulama UMNO tidak dibenarkan menentukan gaya jambulnya semasa bertudung...hahaha...


Janji Ditepati Rakyat Perak Terpinggir ibunya didukung kemana saja

Ust Akmal mendengar rintihan warga emas ini yang ditemani anak lelakinya yang tabah menjaga beliau.

Selama Perak~ Ke mana saja ibu-nya mahu pergi, maka anak lelaki beliau ini akan mendukungnya,mahu kemana saja,kalau tidak didukung oleh anak lelakinya maka ibu ini tidak akan berganjak dari situ kerana lumpuh sejak sekian lama sehinggakan bila ibu ini mahu buang air besar,maka akan diusung ke semak samun belakang rumah mereka yang teramat usang,macam ala 40an masih tiada kemudahan tandas oleh sebab kesempitan hidup ditanah air yang konon-nya dah 55 Merdeka.

Ini adalah kisah benar,kisah betul dan bukan cerita rekaan yang dikarang blogger upahan UMNO Perak.

Menghairankan aku....perkara ini berlaku di alaf saitek ini dibumi Selama Perak, bukan di negara Afrika atau di negara yang bergolak tapi dinegara yang konon-nya sudah 55 tahun Merdeka.

Malah ini bukan keluarga tunggal mempunyai nasib sebegini dibumi Perak khususnya di Parlimen Larut,angka kes keluarga bernasib daif sebegini berdozen-dozen boleh ditemui disini.

Segala slogan konon-nya Tiada Terpinggir,Tiada Tertinggal dari Zambry dan slogan Janji Ditepati,Rakyat Didahulukan dan sebagainya dari Najib hanya ayat-ayat pemanis mulut saja buat rakyat,hakikatnya hanya kelentong semata-mata, ditepati sedikit apabila masa mengundi saja ujar salah seorang penduduk disini.

Alhamdulillah hari ini kami dari PAS Larut dapat luangkan masa menziarah dan dapat memberi sedikit sumbangan berupa sebuah kerusi roda buat warga emas ini yang dijaga oleh seorang anak lelaki ujar Ust Akmal Kamarudin dari Dewan Pemuda PAS Larut ketika ditemui dilokasi disini.

Kami juga sedang berusaha mencari dana untuk membina tandas bagi rumah usang milik warga emas bersama anak lelakinya ini begitu juga dengan beberapa keluarga yang lain yang amat wajar diberi perhatian.

Rata-rata penduduk di Selama khususnya di Larut amat mengenali Ust Akmal serta jemaah pimpinan PAS Larut yang lain yang sudah sekian lama bergerak menyantuni rakyat disini demi menyalurkan khidmat dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Keadaan ini menyanggah kritikan jahat dari blogger UMNO di Perak mengenai fitnah dialam saiber konon-nya populariti PAS Larut yang konon-nya jatuh kerana berkerja hanya untuk menaikan nama-nama tertentu dalam PRU sebagai calon. Hakikatnya PAS Larut sudah lama menyantuni rakyat demi kebaikan dan keharmonian rakyat disini.

Ahad, 29 Julai 2012

Bob Lokman jalani pembedahan jantung

Esok 30hb Julai 2012: Mohd Hakimi B. Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman akan dimasukkan ke wad disebuah hospital dipinggir ibukota Kuala Lumpur bagi menjalani  satu pembedahan jantung. Perkara ini disahkan sendiri oleh Bob Lokman beberapa hari lalu ketika penulis berbuka puasa dikediaman beliau.

Oleh itu penulis Orang ni berharap marilah kita bersama-sama berdoa memohon kepada Allah dibulan ramadan Al-Mubarak ini agar beliau selamat menjalani pembedahan tersebut dan dideraskan kesembuhan atas dirinya agar Bob Lokman  dapat  menyambung kembali perjuangannya menegakkan agama Allah di muka bumi ini...amin..