Pengikut

Sabtu, 6 Julai 2013

Atlet SUKMA Di Rogol Bergilir-Gilir Bikin KJ Gelabah Biawak

Isu Atlet SUKMA yang bikin Khary Jamaludin Gelabah:

Soalan dari Twitter YB Dato' Saifuddin Nasution bin Ismail
"Dakwaan rogol dan minum minuman keras dlm kejohanan sukma..??"
Jawapan balas dari Twitter KJ
"Sila politikkan.Itu je kau tau.Org nak selesaikan masaalah la @saifnasution...bla...bla...bla..???" - KJ
"Sy bertanya dgn sopan,dgn tanda ??? 
Knp gelabah dan angkuh menuduh isu di politikan ??? "- Saifuddin.
.....................
Nampaknya Ketua Pemuda UMNO ini 
tak faham antara SOALAN atau CADANGAN....
Hanya Rais Yatim je fahaman....hahaha....

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO disanggah : Sebab Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah sekutu PAS

Apa..?? 
Morsi adalah pemimpin Muslim Brotherhood
Apa..??
Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah sekutu PAS..??
Apa..??
Kumpulan ini( Ikhwan Muslimin) mendapat sokongan Zionis dan Barat..??
Apa..??
Pas juga mendapat sokongan Barat..??

Oooooo...jadi sebab itulah Kejatuhan Morsi adalah wajar selepas rakyat Mesir,sebab  konon-nya dikatakan tertipu dengan dakwah Barat dan kenyataan Khairy Jamaludin disanggah oleh oleh sebuah blog barghal pro UMNO....hahaha...

Sampai macam tu sekali tahap ke-biolan hasil ilusi tahap lubang jamban dari kotak pemikiran seorang yang terlalu taksub dengan UMNO Munafikun jika menulis dilaman blog pun jadi sasau...hehehe...

Dikala seluruh dunia mengutuk dan mengecam rampasan kuasa di Mesir,tapi disebabkan benak berdaki dan otak berlendir dengan fahaman UMNO munafikun....apa yang dalam dan luar negara kecam dan kutuk, Si Barghal tetap suka,sokong dan happy gila dengan kejadian rampasan kuasa di Mesir.

Orangni juga tak hairan dengan puak-puak taksub UMNO Munafikun yang mengaitkan Morsi,Ikhwan Muslimin  dan semua kumpulan pejuang menegakan Islam serta keadilan dimuka  bumi ini akan dituduh sekutu PAS. Pendek kata yang buat kerja untuk Islam semua-nya kawan PAS.

yang tentang dan hentam Islam sembunyi-sembunyi atau terang-terang tak pula diakui kawan UMNO Munafikun...hahaha...
...................



Jumaat, 5 Julai 2013

Najib dan Nizar Keluar Negara : Berjoget,Menyanyi dan Berkhutbah

DS Nizar di Luar Negara 
Dato' Seri Nizar menyampaikan khutbah di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Adelaide, Australia.
............................
PM Haji Najib di Luar Negara 
Najib Menyanyi dan Menari bersama pelajar di London...
Kisah Haji Najib Londeh Maruah Melayu Dikota London Klik SINI...kalau korang mau tahu la...haha...

BN menyusu kera luar negara pulak dah.....

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan BN membenarkan pengecualian cukai eksais dan cukai jualan kepada warga luar negara yang menyertai Malaysia My Second Home (MM2H) disifatkan sebagai 'mendiskriminasi' rakyat sendiri.

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, keputusan kerajaan itu tidak adil kerana tidak memberi layanan sama kepada rakyat sendiri untuk memiliki rumah sendiri.

Mengikut laman web MM2H, katanya, peserta program MM2H yang kesemuanya warga luar negara dibenarkan untuk membeli sebuah kenderaan pemasangan tempatan (Completely Knocked Down - CKD) tanpa perlu membayar cukai eksais dan cukai jualan.

“Persoalannya mengapa kerajaan sanggup memberi pengecualian cukai eksais dan jualan kepada warga luar negara yang mengambil bahagian dalam MM2H sedangkan rakyat sendiri tidak dibenarkan untuk menikmati pengecualian ini sedangkan mereka membayar cukai untuk pembangunan negara,” katanya ketika sidang media, semalam.

Mengulas lanjut perkara ini, Weng San berkata tujuan perkara ini dibangkitkan ialah menunjukkan ketidakseimbangan dan kepincangan dasar-dasar kerajaan BN berkenaan industri automobil ini.

“Sewajarnya rakyat Malaysia didahulukan dalam polisi kerajaan namun sebaliknya yang berlaku.

“Diharapkan perkara ini akan diberi perhatian pihak berkenaan dan berharap agar rakyat dapat membeli kereta berkualiti tinggi dengan harga lebih murah melalui pengurangan cukai eksais dan jualan bagi mengurangkan bebanan isi rumah,” katanya.

Malahan diskriminasi ini katanya, juga turut dirasai oleh semua wakil rakyat bukan anggota pentadbiran di mana mereka juga tidak dapat menikmati pengecualian sedemikian.

"Ini kerana mereka hanya diberi pengecualian cukai eksais untuk membeli kenderaan pacuan empat roda pemasangan tempatan sahaja. Walaupun begitu, mereka juga perlu membayar cukai jualan sedangkan peserta MM2H tidak perlu berbuat demikian.
“Selain itu, peserta MM2H boleh membeli sebarang kenderaan asalkan ianya kenderaan CKD,” katanya.
Cukai: Tindakan BN diskriminasi rakyat - SH

** kera dari luar negara disusukan...anakbangsa sendiri dibiar kelaparan....ini kah dasar yang diangung-agungkan oleh Najib dan sekutunya...

Khamis, 4 Julai 2013

Najib Londeh Maruah Melayu Di Kota London - Khalid Salleh


Beberapa hari lalu Perdana Menteri Najib bertemu dan memberi ucapan kepada pelajar-pelajar Malaysia di London. Saya sempat melihat sepintas lalu melalui berita tv (progm tv yang masih mampu saya hadap selain Animal Planet, National Geo.., dan bola sepak kelab-kelab gergasi eropa atau Latin Amerika).

Najib berucap kepada pelajar-pelajar Malaysia di London dalam bahasa Inggeris, bukan bahasa Melayu, walau pun rata-rata yang sempat saya lihat di tv adalah Melayu.
Melayu (PM) dengan Melayu (pelajar-pelajar Malaysia) bercakap dalam bahasa Inggeris? Kalau pun ada pelajar bukan Melayu, apakan mereka sudah tidak faham bahasa Melayu yang diperakukan sebagai bahasa kebangsaan dalam artikal 152 Perlembagaan Malaysia?

Soalan lain juga muncul dalam benak saya , apakah kerana berada di London maka Najib mesti menggunakan bahasa 'London' untuk berucap dengan pelajar-pelajar Malaysia? Jatidiri bangsa dan negara berkait rapat dengan budaya.

Dalam hubungan ini bahasa pertuturan yakni bahasa manusia yang menjadi penghubung di peringkat kebangsaan adalah mekanisme kedaulatan yang menggerakkan erti kebangsaan itu sendiri.

Apabila seorang Perdana Menteri atau seorang pemimpin sesebuah negara tidak mendaulatkan bahasa kebagsaan negara dan manusia yang dipimpin dan diterajuinya, maka apakah makna kedaulatan yang diperjuangkan dengan asas kedaulatan bangsa agama dan negara seperti mana yang sering digembar-gemborkan selama ini?

Nilai pemimpin adalah penggerak dan pencetus semangat ke arah prinsip-prinsip kebenaran dan nilai murni yang berpaksikan kepada asas kebaikan, kebenaran dan kejujuran.

Jujurlah menjadi manusia yang diamanahkan untuk mengangkat martabat bangsa, agama dan negara, kerana bangsa dan negara adalah wajah kedaulatan dan kebenaran susur galur manusia sebelum kita yang meletakkan dan mengamanahkan makna suatu bangsa dan wilayah kedaulatannya yang di sebut sebagai bangsa Melayu dan Tanah Melayunya.

Apakah hasil perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu terutamanya mereka yang berkubang dalam kancah politik sehingga ramai di kalangan anak muda sekarang ini sudah berani menyoal kembali, apakah untungnya menjadi Melayu?
Jangan tanya pula apa cemuhan dan ejekan kaum lain pula terhadap Melayu. Jangan salahkan mereka kerana ramai di kalangan pemimpin Melayu sendiri tidak bangga untuk bertutur dalam bahasa ibundanya (Melayu).

Apabila manusia mulai meminggirkan dan meremehkan nilai ibundanya, itulah tanda-tanda porak- peranda sesuatu bagsa. Kerana nilai bangsa adalah bahasa, budaya selain agama anutannya. 

Jika perkara ini dibiarkan berlarutan apakah makna perjuangan orang-orang Melayu terdauhulu yang menggerakkan semangat kebangsaan dengan penentangan terhadap konsep Malayan Union dan berikutnya penentangan terhadap Malaysian Malysia yang disuarakan oleh Lee Kwan Yew ketika Singapura masih dalam Malaysia dahulu. Belum lama mana, sekitar 60 an, yang akhirnya Tunku Abdul Rahman menggunakan kuasa vetonya mengeluarkan Singapura dari Malaysia sekitar Mei 1965.
Tindakannya menyebabkan beberapa orang menteri kabinet terutamanya dari Johor Meletakkan Jawatan. 

Renteten dari itu kuasa Melayu dan kedaulatan Melayu dicemuh dan diperkecil-kecilkan oleh kaum lain melalui pertubuhan politik yang mereka anggotai.

Maruah Melayu terus diejek dan dicabar..inilah yang berlaku sehingga mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Segalanya bermula apabila pemimpin atau peneraju pimpinan tidak menggerakkan kedaulatan dan kebangsaan manusia atau bangsa yang menjadi asas sejarah kemunculan sesebuah negara di dunia ini.

Inilah antara warna-warna kebenaran kenapa saya menulis buku Melayu Hilang Di Dunia...

- Sumber FB Khalid Salleh
......................................
Najib Menyanyi dan Menari bersama pelajar di London...
Ini cara Presiden UMNO mendidik dan mencontohi kepada anakbangsa..!!
LONDON, 3 Julai 2013 --  Najib Tun Razak (tengah) bergambar kenangan dengan pelajar-pelajar pada Majlis Bersama Pelajar Felda-Universiti Lim Kok Wing di Universiti Lim Kok Wing London.
Bahasa Melayu sudah dilondehkan oleh Najib dikota London...!!!!

Rampasan Kuasa Di Mesir :- WIRA GAZA ucap tahniah pada Obama

Hari ini dunia dikejutkan dengan isu yang mengegarkan demokrasi politik dunia,dimana rampasan kuasa kerajaan Mesir berlaku, pendek kata semua warga dunia tahu hal ini.

Berbagai komen-komen berkaitan isu yang melanda negara Mesir_ramai yang mengutuk keras kejadian rampasan kuasa di Mesir.

Orangni dok tunggu juga apa komen atau pendapat Najib yang pernah digelar Wira Gaza dalam tahun lepas, yang konon-nya menentang segala pencerobohan di bumi Paletin dan mengutuk semua jenis pemcerobohan.

Tup-tup hari ni Najib Si Wira Gaza boleh ucap tahniah kat Obama sebab menyambut ulang tahun kemerdekaan negara Amerika Syarikat yang kebetulan jatuh pada hari ini 4 Jun 2013, entah ulang tahun keberapa malas nak ambil tahu....

Tapi korang perasan tak...?? tarikh kejadian rampasan kuasa di bumi Mesir hari ini dan tarikh hari ulang tahun kemerdekaan Amerika Syarikat berlaku pada tarikh yang sama,adakah ini semua kebetulan atau ada agenda...??....emmm....cam ada something je....

Berbalik pasal Najib Si Wira Gaza_adakah Najib tak tahu hal yang jadi di-Mesir atau buat-buat tak tahu atau takut nak ambil tahu..? Tapi nak ucap tahniah kat Obama....Najib Si Wira Gaza ingat pula...hahaha....

Pelik-pelik-pelik....tentu ramai rakyat negara ini ternanti-nanti kenyataan suami isteri yang digelar WIRA GAZA yang konon-nya kecam rampasan kuasa mengunakan  tentera dan satu lagi kenyataan Rais Yatim Presiden baru UIA....mana..? mana..?? mana..???????

Khairy Jamaluddin Teruja Berok..!!! Sebab Matellica Buat Konsert Dalam Bulan Syawal ini

Ramodhan penghulu segala bulan lebih kurang  beberapa hari lagi akan tiba....Syawal  ditanahair ini bakal dicemari..!!!

Kami  akan saksikan anda buat kali pertama pada 21 Ogos di Kuala Lumpur!- tweet KJ 
@Metallica: Malaysia! We'll see you for the first time on August 21 in Kuala Lumpur! - Tweeter Khairy Jamaluddin.

Tahukan wahai Menteri Belia Dan Sukan,merangkap merangkak Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin...bahawa 21 Ogos tahun ni akan berada dalam bulan Syawal...bulan dimana umat Islam masih dalam suasana menyambut Aidilfitri,kalau tak silap 21 Ogos bersamaan 14 Syawal.... Adakah nak buat konsert rock dalam bulan tersebut..??

Tapi kalau nak di-ikutkan sebenarnya bulan apa pun tak sesuai bikin konsert yang bakal meruntuhkan moral anakbangsa...!!!!
Entah berapa duit rakyat bakal dibazirkan untuk konsert ini..??
Mau bikin lebih banyak program ilmu,keagamaan...tapi kelentong yang banyak..!!!
.....................



Rabu, 3 Julai 2013

Tahniah..!!! UM Kalah lagi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menang dalam kes fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan plat WWW1 yang dibeli oleh Sultan Johor.

Utusan diperintahkan supaya membayar RM250,000 kepada Nizar sebagai gantirugi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Rosnaini Saub memerintahkan Utusan supaya membayar lima peratus dalam bentuk fedah bermula hari ini sehinggalan bayaran penuh dibuat.

** Tahniah buat Utusan Meloya yang menjadi penyebar utama berita lidah biawak bagi pihak UMNO Munafikun...memfitnah di-utamakan,penipuan di amalkan....hahaha....

Kebakaran Di Kunak : Asrama Sekolah Agama Musnah, 81 Penghuni Tinggal Sehelai Sepinggang

Gambar Hiasan
KUNAK: Sejumlah 81 pelajar Sekolah Menengah Agama Kunak di sini tinggal sehelai sepinggang selepas asrama sementara yang menempatkan pelajar lelaki musnah dalam kebakaran awal pagi Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kunak Jaafar Salleh berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 3.20 pagi sebelum menggegaskan dua jentera dan sebuah kenderaan pelbagai guna berserta 11 anggota ke lokasi kejadian.
"Ketika tiba di kawasan sekolah, 90 peratus daripada bangunan asrama sementara itu sudah dijilat api," katanya.
Bagaimanapun dalam kebakaran itu tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.
Seorang guru sekolah berkenaan, Samsiah Baharon, ketika dihubungi berkata pelajar mula menduduki bangunan asrama sementara itu pada tahun 2011 selepas bangunan asal asrama sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran pada tahun 2010.
Katanya pihak sekolah bersyukur kerana semua penghuni asrama, terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam, selamat.
Bernama difahamkan kesemua penghuni bangunan asrama lelaki yang musnah itu diarahkan kembali ke rumah keluarga masing-masing buat sementara waktu. - MyM

Ni Soalan Ke Cadangan...???!!! - Dah dilantik jadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun.

Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun.- SH

Orangni harap Rais Yatim tidak menyebarkan kelemahan diri dalam matematik kepada golongan pelajar
Orangni juga harap Raiz Yatim tidak memperlekehkan pelajar UIAM dengan kerap menggunakan bahasa Inggeris dalam pelajaran memandangkan ini adalah universiti antarabangsa
1 Harapan Orangni lagi harap-harap  isteri Rais Yatim dapat menutup aurat,sebab jawatan presiden UIAM tak ada pelepasan dosa untuk  isteri yang nusyus dan suami yang dayus.
Harap maklum 
bahawa ini adalah cadangan, bukan soalan
hahaha....

Selasa, 2 Julai 2013

Warga Nepal Berbaju BN Kena Rompak Di Ladang Ternakan Ayam


TAIPING – Seorang pengusaha ladang ternakan ayam bernasib baik apabila tindakannya lewat tiba ke ladang menyebabkan dia terselamat daripada dicederakan lapan individu yang dipercayai ingin merompak.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, 28 Jun lalu, mangsa Kenny Ng, 40-an berkata, ketika kejadian, ladang ternakannya di Sungai Mati, Matang hanya dijaga dua pekerja warga Nepal. - SH

....................

Menariknya ialah salah sorang Mamat Nepal ni pakai baju BN...hahaha....

Agaknya inilah salah satu warga asing yang terlibat memangkah pada PRU lalu...hahaha...

1 BN 1 Nepal...hahaha....

Majlis Kesyukuran DUN Trong Penuh Kesedihan [ Bergambar ]

10 keping gambar dari laman FB Mantan ADUN Trong Rosli Husin yang memaparkan sekitar program konon-nya "Majlis Kesyukuran DUN Trong" amat-amat-amat menyedihkan. ( bagi puak UMNO....hahaha...)

Kerusi plastik warna biru yang disusun dibawah khemah kelihatan banyak yang kosong....adakah tanda berkabung warga UMNO Trong dengan kekalahan ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang iaitu Rosli Husin yang dicampak oleh UMNO Perak bertanding di DUN Changkat Jering dan tewas ditangan calon PAS iaitu YB DS Nizar Jamaludin.

Walaupun calon baru UMNO iaitu YB Dr Zabri menang dengan undian agak lebih sikit di Trong setelah merampas kerusi yang disandang oleh Rosli Husin sebelum ini nampaknya unsur memboikot YB baru Trong semakin jelas.
Kesyukuran penuh kesedihan...
Mantan YB Trong (Kanan) dikerusi hadapan...
dibelakang kerusi kosong...hehe..
Mantan YB Trong Rosli Husin (Tengah) bersama YB Trong yang baru.YB Dr Zabri ( bertopi )..
nampak  cam tak ngam je...hehe...

Surau Ayah Ahli Parlimen Bukit Gantang Musnah Terbakar

2 Julai 2013: Sungai Petai Bukit Gantang, Surau Ahmadiah musnah terbakar dijilat api,dipercayai kerana litar pintas. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 10 malam tadi.

Surau ini dikatakan adalah peninggalan dari arwah ayahanda YB Ust Idris Hj Ahmad yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.

Surau yang telah diasas oleh Al-Marhum Tuan Guru Hj Ahmad ( ayahanda kpd YB AF Ust Idris, Ahli Parlimen Bkt Gantang ). 

Tempat mula diadakan Ijtimak Bulanan bagi Kawasan Bukit gantang dan Taiping. sekarang masih diteruskan oleh anak-anak Al-Marhum spt Tuan Guru Dato Hj Hassan, TG Dato Hj Salleh, AF Ust Zakaria dan tokoh-tokoh ulamak yang lain termasuk Al-Marhum Toh Paduka Indera TG Hj Mohd Saman Kati.Berkat gigih dari surau ini telah banyak melahirkan ilmuan-ilmuan diserata negeri. 

Orang ramai iaitu penuntut ilmu dari surau ini terdapat beribu-ribu orang disamping orang tempatan. 

Itulah jasanya ulamak yang tersohor itu, Al-Marhum TG Hj Ahmad yg sempena nama surau ini dengan nama Surau Ahmadiah.

3 gelas air minuman RM45 selepas TNB potong letrik



BATU PAHAT – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini.

Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan.

Sementara melaksanakan tugasan itu, dia memesan tiga jenis minuman iaitu teh ais, milo ais dan teh O, di warung tempat proses pemotongan bekalan utiliti dibuat.


“Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum.

“Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang ‘special’ di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air.

“Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling,” katanya- SH

..............................
Ini semua kes bengang....hahaha...

Gambar Masjid dipijak orang ramai dipintu masuk pasaraya Melaka


BANDA HILIR Melaka - Puasa pun belum lagi....sebuah pusat beli-belah di sini meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap pintu masuk pasar raya berkenaan.

Tindakan ini seolah-olah menggalakkan orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat Islam. - SH

Kencing manis punca janji tak ditepati...?

Tahap kecing manis:
 
Tahap 1: Bila anda kencing, semut datang kelilingi air kecing anda..

Tahap 2: Teruk sikit...dimana bila anda nak pegi kencing, semut  follow dari belakang...

Tahap 3: Lagi teruk...dimana bila anda nak kencing, semut dah tunggu siap-siap kat bilik air anda...

Tahap 4: Paling teruk...dimana anda kencing, keluar semut 4-5 ekor.

Tahap 5: Terteruk tahap gaban....dimana anda akan kencing kawan kawan....janji tak di tepati...haha..

Peringatan: Jagalah kesihatan...jangan sampai kena kencing manis..
Sama-samalah kita jaga kesihatan..hahaha.....