Pengikut

Sabtu, 9 Februari 2013

Ketua Gajah Sungai Siput ditangkap


Anggota UTG melepaskan ubat pelali kepada gajah betina yang berjaya dijejakinya sejak empat hari lalu.
SUNGAI SIPUT, PERAK - Seekor gajah betina dianggarkan seberat 1.5 tan berjaya dijejaki Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perhilitan Perak, kelmarin setelah dipercayai menjadi ancaman kepada tanaman penduduk berhampiran Kampung Jalong, di sini, sejak seminggu lalu.

Dalam operasi kira-kira jam 2.30 petang itu, gajah berusia antara 15 hingga 20 tahun ditangkap menggunakan tembakan ubat pelali setelah pemantauan dibuat selama empat hari oleh lapan anggota UTG diketuai Mohd Hazlin Qozek Aladdin.

Bagaimanapun, Pengarah Perhilitan Negeri, Abd Kadir Hashim berkata, baki kumpulan tiga ekor gajah berkenaan dipercayai masih berkeliaran di hutan berhampiran.

Menurutnya, daripada operasi yang dijalankan, pihaknya menemui sekumpulan gajah dianggarkan empat ekor berada di kawasan hutan itu.

“Ini berdasarkan kepada jejak baru yang ditinggalkan kumpulan gajah berkenaan, buat masa ini, hanya seekor berjaya ditangkap dan kita percaya, gajah betina ini merupakan ketua kepada kumpulan berkenaan,” katanya.

Gajah betina yang mempunyai anggaran ukuran tapak kaki hadapan 14 inci itu ditempatkan sementara di sebuah hutan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jalong, lokasi di mana ia berjaya dijejaki.

Abd Kadir berkata, proses pemindahan akan dilakukan dalam masa terdekat dengan bantuan gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

Namun katanya, dalam tempoh itu, UTG akan meneruskan pemantauan bagi menjejaki baki kumpulan gajah berkenaan.

“Penemuan kumpulan gajah ini merungkai persoalan penduduk yang selama ini bingung, apabila hasil tanaman pertanian mereka seperti jagung dan pisang musnah,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, kehadiran kumpulan gajah itu turut memberi risiko keselamatan kepada penduduk apabila lokasi pertanian yang menjadi tumpuan gajah berkenaan hanya berada kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan penempatan penduduk.

- SH
Lagi cerita gajah 10 ekor dibunuh kejam Di-Sini

Bapak Huru-Hara pesan jangan Huru-Hara

Sejak UMNO BN kehilangan beberapa buah negeri dalam PRU-12 2008, kejadian samseng-samseng  melakukan provokasi mencetuskan huru-hara yang memang sah dari UMNO BN kerap berlaku.

Biarpun media massa arus perdana tidak melaporkan kejadian-kejadian huru-hara yang dicetuskan puak UMNO BN ini,rakyat semua tahu apa yang berlaku. Siapa dalang disebalik huru-hara dalam program anjuran PR semua rakyat tahu,walaupun kadang kala pihak berkuasa buat tak tahu setelah laporan dibuat. Inilah kebaikan di-alaf Saitek, UMNO BN menjadi gagal dalam menyembunyikan kerja samseng jahat daripada rakyat.

Kejadian simbah cat,baling kasut,bakar bendera,baling batu, buat isyarat lucah,usung kepala lembu,usung taik,usung keranda,sekat jalan,halang pimpinan PR dan macam-macam lagi....siapa punya kerja...? Itu diwaktu UMNO BN masih berkuasa di Putrajaya,kalau kalah memang lebih teruklah huru-haranya.

Bapak Huru-Hara 
Hinggakan diperingkat pimpinan UMNO pun berperangai samseng buat huru-hara.
Nasihat Najib konon-nya PR jangan buat huru-hara kalau kalah dalam PRU 13 ibarat menunding jari kearah diri sendiri. Sebenarnya UMNO BN-lah bakal mencetuskan huru-hara sekiranya kalah dalam PRU.

Kerana Pakatan Rakyat memang sudah biasa dengan keadaan mencemaskan dengan tindakan huru-hara UMNO BN, kalah atau menang dalam PRU bagi PR adalah perkara biasa jika berada dalam pentas pilihanraya  yang adil dan bersih.

Amat yakin sekali huru-hara dinegara ini bakal berlaku disebabkan UMNO BN kalah adalah perkara yang tidak dapat disangkal lagi.

Mulut siapakah yang  pernah berkata "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan...!!!" itu bukankah bapak segala huru-hara punya ucapan dari Najib.

Huru-hara itu kerja UMNO BN, huru-hara itu hasrat UMNO BN dan huru-hara itu adalah sifat UMNO BN..bukan kerja orang lain.

Huru-hara UMNO BN dulu,kini dan selamanya..













......................................................


Bomoh kena bakar

9 Februari 2013
Orang ramai hanya melihat mayat Kepari dibakar dalam timbunan sampah sejurus diserang sekumpulan lelaki. Foto: AP

PORT MORESBY - Seorang wanita dipercayai mengamalkan ilmu sihir di bogel, dipukul dan dibakar hidup-hidup di khalayak ramai oleh sekumpulan penduduk kampung di bandar Wastern Hignlands, Papua New Guinea, kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Simon Kauba berkata, orang ramai termasuk kanak-kanak tidak menghiraukan rayuan wanita itu selepas didakwa menyebabkan kematian.

"Penduduk berang terhadap wanita itu kerana menyebabkan kematian terhadap seorang budak ketika upacara sihir dilakukan," katanya.

Kepari Leniata, 20, dibakar bersama timbunan sampah di kawasan pembuangan sampah berdekatan kawasan rumahnya.

Hukuman yang mendahului pihak berkuasa itu bagaimanapun mendapat kritikan daripada pemimpin negara termasuk anggota polis.

"Setakat ini, penduduk di situ enggan bekerjasama dengan polis. Mereka masih percaya kepada pengamal bomoh," kata Simon.

Katanya, polis mengesyaki serangan itu dilakukan oleh lebih 50 lelaki. - AP

Jumaat, 8 Februari 2013

Jemput PSY Guna "Wang Gembira" Ng Yen Yen

Tahap mangkuk tandas punya ini menteri...
.............................

"Ia tidak menggunakan wang kerajaan atau duit Barisan Nasional dan kami tidak melihat ia sebagai tindakan untuk meraih undi.
"Kami semua suka bergembira, jadi kami membawa Psy ke sini untuk membuatkan orang ramai gembira," - kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Nyonya Naib Presiden MCA ini jaga kata Pulau Pinang akan mendapat manfaat daripada bintang Youtube yang mencipta populariti dengan mencatatkan 1 bilion hits dan kini Psy memiliki 4.7 juta peminat di seluruh dunia. 
..........................................
Manfaat kejadah apakah yang Pulau Pinang akan dapat..? Manfaat untuk rosakan anak bangsa negara ini dengan persembahan yang pasti  ada aksi separuh bogel dari penari-penari menarikan Gangnam.
Patutlah ramai artis tanah air yang boleh diketengahkan mula fedup dengan perangai pimpinan  UMNO BN yang pentingkan meraih undi, Apa kurangnya artis tempatan kita. 
Kalau ya pun nak bergembira mengapa perlu membazir, nak alih soal pembaziran Menteri MCA Ng Yen Yen ubah dan cipta jawapan bangang,konon-nya  bukan guna duit kerajaan dan bukan guna duit Barisan Nasional. Abis tu duit siapa..??? Duit Gembira..??? Duit Rosmah..??? Duit Siapa..???

Sebanyak RM 2 juta telah dibelanjakan oleh BN untuk menjemput Psy datang ke Malaysia. Maklumat itu diperolehinya daripada YG Entertainment, sebuah syarikat pengurusan artis Kpop di Korea Selatan.

Banyak sungguh "Wang Gembira" UMNO BN...RM 2 juta digunakan semata-mata untuk gembira...belum campur dengan kos-kos lain, mau berjuta-juta lagi untuk gembira.
Mana pegi konon-nya cerdik pandai dalam UMNO BN seperti Ulama Muda dan Tok Mufti-Tok Mufti diam sejuta bahasa... agaknya mereka akan terchonggok depan pentas time Gangnam styel nanti...sebab mau gembira guna wang gembira.

Najib Tun Razak punca gaji tinggal RM400 ,dulu RM1,500

Kesal gaji baru makin kurang
Mohd Yusof melahirkan kekecewaan pekerja terhadap gaji yang diterima bagi bulan Januari kepada Mohd Anuar, semalam.
FELDA TRIANG 2 - Lebih 200 pekerja ladang dekat sini, kesal apabila menerima pendapatan bersih antara RM300 hingga RM600 bagi Januari lalu, selepas pihak pengurusan menyelaraskan semua elaun sebagai gaji pokok mereka.

Ia berikutan pihak pengurusan Felda Plantation Sdn Bhd Triang 2 menyahut saranan Perdana Menteri supaya memberikan gaji minima RM900 sebulan.

Seorang pekerja, Mohd Yusof Ibrahim, 45, berkata, pihak pengurusan tidak pernah menerangkan mengenai perubahan pada gaji sehingga mereka terkejut melihat agihan gaji dalam slip gaji mereka.

Menurutnya, hampir semua elaun atau insentif yang diterima pekerja dimasukkan dalam gaji pokok menyebabkan gaji mereka berkurangan lebih separuh daripada biasa.

“Sebelum ini, kami dapat insentif khas sebanyak RM200, insentif kehadiran (RM85) dan elaun minyak motor (RM3 sehari) tetapi sekarang semua itu dimasukkan ke dalam gaji pokok.

“Jadi, kalau dah buat itu semata-mata untuk menjadikan gaji minima kami RM900, itu memang tidak wajar.

Memang kami tidak puas hati,” katanya semasa ditemui pada perhimpunan memprotes tindakan majikan menafikan hak mereka.

Sebelum ini katanya, upah bagi menuai buah sawit dikira 50 sen per tandan tetapi sistem itu diubah kepada per tan menyebabkan upah bagi setandan yang diperoleh tidak sampai 50 sen.

Mohd Yusof berkata, keadaan ini benar-benar mengelirukan pekerja malah ada yang beranggapan, pihak pengurusan sengaja mahu menipu pekerja kerana kejadian sama pernah berlaku dua kali sebelum ini.
Sebahagian pekerja membantah tindakan wakil majikan yang menghalang wartawan Sinar Harian bersama mereka, semalam.
Tidak faham teknik pengiraan 

Sementara itu Rohaya Ismail, 46, berkata, keadaan ini turut berlaku kepada pekerja wanita yang mengutip biji lerai.

Menurutnya, sehingga kini, mereka masih tidak faham dengan teknik pengiraan gaji baru mereka kerana tiada penerangan diberikan.

“Kalau diikutkan, majikan kena bayar baki lebih RM500 setiap pekerja berikutan rombakan gaji yang mengelirukan itu.

“Dengan baki gaji bersih yang kami terima, apa yang termampu kami lakukan? Anak-anak masih kecil dan bersekolah, barang keperluan pula semuanya mahal sekarang ini. Ini penganiayaan kepada kami,” katanya.

Rohaya berkata, sepatutnya setelah lebih 10 tahun berkhidmat sebagai pekerja ladang di sini, mereka layak mendapat kenaikan gaji dari tahun ke tahun dan bukannya pengurangan gaji.

Sementara itu, Ishak Chik, 46, mahu majikan lebih telus mengenai perkara ini.

“Selalunya saya dapat antara RM800 hingga RM1,500, tetapi bulan lepas saya hanya dapat RM400.

“Saya faham kalau majikan tolak gaji masa saya bercuti tetapi saya ada juga buat kerja tambahan lain seperti cuci longkang seperti mana saya buat sebelum ini yang mempunyai elaun bagi kerja itu,” katanya. - Sinar Harian
-------------------------




Aksi Romantik Zambry kadir dan Mariam Tersebar

Apa cerita ni..??? 
Siapa Mariam..? Siapa Zambry...? 

Nama isteri Zambry ialah Sharifah Zulkifli...siapa Mariam..??

Boleh ke aksi macam ni dilakukan oleh seorang Islam,tambahan pula dilakukan seorang MB yang konon-nya dari parti yang nak jaga Islam.

Aksi Zambry dalam gambar diatas yang diambil dari keratan akhbar tempatan hari ini boleh mendatangkan fitnah pada diri-nya dan wanita yang bernama Mariam.

Kalau iye pun nak tenangkan keadaan, ape ke hei-nye  pegang-pegang tangan sampai camtu sekali...kat sebelah Zambry kan ada sorang kaum muslimat...

Nanti kalau orang cakap yang bukan-bukan dikatakan pula pandai-pandai buat cerita,pembangkang kaki fitnah la, pembangkang cari salah la.....macam-macam lagi, tapi diri sendiri yang menjemput fitnah...hahaha....

Apapun bior lantak kome le..... Kome ade Tok Mufti yang bijaksana dan bijaksini...harusana dan harusini... 


Khamis, 7 Februari 2013

Melucukan Najib Tun Razak main gendang cina pulak dah....

Sungguh menakjubkan serta amat melucukan.... 
Video Klip 1.05 yang di muat naik di Youtube  bertajuk "Iklan Tahun Baru Cina Najib Tun Razak Yang Menakjubkan" memaparkan lakonan menipu Najib dengan berpakaian tradisional cina bermain gendang setelah diberi gendang tersebut oleh seorang budak perempuan cina yang tak kenal Perdana Menteri.

Lepas seperti upacara keagamaan dilakukan olek keluarga budak cina ini...tiba-tiba Najib diluar rumah keluarga tersebut memalu gendang...dum..dam..dum..dam...

Terkejut macam nak gila kaum keluarga tersebut...hahaha... habis semua Atok,Nenek dan semuanya keluar pegi tengok...bertambah terkejut lagi apabila dilihat yang palu gendang tersebut ialah Perdana Menteri Najib Tun Razak....nasib tiada yang lemah jantung...hehehe...

Apa yang boleh dikatakan dengan video ialah....Najib memang pandai berlakon dan pandai menipu...hahaha... Betoi ka Najib pandai main gendang cina..?? hehehe....

Tak habis-habis nak kelentong rakyat dimusim perayaan...hahaha....

Tak dapat dipastikan admin yang memuat turun ini dipihak mana...apa yang pasti rakyat tahu Presiden UMNO itu memang pandai berlakon disamping tugas utamanya menipu rakyat.
Budak perempuan ini tak kenal Najib....dia ingat orang  minta sedekah datang,
akhirnya budak ini bagi gendang kat Najib..haha..
Dapat saja gendang.....Najib jadi sawan memalu gendang tersebut...
Lu banyak tipu la Najib....saya punya Atok,Nenek,Papa and Mama
sudah lama tau ma... 
Lakonan seorang Najib dihari Tahun Baru Cina
 ** Ramai juga bertanya...DS Rosmah mana dalam Video Klip ini: Jawapanya.... Terlibat "Tarian Naga" hahaha....

Kerana Janji Ang Pau Ketua Bahagian UMNO Taiping di maki hamun

Kerusi kosong bertingkat-tingkat....janji dapat ang pau, hanya 6 biji limau saja...
7 /2/ 2013 - Kemunting Taiping disebuah kedai kopi cina berdekatan dekat masjid Kemunting berlangsung Majlis sumbangan sempena raya cina dari UMNO Taiping.

Majlis ini hanya dihadiri Datuk Cha Lee Ming Ketua UMNO Bahagian Taiping, sedangkan didalam DUN Kemunting tapi kelibat YB Zha hir langsung tak nampak batang hidung.

Didapati para pengikut YB Zha hir seperti  Tun Jailani , Ghani,Hj Wazir,Fendi sekarang dah ikut Cha lee Min. Jadi mungkin benarlah YB Zha hir diboikot ahli UMNO Taiping sendiri.

Program yang dijadualkan bermula jam 9pagi telah lewat hingga jam 11pagi kerana Cha Lee Ming datang lewat.

Semua yang hadir terdiri daripada kaum cina disini hanya sekitar  100 lebih saja sanggup tunggu berjam-jam kerana dijanjikan akan diberi wang Ang Pau dan buah limau.

Tunggu punya tunggu....apabila majlis berlangsung...hanya 6 biji buah limau saja yang diberi Cha Lee Ming.

Ramai yang hadir ini kecewa dengan janji UMNO Taiping dan ada yang mengeluarkan kata-kata kesat "Lan...u punya janji...!!!" kerana amat kecewa.

Latok Cha Li Ming sedang mengkelentong...(Dari lensa Awang Puting Churut)
Pengikut Jahil dah ikut Cha Li Ming... (Juga dari Lensa Awang Puting Chulut)
------------------

YB Zahir diboikot ahli UMNO sendiri kalau bertanding...?

Panas...!!! Panas...!!! Panas...!!! 

Walaupun kat Taiping ni sentiasa hujan,rupanya cuaca panas didalam UMNO Bahagian Taiping.

Menurut sumber mengatakan YB Dato Zahir (ADUN Kemunting) bakal diboikot oleh orang UMNO sendiri berikutan TERBONGKAR suatu kisah yang tidak dijangka-jangka dilakukan oleh seorang ADUN.

Ada yang mengatakan YB Kemunting terlibat dalam kerja melibatkan tempat judi kuda. Perkara ini tidak dapat disahkan benar atau tidak,tapi perkara ini telah kecoh didalam UMNO Taiping.

Khabarnya  penyokong UMNO Taiping akan memboikot tidak akan  mengundi calon UMNO DUN Kemunting jika di letakan YB Zahir bertanding. Sebaliknya penyokong UMNO akan memilih calon lawan (PAS) sebagai memprotes.
Zambry naik kereta sepanjang majlis diTaiping dengan Shalimin
Patutlah Shalimin sangat intim dengan Zambry...rupanya Zahir bakal dicantas
Zambry dan Shalimin tersenggeh...kat belakangya Zahir yang bermuram..





Rabu, 6 Februari 2013

UMNO BN Masih Tak Jumpa “Punch Line”


Tahukah anda bahawa UMNO BN  masih tercari-cari “punch line” untuk memukul politik Pakatan Rakyat ketika semakin hampir tarikh pilihan raya.

Ketika ini UMNO BN masih lagi teraba-raba dalam menyalurkan konon-nya kebaikan kepada rakyat tapi penuh dengan lakonan.

Dikala serangan dan pendedahan isu sudah dan akan masuk pusingan terakhir. BN UMNO masih berteriak dengan suara serak sebab lama sangat menjerit nak bantu rakyat,nak bantu  rakyat….macam skrip Labu Labi….nak cari kayu…nak cari kayu… sedangkan berakhir  dengan angan-angan kosong dan sebab itulah UMNO BN dikatakan akan berhadapan dengan PRU 13 paling getir pernah dilalui sebab banyak sangat berangan-angan dan masih perasan sokongan  banyak.

“Misi untuk menyerang Anwar dan Najib oleh kedua-dua belah pihak berlaku dan semakin sengit. Namun apa yang boleh dilihat ialah serangan Pakatan Rakyat  terus amat konsisten, satu persatu isu dikeluarkan sedang UMNO BN masih tersangkut-sangkut dengan isu yang sama.”- Petikan dari sebuah blogger pro UMNO.

Rakyat sebenarnya muak melugai termuntah-muntah dengan isu yang dibawa UMNO BN. Kadang kala isu yang dibawa UMNO BN dianggap oleh rakyat seperti cerita  Walt Disney Cartoons yang melucukan.

Sebaliknya rakyat  begitu berselera dengan isu yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yang penuh dengan fakta dan sumber terperinci.

Biar pun UMNO BN memanopoli media massa arus perdana,namun semua itu ibarat senjata lapuk yang tidak diboleh digunapakai lagi, keberkesanan  media baru seperti blog dan FB menjadi penyumbang terpenting kejatuhan UMNO BN disamping pentas ceramah yang boleh dikatakan setiap hari beratus-ratus ceramah berlansung diseluruh Negara.

Setiap pendedahan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat di media baru dan pentas ceramah ibarat ledakan bom yang kuat hingga mengegarkan dunia politik tanahair.

Sebaliknya UMNO BN hanya membuat siri-siri letupan mercun ‘masuk angin’ atau sekadar buang angin saja (Kent..) yang hanya mengeluarkan bunyi yang meloyakan dan bau yang busuk.

Kemasukan atau orang yang ada nama dalam Pakatan Rakyat melompat (katak) masuk ke dalam UMNO BN juga dilihat gagal dalam semua subjek politik untuk kebaikan UMNO BN.

Apa sudah jadi dan apa mereka buat seperti Mohd Osman Jailu, Jamaludin Mohd Radzi Zulkifli  Nordin,Ezam Mohd Noor, Zahrin, Gobala,  dan gerombolan tersebut…? Puak katak ini pun dilihat gagal memecahkan benteng Pakatan Rakyat.

Puak Katak hanya berjaya dalam acara lompat katak politik tapi gagal dalam semua bidang sukan politik.

Jesteru itu semua didalam Pakatan Rakyat perlu terus melangkah lagi dan lagi maju kehadapan untuk membuktikan kita sudah sedia untuk memerintah Negara.

Rakyat sudah ketara memihak dan memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui Negara. 

Persiapan akhir semua jentera Politik Pakatan Rakyat sekarang haruslah didalam keadaan siapsiaga untuk sebarang kemungkinan bagi menghadapi peperangan pilihan raya yang bakal sengit,kerana berhadapan dengan pihak yang bakal hilang kuasa akan menyebabkan mereka hilang akal- Orangni.

Pelakon Filem Abu Nawas Meninggal Dunia

.

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pada pukul 6.45 petang ini.

Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua.

“Menurut sumber jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan, Perak pada malam ini juga,di sini hari ini.

Ogos tahun lepas, suami kepada Datin Alisah Ali itu koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HKL akibat terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul di sini.

Sedikit info mengenai Datuk Yahya Sulong : Beliau pernah berlakon di dalam berpuluh filem dan juga drama antaranya Abu Nawas (Filem Pertama), Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du, Toyol, Si Luncai, Prebet Lapok, Senario The Movie dan banyak lagi. Datuk Yahya Sulong atau lebih dikenali dengan nama Pak Ya yang sudah empat kali mendirikan rumah tangga dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit itu kini kekal dengan isteri tercinta Datin Alisah Ali. Info Wikipedia :SINI

Takziah diucapkan kepada keluarga Datuk Yahya Sulong atas pemergian insan seni ini. Al-Fatihah.

Ratusan Banner Haram BN Cemari Bandar Taiping : MPT buat tak tahu....!!??

Setiap tiang lampu,tiang talipon,tiang letrik...hatta apa saja yang macam tiang, seperti pokok-pokok disekitar jalan Bandar Warisan Taiping tergantung Banner yang memang sah tiada permit kelulusan dari Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

Sungguh merosakan pandangan bagi penguna jalanraya disekitar Taiping dengan banner-banner muka Najib berpakaian warna merah dengan tulisan cina dan berlogo Dacing (BN).

Kesian tengok banner-banner haram BN dengan muka Najib ini... Memang sah UMNO BN Taiping sekarang tak ada dana nak bayar permit kelulusan gantung banner. Buat malu kat rakyat saja khususnya kaum cina di Taiping...nak bodek rakyat,tapi undang-undang kecil pun UMNO BN Taiping gagal patuhi.

Aku tak tahu siapa yang mengantungkan banner-banner haram ini, apa yang dapat dilihat kesemua banner-banner ini tiada pelekat sebagai tanda kelulusan pihak MPT.

Apakah pihak MPT  tak tahu dengan banner-banner haram ini atau buat tak tahu ataupun anggota MPT sendiri yang diarah gantung banner tersebut.

Sejak bila pula MPT jadi kompenan BN di Taiping kalau buat kerja gantung banner untuk BN..?

Mohon pihak MPT turunkan banner-banner haram ini ataupun MPT tampalkan saja permit kelulusan percuma.

Jangan disebabkan pegawai tinggi MPT orang kuat UMNO...semua anggota MPT dipaksa jadi UMNO. 
Banner Haram BN (diatas) mohon MPT turunkan

Selasa, 5 Februari 2013

Perhimpunan BN Pulau Pinang langgar Akta... Apa tindakan Polis..??


(a) Akta Kanak-Kanak 2001.Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1).

Membawa kanak-kanak dibawah usia 15 tahun adalah menjadi satu kesalahan di bawah SEK. 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan di bawah SEK. 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.


PRAI, 5 Feb -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman
dengan orang ramai ketika hadir pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia dan
pelancaran Gelombang Biru Peringkat Negeri
di padang Sekolah Menengah
Kebangsaan Indrawasih di sini hari ini.

Jika telus mengapa pilih bulu...??? 

Sumber: images.

Sumber ada hubung kait : Berkaitan

Ketua Menteri Pulau Pinang Melayu jika BN menang PRU 13..?

Teng Chang Yeow
BUTTERWORTH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow boleh menjadi ketua menteri jika BN diberi mandat mentadbir semula negeri ini.

Ia bayangan pertama BN di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Dipetik Bernama, beliau berkata, ini bukanlah satu pengumuman tetapi ia menggambarkan BN mempunyai pemimpin yang lebih layak untuk menerajui negeri ini dengan lebih baik.- Sinar Harian

......................................................

Semalam Muhyiddin Yassin  dah bermimpi disiang hari konon-nya BN Pulau Pinang tidak mustahil boleh rampas kembali tampuk pemerintahan negeri Pulau Pinang dari tangan Pakatan Rakyat.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran gelombang biru dan himpunan rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih, Perai di sini malam tadi.

Kita tengok siri-siri memprotes,membantah dan sebagainya terhadap kerajaan negeri yang ada sekarang semua orang Pulau Pinang tahu dilakukan oleh siapa, semuanya dari kaum Melayu dan Mamak yang ditaja oleh UMNO BN disini. Kaum Cina amat jarang didengar memperotes kerajaan Lim Guan Eng, kesimpulanya orang cina Pulau Pinang amat selesa dengan kerajaan Pulau Pinang sekarang.

Nampaknya Muhyiddin mungkin terlupa atau mungkin tak ingat langsung hero-hero yang konon-nya bela orang Melayu kat Pulau Mutiara ini. Nama seperti Shaik Hussein Mydin ketua Pemuda Umno Pulau Pinang  dan ramai lagi lansung tak disebut oleh Muhyiddin.

Selepas ni  hero-hero pembela nasib melayu kat Pulau Pinang boleh simpanlah hajat-hajat nak protes kerajaan Pulau Pinang yang dok ada ni, sia-sia saja hangpa usung kek taik,usung keranda dan macam-macam sebab Muhyiddin tak pandang pun semua tu...hahaha...

Kerana calon kot-kot BN menang kat Pulau Pinang ialah Teng Chang Yeow...sama macam KM dari BN yang lepas:
Tan Sri Wong Pow Nee1957 - 1969 (12 Tahun)MCA
Tun Dato' Seri Dr. Lim Chong Eu1969 - 1990 (21 Tahun)Gerakan
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon1990 - 2008 (18 Tahun)Gerakan
 Tapi tak serupa seperti  Lim Guan Eng.








Isnin, 4 Februari 2013

Kecoh..!!! Kecoh...!!! Ceramah Ust Kazim Kecoh

Kecoh 1

Beberapa hari lalu kecoh kat laman blog ini dengan komen-komen dari para penyokong yang taksub dengan  seorang ustaz yang boleh dibaratkan dengan peribahasa "Masuk Kandang Harimau dia mengaum....dan Masuk Kandang Kambing Dia Mengembeeek..." 

Sana dia cakap lain...disini dia cakap lain...disana kata bersama parti itu,disini kata menyokong parti ini,itulah sifatnya untuk mempopularkan dirinya sejak kebelakangan ini.

Aku terpanggil menulis perihal Si Ustaz ini kerana sudah banyak kisahnya diperkatakan dimerata-rata tempat diseluruh negeri Perak.

Memang benar Ustaz ini mempunyai penyokong dan pengikut yang ramai,tapi semua boleh dikatakan dari kalangan UMNO BN. Jadi jawapan sudah tentu berada didalam otak...siapa sebenarnya Ustaz ini.

Segala komen yang  menghentam admin blog Orangni sekarang mencecah lebih 50 semuanya juga jelas menunjukan mereka taksub bebenor dengan Ustaz ini dan memangnya dikalangan penyokong tegar UMNO BN. Lepas ni bolehlah jadi calon sebab dah ramai pengikut dan penyokong...hahaha...

Apapun Admin mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala komen,walaupun mejoritinya mengunakan bahasa kesat memaki hamun, sebab Admin tahu...inilah sebenarnya wajah sebenar penyokong Ustaz ini....hahaha.....

........................................................................
Kecoh 2
"BIAWAK" - Itulah ucapan terindah dalam ceramah Ustaz Kazim di Kg Tapah Selama Perak baru-baru ini. Rupanya Ustaz Kazim begitu bengang dengan artikal yang mengatakan konon-nya beliau dipanggil UMNO untuk ceramah disini pada 3 Feb lalu.

"Saya tak kebuloq nak jadi calon dalam PRU...saya ni bukan sokong mana-mana..PAS pun tak,UMNO pun tak"- antara kata-kata Kazim dalam ceramahnya lagi, yang dihadiri seorang Jutawan Jack Pot dari pimpinan UMNO Selama.

Kazim juga ada berkata tahun 2013 ini adalah tahun terakhir beliau berceramah dan tahun depan akan bersara untuk tumpukan pada sekolahnya saja.

Kazim juga berasa bangga yang konon-nya kehadiran pada malam tersebut tersangat ramai, hakikatnya kehadiran orang ramai kesitu  pada malam tersebut telah di-umpan dengan pemberian kupon BR1M 2.0 yang diberi oleh JKKK UMNO disini setelah selesai ceramah Kazim.

Ehhh...!!!! Kata tak moh terlibat dengan UMNO...??? Ada pimpinan UMNO,ada BR1M..ini pentas tajaan siapa..?? hahaha...

"Ceramah yang konon-nya bertajuk Maulidur Rasul telah ditukar tajuk oleh Kazim dengan menghentam PAS dan memuji UMNO" - kata seorang penduduk yang hadir ke ceramah Kazim untuk ambil BR1M, bukan sebab nak dengar ceramahnya.
.................................................................

Kecoh 3

5 Februari 2013
Keadaan lori muatan gas cecair rosak teruk akibat terhumban ke dalam parit di tepi jalan.
BAGAN SERAI - Keterujaan orang ramai menghadiri ceramah agama disampaikan tokoh agama terkemuka, Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz di Taman Serai Sentosa, malam Sabtu lalu bertukar kecoh seketika apabila berlakunya kemalangan membabitkan sebuah lori di lokasi berhampirannya.

Kemalangan membabitkan sebuah lori muatan gas cecair yang terbabas ke seberang jalan di Kilometer 105.3 Jalan Ipoh-Butterworth, menghala utara dalam kejadian 9.30 malam itu menyebabkan pemandunya hanya mengalami cedera ringan.


Sinar Harian difahamkan mangsa, Lai Thing Lai, 65, sedang dalam perjalanan menghala ke Parit Buntar dari Taiping dan gagal mengawal kenderaan sejurus cuba mengelak orang awam yang cuba melintas ke seberang jalan.

Saksi kejadian dikenali Ariffin, 32, berkata, lori yang dipandu mangsa kemudiannya melanggar pembahagi jalan sebelum menjunam ke dalam sebatang parit di tepi jalan dari arah bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang menghadiri ceramah agama sebelum terdengar bunyi kesan geseran tayar yang kuat akibat brek kecemasan.

“Saya bersama ramai hadirin lain segera melihat ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah lori membawa muatan gas cecair terbabas melanggar pembahagi jalan dan seterusnya terhumban ke dalam parit dari arah jalan bertentangan.

“Mujurlah lori itu tidak menghala ke lokasi penganjuran ceramah.

"Jika tidak, saya pasti akan berlakunya kemalangan jiwa disebabkan bilangan hadirin menyertai ceramah itu amat ramai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Pemandu tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan diberikan rawatan susulan di klinik kesihatan berhampiran dan kes ini masih dalam siasatan”, katanya. - Sinar Harian
............................................................