Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Sabtu, 10 November 2012

Banner kemetot dihalang MB Zambry kecewakan kelip-kelip kg. Dew

Sudah saiz banner tu kecik kemetot....hahaha....

Bilanganya pun tak banyak,khabarnya hanya 10 je bennar diprint untuk sebuah program yang akan dihadiri Zambry Kadir Menteri Besar Perak yang tidak halal....ikutkan tarikhnya 11 Nov (hari ini le...).

Dalam bennar tu konon-nya Zambry dan exco Pelancong Perak Si Hamidah akan datang ke Kampung Dew untuk sebuah program dijeti kelip-kelip kampung tersebut,kampung Dew  sebelum ini kecoh dengan projek kolam udang haram milik koperasi UMNO Bukit Gantang dan isu puak pemimpin UMNO ambil tanah yang dijanjikan untuk penduduk disitu.

Maklumat terbaru yang diterima memberi tahu, Zambry tak datang dalam program ini...apa sebabnya aku tak tahu. Mungkin Zambry kecewa dengan ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang YB Rosli Terong, yang buat kerja halai balai kata orang tempatan...udah le MB nak datang, tempah banner pun kecik kemetot dalam jumlah yang amat sikit...Muka  Zambry tersenggeh pun tak ditaruh kat banner tu, kesian Zambry........hahaha...

Paling malang sekali.....banner udah le kecik...dihalang pula dengan poster2 kenduri kawin.....apa tak nampak...hahaha....(Gambar dibawah)

Maklumat awal yang aku terima hanya dijangka Hamidah sorang je turun kat program di jeti Kampung Dew...khabarnya ada sesuatu akan disampaikan Hamidah...

***Cerita selanjutnya akan menyusul........

(info tambahan: 5 Kerusi batu yang disumbang DS Nizar untuk jeti kelip-kelip masih kekal menanti Hamidah.....tidak akan diubah kemana-mana kata penduduk disini...hahaha....)


Jumaat, 9 November 2012

Rais Yatim suka artis wanita yang dedah-dedah

Semalam berlansung ASK 2012 - Anugerah Syaitan di- Kenali  Anugerah Skrin 2012: 

Tersenggeh suka Pak Menteri UMNO dan sahabatnya melihat artis-artis wanita tanahair berpakaian dedah-dedah..kalau tak suka mengapa tersenggeh...betoi tak..??? hahaha...

Ulama muda UMNO,Jamil Khir, Dr Mashitah,Uts Kazim Elias, Biawak , Jebon dan Syaitan yang dikenali pasti amat-amat suka...hahaha....

** Sorry gambar artis agak kurang sopan sikit...tapi Pak Rais suka bangat....hehehe...


 Inilah program dalam negara Islam yang terbaik didunia kono-nya,program maksiat dan mungkar dibiarkan berjalan,ramai yang suka dan gembira dgn program2 sebegini terutamanya pemimpin UMNO.

Penaung BAM tidak hadir majlis perkahwinan jaguh badminton negara


KUALA LUMPUR: Majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1,500 tetamu.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berkenaan menghadiri majlis yang berlangsung di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir meraikan pasangan mempelai.
Antara barisan Menteri Kabinet yang hadir termasuk, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Nadzmi Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong antara tetamu turut hadir.- mStar
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya, Datin Wong Mew Choo pada majlis perkahwinan pasangan tersebut di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Jumaat malam.

Orgni: Dimanakah Penaung BAM Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengapa Rosmah tidak hadir ke majlis yang digelar 'wedding of the year' ini..??

Rosmah pernah bersusah payah bergegas ke London semata-mata untuk menyokong Datuk Lee Chong Wei yang akan bertemu pemain dari Negara China, Lin Dan dalam perlawanan akhir untuk merebut pingat emas bagi acara Badminton dalam Sukan Olimpik 2012. 

Datin Seri Rosmah Mansor juga telah dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara Mei lalu.

Kenapa dan mengapa Rosmah tidak berada di majlis perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo..? 

Adakah dia tidak diundang walaupun berjawatan Penaung BAM..

Gambar Rosmah memeluk DLCW suatu masa dulu pernah menjadi panas..

** Aku tidak berniat memburukan  jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tapi mempersoalkan ketidakhadiran Penaung BAM....Kenapa..????


Ceramah besar-besaran: UMNO sudah tidak percaya dengan media massa mereka sendiri.

Disebabkan keadaan rakyat sekarang yang sudah hilang kepercayaan terhadap media massa seperti TV dan surat khabar yang pro dengan UMNO BN, maka Umno ingin kembali kepada tradisi dalam corak perjuangan parti itu yang dilaksanakan dengan cara berceramah.

Keadaan ini berlaku disebabkan segala berita yang dihasilkan amat ketara diputar belit dan berat sebelah. Dengan itu rakyat sekarang sudah pandai menilai isi kandung bahan sesuatu berita.


Maka dengan itu Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan memberitahu parti itu akan menggerakkan Siri Jelajah Penerangan ke seluruh negara untuk menceritakan serta memberi pemahaman kepada rakyat di peringkat bawahan mengenai isu-isu semasa yang berlaku.


Program UMNO ini sudah jelas yang mereka tepaksa  bersusah payah turun kebawah berceramah seperti mana PR lakukan selama ini. Nampak gayanya macam standby nak jadi pembangkang selepas Pru 13...hahaha....

Ahmad Maslan berkata lagi usaha itu akan dilakukan secara berterusan sehingga menjelangnya Pilihanraya Umum ke – 13 nanti bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar tentang kontroversi politik yang berlaku di negara ini.“

TV 3 suku,RTM,Utusan Meloya,Berita Hairan nampaknya sudah tiada berdaya lagi menambat kepercayaan rakyat,UMNO terpaksa ulang siar berita dan cerita putar belit yang penuh dengan pembohongan berbaur fitnah di tapak2 ceramah mereka nanti.

Ahmad menambah, bermula pada minggu hadapan, bahagian penerangan Umno akan mula bergerak ke kawasan-kawasan tertentu bagi melaksanakan siri ceramah pemahaman itu.

Sebenarnya apa yang rakyat nampak sekarang....UMNO semakin gelisah serba tak kena,macam cacing dok tengah panas.

Aku percaya siri ceramah UMNO kali ini hanya akan memperalatkan ajensi kerajaan sahaja,akan dipaksa JKR pacak khemah,pihak sekolah sediakan dewan dan sebagainya.
 
Pakcik Makcik pasti akan diangkut dan diupah ke ceramah UMNO,yang wajibnya makan percuma pasti ada....hahaha.... Nak harap orang datang sendiri dengan iklas...mampus tak ada yang datang...hahaha....

Satu lagi...UMNO pasti gunakan peluang caramah ini untuk edar risalah propaganda dan cd-cd fitnah juga akan ditaburkan seperti yang sudah berlaku...cuma kali ini agenda mereka pasti bertambah ganas,jijik dan busuk.

Ceramah UMNO edar risalah propaganda : Klik Sini

Rakyat Teluk Intan dipaksa berlakon kerana Rosmah melawat banjir

TELUK INTAN, 9 Nov-- Apa punya jenis spesis bodek la puak-puak UMNO ni....

Khabarnya Rosmah  hari ini datang untuk melawat mangsa banjir di Kg. Changkat Jong di pusat penempatan mangsa banjir tapi telah lewat tiba kelokasi.

Kelam-kabut UMNO kat Teluk Intan khabornye...

Sepatutnya, para mangsa dah boleh balik awal tetapi ia dilewatkan hanya semata-mata menunggu Rosmah datang dan dipaksa berlakon buat muka suka dengan kedatangan Rosmah,

Keadaan ini telah menimbulkan rasa marah dikalangan segelintir mangsa banjir.

Patutlah muka-muka dalam gambar semasa Rosmah datang kelokasi banjir ni ada yang muka masam....fedup dengan perangai Rosmah..

Khabarnya Rosmah pun berlakon mengoreng ikan bilis untuk mangsa banjir...tapi bawah kuali tersebut api pun tak ada...hahaha... Terbaik punya lakonan Rosmah....hehehe..

Udah le datang lewat...dah datang tu mengada-ngada perangainya, konon bergelar Datin Hajjah, rambut masih terjojol.

yang best-nya Rosmah  sempat berpesan macam berlakon jadi Hajjah Ustazah kepada mangsa yang ditimpa bencana alam ini supaya terus bersabar dengan dugaan serta ujian daripada Allah S.W.T...

Agaknya puak-puak UMNO ni tak fikirkan masaalah dan kerumitan mangsa banjir, kerana Rosmah nak datang,mereka sanggup mempergunakan mangsa banjir sebagai bahan alat pembodek politik mereka.



Rosmah Mansor (tengah) berkesempatan berlakon  memasak gulai lemak ayam cili padi untuk dihidangkan kepada mangsa banjir semasa lawatannya ke Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, di sini, hari ini.


Sempena Rosmah datang....makcik ini dikatakan dipaksa sarungkan baju ada gambar Najib....

Rosmah Mansor (dua, kanan)berlakon sedang mengoreng ikan bilis konon-nya untuk dihidangkan kepada mangsa banjir semasa lawatannya ke Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, di sini, hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri), Datin Seri Saripah Zulkifli (kanan). Tengok muka makcik kat sebelah tu pun fedup..goreng ikan bilis tapi api pun tarak...hahaha...



Tersenggeh suka... yang disalam Rosmah ini bukanlah mangsa banjir, tapi pembodek dimusim banjir...hahaha...

Khamis, 8 November 2012

Rosmah Mansor mengaku "BERAT"

Hari ini sebuah blog pengampu UMNO mengeluarkan cerita mengenai isteri Perdana Menteri...

Siapa lagi kalau bukan Datin Seri Rosmah Mansor, dalam sebuah program penerbitan buku bertajuk  ‘Seorang Profesor Bersama NGO Juita:Perkongsian Bijak Dalam Kerja Amal Kebajikan Masyarakat’ 
Berat.....

Rosmah mahukan rakyat perlu Tahu Peranan Berat Seorang Isteri Kepada Pemimpin...hahaha...

Berat.....berat...berat...hahahaha....

Rosmah  kata, seorang isteri pemimpin macam beliau bukan sahaja berperanan mengiringi suami ataupun sebagai tetamu kehormat di  sesuatu majlis sebaliknya turut melaksanakan tugas yang lebih proaktif di kawasan masing-masing demi kesejahteraan rakyat....hahaha...

Berat...berat....berat...berat....hahaha...

Dan rakyat semua juga dah tahu tentang peranan Rosmah dalam memberatkan eksoseri ditubuhnya...hahaha....

Berat...berat...berat...berat.....

Cincin seberat  RM24 juta 

Jam ini juga mengemparkan sebab harganya juga berat...hahaha...

Gelang tangan yang berat...

Ini pun salah satu yang  berat juga...
** Mungkin masih banyak lagi yang berat-berat aku dan korang tak tahu mengenai isteri PM ni...hahaha... Apapun apa yang ada dan berlaku sekarang ini memang berat pun....






Rabu, 7 November 2012

22 November 2012 : Najib dijangka demam


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 7 November: Dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan kehadiran mereka ke Dewan Rakyat 22 November ini untuk beri taklimat kepada Ahli Parlimen Malaysia berhubung kes Scorpene.
Memaklumkan perkara itu, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, kedua-dua peguam tersebut setuju untuk datang ke Parlimen sebagai menyambut jemputan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertarikh 2 Oktober 2012.
Bagaimanapun, Bourdon dalam surat beliau bertarikh 29 Oktober meminta jaminan kerajaan agar kejadian beliau dihalang dari memasuki negara ini pada Julai 2011 tidak berulang.
“Hari ini, pejabat Ketua Pembangkang telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mendapatkan satu jaminan bertulis supaya membenarkan peguam-peguam tersebut untuk masuk ke negara ini tidak dihalang.
“Ini kerana Bourdon mengesahkan kehadiran dengan syarat tidak dihalang masuk atau disingkir oleh pihak berkuasa,” jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan tiada bantahan tentang kehadiran peguam tersebut di Parlimen.
Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.
Kapal selam itu dibeli dari Direction des Construction Navales Services (DCNS), Thales dan Armaris pada 2002.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, pihaknya akan cuba membawa peguam DCNS bersama pada taklimat itu nanti.- keadilandaily

Orgni: Beranikah Najib menjeguk Dewan Rakyat pada tarikh tersebut..?? Seluruh dunia sedang nantikan semua ini...

Terkini..!!! Kapal terbang MASwings mendarat cemas dalam parit


Marudi Sarawak: Kejadian berlaku pada kira-kira 02:19 selepas pesawat dalam penerbangan MH 3562 dari Miri mendarat di landasan lapangan terbang Marudi pada kira-kira 2:33 

Pesawat ini dilaporkan telah  menyimpang ke sebelah kiri landasan,kemudian  melanggar  pagar dawai lapangan terbang dan akhirnya berjaya berhenti di dalam parit.

OCPD Baram Abu Bakar Moktar memberitahu akhbar bahawa kemalanga pesawat 19-penumpang terbang 17 penumpang ini hanya dilaporkan hanya seorang penumpang wanita yang mengalami kecederaan kaki kecil.

Penumpang yang cedera menerima rawatan pesakit luar di hospital Marudi. 

Beliau berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menyiasat punca sebenar kejadian itu walaupun penyiasatan polis awal tidak menolak masalah teknikal sebagai satu kemungkinan kejadian yang tidak diingini. Borneopost.

A DHC-6 pesawat Twin Otter daripada MASwings mendarat di parit dalam kemalangan di lapangan terbang Marudi 

Ahli Bomba mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan letupan mungkin pesawat.

Orang ramai tidak ketinggalan menyaksikan pesawat malang ini.




Tahniah Obama...Takziah Najib....


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah atas pemilihan semula Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat menewaskan pencabarnya dari Republikan, Mitt Romney. -BH

Orgni: Sempatkah Najib menerima ucapan "Tahniah" dari Obama..??

Kemungkinan amat besar...hanya "Tahniah" kepada Obama dari Najib....dan "Takziah" kepada Najib dari Obama lepas PRU 13...hahaha....

Najib bakal kempunan terima ucapan balas Tahniah dari Obama...haha..

Keputusan UPSR 2012 diumum lewat bakal jadi bahan politik UMNO BN..??

KUALA LUMPUR: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 akan diumumkan pada 19 November ini bermula jam 9 pagi. 

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini, berkata seramai 517,139 calon menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini. 



“Calon boleh mendapatkan keputusan UPSR mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari sama,” katanya di sini, hari ini. - BH

Orgni: Inilah sejarah dalam sistem pendidikan negara ini apabila keputusan UPSR buat kali pertama akan diumumkan pada musim cuti sekolah,yang mana peperiksaan ini telah dilaksanakan dalam bulan September lalu.

Bagi keputusan UPSR yang lepas-lepas, pihak kementerian Pelajaran umumkan keputusan sebelum musim cuti persekolah,tapi kali ini dalam musim cuti sekolah.

Menurut sumber yang diterima mengatakan semua ini adalah disebab UMNO BN akan mengunakan peluang untuk dipolitik-kan dengan mengumumkan keputusan UPSR ini dimusim cuti sekolah.

Selasa, 6 November 2012

PRU 13: Caya la......Najib akan bertanding di Marang..?

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk bertanding di kawasan Parlimen Marang di Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Anwar, perdana menteri seharusnya bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden PAS itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan di Pahang yang disandang Najib.

Ditanya sama ada Abdul Hadi pasti bertanding di Pekan, Anwar yang ditemui di lobi Parlimen, berkata: "Kami belum membincangkan perkara itu, beliau (Abdul Hadi) kata akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti.

"Sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan berkata beliau akan bertanding di mana-mana kawasan yang diminta parti termasuk untuk kerusi Parlimen Pekan.Najib semalam berkata beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di kawasan Parlimen Pekan. - Bernama.

Orgni: Mungkin hanya 00.01% saja kemungkinan Najib ada berani dengan cabaran ini....sebab thulurnya bukan 1,bukan 2....tapi taraaaaak......hahahaha....


Isnin, 5 November 2012

Zambry Kadir pun bantah AES kerana apa..???

Jika hari ini  Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa syarikat anak bekas pimpinan Umno Johor antara yang mengendalikan saman Sistem Peguatkuasaan Automatik (AES).

Kebanyak-kan pemimpin UMNO BN rata-rata masih menyokong dan ada yang mendiamkan diri,namun lain pula dengan Menteri Besar Perak yang tidak halal ini.


Beliau dalam menghadiri salah satu program ‘walkabout’ di Masjid Jeliang, dekat Kuala Kangsar, hari ini terang-terang menyuruh kerajaan Pusat mengkaji secara mendalam pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum ia dipasang atau dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini...mengkaji tu..cam tak setuju la...hahaha...

Menurut Zambry lagi, pelaksanaan sistem tersebut mula dipersoalkan oleh rakyat yang menganggap ia sebagai satu perniagaan yang berasaskan keuntungan semata-mata.

“Saya rasa ia (sistem AES) perlu dibuat penelitian secara mendalam seperti apakah matlamat kita perkenalkan ‘AES’ ini untuk keuntungan sesebuah syarika,” soalnya.
Wah... hebat membantah Si Menteri Besar Tak Halal ni...
Kenapa agaknya..???
Adakah disebab beliau dan anak pinak saudara mara rakan sekroni tidak ada saham dalam projek AES ini..???
Kemungkinan besar pada jangkaan aku yang Zambry kadir tak berapa setuju sebab beliau pun suka bawa kereta laju di jalan-jalan raya,kerana baru-baru ini aku dapat sendiri tengok sebuah kenderaan yang dipandu Zambry semasa mesyuarat Penerangan Ketua UMNO bahagian di Ipoh, Zambry tidak mengunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri.

Sebaliknya mengunakan kereta jenis SUV Lexus yang mewah dan harganya nelayan melayu kat Pulau Pangkor tak mampu beli.

Dari sembang-sembang kat depan bangunan UMNO tersebut dengar desas-desus yang Zambry ini suka guna kereta bernombor plat AHK 11 ini dalam tugas rasminya.

Wah..!!! kata semangat petroitik...tapi dok guna kereta improt...yenna dei thambi...!!!! Cakap tak serupa bikin la ini MB tarak halal...

Jadi kesimpulanya...kemungkinan disebabkan Zambry dok drive kereta persendirian laju-laju...maka sebab tu lah dia tak berapa suka dengan AES ni... hahaha....


Kehulu kehilir Zambry dengan kereta SUV Lexus..kereta rasmi mana..???