Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Sabtu, 28 Mei 2011

LORI TERBALIK....MALAYSIA OH TANAH AIRKU


" MUATANNYA DIUTAMAKAN,PEMANDU ATAU KELINDAN DIBIARKAN"

SETIU – Bagaikan pesta roti! Itulah gambaran yang dapat dibuat apabila orang ramai dan penduduk kampung memenuhi tepi jalan utama berhampi­ran­ Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lerek untuk mengambil roti, setelah treler yang membawa muatan roti terbalik, awal pagi kelmarin.

Orang ramai tidak berganjak dan menunggu untuk mendapatkan roti walaupun dalam keadaan cuaca panas, malah ada sesetengahnya membawa plastik besar untuk mengisi roti.

Menurut pemandu treler, Mustapha Abdul Rahman, 54, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.50 pagi itu umpama mati hidup semula baginya apabila treler yang dipandu terbabas dan terbalik di bawah cerun setelah dia terlelap.

*** Teringat aku kata2 dari Abg Mad Sabu baru2 ini (Dibukit Gantang)
Ahklak Islam sebenarnya sudah hilang dari orang Melayu sudah lama,sejak rejim UMNO memerintah sehingga sekarang sikap,perangai dan tingkahlaku orang melayu tidak mencerminkan Melayu mahupun Islam.
Mengambil contoh kejadian tsunami di Negara Jepun baru ini.. ada sumber dan maklumat mengatakan, keadaan ditempat yg dilanda tsunami amat menyedihkan,penduduk yang terselamat terpaksa berkongsi makanan dan hidup dalam kesukaran,namun tiada laporan kejadian pecah kedai dan kecurian berlaku semasa itu. Malah sekumpulan rakyat Negara Jepun keluar mencari dan mengumpul semua barang harta benda mangsa2 tsunami ditempat kejadian,kemudianya itu barang2 tersebut dikumpulkan didalam sebuah dewan dan di panggil mangsa Tsunami untuk mengambil hak mereka semula.
Jelas..ahklak Islam itu ada dinegara yang bukan Islam seperti di Negara Jepun.

Moral: Malang bagi masadepan negara ini jika mentaliti Melayu semakin mundur dengan akhlaknya semakin kebelakang dari semua bangsa di Tanah Air sendiri.

BERITA TANDA-TANDA NAK PRU DAH DEKAT YOB......



Hari ni rejim UMNO Bukit Gantang buat mesyuarat entah apa ke nama mesyuarat aku pun tak ambil tahu...hehehe.....

Dengar ada maklumat mengata-kan rejim UMNO guna dewan sebuah sekolah di Changkat Jering Perak...hehehehehe....
Berita yang amat tak terkejut ialah 118 ahli PAS Bukit Gantang masuk UMNO hari ini...hehehehe...
Gambar: Abdul Rahim Ahmad yang dikatakan salah sorang ahli PAS dari 118 orang yang sertai rejim UMNO hari ini di Parlimen Bukit Gantang...apa yang tidak mengejutkan ialah 117 orang lagi tiada dalam majlis itu...hehehehehe...

Moral: Menipu itu kerja rejim UMNO....hehehehe...

Selasa, 24 Mei 2011

Kerajaan Rejim UMNO BN bekukan semua jawatan kosong! apa maksudnya?


Lepasan graduan,lepasan dploma,lepasan pelajar...bolehlah lepaskan semua harapan buat masa ini...

Klik untuk lepaskan yang melepas.... http://www.jpa.gov.my/docs/se/2011/se23052011.pdf

Apa alasan mansuhkan semua jawatan kosong di semua agensi kerajaan..?? Sedangkan jawatan berkepentingan dalam kuasa politik seperti jawatan senator yang terpaksa rakyat menanggung gajinya ibarat biawak hidup di terus tambah dalam kerusi dewan rakyat...terbaru presiden PEKIMA dilantik senator...


~ PERINGATAN: 09 / 07 / 2011 Himpunan BERSIH 2

Bongkar: BN Pergunakan JPN Daftar Rakyat Thai Sebagai Pengundi


Percubaan mendaftar warga asing dipercayai dari Thailand sebagai pengundi kini dikesan di Kelantan apabila satu program di bawah Jabatan Pendaftaran Negara dikenali ‘Mydaftar’ akan diadakan Sabtu ini.

Perkara itu didedahkan oleh ahli parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar yang melahirkan rasa bimbang memandangkan program seperti itu belum pernah berlaku sebelum ini.

Beliau mendakwa tindakan ini sebagai langkah Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menurut Kamaruddin, beliau mengesyaki pendaftaran membabitkan warga Thailand sebagai pengundi ekoran kawasan parlimen Tumpat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berdekatan dengan sempadan.

Empat DUN dalam parlimen Tumpat ialah Pengkalan Kubur, Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Baru. Dalam pilihan raya umum lalu, BN hanya menang satu kerusi iaitu Pengkalan Kubor iaitu Noor Zahidi Omar.

Sempadan Thailand

“Kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersempadan dengan Thailand. Maka ramai rakyat Thailand adalah beragama Islam dan selalu keluar masuk ke negeri ini (Kelantan).

“Saya dimaklumkan perkara ini pagi semalam. Namun ia berlaku ketika solat Jumaat minggu lalu. Operasi seperti ini belum pernah berlaku dalam jajahan Tumpat ini.

“Operasi ini dijalankan menerusi satu program dikenali Mydaftar iaitu satu program bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS hari ini.

Program itu dikatakan diumumkan imam masjid di salah satu mukim di daerah tersebut Jumaat lalu, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Program tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Satu (1), Tumpat.

“Program ini sealiran dengan pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing yang sedang berangsung seperti yang dilaporkan contohnya di Hulu Selangor,” katanya. -FMT

Isnin, 23 Mei 2011

Syabas & Tahniah...ZUNAR DAPAT ANUGERAH ANTARABANGSA

Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque menerima anugerah antarabangsa daripada Cartoonists Rights Network International (CRNI). CRNI merupakan satu badan NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia. Badan itu mewakili ratusan editorial kartunis seluruh dunia yang berperanan melindungi kartunis yang ditekan kerana karya mereka.

“Saya bersyukur kerana telah dipilih untuk memenangi sebuah award untuk kartunis editorial antarabangsa dari sebuah badan yang mewakili kartunis-kartunis editorial sedunia, Cartoonists Rights Network International (CRNI).

“Award tersebut ialah CRNI 2011 Award for Courage in Editorial Cartooning,” kata Zunar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Zunar, beliau akan hadir pada majlis penyampaian anugerah tersebut yang akan diadakan di St. Petersburg Florida, Amerika Syarikat pada 7 Julai depan.

Zunar yang baru menyambut hari lahirnya ke 50 sebelum ini dikenali sebagai seorang kartunis yang berani menampilkan karya yang tajam dengan sindiran dan kritikan terhadap pemerintah Umno-Barisan Nasional.

Beliau pernah ditangkap dan bermalam di balai polis pada 24 September 2010, sebelum bukunya ‘Cartoon-o-phobia’ dilancarkan pada malam itu.

Zunar ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menghasilkan buku tersebut yang didakwa menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk NGO mengecam tindakan tersebut.

Selain itu, Kementerian Dalam Negeri turut mengharamkan dua lagi karya Zunar berjudul 1 Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun.

Pada 26 Julai tahun lalu, MKINI Dotcom, yang mengendalikan Malaysiakini dan Zunar memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik tersebut.

Tekanan kerajaan Umno-BN terhadap Zunar merupakan salah satu faktor kedudukan Malaysia jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010. Kedudukan itu yang terendah sepanjang tempoh sembilan tahun dalam senarai 178 negara.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah bagi Asia di Human Rights Watch (HRW), Phil Robertson mendakwa kerajaan Malaysia pada hari ini hanya banyak bercakap dan berjanji di dalam memperbaiki rekod layanan kemanusiaan ataupun hak kemanusiaan tetapi masih lemah di dalam melaksanakannya. Phil juga menyifatkan janji-janji oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu menegakkan hak-hak asasi rakyat sebagai satu janji yang kosong semata-mata.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran laporan dunia mengenai hak asasi bagi tahun 2011 pada bulan Januari lalu apabila ditanya mengenai perkembangan usaha mengukuhkan institusi hak asasi di Malaysia oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Laporan tersebut juga ada menyebut mengenai tindakan kerajaan BN yang menyalahgunakan undang-undang seperti mengharamkan dan merampas penulisan-penulisan politik, kartun-kartun (seperti buku Zunar) dan juga memberi halangan kepada penerbitan serta lesen penerbitan yang sukar disambung dengan menyalahgunakan Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 yang juga sebelum ini dijanjikan kerajaan untuk menilai semula peruntukan undang-undang ini.

HRW merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang ditubuhkan sejak tahun 1978 telah melancarkan laporan setebal 649 muka surat itu yang juga merupakan laporan ke 21nya yang menilai prestasi dan ketelusan amalan demokrasi terutamanya hak asasi manusia di lebih 90 buah negara seluruh dunia.

Tahniah awal ku ucapkan kepada penyokong rejim UMproNO.....Harga Minyak Naik Minggu Depan..

Gujarat-petrol.jpg (480×318)

Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.

"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini...kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.


Ismail Sabri berkata kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011 yang berlangsung selama tiga hari di Medan Tunku, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, Isnin.

Harga petrol RON95 kini RM1.90 seliter berbanding harga petrol RON97 yang meningkat kepada RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.

Pada 16 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia. - BERNAMA


SUBSIDI KEPADA RAKYAT BAKAL DIPOTONG SECARA TOTAL.....SEBAB IA-NYA CANDU KATA NAJIB....
Tapi RASUAH kepada rakyat akan diperhebatkan semasa PRU nanti,JUDI BOLA akan diteruskan untuk rakyat,ARAK akan promosikan dari topten ke top five,FITNAH LUCAH akan dihalalkan untuk rosak-kan fikiran rakyat...bla..blu..bla...

Ekonomi negara OK...Rakyat KO... itulah harapan UMNO BN



Akhbar2 dan stesyen dakwah umno ( RTM & tv3 suku ) tidak henti2 memberitahu rakyat bahwa ekonomi negara berada dilandasan yang betul...ekonomi negara bergerak ke trend yang memberangsangkan...ekonomi

Langkah rasionalisasi subsidi dijangka diumumkan minggu ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan langkah rasionalisasi subsidi termasuk penyelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail Sabri, berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan itu.
"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini...kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya ketika mengulas mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95.
Ismail Sabri berkata, kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.

Terdahulu, Ismail Sabri merasmikan Karnival Koperasi Wilayah Persekutuan 2011 yang berlangsung selama tiga hari di Medan Tunku, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, hari ini.

Harga petrol RON95 kini RM1.90 seliter berbanding harga petrol RON97 yang meningkat kepada RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.

Pada 16 Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata, jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia. - BERNAMA

DNA Babi Dalam Tepung Kek Jenama Terkenal

Astghfirullah...Kenapa tanda logo halal JAKIM terpampang di pintu masuk kedai ni...?? sedangkan terbukti ada unsur bahan yang ternyata haram bagi umat Islam...

Tidak berfungsikah LOGO HALAL ini..Rakyat terutamanya umat Islam tertipu lagi...

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD



Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjayaberikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang ataupemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

  1. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

  1. melakukan proses samak; dan

4. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Ahad, 22 Mei 2011

(Update) - Suasana pilu solat jenazah anak-anak yatim yang terkorban



"Saya bagi pihak anak-anak memohon maaf, atas apa-apa dosa yang mereka lakukan," bersama nada sayu dan sedih. Sebak melanda dadanya menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan percakapan dan hampir-hampir terjatuh ke lantai masjid.."







MASJID Sultan Sallahuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat sepanjang hari ini diselubungi kedukaan dan kesedihan apabila anggota keluarga, kenalan dan orang ramai yang datang dari berbagai penjuru untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh di madrasah Al-Taqwa Hulu Langat petang semalam.

Dalam kejadian itu 16 orang pelajar termasuk (anak yatim) dan pengawal madrasah itu terkorban kerana ditImbus tanah hidup-hidup. Kesemua yang terlibat dengan kejadian itu ditemui, di mana sembilan selamat 16 tewas.

Daripada 16, sembilan jenazah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk urusan pengkebumian di tempat masing-masing. Bakinya dibawa ke masjid Sallahuddin Shah untuk disembahyangkan dan dikebumikan dalam satu lubang kubur berdekatan tidak jauh dari masjid.

Ketika saya bersama bekas Ahli Parlimen Jeli, Apandi Mohamd juga bersama isteri dan seorang kawan, sekitar jam 12:40 tengah hari, lima jenazah diletakkan berbaris dalam masjid menghadap ke arah mimbar masjid. Ketika itu hanya dua lagi jenazah belum sampai dan dalam perjalanan ke masjid.

Orang ramai yang sudah memenuhi untuk menyembahyangkan jenazah yang akan disempurnakan selepas Zohor. Ia juga dipenuhi dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah Al-Tawqa yang sidap berpakian jubah putih.

Menjelang 15 minit masuk waktu solat, dua lagi jenazah tiba. Kesemua jenazah yang sudah siap dikapan dibuka untuk tatapan buat kali terakhir sanak keluarga, ibubapa dan waris-warIs. Ketika kain kafan ini dibuka suasana sedih tidak dapat ditahan, menyapu setiap wajah yang berada dalam masjid.

Bagaimana pun keadaan duka ini masih dapat dapat dikawal. Orang ramai hanya muram durja dan menyembunyikan rasa sedih masing-masing. Ada juga yang tidak dapat menahan kedukaan menangis dan mendiamkan diri jauh ke belakang, tersendu dan tidak terkata apa.

Melihat satu demi satu anggota keluarga terdekat mencium dan menatap wajah mayat untuk terakhir anak kesayangan mereka, saat inilah air mata yang sudah bersekah di birai tidak dapat ditahan lagi. Jauh dilubuk hati perisitiwa trajis itu dikembalikan ke dalam diri. Tidak terbayang pula kalau ujian sama dianugerahkan Tuhan kepada kita.

Sebelum masuk Zohor Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali memberi taklimat dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga yang anak mereka maut dalam kejadian itu. Jelas beliau, kerajaan sangat berduka cita dan sedih atas apa yang berlaku. Beliau juga mengumumkan esok Sultan Selangor akan berangkat turun ke tempat kejadian dan akan berjumpa dengan para waris yang terkorban untuk menghulurkan derma dan bantuan. Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga akan berbuat demikian.

Selepas usai solat Zohor jenazah disembahyang oleh ribuan orang. Keadaan sungguh menyayat hati apabila seorang guru dan juga pelajar tua di madrasah berkenaan tampil memberi ucapan terima kasih dan memohon maaf kepada semua orang atas apa yang berlaku. Saat paling menyayukan apabila guru itu meminta maaf atas apa-apa dosa yang dilakukan oleh pelajarnya yang disifatkan sebagai anak cucunya sendiri.

"Saya bagi pihak anak-anak memohon maaf, atas apa-apa dosa yang mereka lakukan," katanya sedih. Sebak melanda dadanya menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan percakapan dan hampir-hampir terjatuh. Apandi dan beberapa orang yang berada berhampiran dengannya memapah dan cuba menenangkan perasaannya.

Kesayuan semakin mengetik rasa saat satu demi satu jenzah diangkat ke kereta jenazah yang sudah berbaris menanti untuk membawa jenazah ke kubur. Orang ramai termasuk juga rakan-rakan mangsa berebut-rebut untuk memberi penghormatan terakhir. Orang ramai juga bersambutan mengusung jenazah hingga masuk ke dalam van jenazah.

Di luar masjid orang ramai memerhati dengan penuh kesedihan dan kesayuan melihat pergerakan kereta jenazah bagaikana satu konvoi besar. Saaat kereta jenezah melepasi pagar masjid saya lihat hampir semua kaum wanita menyapu-nyapu air mata masing-masing.

Tujuh jenazah itu ialah; Mohd Azhari, Wan Mohd Hazim, Wan Mustakim, Mohd Zahid, Imam Farhad, Zahir Mukmim dan Mohd Hazim. Kepada keluarga masing-masing diucapkan takziah semoga Allah memberi kekuatan imam menerima dugaan itu dan roh yang pergi pula dicucui rahmat. Al Fatihah. - (Petikan Tampalan dan catatan oleh MSO)



Paparan foto ehsan blog Mohd Sayuti Omar (MSO) untuk tatapan pembaca albanjari online.Hasan Ali sedang memerhati salah seorang mayat mangsa yang dibuka untuk tatapan terakhir keluarga terdekat


Ketujuh jenazah disembahyang serentak.


Apandi sedang menenangkan murid tua madrasah Al Taqwa yang juga bertindak sebagai pengawal. Sebahagian orang ramai dan rakan-rakan mangsa hadir untuk memberi penghormatan terakhir.


Jenazah pertama dibawa turun dari masjid untuk dibawa ke kubur.

Jenazah kedua dibawa turun dari masjid.


Jenazah ketiga yang dibawa turun dari masjid.


Ketujuh-tujuh buah van jenazah siap untuk bergerak ke kubur.


Semoga mereka yang pergi,roh-nya ditempatkan dikalangan para solihin dan syuhada... Takziah buat ahli keluarga,warga pendidiknya serta rakan sahabat yang terlibat....Sesungguhnya seluruh kita bersama dalam ujian ini.

Gambar ini di ambil beberapa ketika sebelum kejadian tanah runtuh membabitkan anak-anak yatim & pelajar Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.. lihatlah wajah jernih mereka.. moga Roh mereka yg. terkorban di cucuri Rahmat.. Al-Fatihah...
- Gambar Ehsan IsmaJannah.

Pak Jabit Singgah sebentar pun jadi lah.....