Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Semarak-kan kebajikan hulur pada yang memerlukan ini

Pengikut

Sabtu, 18 Ogos 2012

Deretan kenderaan balik raya tahun ini bukti kempen UMNO BN gagal

Suasana kesesakan dijalanraya seluruh negara sering berlaku dikala sambutan Aidilfitri menjelma,keadaan ini juga berlaku ditahun ini. Berjuta-juta kenderaan bergerak diatas jalanraya seluruh negara sejak cuti sekolah bermula.

Apa yang berbezanya tahun ini ialah sambutan hari raya Aidilfitri disambut oleh seluruh rakyat Malaysia tidak jauh dengan tarikh hari sambutan kemerdekaan negara yang ke - 55 tahun pada 31 Ogos nanti.

Kempen kibarkan bendera juga telah berlansung diseluruh negara dan diperingkat negeri sejak pertengahan bulan julai yang lalu. Nampak gayanya sambutan dari rakyat teramat-amat muram sekali,tiada sambutan nampaknya.

Teramat sukar dilihat kenderaan yang berderetan dijalanraya kibarkan bendera,kalau ada pun hanya sebiji dua..itupun mungkin penyokong tegar parti keris telanjang...hahaha...

Dikawasan kediaman pun amat hambar sambutan kempen kibarkan bendera Malaysia...hanya rumah beberapa orang kuat UMNO saja ada bendera,itupun dijijikan permandangan dengan bendera UMNO dan BN dipacak sebelahnya. Tapi mejoritinya langsung tiada bendera..apa dah berlaku..??? Adakah rakyat di tanahair ini tidak petriotik..??

Pada pandangan aku segala tindakan rakyat menolak kempen kibarkan bendera ini bukanlah tidak petriotik atau tidak sayangkan negara,tetapi lebih kepada protes terhadap kerajaan  UMNO BN. Salah satu sebabnya ialah dilihat kempen kibarkan bendera telah dipolitikan oleh pemimpin  UMNO sendiri, para pemimpin UMNO melancarkan kempen ini dengan bermotifkan politik. Kejadian yang amat ketara ialah di negeri Perak,dimana Zahid Hamid (Gambar dibawah) dengan muka tak malu mengenakan topi BN dikelapanya....tidak-kah itu bodoh punya menteri...hahaha, tidak dapat bezakan antara majlis kepolitikan dan kebangsaan.

Oleh sebab itu UMNO BN dilihat sekarang teramat terdesak dengan situasi rakyat yang semakin menonjol menolak segala kempen dari UMNO BN walaupun berbagai lambakan habuan diberikan UMNO BN. Ditambah pula dengan tindakan-tindakan bodoh dari orang2 kuat UMNO yang seolah-olah sengaja menjatuhkan krebiliti Najib dalam sokongan rakyat.

Aku yakin sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara selepas PRU 13 nanti suasana ini akan berubah...JUTAAN BENDERA MALAYSIA akan berkibar megah didalam sambutan hari kemerdekaan negara.


Admin Orang ni blogspot ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua rakan sahabat

Aku mohon maaf diatas segala kesalahan dalam mengendalikan blog Orang ni blogspot.  Aku ni bukanya pandai sangat menaip karangan dalam berblog. Jika ada tersalah taip atau tersalah tulis mohon dimaafkan.

Kat sini juga aku ingin mengucapkan selamat berhari raya buat semua rakan sahabat yang memberi sokongan dalam misi perjuangan Pakatan Rakyat. Semoga hari raya tahun hadapan kita dalam Pakatan Rakyat dapat menyambutnya di Putrajaya.

Disini juga aku sisipkan gambar ucapan selamat hari raya buat Najib dan Rosmah....hahaha....


Jumaat, 17 Ogos 2012

Tun Mahathir jadi sasau merapu dihujung ramadan tahun ini

Mahathir ajak PAS sertai UMNO untuk buat hukum hudud.....inilah kenyataan paling sasau dalam bulan ramadan tahun ini.

Mahathir kata “Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Agaknya Mahatdir dah sasau sebab tak ingat tentang MCA yang terang-terang hentam Islam,Mahatdir dah lupakah yang mulut beliau sendiri menghina sunnah Rasullulah suatu masa dulu,Mahatdir buat-buat lupa kah yang UMNO sendiri pernah memfailkan bantahan dimahkamah jika Kelantan laksanakan hudud satu ketika dulu.

Hakikat sebenarnya ialah UMNO sangat takut dengan kekuatan PR sekarang...sebab itulah semua pemimpin UMNO yang ada sekarang jadi sasau merapu tak tentu hala....hahaha....

Lebih sasau memuncak UMNO apabila ramai dikalangan orang besar BN sendiri ucapkan selamat tinggal buat BN menjadi fenomena sekarang ini.

Janji Dicapati: ISA dah mansuhkan tapi ada 12 tahanan ISA dibebaskan dan ramai lagi didalam tahanan

ISA dah dimansuhkan kata Najib....tapi masih ada penghuni dan ada pula yang dibebaskan...hahaha...

Hari ini menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussien menyatakan pihak kerajaan membebaskan sejumlah 12 tahanan ISA. Sebelum itu diucapkan tahniah kepada GMI dan rakyat yang prihatin yang sentiasa mendesak kerajaan UMNO BN agar akta zalim ini ditamatkan. Tindakan kerajaan membebaskan 12 tahanan menunjukkan UMNO BN tertekan dengan desakan rakyat yang amat membenci akta zalim ini.

Hishamuddin  berkata konon-nya 12  tahanan itu merupakan kumpulan kedua  dibebaskan pada bulan ini selepas kumpulan pertama seramai tiga orang tahanan dibebaskan pada 3 Ogos lepas. Pembebasan 12 individu itu dibuat selepas kerajaan berpuas hati dan yakin kesemua mereka bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara, katanya selepas meluangkan masa lebih satu jam melawat banduan di Penjara Sungai Buloh serta menunaikan solat Jumaat bersama mereka, di sini.

Walau bagaimana pun didakwa masih berbaki 11 warga tempatan dan 19 warga asing yang masih dalam tahanan.

Hishammuddin berkata kerajaan perlu melakukan kajian terperinci sebelum boleh memutuskan untuk diberi pembebasan.Beliau berkata beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman berhubung nasib baki tahanan warga asing telah pun ditandatangani sebelum kata putus mengenai kedudukan mereka ditentukan kerajaan.

Pembebasan 12 individu hari ini dan tiga pada awal Ramadan menjadikan jumlah keseluruhan tahanan yang dibebaskan sejak penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 pada 31 Julai lepas adalah 25 orang.


Khamis, 16 Ogos 2012

Iringi Najib lebih penting dari segalanya - Nasharuddin

Berikutan Mantan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang dilihat semakin akrab dengan Najib sejak kebelakangan ini,ditambah pula dengan tersiarnya di internet gambar beliau tersenggeh suka duduk disebelah Najib yang dipercayai di Makkah baru-baru ini menyebabkan Nasharuddin menjadi popular dikaca TV saluran lidah penyebar fitnah no.1 negara TV3.

Dengan slamber malam tadi 16 ogos,dalam buliten jam 8 diTV3 beliau muncul dikaca TV kononya menangkis tuduhan bahawa tujuanya ke Makkah untuk iringi Najib tiada bersangkut paut soal politik. Tiada kaitan dengan PAS dan UMNO atas saya iringi Najib kesana,kami kesana atas sebab lebih penting dari soal politik katanya.

Apakah boleh berkerja sama dengan puak penentang hukum Allah di Malaysia ke Makkah bagi menyelesaikan soal pergolakan negara-negara luar..? Adakah tiada member Najib lain yang boleh jadi pengiringnya ke Makkah, dimana Jamil Khir,Dr. Hasan Ali dan lain-lain Ulama muda dalam Kerajaan pimpinan Najib.?

Tidak mungkin kerana nak makan nasi arab Najib ajak Ust Nasha iringi-nya ke Makkah..? Hahaha.....


Akan ramai artis dalam PAS akan cabut.....jika....

Kebelakangan ini kita selalu dengar kisah artis berhijrah,cerita artis berubah,artis mengistiharkan diri masuk PAS. Mereka akan menjadi sebutan dibibir ahli PAS, jemputan pelawaan akan datang macam semut merebut gula, pendek kata bagi seorang artis yang baru serah borang PAS akan padat jadualnya.

Dalam sebulan mungkin sehari dua saja artis tersebut free...mungkin juga tiada langsung,hari ini dikedah,esok pagi diJohor,petangnya di Selangor,malamnya di Kelantan,macam bola ping pong artis itu bergerak bagi memenuhi hajat orang PAS yang sentiasa tunggu diprogram politik. Begitulah hebatnya orang PAS meraikan seorang artis yang baru serah borang PAS.

Apapun dalam kerancakan artis-artis yang baru menyertai PAS ini naik turun pentas,mereka ini bukanya fahami sepak terajang rencam dalam politik,jadi tindak tanduk mereka ini,memang perlu diperbaiki. Aku tengok ada segolongan ahli PAS yang boleh dikatakan macam nak jadi penilai atau pun mungkin jadi menyibuk dan akan jadi penyebab artis-artis ini jadi serik naik pentas atau mungkin akan cabut dari PAS.

Apa tidaknya.. Sikap tidak profesional dalam memberi teguran amat kerap berlaku,jika tidak puas hati dengan seseorang artis yang baru sertai PAS janganlah ditegur macam orang tiada budaya kesopanan. PAS adalah parti Islam,dalam Islam diajar cara-cara menegur kesilapan, bukan mai  hentam saja. Zaman sekarang ada kemudahan sms,email dan sebagainya untuk berhubung memberi teguran...bukan tegur dihadapan jemaah lain atau terus update muka artis tersebut diblog dengan konon-nya menegur..hakikatnya mengaibkan diri sendiri yang di-ibaratkan melondeh seluar sendiri dihadapan musuh.....janganlah macam tu cikgu....hahaha...

Selasa, 14 Ogos 2012

Menghina Isteri Nabi Muhammad S.A.W terima hukum penjara

13 Ogos 2012
DUBAI - Mahkamah Bahrain menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang lelaki Syiah kerana menghina isteri Nabi Muhammad S.A.W, Aisyah.Dia dikatakan menghina keperibadian Aisyah.

Sebelum ini seorang lelaki Kuwait telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun Jun lalu kerana menghina Nabi Muhammad, isteri dan juga sahabat baginda. - Sinar


Ramadan kali ini sudah membuktikan mereka berdua dibawah ketiak Najib yang masam

Mereka ini bukan sekadar sudah popular di TV3 dan glamuor dikalangan UMNO BN.....mereka juga sudah sanggup berkepit dibawah ketiak Najib yang masam...

Apapun biarlah 2 gambar ini berbicara.....



Isnin, 13 Ogos 2012

UMNO Bukit Gantang kirim kad raya beralamat betul,nama penerima pakai balun...

Ini kasih benar aku....hehehe....

Dalam jam 2ptg semalam motor kaler merah Abang Posmen singgah depan rumah aku.
plup..!! Sekeping sampul surat warna putih disumbat dalam peti surat depan pagar rumah aku..lepas tu Abang Posmen pun blah.

Anak aku yang sulung macam dah tahu tugasnya...dia terus p ambik sampul surat tu. "Ayah...ayah..ni surat siapa ni..??" kata anak aku. " Yusup b. Ali....nama kat surat ni,tapi....alamatnya betui rumah kita" tambahnya lagi sambil hulur sampul surat tu kat aku.

Ya...memang betul apa yang anak aku kata...nama tertera Yusup b. Ali, alamat betul rumah aku. Siapa pula Yusup b. Ali ni..?? Kat lorong taman aku ni setahu aku tiada nama Yusup...  Kalau Yusup Lampoyan aku kenal la....yang dalam filem P.Ramlee tu..hahaha...

Bila aku chek...rupanya sampul surat tu tak digam,maknanya senang la nak tengok apa kiriman didalamnya,jadi aku pun buka tengok.....

Ooo....Kad ucapan Hari Raya rupanya.... Buka saja kad ucapan tu aku dah gelak...hahaha...kad raya dengan gambar keris telanjang tak bersarung..hahaha.. Ada muka YB Datuk Rosli,ada logo UMNO,ada logo 1Malaysia... Wah..!!! Aku terima kad ucapan selamat hari raya dari UMNO Bukit Gantang rupanya....hahaha...

Dia punya ayat dalam surat punya la kelakar..."Terima kasih diatas sokongan Tuan Puan kepada UMNO Bukit Gantang....bla...blu...bla...bla..." masa bila pula aku sokong parti perosak negara ni...?? Hahaha....

Dalam kad tu siap ada kad jemputan untuk aku pergi kemajlis open house UMNO Bukit Gantang di Dewan Bunga Raya nanti...hahaha...

Dalam aku dok belek-belek kad raya depan rumah....jiran selang 2 pintu dari rumah aku bersuara... "Hang dapat kad raya dari UMNO ka..?? ". Ya...kata aku, kenapa..??. "Aku pun dapat ni....tapi nama aku ditulis tak betoi...nama arwah ayah aku didepan,nama aku dibelakang....alamat betoi kat rumah aku...". "aku dengar.... Brahim ( kawan jiran lorong sebelah)  pun semalam dapat kad macam ni juga...nama dia ditulis tak betul...alamat rumah betoi....".

Hahaha....memang sah la... UMNO Bukit Gantang ni main balun saja nama untuk kirim kad ucapan raya ni...alamat memang betul..hahaha..

Mungkin ramai lagi penerima kat taman aku ni terima nasib yang sama khususnya di Parlimen Bukit Gantang...dapat kad ucapan raya bersama undangan open house UMNO Bukit Gantang yang tidak diundang...hahaha... Silap-silap mat bangla dan mat indon pun terima ucapan tahniah kerana sokong itu UMNO BN...hehehe...

Nampak sangat yang YB Rosli ketua UMNO Bukit Gantang merangkap ADUN Terong ni percaya dengan kerani pejabatnya dalam kerja kirim kad hari raya ni...dia dok rasa nama ahli UMNO ramai kot...jadi pakai balun saja la nama penerimanya janji alamat betoi..hahahaha...atau mungkin inilah yang membuktikan UMNO membela pengundi hantu..??? Nama lain...alamat lain... Ini semua kerja hanya UMNO yang tahu...

**Apapun open house UMNO Bukit Gantang nanti aku akan hadir....hahaha....nak tengok dan nak dengar apa kelentongnya disana...hahaha..


Gempar..!!!! Rasuah Jubah Janji Dicapati dari UMNO Perak

Bukan setakat biskut raya bertin cop muka Zambry,sebotol kicap,sebungkus bihon berlogo UMNO BN....
Jubah buat tok imam pun dijadikan bahan rasuah UMNO Perak dibulan ramadan ini..

Gambar longgokan timbunan jubah rasuah raya buat tok imam dimasjid seluruh Perak ini dilaporkan berlambak di pejabat UMNO Taiping dan pejabat UMNO seluruh Perak.

** Dalam bulan ramadan umat Islam berlumba menambah amalan,begitu juga UMNO di Perak berlumba-lumba merasuah rakyat dengan memberi Jubah rasuah Janji Dicapati dengan harapan tok-tok imam dirasuahi, semoga undi Lanun lagi...hahaha....


[ Bergambar] Rasuah Janji Dicapati UMNO Perak - Part 2

Nama bahan: Se-Tin Biskut Rasuah Raya

Kandungan bahan rasuah: Biskut-biskut raya yang berperisa Lanun Perak di pek khas oleh Zambry dan Isteri. Biskut ini juga dipercayai tidak dimasak atau dibakar oleh Zambry,sebaliknya tumpang taruh tampal muka pada Tin Biskut saja.

*Gambar longgokan tin-tin biskut rasuah raya ini dilaporkan berlambak di pejabat UMNO Taiping dan pejabat UMNO seluruh Perak.

** Dalam bulan ramadan umat Islam berlumba menambah amalan,begitu juga UMNO di Perak berlumba-lumba merasuah rakyat dengan memberi se-tin biskut rasuah Janji Dicapati dengan harapan rakyat dirasuahi, semoga undi Lanun lagi...hahaha....



Ahad, 12 Ogos 2012

[ Bergambar] Rasuah Janji Dicapati UMNO Perak - Part 1

Nama bahan: Sebungkus rasuah ramadan

Kandungan bahan rasuah: Sebotol kicap,sebotol sos,sebotol sirap,sebungkus meehun dan sekotak kurma.

*Gambar longgokan resipi ini dilaporkan dirakam di pejabat UMNO Taiping Perak.

** Dalam bulan ramadan lazimnya umat Islam berlumba menambah amalan,begitu juga UMNO di Perak berlumba-lumba merasuah rakyat dengan memberi sebungkus rasuah Janji Dicapati dengan harapan rakyat dirasuahi, semoga undi Lanun lagi...hahaha....



Lebih 30 anak seni tanahair dalam proses berhijrah sertai perjuangan Islam - Yatt Hamzah

12 Ogos 2012 ~ Taman Kuning Sari Bukit Gantang : "Lebih 30 anak seni sekarang ini mendalami ilmu Islam dengan mengikuti sebuah majlis yang diberi nama Usrah Fitrah yang membariskan para ilmuwan Islam sebagai tenaga pengajar"- ujar Yatt. Kebanyakan mereka ini dalam proses penghijrah ke perjuangan Islam sebenar,maka tidak hairanlah dilihat sekarang ini fenomena para selebriti wanita memakai tudung bagi wanita menjadi tren buat masa ini, tidak kurang juga yang berani mengistiharkan bersama PAS,ujar Yatt disini.

Ucapan Yat ini berlansung dimajlis berbuka puasa bersama selebriti Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Hayati  Hamzah yang popular sebagai pengacara dan pelakon berlansung di Taman Kuning Sari didalam Parlimen Bukit Gantang Perak atas jemputan para penduduk disini.

Majlis ringkas ini dihadiri beberapa pimpinan PAS Kawasan dan dan Cawangan,majlis ini diisi dengan tazkirah ringkas dari YDP PAS Bukit Gantang Ustaz Nordin,tahlil dan ucapan ringkas dari Yatt.

Selesai program disini ,beliau (Yatt) telah bergegas ke surau Taman Lela Kemunting atas jemputan sebuah program jemaah disana.